JIKA JUNG-NAM BOLEH DISERAH UNTUK SELAMATKAN 9 NYAWA, DR. ZAKIR JUGA WAJIB DIPULANGKAN DEMI KEHARMONIAN 31 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Dr. Zakir Naik, penceramah kontroversi kelahiran India adalah masalah baru yang sengaja ditempah oleh negara kita. Mengundangnya sekali dua untuk memberikan ceramah mungkin sudah memadai, tetapi memberikannya taraf pemastautin tetap sama sekali tidak berbaloi bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia yang harmoni serta aman damai selama ini.
Dalam ceramah terbukanya, Dr. Zakir gemar membuat perbandingan antara agama kerana ia adalah kepakarannya serta beliau juga dikatakan hafal beberapa kitab agama-agama lain.
Tetapi, untuk apa perbandingan salah dan benar antara agama itu diperbesar-besarkan dan dibenarkan berlaku? Apakah jika itu kepakarannya, maka Dr. Zakir wajar melakukannya di mana-mana?
Bukankah ia akan menjejaskan keharmonian antara agama di negara kita?
Jika selama ini jiran tetangga kita yang bukan segama tiada masalah mendengar azan lima kali sehari dan kita juga tiada masalah melihat mereka pergi ke gereja atau mengunjungi kuil, mengapa kita perlu membenarkan Dr. Zakir merosakkan segala-segalanya yang harmoni itu dengan ilmu yang ada padanya?
Adakah perbezaan agama untuk kita saling bermusuh dan menunjuk-nunjuk siapa benar dan siapa salah di sisi Tuhan?
Adakah Tuhan mencipta banyak agama di dunia ini untuk kita saling berbalah dan berbangga memberitahu bahawa jalan keagamaan mereka sebagai salah?
Kiranya kita boleh memburuk-burukkan dan mengecam agama lain, apakah mereka juga tidak boleh memburuk-burukkan agama Islam?
Cuba bayangkan jika penceramah-penceramah agama seperti Ustaz Kazim Elias, Dr, Hasan Din, Ismail Kamus lain-lainnya serta program-program agama di televisyen hari-hari bercerita tentang perbezaan antara agama dan mengecam agama lain sebagai salah dan karut?
Apa akhirnya akan jadi kepada masyarakat dan negara kita?
Sejak awal lagi Dr. Zakir adalah penceramah yang bermasalah. Beliau bukan saja dilarang aktif di negaranya sendiri iaitu India, bahkan dihalang masuk ke beberapa negara seperti UK dan Kanada.
Alasannya sama, perbandingan agama yang diperinci dan menjadi bahan ceramahnya boleh menjejaskan keharmonian, mewujudkan perasaan benci kepada agama lain serta menggalakkan keganasan. Ada juga yang menggelar beliau sebagai pengganas agama.
Dalam hal ini, tindakan Hishammuddin Hussein memberikan taraf pemastautin tetap atau PR kepadanya seperti didedahkan oleh Zahid Hamidi adalah suatu kesilapan besar. Status PR itu membawa lebih petaka dan masalah kepada keharmonian negara kita.
Hakikatnya, kita tidak memerlukan sama-sekali pendakwah untuk bercerita tentang perbezaan agama antara Islam dengan Kristian atau antara Islam dengan Hindu. Kita dengan agama kita dan biarlah mereka dengan agama mereka.
Yang diperlukan ialah mendidik penganut agama Islam itu sendiri menjadi lebih baik, taat agama, hormati orang lain, tolong-menolong, menjaga alam sekitar, menjauhi rasuah, tidak mencuri, tidak menyamun dan sebagainya.
Apalah gunanya membesar-besarkan perbandingan antara agama jika hari-hari yang ditangkap kerana rasuah atau yang terlepas kerana diketahui mencuri wang berjuta-juta wang adalah orang beragama Islam sendiri?
Dr. Zakir sendiri tahu, jika beliau yang memohon PR itu atau jika Malaysia yang menawarkannya, ia adalah bertujuan melindungi dirinya yang sedang dicari oleh negaranya sendiri.
Masalah Dr. Zakir adalah masalah beliau dengan negaranya yang mana ada undang-undang didakwa telah dilanggarnya, termasuk berkaitan penggubahan wang haram. Malaysia tidak seharusnya terjebak dengan masalah itu dan biarkan Dr. Zakir menyelesaikannya kerana kesalahannya dilakukan di India, bukan di Malaysia. Tiada untungnya sama-sekali kita terlibat sama.
Kalau Dr. Zakir percaya Tuhan itu benar dan Tuhan juga sentiasa bersama orang-orang yang benar, tiada sebab beliau takut untuk berdepan dengan keadilan. Tuhan pasti ada untuk melindunginya kerana Tuhan sentiasa adil kepada hamba-hambaNya.
Dengan Dr. Zakir lebih takut kepada seksaan yang dipercayai akan diterimanya jika beliau diserahkan kepada India, tidak lebih hanya membuktikan jiwa perjuangan dan keyakinannya kepada kebenaran dan keadilan tidaklah sekuat mana. Beliau nampaknya lebih takut kepada manusia daripada Tuhan.
Lagi pula, selagi namanya perjuangan, memang adat berdepan dengan cabaran, halangan dan seksaan. Ia telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad dan era kebangkitan Islam dulu lagi.
Belum terlambat untuk Malaysia menyedari kesilapannya. Dalam hal ini, Malaysia harus segera membatalkan status PR Dr. Zakir dan melepaskannya untuk bebas pergi ke mana-mana negara pilihannya.
Jika semasa beliau berada di Malaysia ini, terdapat tuntutan untuk menyerahkannya kepada kerajaan India, beliau harus diserahkan dengan baik atas prinsip menghormati undang-undang antarabangsa. Malaysia tiada keperluan melindunginya.
Sebelum ini, jika kita boleh menyerahkan mayat Kim Jung-nam untuk menjamin keselamatan sembilan rakyat kita yang bagai dijadikan tebusan di Korea Utara, tiada sebab kita tidak boleh serahkan juga Dr. Zakir kepada India demi keharmonian dan rukun damai 31 juta rakyat Malaysia.
Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri pasti akan disanjung oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Islam yang waras dan bukan Islam, jika dapat melakukannya dengan segera. (ShahbudinHusin 23/04/2017).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:47 pm

131
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousnanonanodiny yusofKSPATIALMalaysiabaru Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Nasihat saya semua penyokong Zakir Naik ambil ujian fikrah dan falsafah anjuran Merdeka Center. Rupanya ramai yang liberal tapi sokong Zakir Naik. Ini kecelaruan fikrah dan falsafah yang memalukan.

Apabila Zakir diserang dan hujah liberal digunakan seperti beri perlindungan kerana dia sama kita walaupun buat jenayah dan paling terbaru agama lain sama taraf Islam, sebenarnya sudah lari jauh daripada ajaran Al Quran dan ceramah Zakir Naik sendiri.

Tepuklah dada tanyalah iman. Ajaran pemikir liberal kah yang anda anuti atau agama Islam?

Anonymous
Guest
Anonymous

Merapu punya komen. Ujian fikrah hotak hang. Dunia islam sibuk membincangkan hal kesalamatan Zakir Naik hang sibuk nak meliberalkan orang. Bodoh piang punya budak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Budin, aku rasa kau ni salah pasal agama…mana ada dalam ayat Quran Allah mencipta pelbagai, hanya Islam yang Allah iktiraf, selain Islam adalah jalan taghut dan iblis, maka perlu diperbetulkan bahawa Dr Zakir bukan mengatakan agama Hindu, Buddha, Kristian tak betul, cuma beliau menyampaikan mesej bahawa ajaran asas agama tersebut yg di bawa pengasasnya mempercayai Tuhan itu Esa, Rasullulah pesuruh Allah, Allah tiada mempunyai imej atau wajah seperti yg manusia sesat gambarkan dlm bentuk berhala….cuba dalami dan fahami mesej dakwahnya dan bukannya menulis hanya untuk memuaskan hati Subramaniam, Tok Sammy atau Lim Kit Siang….anda seorang Islam…jagalah iman anda sebaik-baiknya…jgn kerana… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila aku baca tulisan Budin ni baru aku faham haluan pemikiran Budin. Kearah liberal juga. Semuanya sanggup gadai dan serah asalkan dapat jaga hati org kafir. Di mana rasa ketinggian Islam kamu? Nak berbuat baik sampai kita tak boleh berdakwah membandingkan kebenaran agama kita berbanding agama lain. sedangkan sikafir hari hari meninggikan agamanya sikit2 sehingga jadi level sama rata dgn agama Allah. Kemudian mrk akan hapuskan keistimewaan agama kita di tanah melayu ni sebaik mrk.berkuasa.

Naif sungguh set set kamu.budin

Anonymous
Guest
Anonymous

Hihi..cer check iman mung. Mung tulis tu saja dah menunjukkan mung sokong liberalisasi. Agama lain setaraf Islam tu tak ada dalam kamus orang beriman. Mung sokong liberal ke mung tak paham menda itu liberal? Ke mung jenis base bodoh ikot Lebai sesat?

Anonymous
Guest
Anonymous

1944 penyokong Zakir Naik yang sokong liberalisasi. Gilr isim !

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah tuan atas sikap terbuka dengan kritikan. Ramai penyokong Najib (seperti anon yang panas di atas bila Rosmah ditegur) bersikap emosional dan bukan atas dasar spiritual. Tuan mengupas isu Zakir Naik secara rasional berlandaskan undang2. Paling penting lebih menjurus keharmonian kaum, agama, bangsa dan kepercayaan yang telah hidup bersama di Malaysia. Sikap ini akan mengurangkan kes2 ekstremis dan pelampau agama juga kaum yang menjadi kanser dalam masyarakat. Ada banyak kaedah dakwah telah diamalkan sejak Nabi SAW wafat dan jumud aka sempit dalam skop dakwah yang maha luas adalah satu jenayah. Contohnya jihad disempitkan dengan perang terhadap kafir tak kira siapa!… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Budin, Zakir Naik tu bukan orang politik. Hidup matinya untuk menyebar dakwah. Dia berhadapan dengan musuh-musuh yang bersumpah mahu membunuhnya. Budin, berhentilah menyerang Zakir Naik. Gunalah bakat kamu untuk membantu Zakir Naik bukan menyemarakkan lagi api kebencian di kalangan musuh-musuhnya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Budin, Zakir Naik tu bukan orang politik. Hidup matinya untuk menyebar dakwah. Dia berhadapan dengan musuh-musuh yang bersumpah mahu membunuhnya. Budin, berhentilah menyerang Zakir Naik. Gunalah bakat kamu untuk membantu Zakir Naik bukan menyemarakkan lagi api kebencian di kalangan musuh-musuhnya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembangkang tak ada harapan menang PRU. Rakyat sokong BN bukan sebab BN kuat tapi sebab pembangkang bodoh. Isu Zakir Naik pun masing2 pemimpin pembangkang berebut-rebut nak tunjuk bangang.

Konon nak suruh Zakir Naik contoh keberanian Anwar, tapi pemimpin pembangkang sendiri seorang pun tak ada yg memeliki keberanian Anwar. Patutlah Pas lari, rupa-rupanya Pakatan Harapan ini dah jadi sarang Taghut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini contoh ayat cytrup Umno yang gagal nak guna sentimen agama Zakir Naik untuk pengaruh Melayu Islam. Nada kecewa sebab umpan PH tak makan. Penyokong PH tetap hentam Najib yang guna Zakir untuk sokongan politik sahaja. Najib, Zakir Naik pesan rambot bini hang burok macam tahik butir. Pakai tudung no..

Anonymous
Guest
Anonymous

Pesan kat bini Najib je?? Bini Mahathir tak nak pesan? Dyana Sofya DAP tak bak pesan? Anina Saanudin BERSATU tak nak pesan? Siti Kassim DAP tak nak pesan? Inilah pemikiran pembangkang.. sempit dan semput.

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalam tuan budin. Byk artikel saya sependapat dgn tuan. Tapi artikel kali ni saya tak sependapat. Tetapi, untuk apa perbandingan salah dan benar antara agama itu diperbesar-besarkan dan dibenarkan berlaku? Apakah jika itu kepakarannya, maka Dr. Zakir wajar melakukannya di mana-mana? Jawapan pada soalan tuan budin adalah dakwah. Dr zakir berdakwah pada bukan islam tentang islam dlm bab perbandingan agama. Saya rasa nabi2 pun dakwah juga dgn bandingkan agama utk manusia kembali ke jalan yg benar. Isu pr dr zakir tak sangkut dgn isu kerja dakwah beliau. Pr dr zakir kena tanya menteri yg terlibat bukan dgn menghentam dakwah dr… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Inilah propaganda umno mak alih tumpuan rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

Tiket depa nak kaut undi simpati Melayu Islam yang mudah kena tipu. Zakir Naik tak tau dia jadi umpan saja guna PR. Dia ingat Malaysia betul nak lindung. Habis PRU babai Zakir get lost to India.

diny yusof
Guest
diny yusof

Anon 21:50
Apa yang di tulis olih Tn Shahbudin itu adalah pendapat dia . Di harapkan beliau mengkaji semula pandangan beliau berdasarkan dari komen komen yang di beri ….insyaallah .

Anon 23:25 .
Jenayah apa yang telah di lakukan olih Dr Zakir Naik ??
Apabila fanatic fanatic Hindu yang di sokong olih BJP , membakar hingga rebah kebumi Masjid Barri , apakah tindakan yang di ambil olih kerajaan India ??

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak dak jenayah apa pasal minta disiasat di neutral ground? Neutral ground mana boleh tangkap penjenayah? Yang dia wajib buat pertahan diri dari dakwaan. Macam Anwar dituduh dan tahu akan dihukum. Ada lari ke neutral ground tak pi court? Ini manusia agama Islam kena pertahan diri, harta dan negara. Hang sokong pelarian buat pa? Nak bukti macam mana surat waran kerajaan India bagi 3 kali dia tak patuh? Ini warganegara apa Malaysia boleh kasik PR, Tokoh Maal Hijrah dan nyaris pulau?? Gila nak main sentimen agama sebelum PRU sunggoh Najib Razak noo..

diny yusof
Guest
diny yusof

Yolk 01:18

Menghantar Zakir Naik ke India utk di bicarakan samalah saperti menghantar Jung Nam yang masih hidup ke Korea Utara .

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau beginilah pemikiran blogger Pakatan Harapan, jangan haraplah nak menang PRU. Umat Islam yg rasional pasti tak setuju penulisan Budin ni. Harap ini bukan pemikiran majoriti penyokong Pakatan Harapan. Maaf, penulisan kali ini sangat dayus. Zakir Naik lebih tahu kejahatan pelampau Hindu. Tuduhan jenayah itu dibuat oleh pelampau Hindu. Budin jangan berlagak pandir dalam soal adil. Melindungi Zakir Naik yg mempunyai PR sah adalah kewajipan kita membantu beliau yang mencari perlindungan. Jangan persoal keadilan Allah, tapi persoal sejauh mana kita berlaku adil terhadap orang yg diancam keselamatannya oleh pelampau-pelampau penyembah berhala. Ketika pembesar Quraisy ingin menghukum Rasulullah, baginda berlindung di… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Membaca komen pengkhianat negara bawah Najib, amat terdesak nak hidup api sentimen perkauman dan agama supaya rakyat terutama orang Melayu hilang rasional dan kedaulatan sendiri. PR kepada seorang seperti Zakir Naik yang disahkan bermasalah daripada segi keharmonian dan hidup bermasyarakat di Malaysia, ada tuntutan jenayah pengubahan wang haram yang perlu didakwa di negara sendiri, tidak faham bahasa Melayu dan adat resamnya, tak tahu politikal isu dalaman negara malah bukan lahir di Malaysia! Ini pengkhianatan tertinggi untuk Melayu oleh Umno BN di bawah Najib. Sangat jijik dan hina untuk jadi isu politik. Just go to hell you traitor Samsung A9!

Anonymous
Guest
Anonymous

2150 hang nak angkat Indian jadi Nabi pulak no? Adoiii.. astaga.. Mengucap. PR bukan suaka politik nak lindung jenayah. Riza Aziz nak cabut dari US dulu guna Diplomatik Visa bapak tiri. Mak dia mak cik bodoh saja pada DOJ. Hahaha!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Negara india bukan ikut undang2 sangat pun. Ramai gadis india yg dirogol secara berkumpulan tapi lepas bebas.
Kes zakir ni shahbudin nak suruh ikut undang2. Hahaha

Anonymous
Guest
Anonymous

Standard macai DAP, redah je, betul salah dosa pahala belakang kira. Ada artikel ada masyuk. Kalau takde belapar la budak2 kat rumah. Tanggungjawab bini la kena rebus batu sementara nak fikir fitnah baru.

Anonymous
Guest
Anonymous

Elok sangatlah di hantar Haji Hadi dan Abduh ke India bagi bincang dengan kerajaan India untuk melepaskan tuduhan ke atas Zakir Naik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saranan yg sangt rasional. Dan KDN kena selesaikan hal pemnerian PR dgn PR yg baik.
ramainya pegawai KDN yg bergaji yinggi tentu berkemampuan, layak.
Semsong A9, dan Sqiid Qseben tentu boleh dikambling utk main peranan positif ini.
Kalaipun nak PRU, tak manis bangkitkan risiko kucar kacir agama bangsa?
Selamat Attack Mode.

KSPATIAL
Guest
KSPATIAL

Zakir naik orgnya ilmuan islam. Tak ada pun yg dia menghina tuhan tuhan agama lain. Dan tak salah malaysia bagi pr kpd out standing person macam zakir naik ni. Satu lagi jangan kita terikut ikut rentak org bukan islam ni. Kalau pun pandangan beliau tak selari dengan apa yang kita kehendaki, kita kena rujuk balik kpd alquran. Allah suruh kita berkasih sayang antara mukmin dan bertegas pd bukan muslim. Bangsa dan negara bukan jadi ukuran

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sangat setuju dengan artikel tuan budin.zakir naik ini manusia bermasaalah , kalau tidak bermasaalah tidak akan dia melarikan diri ke negara lain.Di india dia ini tidak laku sebab kebanyakkan orang lebih bijak dari tipu daya zakir naik.

Apa kejadahnya fakta zakir naik, suka banding membanding agama, macam dah tiada isu lain yang lebih berfaedah.Negara sendiri x laku pergi ke negara lain.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku kalau terpaksa membanding banding kemudian terpaksa mengkaji apa yang aku ada dengan apa yang orang lain ada, maksudnya aku tak yakin la dengan apa yang aku ada. Kalau aku yakin aku tak kaji dan banding banding dah. Tu aku la..

Anonymous
Guest
Anonymous

Zakir naik ni datang kemalaysia kemudian cerita kat kita yang memang islam ni, bahawa islam ni betul dan agama hindu tak betul. Siap buat perbandingan lagi dengan agama lain.

Bukankah kita dah lama tau.. atau kita masih tak yakin dengan islam kita ni, maka dengan itu kita masih memerlukan bukti kebenaran islam kita ni…

Beliau sepatutnya berani bercakap didepan khalayak orang bukan islam tentang hujahnya, terutama di india supaya semua orang hindu peluk islam. Beri kesedaran ni pada orang bukan islam…adakah beliau berani…

Anonymous
Guest
Anonymous

Korang je kata banding. Padahal dia jawab soalan yg ditanya, so dia refer lah segala kitab yg dia hafal termasuk injil, hindu, alquran dll.

Dah bagi maal hijrah, anugerah pahlawan dan pr takkan nak ambil balik…buruk siku.

Sebaiknya polis india, polis msia dan zakir bincang dan cari jalan penyelesaian.

diny yusof
Guest
diny yusof

Anon 15:06 . Janganlah berburok sangka . Saya mengaku bukannya ahli yang bijak dalam bab bab ugama . Tetapi di dalam perihal Zakir Naik ini ,apa yang anda kata adalah tidak betul .Dr. Zakir adalah seorang doctor perubatan , bukannya ustaz , tetapi lebih di kenali sebagai 'theologian' . Di akui seluroh dunia beliau adalah pakar dalam bidang banyak ugama ugama besar . Pengetahuan beliau didalam bab bab ugama saperti Kristian , hindu apatah lagi Islam memang tidak dapat di sangkal . Olih yang demikianlah beliau mampu membuat olahan keatas ugama ugama tersebut . Anda juga mengatakan yang Dr Zakir… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha… yang ini saya tidak setuju dengan tuan shahbuddin.

Mat Gunong
Guest
Mat Gunong

Tak boleh ke dalam isu ini,kita mencontohi perjanjian " Hudaibiyah " semasa zaman Rasulullah saw?. Minta pencerahan dari sahabat sahabat?.

Anonymous
Guest
Anonymous

JungNam dah mati..bagi kat Kirea Utara pun apa ada hal. Ni Zakir dok hidup lagi. Sembelih lembu di India pun kena belasah sampai mampus… alamatnya balik India terus 'hilang' la. Rasanya kalau hantaq Zakir balik India..elok juga pulun kutip semua pendatang India..hantaq balik India jugak. … (yg ni pelik pasaipa Waytamoorrthy tu tak sibuk dgn pendatang haram India yg lebih menjejaskan keselamatan negara..). Dia ni waytamoorthy atau [email protected]

Anonymous
Guest
Anonymous

Hindraf telah lama diharamkan. Knp tak tangkap saja waytamoothy ni kerana masih menggunakan platfom hindraf pelampau ni. Terang2 gangster

Anonymous
Guest
Anonymous

Kes jung nam dgn zakir naik adalah sgt berbeza..

Buat perbandingan dgn lebih mendalam lagi tuan budin..

Kestabilan kaum adalah datangnya dari kesedaran diri sendiri..

Knp kita pertikaikan zakir naik,bagaimana pula dgn hindraf..?hindraf lebih ekstrim dan pernah memalukan negara..mereka ini yg byk memanipulasi cerita sebenar dan membuat provokasi melampau!!

sepatutnya puak hindraf ini dilucut kerakyatan dan hantar balik ke negara asal..!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau adun rempah agama, dgn masok rencah bangsa sikit, mmg lompat hepi dangdut la Samseng A9 dan Squid Qseben ni. Siap main drift kasi panas, off allignment, off tajuk. Diversion 180.
Takpa, biar mcm manapun RAKYAT TaTtap kenal dan TAK KAN lupa lobang idong 1MDB dan Jho Low, Ipic src, dsb dsb.

Bab ZN mmg titian dari benang yg sgt halus,
Nanti Tn Budin dan Mufti Asri rumuskan la tu., sabar.

Bab PR kena tanya KDN, biasa la tu, cepat tanya, jgn sabar.

Anonymous
Guest
Anonymous

"COMPARISON" TAJUK YANG ZAKIR NAIK BAWA
"INTERFAITH" PULAK SLLU DIGUNA ALJUBOORI
NAMPAKKAN BEZA ANTARA KEDUA DUANYA
PENGKHIANAT AGAMA DAN ISLAM PERLU DIAWASI

……. berambus barua pluralist & syiah murtad ….

Abang Ily
Guest
Abang Ily

Ambe pasti ZN sebagai ulamak sewajarnya faham disiplin Islam yg lain selain perbandingangan agama. Tasaewuf adabiah. Niatnya sekalian pendakwah kevintaan pada umat untuk kembali kepada Rabb. Beliau sangat sopsn dengan Tun. Mungkin boleh jadi jambatan untuk lebih mengenali iklim politik dan sensitiviti di Malaysia.

Mr J
Guest
Mr J

Taksub politik membutakan mati hati. Sanggup kita serah seorang pendakwah untuk diseksa oleh sebuah kerajaan hindu chauvinis. Kerajaan yg menyiksa org islam dinegaranya. Inilah akibat politik pembangkang dan terlampau percayakan media kafir seperti FMT dan Mkini. Berapa banyak fitnah kita sebarkan akibat taksub ini. Beringatlat hari pembalasan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terus terang artikel tuan budin kali ini sangat mengecewakan..

Anda hampir melukakan hati orang melayu dan umat islam..

Anonymous
Guest
Anonymous

Untuk mengubat kelukaan hati orang melayu dan umat islam sedunia maka eloklah di ikuti saranan anon 12:08.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sedihnya dengan nasib yg menimpa keatasmu anon 1352..akalmu tak sempurna..saranan dari anon1208 orang yg serupa dgnmu..kurangnya zat yg baik pada otakmu..

Abang Ily
Guest
Abang Ily

Salam.Dr. Zakir tak pernah paksa sesiapa bersetuju dengan beliau. Fakta dan bukti beliau dari semua kitab agama Samawi. Beliau mengajak manusia berfikir. Don't take things for granted. Apa agama anutan kita sekali pun. Open forum. Boleh bertanya tanpa halangan. Kita penyokong PH sangat teruja dengan forum, debat dan ceramah. Methodologi politik mutakhir. Tapi pelik bila soal agama kita tak boleh menerima debat ilmiah terbuka. Walhal tiada siapa yg paksa untuk kita menyatakan agama itu benar atau salah. Bukan kah ini methodologi Al Rasul dahulu. Kita tak tau apa yg ada di hati manusia sedang malaikat juga tidak tau. Biarlah itu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Awas ada musuh dalam selimut…. hapuskan musuh ini…. musuh yang dulu sekapal dengan lgbt.. pluralist.. gay

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebg org Islam,kita kagum dgn ilmu yg dimiliki oleh dr Zakir,ditambah keberanian beliau menyampaikan ilmu yg dimilikinya kp audien,perbandingan agama memang bidang dan kepakaran beliau,beliau boleh menghafal kitab2 rujukan agama tertentu spt hindu ,kristian dan dsb.Namun berdakwah perlu dijalankan secara berhikmah,spt yg dilakukan oleh rasulullah,dlm contact negara kaum majmuk,isu agama sgt sensitif,lebih2 lagi dikaitkan dgn kepentingan politik,oleh itu kebijaksanaan amat perlu utk menyelesaikan masalah ini….Oleh itu berhati2lah kwn2 apbila kita memberi hujah,supaya hujah kita tidak disalah tafsir,kononnya anti Islam,anti kristian,anti hindu.Allah menjadikan kita dp pelbagai keturunan,warna kulit,anutan-utk kita saling berkenal-kenalan dan mengasihi,bagi pemimpin negara,cuba rujuk kembali Piagam Madinah……sejarah tak pernah… Read more »

mat sawang
Guest
mat sawang

mr syed albudin. ibarat sekog kerabau bawa lumpog, habih terpalit kerabau yg laen ,sampe suma mengelupog.kalu india nak balik warga depa elok serahbalik saja zakirnaik pd india.solosai masaalah.nak pertahan pabenda.ulamak dlm negara pong lagi hebat dari zakir naik.contoh ulamak dlm pas, suma hebat-hebat belaka.kalu ulamak amno lg hebat sampe tak dpt d sangkal kehebatanya.lg pulak india punyai firepower yg byk.kalu meriam pong malaisa tak dpt nak saing.ingeris pong takut dgn meriam india, punya rame sampe penoh pantai depa susun depa punya meriam.amno haramjadah mmg takbleh harap .pasai amno barua cina yg mnjd dalang pelinkop mlayu dan islam dlm negara.pasai amno… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita kasi solosai ini masaalah, kita hantar dia balik india, kita pun tak payah nak pocah bolah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Hantar semua keling keling balik india sekali dengan zakir naik! Ada ic ke takde ic ke, BERAMBUS SEMUA SEMUA sekali. Dtg menyemak kat sini buat apa? mamak ke hindu ke paria ke brahmin ke jantan ke betina….semua balik india. Malaysia do not need you. Kita dh ada negro sebagai wakil kulit hitam.

Anonymous
Guest
Anonymous

. . Tuan, berhijrah tak sama makna nya dengan cabut lari. Ibarat pekebun tahu masalah tanah tak subur maka pekebun pun cari lah tanah yang subur. Nabi saw tidak takut pada musuh tetapi Baginda saw menyedari sukar untuk mengembangkan Islam di Mekah kerana orang Mekah ramai bangsawan yang kaya-raya. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan akan membenarkan Pengarah drama bikin satu drama yang menyelitkan dialog yang mempersoalkan kepercayaan agama lain untuk tujuan berdakwah? Itu sebab di awal lagi telah di katakan kita tak perlu kepakaran seperti Zakir Naik..sebab dia memecah-belahkan masyarakat . Kalau nak, kita ada Ustad Ravi.. Dan pasal belum… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul pandangan saudara, saya sokong.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dr segi makna, hijrah dan lari adalah sama. Sr segi tafsiran, memang berbeza. Cuma dlm isu ini, matlamatnya adalah sama. Berpindah dr india dan mekah yg dikuasai org kafir ke kawasan yg dikuasai org islam. Supaya dakwah islam dapat diteruskan.. Utz Ravi dan ZN, dua2 menyampaikan ilmu. Kalau anda menghargai ilmu, anda aakan sokong kedua2 nya. Sepertimana mazhab shafie dan hambali. Kedua2 nya ahlul sunnah tapi byk perbezaan yg ketara. Apa yg penting ialah ilmu yg disampaikan dan sejauh mana anda faham tentang ilmu tersebut.. Mahkamah ialah istilah masakini dan lebih formal. Dizaman nabi saw juga ada mahkamah, tapi x… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju dgn pandangan Budin. Ni lah jugak pandangan majoriti umat islam kecuali pandangan pelampau agama..yg sangka diri lebih islam dari org lain dn yg sangka dpt lesen dari Allah kutuk agama lain.
Zikir terlibat dlm aktiviti money laundering dn adalah seorang penjenayah. Hanya dMsia shj aktiviti ni di lindungi iaitu pencuri 1mdb yg menggubal wang curi 1mdb sebanyak rm2.5billion.

Anonymous
Guest
Anonymous

Benar tu Bro 12.40,,
Puak ni bukan saja melampau ,,,malah terlalu gelojoh nak menunjukan mereka lah terlebih islamik yang sentiasa dahagakan puji2an dan sanjungan

Anonymous
Guest
Anonymous

DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN
PUAK PLURALIST SYIAH MULA BERMADAH
HAMPIR SEABAD DUK DI BOMI BERTUAH
ADA AGAMA DAN ANUTAN YANG DITERJAH..?
TAK PAYAH NAK LAYAN PUAK HARAMJADAH

….berambus barua singapork#dap….

ini kali lah…

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia ni mai pulak dah..dah makan ubat ka belum…

Anonymous
Guest
Anonymous

Artikel ini menyerlahkan kejahilan tuan dalam agama.. Lari dr India bkn bermakna lebih takut manusia drpd Allah. Kalau begitu tafsiran tuan, maka Nabi saw juga takut kepada manusia kerana lari(hijrah) drpd org kafir mekah? Kalau Nabi saw x berhijrah (lari), maka tuan sekarang masih beragama hindu.. Usul supaya ZN kembali ke India. Nabi saw kembali ke Mekah bersama ribuan umat islam madinah. Bukan seorang diri. Dan umat islam madinah melindungi dan berjuang bersama nabi saw. Mereka x hantar nabi saw ke mekah walaupun diminta oleh pembesar kafir mekah.. ZN dlm bidang perbandingan agama. UKE dan UAI dlm bidang Fekah, imam… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku sokong kau dan kau baca saranan anon 12:08.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sokong tuan,,,untuk berceramah memperjuangkan islam dan memperkasakan ilmu agama amat di sanjung tinggi malah di alu2kan ,,namun sehinggakan dapat pr amat tak sesuai dan mengundang masalah lain pulak di negara majmuk Malaysia yang tercinta

Anonymous
Guest
Anonymous

Isu PR bukan bidang kita. Tp aku setuju diberi PR kepada sesiapa yg layak, walaupun kpd org yahudi yg menentang zionis.
. Masalah akan sentiasa ada. Kerna itu kita perlukan ilmu termasuk ilmu mengenai agama lain spt yg dibicarakan oleh ZN. Kalau kita x ilmu, bila berdakwah dgn sami atau pendeta yg pandai, camna kita nak lawan balik.
. Itulah pentingnya ilmu, iman dan amal.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kata zakir naik ceramah dan SEDARKAN dulu orang politik bahawa mencuri duit rakyat dan menyalah guna kuasa adalah haram.

Ruliros
Guest
Ruliros

Nalaysia ini nama saja negara islam tapi perangai pemimpinnya lebih teruk dari org kapir penuh dgn rasuah dan menipu

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya faham isi hati tuan,, malah saya juga sangat kagum dan menghormati serta mengasihani Sdr. Zakir Naik,,,,,namum apa yg tuan boleh jawab jika bangsa yg berugama lain juga mahu keistimewaan seperti itu,,nak wat camner yer…

Anonymous
Guest
Anonymous

Yer Tak yer jugak,,,nak kekal kan kuasa di luluskan jugak,,,,kah kah,,kah,,,nengok apa dah jadi kat Batu cave

Anonymous
Guest
Anonymous

YA,ALLAH.. Allahuakbar..Aku tak pernah tertinggal baca dan komen tiap entry Kat blog budin..Tp entry Kali ni,aku tak setuju dgn ko budin..Sanggup ko nak serah saudara seagama,seorg alim ulama demi keharmonian 31 juta org?..Entry Kali ni menampakkan ko terlupa budin..Ko lupa tujuan asal Kita dijadikan Allah sbg khalifah di muka Bumi..Ko kena ingat menyebarkan, berdakwah adalah tujuan asal Kita sbg manusia..Kuasa,politik hanyalah mainan Dunia budin..Wajib keatas Kita mempertahankan saudara seagama walaupun berlainan bangsa,kaum..Entry ko Kali ni 2 x 5 dgn gesaan hindraf..Kena ingat budin,Kat padang mahsyar nanti Allah tak Tanya ko sokong parti Mana,ko buat apa Demi keharmonian 31 juta org..Hal… Read more »

Fezreen Faizan
Guest
Fezreen Faizan

Sokong komentar ini…kenapa perlu tunduk kepada sebilangan kecil penganut agama lain

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini isu perundangan la bongok…mahkamah india keluar waran tangkap terhadap rakyat dia. Jadi lebih baik dia balik secara sukarela. Kalu keluar interpol red notice, pdrm kena akur jugak sebab kita sebahagian dr interpol. Kalau tidak, negara2 lain tak akan beri kerjasama ngan kita nanti. Look at the bigger picture. Lagi pun hal isu pr dia ni, kenapa zahid dedahkan buat masa ni? Jelas sangat ada agenda politik dalaman umno.

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.

Betul lah cakap MALAYSIA BARU..

Kerana Zakir Naik di suruh bawak mengucap!

Tahu kah tuan di dalam keluarga India ada yang beragama Hindu dan ada yang beragama Islam.

Apa perasaan keluarga Penceramah Ustad Ravi yang telah berjaya menunjukkan toleransi agama dalam Islam?

Dalam Islam keadilan bukan pada bilangan.. please lah

Apa kah dengan niat menyelamatkan berjuta-juta orang Islam, tidak di ambil kira? Dalam satu juta sahaja mungkin lahir 10 Zakir Naik..

Anonymous
Guest
Anonymous

Anoy 12.03
Sebelum nak kata org bongok..
Ko baca Dan hadam dulu,entry budin..Tajuk entry..isi entry..
Ni bukan pasal perundangan Dunia..Ni mengenai kewajiban Kita..Kewajiban Kita kepada Allah S.W.T.
Agama lg bigger picture darpada undang2 Dunia Interpol..
Isu PR ni zahid dedah sbg langkah untuk meyelamatkan diri Dan politik beliau yg terancam dgn pelantikn hisamuddin sbg menteri khas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Budin perbandingan agama oleh ZN membuktikan semua agama asalnya menyamai Islam berdasarkan kitab mereka.ZN tidak menghina agama mereka cuma pengikut mereka yg kepanasan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Satu kan 4 mahzab dulu..

Mizie Kutar
Guest
Mizie Kutar

Habis isu kat Penang pastu Selangor pulak…habis isu membabitkan kaum cina pastu kaum india pulak. ,tu lah polisi kerajaan UMNO tambah pula nak dekat PRU dan sambut ramandhan ni paham2 je la..

Anonymous
Guest
Anonymous

Komen yg akan diberikan berdasarkan kepada 2 faktor.
Faktor pertama.. Melibatkan isu agama, apabila melibatkan isu agama..Wajib Kita sesama Islam mempertahankan Zakir Naik sebagai saudara seagama Dan juga alim ulama
Faktor kedua..isu keselamatan,perpaduan antara kaum di negara kita..
Jadi sebagai umat Islam,wajib Kita mempertahankan beliau diatas faktor pertama..
Kena ingat,Allah menjadikan Kita dimuka bumi sebagai khalifah..Utk beramal,memyebarkan Agama Islam..itu wajib..Tugas Kita sebagai khalifah,utk berdakwah..
Jadi entry Kali ni aku betul2 tidak sokong budin..Sbb ko meletak kepentingan Dunia berbanding kepentingan akhirat..

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya faham isi hati tuan,, malah saya juga sangat kagum dan menghormati serta mengasihani Sdr. Zakir Naik,,,,,namum apa yg tuan boleh jawab jika bangsa yg berugama lain juga mahu keistimewaan seperti itu,,nak wat camner yer…

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.
Itu sebab dalam Islam hubungan selama manusia itu penting. Jangan bila berdakwah atau berceramah kena jaga hubungan sesama manusia bukan hanya dalam dewan.

Apa pun akhir nya Zakir Naik akan di serahkan juga pada Kerajaan India.. bukan sebab desakan Hindraf tetapi kerana peraturan Interpol.

Yang bodoh UMNO.!

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya tak pasti samada Zakir mendapat taraf penduduk tetap Indonesia,,,jika dapat taraf penduduk di Indonesia,,,rasa nya lebih baik,, dan mudah beliau datang ke Malaysia untuk jemputan memberi ceramah,,dan berharap Malaysia tidak terpalit dengan sebarang risiko yang boleh menambahkan lagi kesengsaraan rakyat,,,Moga macai 10.30 tidak terlalu extrim tanpa belajar dari kesilapan yang sentiasa di ulang2

Anonymous
Guest
Anonymous

MACAI [email protected] LEMBUT BERHUJAH
BAGI PANDANGAN SKEPTIKAL DAN PROVOKASI
SELINDUNGKAN AJARAN SESAT DAN AKIDAH
SEKALI BERHUJAH DAH TAHU NIAT JAHAT DIHATI

…BERAMBUS [email protected]….

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa perlu beri zakir naik PR?

Saya melayu muslim rakyat Malaysia. Saya tak halalkan kerajaan beri PR pada zakir naik

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya pula nak cadangkan agar setiap orang islam seluruh dunia diberi taraf warganegara malaysia. Mereka boleh tinggal di rumah kita yang islam ni. Kita mesti tolong semua orang islam. Kalau mereka nak kawin dengan anak bini kita, maka kita wajib bagi…kalau mereka nak jadikan negara milik mereka maka wajib kita bagi..mereka rampas perniagaan kita, kita kena redha..lepss ni geran tanah kita, kita pakat pakat tukar nsma mereka, kita jadikan mereka pemimpin kita. Kita buat ni kerana Allah semata mata..
Inilah saham akhirat namanya dan pasti syurga menanti kita..takbirrrrr.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anoy 12.08
Negara,bangsa Dan agama…
Sekiranya ko letak negara Dan bangsa melebihi agama..akan keluar komen budak sekolah mcm ko ckp..
Tapi sekiranya​ ko letak Agama dahulu akan paham maksud mereka yg tidal bersetuju dgn entry budin pada Kali in..
Al-Quran dan hadis Ada menyatakan yg diakhir zamam akan lahir imam mahadi..yg Kita skrang tak tahu lg..apa bangsa atau taraf kewarganeraan beliau..Dan Pemerintahan Islam diseluruh dunia akan berada Pemerintahan beliau…Adakah bermaksud jika Iman mahadi dari bangsa lain,Kita sebagai melayu pada Masa tu akan menolak beliau semata2 dari bangsa lain?..Apa Ada dgn negara,bangsa kiranya Agama Kita letak dikaki?..

Anonymous
Guest
Anonymous

16:20
Kau tak faham ka apa yang disampaikan oleh 12:08. Kan di dahulukan agama tu. Jelas di tulis kerana islam maka kita wajib tolong seperti yang disarankan.

Zakir naik ni dah naik jadi imam mahadi ka??

Anonymous
Guest
Anonymous

Anoy 15:28
Ko Cuba baca balik komen 12.08..Komen yg berbentuk meganjing..Aku tak kata Zakir Naik tu nk jadi Iman mahadi atau Zakir Naik tu Iman mahadi..Yg aku maksudkan komen 12.08 lebih menagungkan bangsa,kaum dari saudara seagama..Apa yg Ada dgn bangsa,Agama, kewarganeraan sedangkan Kita ni sama disisi Allah..

Anonymous
Guest
Anonymous

DR zakir naik 1 dlm sejuta… what's the problems… mat salleh tu mungkin pengkhianat kott…

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Bro, kalau u mau tahu, sesiapa yg telah menetap d Sabah selama 5 tahun LAYAK memohon PR. Soal dia pengkhianat atau tidak biar SB yg buat kerja.
Brapa tahun sdah DrNaik ni tinggal d Msia?
Little knowledge is dangerous bro.
Banyakan membaca dan bertanya, kalau tidak kita d sini label org itu PALUI.

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Saya ada seorg kawan bertugas ketika itu dgn SESB sdn bhd. Dia kasin dgn minah mat saleh. Isteri beliau berkerja sbg pensyarah BI.
Isunya walaupun sdah berpuluh tahun menetap d Sabah ma c gagal dpt PR.
Teringat cerita dia bila mengadu kat Putrajaya, jawaban Putrajaya lebih kurang begini: Its our right to issue PR to anyone we like.
Kes DrZakir bukti keluhan kwn saya ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Walaupun aku benci tahap gaban najib & co..tp Bab ni aku tak setuju dgn entry diatas..Hal ni bukan sesautu yg Kita boleh politikkan..Zakir Naik adalah saudara seagama Kita walaupun berlainan bangsa dan kewarganeraan..Sebagai saudara seagama Kita wajib membantu daripada menyerah beliau kepada org kapir(Hindu)..Hal yg berkaitan ceramah beliau yg gemar bercakap ttg perbandingan agama ia utk nenyedarkan Dan memberi pengetahuan ttg Islam sebagai agama akhir zaman.Isi ceramah Zakir Naik juga berbeza jika hendak dibandingkan dgn ularmak pas..zakir Naik menyampaikan ceramah diatas kapasiti sebagai alim,ulama tanpa Ada keinginan untuk berkuasa atau memutar belit tafsir Al-Quran atau hadis berbanding dgn ularmak pas..Jadi… Read more »

abd halim Rushdie
Guest
abd halim Rushdie

Buat saudara Shabudin dalam tulisan anda ini sedikit sebanyak ada unsur unsur pengingkaran terhadap agama!Dimana kewajiban kita umatislam yg diperintah kan berdakwah?Dimana kewajiban kita membantu saudara islam kita yg ditindas di fitnah dan dihina oleh golongan kafir?Anda tak fikir kah tu semua bila menulis rencana ni?? Walaupun saya tidak suka pada kerajaan hari termasuk Dato' HishamUdin,Tapi tindakan dia bagi PR pada Dr Zakir naik memang tepat dan saya puji .Ingat negara ini asal nya milik umat Islam dan bermajoriti umat Islam .

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sokong awak dan awak diminta untuk melakukan seperti apa yang disarankan oleh anon 12:08

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan gagal sejarah Malaysia? Asal peradapan di Tanah Melayu ialah Hindu. Candi Lembah Bujang menunjukkan asal usul penduduk tempatan ialah Hindu. Pendatang Islam bermula lebih lewat dengan Batu Bersurat Terengganu. Jadi adalah wajar S Subramaniam bagi kebenaran Hadi bentang RUU tapi tidak bagi Hadi Awang bahas dan undi. Hindu boss sebenar kepada anda dan juga MP Islam BN dan Pas. Bukan saya bagitahu. S Subramaniam yang cakap.

Anonymous
Guest
Anonymous

MACAI ULAS BERLAPIK DAN LEMAH LEMBUT
RACUN PLURALISMA DAN SYIAH HAEAMJADAH
DAH TERANG BERSULUH MUSUH DLM SELIMUT
BARUA [email protected] DISINI SUDA GELABAH

….. BERAMBUS BARUA [email protected] YAHUDI…

INI KALI LAH…

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya tak pasti samada Zakir mendapat taraf penduduk tetap Indonesia,,,jika dapat taraf penduduk di Indonesia,,,rasa nya lebih baik,, dan mudah beliau datang ke Malaysia untuk jemputan memberi ceramah,,dan berharap Malaysia tidak terpalit dengan sebarang risiko yang boleh menambahkan lagi kesengsaraan rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

http://celahgelegar.blogspot.my/2017/04/allah-hu-akhbar-malaysia-perlukan-lebih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)&m=1

link atas malaysia perlu pendakwah seperti Dr Zakir Naik…. pendakwah tempatan perlu dilahirkan seperti Dr Zakir Naik… bukan pendakwah yg berdakwah berlagu lagu.. nyanyi nyanyi… bukan soalan hukum melancap dlm islam jer setiap ceramah diadakan.. tak perlu naak goreng sana gireng sini… Dr Zakir Naik 1 dlm sejuta.. malaysia perlu ramai Dr Zakir Naik …

Anonymous
Guest
Anonymous

.
.
Zakir Naik pun itu je kemampuan dia..

Penceramah kita walaupun bernyanyi dan melawak tapi tahu pasal hukum.. Boleh berceramah pasal Israk Mikraj, pasal kawin cerai, pasal taubat macam-macam lagi .. hidup mate pun topik yang boleh mereka sampai kan… tapi bukan yang condong pada UMNO lah..

Ada ceramah yang lawak dan menyanyi pun satu dua orang sahaja.. Zakir Naik termasuk dalam kategori ini..

Beberapa ceramah di radio banyak yang bermunafaat..

abd halim Rushdie
Guest
abd halim Rushdie

Lebih banyak yg jadi ustaz pelawak dari jadi ustaz pendakwah

Anonymous
Guest
Anonymous

the gomen should quietly and respectfully ask him to leave the country under such adverse circumstances and even assist him to find a third country, if any, who will accommodate him, after all he is in such huge demand and we do not owe him anything do we? if we can send basir back by respecting the laws of Indonesia we should do the same of india

abd halim Rushdie
Guest
abd halim Rushdie

Mula nya nya saya ingatkan rencana ni tulisan Siti kasim atau puak puak liberalis yg tak kenal Tuhan. ,tapi terperanjat besar rupa nya tulisan Shahabudin Husin sendiri!!. Shahabudin Shahabudin! Beristighfar lah banyak wahai Shahabudin.Saya ikuti tulisan kamu setiap hari dan memang ada isi tulisan kamu.Tapi yg ni kosong ,zero!

Anonymous
Guest
Anonymous

. . Pemimpin UMNO pernah cakap untuk menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia, UMNO terpaksa mengorbankan satu orang iaitu Anwar Ibrahim. Maka macam-macam UMNO sanggup buat. Apa kah kerana Shahbudin mengambil contoh Kim Jung-nam yang mayat nya di hantar ke Korea Utara untuk menyelamatkan warga Malaysia yang sebelum ini berkeras pertahankan tidakan Wisma Putra tetapi akhir nya tunduk maka di katakan kosong. Tak salah tapi jangan cakap besar, sedar lah diri… Situasi sekarang cukup bahaya.. apakah tuan sanggup melihat pertumpahan darah.. dengan saling membalas serangan secara hendap.. Dah lah economi teruk dan mata wang rendah.. Selamat kan rakyat dulu.. Kerana rakyat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anwar Ibrahim pengamal pluralist murtad.. lgbt gay…. kawan diluar negara banyak lgbt gay… slogan islamik islam madani kepimpinan melalui ulama setakat kat jubo jer..nak fakta lagi..?. patut di nyah dari Malaysia

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul sedara abd halim. Sy pun ikuti blog ni hampir setiap hari. Sy scroll article ni hingga akhir dgn harapan ia ditulis org lain. Kecewa Sy. Kat mana yg Dr Zakir Naik menghina agama lain? Kat mana dia galakkan terrorism? Jgn ikut sgt rentak puak2 liberals ni… Ke tuan Budin pun sealiran?

Anonymous
Guest
Anonymous

10:10
Awat yang hang mangkuk sangat, blog ni budin punya jadi budin la yang tulis, kalau siti kasim nak tulis dia akan tulis dalam blog dia la..

Anonymous
Guest
Anonymous

Maaf tuan budin..kali ini saya tidak setuju dgn artikel anda. Orang ramai sepatutnya menilai dan mengkaji secara ilmiah dgn lebih mendalam ttg ceramah yg diberikan dr zakir naik..mungkin ada beberapa pendakwah lain yg lebih menekankan cara hidup islam yg lebih keras dan ekstrim..tetapi tidak zakir naik..beliau menyampaikan ttg perbezaan ugama supaya umat manusia lebih faham akan ajaran islam yg selama ini disalah ertikan.. Hanya ada segelintir puak yg sengaja memanipulasi ttg doktor ini.. Tuan budin,kita semua faham akan sokongan tuan budin pada pakatan harapan dan tumbangkan kerajaan kleptokrat najib..melalui artikel yg lepas pun kita dah boleh mengagak akan intipati dari… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

.

Ini bukan pasal Hindraf.. Hindraf protest pasal ceramah Zakir Naik.

Ini pasal Kerajaan India nak tangkap dia guna campurtangan Interpol.

Dan kerajaan India juga yang dakwa Zakir Naik pengganas dan mengalakkan keganasan. Itu yang di ulang oleh Hindraf

Malaysiabaru
Guest
Malaysiabaru

Abdul Halim adik beradik dalman rushdie..

Tuan Shah bagi pandangan pun salah tak bagi kata dah makan dedak umno

Apa masalah ko halim?

Kemaruk dgn budak hitam berserban nih? Sehinggakan dililit kepala dgn za**r

Komen lah semahu kamu!,TAPI JANGAN NAK AJAR ORG ATAU PERSOAL RUMAH ORG CANTIK KE TIDAK!

tuan Shah kasi BAN sama ini adik salman rushdie.. Jom pakat main ban ban!