Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ZAHID HAMIDI TAK YAKIN TAPI HADI SUDAH DIBERI JANJI…MACAM MANA NI?

Setelah ditolak untuk dijadikan sebagai usul kerajaan, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau tidak yakin usul Akta 355 dapat dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
“Sidang Parlimen dijadualkan berakhir pada 6 April. Saya rasa ia tidak  akan dibentangkan.
“Namun, itu yang saya rasa. Keputusannya terletak pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat,” kata Zahid lagi.
Bagaimanapun, kenyataan Zahid itu agak berbeza dengan pendirian Hadi Awang yang melahirkan keyakinan usul Akta 355 itu tetap akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.
Kata Hadi, walaupun ia ditolak sebagai usul kerajaan, tetapi pihaknya telah mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan bagi ia dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.
“Saya yang akan bawa sendiri di Parlimen dan kita sudah mendapat persetujuan untuk dibawa pada sidang kali ini….akan dibahaskan juga,  Insya Allah,” kata Hadi.
Namun, tambah beliau lagi, dari segi masa ia akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat memutuskannya berdasarkan “standing order” Parlimen.
Macam mana ini?
Hadi nampaknya begitu optimis Akta 355 akan diberi laluan untuk dibentangkan, malah menurut katanya, beliau sudah pun diberi janji berkenaan perkara itu oleh pihak kerajaan, tetapi Zahid pula kelihatan agak pesimis dan tidak yakin.
Siapa di pihak kerajaan yang ditemui Hadi dan sudah berjanji kepadanya itu?
Bolehkah janji itu dipegang atau semata-mata janji politik saja?
Adakah yang berjanji itu orang yang sama sebelum ini yang pernah berkata akan menjadikan Akta 355 sebagai usul kerajaan tetapi kemudian memungkirinya?
Selepas Najib Razak berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu yang berdegar-degar menyatakan kerajaan akan mengambil alih usul Akta 355 itu, Zahid sendiri kemudian mengesahkannya sebagai langkah komited Perdana Menteri untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini.
Malangnya , janji-janji itu akhirnya terkulai layu dalam Mesyuarat BN Rabu lalu berikutan bantahan keras parti-parti komponen, khususnya MCA, MIC, Gerakan dan juga daripada blok Sarawak.
Berikutan itu, Najib terpaksa membuat pusingan U dengan menyerahkannya kembali kepada Hadi untuk dibentangkan sebagai usul persendirian.
Dalam hal ini, setelah Akta 355 kembali sebagai usul persendirian, apakah harapannya?
Seperti yang dirasakan oleh Zahid Hamidi atau seperti yang diyakini oleh Hadi setelah seseorang daripada pihak kerajaan sekali lagi dengan berani datang kepadanya memberi janji? (ShahbudinHusin 01/04/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

120 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
120
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x