Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SEPERTI YANG DIJANGKAAAAAA…..

Seperti yang dijangka, debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz pada 25 Mac ini, tidak menjadi kenyataan akhirya.
Meskipun ramai yang mengharapkan ia dapat diadakan, seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, malah blog ini juga meragui debat itu akan diberikan permit oleh kerajaan berikutan isu-isu yang diperdebatkan adalah peluru-peluru yang secara khusus akan menembak tepat ke dahi Najib Razak, semua jangkaan adalah benar belaka.
Pihak polis menolak permit bagi debat tersebut dengan beberapa alasan seperti kenyataan di bawah:-
KENYATAAN MEDIA 
KETUA POLIS PERAK 
BERTARIKH 21 MAC 2017

Permohonan Perhimpunan Perbahasan Antara Tun Mahathir Bin Mohamed dan Dato’ Seri Mohamad  Nazri Bin Abdul Aziz.

1. Pihak polis telah menerima permohonan berkenaan daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf. 

2. Dinyatakan dalam permohonan bahawa program perbahasan antara Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) dan Tun Mahathir Bin Mohamad akan diadakan pada 25/3/2017 jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar. 

3. Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar selaku Pegawai yang Menjaga Daerah Polis Kuala Kangsar telah menerima permohonan tersebut pada 20/3/2017 jam 3 petang daripada penganjur diatas mengikut peruntukan dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. 

4. Setelah dikaji dan ditimbang sebab-sebab perhimpunan tersebut akan diadakan dan mengambilkira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar (ACP Ahmad Termizi bin Hj Abd Haq) telah menolak permohonan tersebut dan akan disusuli dengan keputusan secara bertulis yang akan diserahkan kepada pemohon pada hari ini. Penolakan ini telah dimaklum kepada penganjur semalam iaitu 20/03/2017.

5. Alasan-alasan penolakan permohanan tersebut adalah seperti berikut:-

5.1 Kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan dibawah Seksyen 9(1) APA 2012 iaitu pihak penganjur hendaklah membuat pemberitahuan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis iaitu Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan. 

2.2 Tempat perhimpunan yang dipilih iaitu MRSM Kuala Kangsar adalah kawasan sekolah dan ianya merupakan satu tempat larangan di dalam Jadual Pertama (Seksyen 3 APA 2012). 

2.3 Pihak polis telah menerima bantahan – bantahan secara bertulis iaitu 8 laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan. Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga. Ini merupakan bantahan dari orang-orang yang berkepentingan dalam APA 2012. 

2.4 Jadual Ketiga APA 2012 jelas menyatakan perhimpunan / dialog seperti ini tidak termasuk dalam perhimpunan yang dibenarkan.

3. Pihak polis mengalu-mengalukan semua pihak supaya akur kepada arahan KPD ini dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sekiranya ianya diteruskan. 

DATO’ PAHLAWAN DCP HASNAN BIN HASSAN 
PEMANGKU KETUA POLIS PERAK
21  MAC  2017.

Jadi, dengan pembatalan tersebut, apa maknanya kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamad yang sebelum ini mengatakan permit untuk debat itu sudah diluluskan?
Malah, berikutan kenyataan Nur Jazlan itu, Nazri Aziz juga turut menyatakan bahawa beliau sudah bercakap sendiri dengan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang telah memberikan lampu hijau untuk majlis debat tersebut.
Sekarang, apa Nazri mahu cakap lagi? Teruskah beliau mahu cakap besar dan merasakan dirinya benar-benar anak jantan?
Apa kata, jika Nazri benar-benar berani dan mahu debatnya itu menjadi kenyataan, beliau mencadangkan pula agar debatnya dengan Tun Mahathir diadakan di Bangunan UMNO sendiri iaitu di Dewan Merdeka, PWTC? (ShahbudinHusin 21/03/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

92 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
92
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x