Month: April 2017

KEPUTUSAN PAS SEPATUTNYA DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR

Usul Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR akhirnya diterima sebulat suara oleh Muktamar Pas dan ia kini terletak di tangan Majlis Syura untuk membuat keputusan akhir mengenainya. Selain dikata mengingkari banyak perkara dalam perjanjian kerjasama, tindakan mahu berpisah itu juga meletakkan Selena Gomez sebagai salah satu puncanya. Sebelum itu, muktamar juga diberitahu Pas tidak akan […]

SABARLAH WEHHH…MASUK BN DULU KALAU NAK SANGAT JAWATAN DALAM KERAJAAN!!

Menjadikan petikan kata-kata Hadi Awang sendiri yang pernah mengucapkan mahu menjadi penasihat kepada pemerintah, seorang perwakilan di Muktamar Pas mencadangkan agar Presiden Pas itu dilantik sebagai penasihat kepada Yang Dipertuan Agong.“Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan presiden, “kita bukan nak ke […]

DOA DAN SIMPATI UNTUK PAS

Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua. Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan […]

MALAPETAKA 1MDB RANGSANGAN TERBAIK KE ARAH PERUBAHAN

Dalam kita meluangkan banyak masa menyaksikan pelbagai berita yang muncul di Muktamar Pas kali ini, daripada usul putus hubungan dengan PKR, jeritan “Jahanam Amanah” hinggalah kepada Selena Gomez pun disebut namanya, kita seharusnya tidak lupa tentang skandal 1MDB yang boleh dikata suatu malapetaka besar kepada negara.Secara realitinya, isu 1MDB tidak akan padam selagi pengkhianat-pengkhianatnya tidak […]

APA KATA PAS MULAKAN DENGAN EXCO SELANGOR HANTAR SURAT BERHENTI LEBIH DULU?

Dewan Ulama PAS dilaporkan telah bersetuju untuk membawa usul agar parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dalam Muktamar Pas kali ini.Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Usul dewan tersebut,  Khairuddin Aman Razali berkata, oleh kerana menyedari terlalu banyak tahaluf siyasi dilanggar oleh PKR, mereka bersetuju dengan usul memutuskan hubungan itu.Bagaimanapun, […]

PAS AKHINYA MENGAKU NIATNYA HANYA UNTUK MENGEKALKAN UMNO

Pas akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar iaitu tidak guna menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah negara sekarang ini. Kalau tidak guna menjatuhkan, bermakna yang berguna ialah mengekalkannya. Jika tidak guna untuk dikekalkan, ertinya lebih baik dijatuhkan. Pilihan tidak boleh lebih daripada satu, ia mesti antara dua, pilih salah satu. Apabila Pas sudah mengatakan […]

JOHARI GHANI, BERDIRILAH DENGAN BERANI DAN LUAHKAN SUARA HATIMU…

Johari Abdul Ghani, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan Kedua, adalah tumpuan terbaru dalam kemelut yang belum menemui titik nokhtahnya berhubung penyelesaian luar mahkamah antara 1MDB dan IPIC. Beberapa kenyataannya yang berbeza nada segera menimbulkan persoalan, apakah isi hati beliau yang sebenarnya, setujukah beliau dengan penyelesaian antara 1MDB dengan IPIC dan jika apa yang berlaku sekarang […]

KALAU DI TANGAN SUDAH ADA BUKTI, KENAPA MASIH MEMILIH SELESAI LUAR MAHKAMAH?

Selesai tapi tak selesai – barangkali itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kemelut terbaru berkaitan 1MDB sekarang ini. Di sebalik 1MDB berjaya dan berbangga dapat menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah dengan IPIC berhubung bayaran bagi terbitan bon  yang dituntut oleh syarikat daripada Abu Dhabi itu, rentetan daripadanya nampak lebih membingungkan. Bukan saja penyelesaian luar mahkamah […]

MASA UNTUK PEMIMPIN UMNO TURUT BERTANYA ATAU AZIZ SHEIKH FADZIR BAKAL JADI MANGSA?

Seorang pemimpin UMNO dan wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain yang prihatin, akhirnya turut melontarkan soalan paling mudah – mana perginya wang yang sudah 1MDB bayar kepada Aabar BVI sebelum ini? Soalan daripada beliau yang merupakan Ketua UMNO dan Ahli Parlimen Kulim Bandar […]

KAJISELIDIK INVOKE – BUANG MASA SAJA PAS BERTANDING PILIHANRAYA

Latar Belakang Walaupun parti-parti pembangkang bertanding di bawah satu gabungan (misalnya Pakatan Harapan atau Gagasan Sejahtera), undi kepada setiap parti komponen adalah berbeza-beza dan tidak sekata. Dalam pertandingan 3 penjuru, perbezaan undi sebanyak 2% – 5% di antara 2 parti komponen dalam satu gabungan yang sama boleh menyebabkan gabungan tersebut kalah kepada Umno/Barisan Nasional. Perkara […]

AUTA DAN CACA-MARBA 1MDB

Jika diperhatikan daripada awal, 1MDB adalah syarikat milik kerajaan yang paling banyak melahirkan pengautaan, caca-marba dan berbeza-beza dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab terhadapnya. Syarikat bermodal RM2 pun tidak seperti itu dalam pengendaliannya. Dalam kes melibatkan bon bernilai AS$3.5 bilion dan pertikaian berhubung bayaran yang tidak diterima daripada 1MDB sehingga IPIC memohon […]

BAYAR GUNA WANG SIAPA?

Sepertimana yang dimaklumkan kepada Bursa Saham London, 1MDB dan IPIC akhirnya telah  berjaya mencapai penyelesaian berhubung pertikaian antara mereka yang melibatkan jumlah wang berbilion dolar. Yang dipersetujui ialah 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion atau RM5,300 juta sebagai bayaran awal  kepada IPIC dalam dua kali pembayaran iaitu pada Julai dan Disember 2017. Selain itu, 1MDB dan […]

PAKATAN HARAPAN JANGAN BUANG MASA MELAYAN, ROYAN PAS HANYA MAHU TARIK PERHATIAN….

Terbaru ini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad pula melibatkan diri dalam cubaan mahu mengugut Pakatan Harapan. Tuan Ibrahim meletakkan syarat agar parti-parti pembangkang lain jangan ganggu Kelantan serta kerusi tradisi yang biasa ditandingi Pas jika mahu pertandingan tiga penjuru dielakkan dalam pilihanraya akan datang ini. Jangan ganggu […]

LAGI BANYAK PAS NAK BERTANDING, TIDAKKAH LAGI MENYERLAHKAN PERANAN SEBAGAI SEKUTU UMNO?

Selain mahu parti-parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dalam pilihanraya akan datang, Pas juga mula menunjukkan keghairahan untuk berkuasa di beberapa negeri. Semalam, Pas turut mengumumkan kesediaan untuk memerintah Pahang dengan mengumumkan akan bertanding 10 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN di negeri itu. Pahang mempunyai 14 kawasan […]

PAS INGAT DIA SIAPA?

Dalam perkembangan terbaru, Pas melalui Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Dr. Khairuddin Aman Razali mahu semua parti-parti pembangkang tidak meletakkan calon di 80 kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu. Kata beliau, ia bagi memberi laluan Pas berdepan satu lawan satu dengan UMNO dan BN di semua kerusi tersebut. Amboiii…. bukan main besar hajat dan permintaan […]

JIKA JUNG-NAM BOLEH DISERAH UNTUK SELAMATKAN 9 NYAWA, DR. ZAKIR JUGA WAJIB DIPULANGKAN DEMI KEHARMONIAN 31 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Dr. Zakir Naik, penceramah kontroversi kelahiran India adalah masalah baru yang sengaja ditempah oleh negara kita. Mengundangnya sekali dua untuk memberikan ceramah mungkin sudah memadai, tetapi memberikannya taraf pemastautin tetap sama sekali tidak berbaloi bagi sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia yang harmoni serta aman damai selama ini. Dalam ceramah terbukanya, Dr. Zakir […]

"BERHENTI SAJALAH JADI KERAJAAN"

Di sebalik gegak-gempita dan gebang kencang di sana-sini kononnya Najib Razak berjaya memacu ekonomi negara dengan baik, malah dikata juga pertumbukan kita lebih baik berbanding negara-negara maju, hakikatnya apa yang terbentang di depan mata amat menyedihkan rakyat jelata. Bukan saja sebenarnya ramai peniaga tutup kedai, syarikat tidak ada kontrak dan ada yang sampai menjual bangunan […]

SATU PERKARA ZAHID SUDAH BERJAYA!!

Secara tiba-tiba saja isu berkaitan Dr. Zakir Naik kembali diperbualkan, malah lebih panas, sebaik Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pendakwah kelahiran India itu sudah memiliki taraf pemastautin tetap Malaysia sejak lima tahun lalu. Kenapa pemilikan status PR itu baru didedahkan sekarang? Jika selama lima tahun kerajaan boleh menyimpan rahsia mengenainya, mengapa tiba-tiba ia […]

BOLEH PERCAYAKAH KATA2 NAJIB INI?

Najib Razak memberitahu, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah di kalangan negara-negara Asean berdasarkan kajian yang yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit. Menurut Perdana Menteri lagi, keadaan itu adalah hasil pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Betulkah? Secara mudahnya, kos sara hidup adalah pengiraan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh […]