SUSAH-SUSAH BUAT SAJA DEBAT DI SERI PERDANA ATAU BUKIT AMAN….ADOIIII

Walaupun sudah dua kali debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz  digagalkan oleh pihak polis, masih ramai yang mahu ia terus diusahakan agar menjadi kenyataan akhirnya.
Susulan faktor keselamatan dan ketenteraman awam yang menjadi alasan pihak polis, malah menurut risikan polis juga dillaporkan ada pihak yang mahu membuat kacau di Shah Alam pada 7 April nanti, ramai yang melihat masalahnya cuma berkaitan tempat saja.
Jika diadakan di tempat yang selamat dan terjamin daripada sebarang kemungkinan berlakunya kacau-bilau atau rusuhan, tentulah pihak polis tiada alasan lain lagi untuk tidak membenarkannya.
Lantaran itu, pelbagai idea dan cadangan kedengaran di sana sini.
Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani yang nampaknya merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang mahu debat itu menjadi kenyataan, mencadangkan agar ia diadakan di hotel.
“Kalau tidak boleh (permit), buat saja di hotel, selesai masalah,” kata beliau.
Dalam hal ini, Johari barangkali bolehlah menjadi penaja bersama Sinar Harian untuk memilih mana-mana hotel yang sederhana dan difikirkan sesuai, lagi baik jika disertakan jamuan ringannya sekali.
Sudah tentu jika ada penglibatan beliau secara langsung sebagai pemimpin kerajaan, menjadikan dua menteri yang terlibat, termasuk Nazri sebagai pendebat, beberapa perkara remeh dan soal birokrasi lain berkaitan penganjuran debat itu akan dapat diatasi dengan mudah.
Diharapkan Johari tiada halangan mengenai perkara itu, lebih-lebih lagi atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan Kedua yang memang sedang berusaha keras menyelesai dan membangunkan aset-aset 1MDB sekarang ini.
Mana tahu daripada debat itu beliau turut akan mendapat ilham atau idea-idea baru untuk menyelesaikan kemelut 1MDB.
Seorang bekas Ahli Parlimen UMNO mencadangkan debat itu, jika mahu terus dijadikan kenyataan agar diadakan di mana-mana dewan milik kerajaan negeri Selangor seperti SACC di Shah Alam.
Kata beliau, dengan penglibatan kerajaan negeri, tambahan lagi sudah banyak program politik diadakan di Shah Alam sebelum ini, ia tentunya tidak mendatangkan banyak masalah dari segi kelancarannya.
Di media sosial, oleh kerana yang dibimbangi oleh polis ialah mungkin berlaku kekacauan, ada juga yang mencadangkan agar debat bersejarah kali ini diadakan secara maya saja.
Ia bermakna, melalui teknologi penyiaran serba canggih yang sedia ada, Tun Mahathir dan Nazri sama-sama berada di tempat yang berbeza, tetapi bersoal jawab dan berhujah seolah-olah sedang bertentang mata. 
Penonton di mana-mana saja boleh menontonnya secara bebas melalui telefon pintar, tablet atau komputer.
Ia, kata mereka yang melontarkan idea tersebut, tentunya lebih selamat, bukan saja kerana tiada penyokong yang mungkin bersorak, mengejek atau berbalah antara satu sama lain, malah Tun Mahathir dan Nazri pun tidak mungkin dapat bergasak secara fizikal.
Seorang rakan yang pernah menjadi pengulas televisyen berkata, kiranya banyak sangat halangan dan kekangan, adalah lebih baik Tun Mahathir dan Nazri berdebat di dalam studio saja, tetapi dipancarkan secara langsung melalui tv atau kemudahan internet.
Kata beliau, ada penonton atau tidak dalam debat itu bukanlah faktor penting kerana yang ingin didengar ialah hujah-hujah mereka yang berdebat itu.
Yang lain pula mencadangkan, atas faktor keselamatan juga, agar Nazri meyakinkan Najib untuk mengadakan debat yang dinanti-nantikan itu sama ada di Dewan Merdeka, PWTC yang menjadi milik UMMO atau di halaman Seri Perdana sendiri.
Jika kekacauan masih juga dibimbangkan, jelas mereka, biar disyaratkan hanya Tun Mahathir seorang saja yang boleh hadir, manakala penonton semuanya penyokong UMNO.
“Tun Mahathir tentu tiada halangan, tapi…ahhhh, takkan Najib dan Nazri masih takut juga dalam keadaan begitu.
“Lagi pun, pasti tiada kekacauan yang akan berlaku,” kata yang mencadangkan itu dengan bersungguh-sungguh.
Jika takutkan kekacauan terus menjadi alasan dan kebimbangan pihak polis,  seorang lagi bekas Ahli Parlimen mengusulkan agar debat Tun Mahathir dan Nazri diadakan saja di dewan atau perkarangan di Bukit Aman, iaitu ibu pejabat polis sendiri.
“Takkan di situ ada yang berani nak buat kacau juga?” soal beliau.
Nampaknya, meskipun dua kali dihalang oleh pihak polis, keghairahan orangramai tetap membara untuk melihat debat Tun Mahathir dan Nazri benar-benar menjadi kenyataan.
Apa pun, segala-galanya kini terpulang kepada Nazri. Jika semasa dibatalkan kali pertama dulu, beliau agak melenting, marah dan benar-benar seperti anak jantan, tapi dalam pembatalan kali kedua ini, suaranya belum lagi kedengaran.
Masih jantankah Nazri untuk terus berlawan atau berbalas hujah dengan Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 02/04/2027).
Updated: 26 March 2019 — 1:47 pm

48 Comments

Add a Comment
  1. Buat kat studio atau secara online nanti anak Keruak akan halang. Betul tak?

  2. Memandangkan semakin hari pemimpin umno semakin pengecut, elok lambang keris pada logo Umno digantikan dgn " DILDO " plastik.

  3. Bukan saja kegagalan tetapi kemungkaran juga dapat dilihat dan dirasai.

  4. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    Nothing will last forever. Jika dikehendaki oleh Allah swt, no amount of money or power wil be of any help.

    Insya Allah yg benar akan dilindungi dan yg salah akan dihakimi.

  5. Bukan soal tempat tak boleh debat , tapi soal bocor maklumat pada awam Fasal 1MDB tambahan dekat PRU, byk lagi isu besar yg dpt dilihat dan dirasai rakyat sekarang, nampak sangat byk kegagalan dari kejayaan yg dicapai masa pm sekarang.

  6. Kita buat je debat melalui video conference online guna internet,abis cerita..

  7. Alasan keselamatan konon..yang penyangak2 tengah jual segala aset negara polis tak kisah pula.depa takdak anak bini kaa..debat je pun..bukann pokjib perompak nak jadi mcm obama ka..orang nak debat tak bagi , pokjib ngan kroni rompak gadai negara sana sini polis bagi pulak..mmg rasuah korup punya kroni

  8. Boleh kalau nak debat jadi. Tukar tajuk. Ajak debat isu yg Tv3 main kan je. Yg isu pembangkang tu tak boleh sebut, OSA la senang cakap. Isu yg bantai PH. Mesti boleh. Buat kat kompleks sukan pandamaran pun takde masaalah. Siap dioffer permit lagi. Tak caya cuba try.

  9. Semua salah

    Pak haji korup…

    Yang sekongkol dgn umno..

    Pas lacur agama dan umno lanun kewangan

  10. http://mymassa.blogspot.my/2017/04/video-dosa-nurul-izzah-di-lembah-pantai.html?m=1

    Link diatas.. video jadi bukti 6 tahun lalu 35 orang penduduk Kg Kerinci papa kedana tinggal sehelai sepinggang .. si penghasut senanh mewah di Istna segambut… saksikan nostalgia video yg menyayat hati… pada Penduduk Parlimen Lembah Pantai… lu fikir fikir la yerr…

    1. Dosa nong chik di lembah pundek lagi belambak

      Sampai skrg DbKl tak settle masalah longkang sumbat banjir…

      Jadi menteri wilayah pun tak settle.. Bajet lari buat repair 9tasik di k.l

      Nong chik kata nak buat masjid sampai skrg tak nampak habuk pun..

      Yang betambah kuil kuil sebab nak undi org cina India… Sah UMNO baruah mca mic

    2. Raja Nong dose besoo sbb longkang sumbat.. kat kajang sungai sumbat oo…. kat matang bukam.sumbat lagi.. melepas pun.lam parit tepi permatang parit…dosa lagi besooo.. ooo

    3. Kalau di kajang masih sumbat

      Y.a.b aznin Ali dah bagi Tel hotline unutuk di hubungi..

      Bukan sj longkang tapi poothole dan jlan berlubang

      Jgn Tel alam flora atau jkr atau iwk. Hotline MB ada 24jam.. Semua tau azmin orgnya hands -on.

      Tel cuba skrg.. Jgn dok diam komplen dln blog.. Agkat Tel call no hotline azmin !

    4. Kami sendiri pernah cuba call no hotline dan dlm 48jam lubang dah tutup walaupun jem gile jalan sbb di buat waktu peak hours!

  11. semah kata. "apa? nak ada debat? no way!. over my beautiful dead body".

    yes ma'am kata semua.

    habis cerita.

    1. Yg ni Susah sikit pak Rahman

      Sbb dead body tu bila dh tbaring tak terlangkah dek kan menggunungnya ngalahkan gajah

    2. Bro Tajul……hehehe
      Tergelak sorang teman…….
      Pak Rahman pon tak kurang lawaknya.

  12. Minta Nazri mohon buat debat kat Istana KPM di Negeri Sembilan. Tentu dia bg punya. Lagipun istana KPM tu punya la besar tu. Millionair KPM kita ni.

  13. Buat kat tengah laut atas kapal….takkan ikan pun buat laporan polis hahaha…atau pergi indon atau thailand, kui2

    1. Debat bukan amalan melayu

      UMNO tak pernah ada TEAM debat. Ketua penerangan dah kojol di IJN

      Debat buang masa.. MEREMBAT lagi untung !!

  14. Banyak pulak beri pendapat
    Hotel dewan dan juga studio
    Berapa lama mau tunda ini debat
    Orang perak kata rakyat udah ngelinjio

    Ada saja halangan yg datang
    Walau semua di set dengan baik
    Udah heboh alang kepalang
    Biar nazri turun pentas bijan le yg naik

    Teman rasa buat le apa saja
    Nescaya debat tak jadi juga
    Walau ramai orang yang menjaja
    Bijan akan halang tak kira harga

    Walaupun gitu kita berharap
    Supaya debat dapat dibuat
    Biar dibuka pekung dan kurap
    Pasangan negara kaki kleptokrat..

    1. Teman setuju bebenor pantun no. 2 tuuu……

  15. Inilah yang di namakan TN50 .

    Kejap bagi kebenaran , kejap lagi batal .

    Salah sato dari 50 Temberang Najib !

    1. Kalau sudah tahap begini pun jika masih ada Macai-Macai Umno yang membela MO1 tak tahu lah apa nak cakap lagi……!!! Buta hati atau pun mata buta atau pun buat-buat buta masya'allah !!!

    2. Untuk selesai segala masaalah, ahli2 umno wajib bersuara dan mencadangkan supaya najib meletak jawatan bagi membolehkan siasatan menyeluroh kes 1MDB ini. Umno mesti pastikan najib berundur untuk kembali bersih dari segala skandal. Umno dibawah pempinan najib sangat terjejas, orang dah naik benci dengan pemimpin umno. Ekonomi sangat terok, kos sara hidup dah tak tertanggung oleh rakyat. Semua ini adalah angkara najib atas sokongan segilintir kechil pembodek kerana takut tak dapat dedak lagi. Sekarang hampir kebanyakan agensi kerajaan yang ada kuasa terjerumus dengan rausah kerana takut akan ugutan najib dan kuncu2. Ia wajib ditamatkan dengan pemberhentian najib sebagai PM. Rakyat wajib berani……

    3. Ya allah makbulkan permintaan rakyat ini…..sesegaranya.

  16. Mula tu pasai 18 lapuran. Bila sedar kawasan kilang tk berpenghuni, suda tukar risikan rusuhan.
    PDRM, ko yg kna jaga keselamatan..bukam asyik nak jadi perisai politikus, sekali sekali perisai la rakyat.
    Please la..please

    1. Anjing memang resmi hidup setia pada tuan nya xD

    2. anjing rotweiler lantang salakan mkn bersuapan kenai akn tuanya.
      bila tuanya sampe ekog dan pungkog digoyang goyang.

  17. Najib oh Najib,,,,,,,btl2 haramjadah,,

    1. Rosemah lagi celakajadah..

  18. Debat ini akan tidak diganggu polis sekiranya tajuk tidak bersabit dgn kemungkaran dan penyelewengan Najib dan kuncu kuncu nya. Buat la dimana pun hatta dalam lokap balai polis pun akan tetap di gagalkan oleh polis kerana Rosmah keluar arahan utk batal kerana mungkin pula akan ada anggota polis tidak selesa dgn debat ini jadi batal..cuba la tukar tajuk berkenaan pelancongan atau apa saja asal jgn 1MDB atau SRC rasa rasa bukan dah lama dijalankan nak buat di ofis najib pun Rosmah benarkan sebab dia boss polis tau dak.

  19. As long AS Najib's BALLS were kept , there will NEVER be any DEBATE .

    1. I didnt know najib has balls?

      Did altatuya eat them all?

      Or is It rosmah who pinned najib against the wall?

      So that her precious crown shall never falls ?

  20. Tiada apa-apa yang perlu di debat semuanya benar belaka,,segala bentuk usaha hanya untuk menggagalkan debat tersebut,, yang penting pekong tertutup rapat,, Inilah ia dasar musibat…….!!

    1. Sebenarnya takoooooottttttt

  21. Kalo alasan keselamatan fan ade yg nak buat kacau letak fru…berapa ribu yg nak buat kacau?…geng umno yg nak sabotaj…fru cukup boleh kawal…

    Ato ikut cakap admin buat dlam kawasan bukit aman…kawasan paling aman..habis cetita…pokoknye najib takut jena bogel 1 mdb..

  22. Ghani berusaha keras..keras mana tu?…hutang 1 mdb masih pukuh billion…ghani boleh debat dengan muhyidin yassin kat hotel..

    1. Fayo jo kg baru mana reti akaun..

      Dia tau kfc ayam dara jer..

      Husni.lebih bijak di MOF

      1mdb skrg cuma ada 17 pekerja..hutang 1mdb akan di tuntut di akhirat!!

      KAMI RAKYAT TERENGANU TAK MERASA SATU SEN HARAM PUN DIVIDEN 1MDB!

      yang dulunya asal trenganu investment autority TIA… duit royalti petrinas.. Skrg jadi barang hutang rosmah..

      6 tahun mahathir ada proton
      6tahun pak lah ada koridir utara timur Iskandar

      6tahun Najib ada hutang 50b imdb!

  23. Aku first..pas pis pus

    1. Aku second..pan tart

    2. Anom 2115 tu yg bapak hang dok jilat tiap mlm

    3. Anom 2338 tu yg mak hang dok kangkang tiap mlm

    4. Dapat PM bangang, pinjam duit yahudi USD 50 billion utk tujuan bukan produktif tp nk kawin kan anak yg paling gah abad ini. Akibatnya ekonomi tunggang langgang, inflasi dan kos sara hidup meningkat, ringgit jatuh tambah lg derita rakyat. Nk cover line bg brim tujuan nya satu nk kekal kuasa dan beli undi, pembayar cukai diperah utk bayar brim tersebut. GST 6% tu ada lah syarat pinjaman yahudi supaya bunga pinjaman rakyat boleh bayar

      Serik dah dgn partai Barang Naik @ BN ni!!!

      Korang nk sokong jgk partai tu, itu hak hangpa, tp aku dgn famili tobat dh

      Klu ada perayu undi partai tu mai umah aku, akan aku perabat dgn penyapu. Ahaksss ptui!!!

      JASA moron

      Foad zakar shit moron!!!

    5. Debat adalah HARAM. Boleh rujuk mufti2 UMNO. MasyaAllah, dobat didhak bolheyyy. HAROOOMMMM.

      Rembat duit senyap2 dan dodak = HALALAN THOYYIBAN. Alhamdulillahhhh..

    6. Pemimpin2 goverment skg ni paling sialdlm dunia.. hidup2 rakyat dbodohkn.. tu x masuk lgi yng sdah sdia bodo dklangan penyokong…

Leave a Reply

Your email address will not be published.