Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DIALOG RUU 355

Dialog atau sketsa perbualan mengenai RUU 355 ini diterima melalui grup Whatsapp  dan juga email. Rasanya tentu ramai yang turut sama menerima dan sudah pun membacanya.
Ia amat menarik untuk kita lebih memahami mengenai kemelut pindaan undang-undang tersebut yang sehingga ini masih tertangguh dan tidak diketahui sama ada akan dibentangkan atau terus ditangguhkan lagi.
Saya siarkannya semula untuk tatapan dan perkongsian kita bersama.
USTAZ DIN : “Setiap orang Islam wajib sokong RUU355…”
.
AWANG : “Tak wajib…. RUU355 bukan hukum Allah…. Sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasul, tidak ada siapa pun yang layak mewajibkannya…. Agama Islam ni bukan milik lebai PAS.”
.
USTAZ DIN : “Hukuman 100 kali sebatan bagi orang yang melakukan zina, itu hukum Allah…”
.
AWANG : “Saya tak pertikaikan 100 sebatan tu…. Yang saya nak tanya, 30 tahun penjara dan denda RM100,000, adakah itu hukum Allah? Setiap orang Islam wajib sokongkah?”
.
USTAZ DIN : “Tok Guru Haji Hadi kata wajib….”
.
AWANG : “Haji Hadi bukan nabi…!”
.
USTAZ DIN : “Dia seorang ulamak…”
.
AWANG : “Dia pun manusia biasa, bukannya dia terima wahyu dari langit….”
.
USTAZ DIN : “Enta memperlekehkan ulamak….!”
.
AWANG : “Ustaz mengkultuskan dia seperti nabi, itu lebih besar salahnya….”
.
USTAZ DIN : “Rasulullah bersabda, al-ulamak warisatul anbiya’… Para ulamak itu pewaris nabi…”
.
AWANG : “Kalau gitu, confirmlah Haji Hadi bukan ulamak…!”
.
USTAZ DIN : “Kenapa pulak…?”
.
AWANG : “Mana mungkin seorang pewaris nabi berakhlak seperti Haji Hadi…? Bercakap bohong, berbuat khianat, berbahasa kasar, tidak beradab, angkuh, sombong, menyakitkan hati ramai orang, menjadi bahan ketawa orang…. Logikkah seorang ulamak memiliki ciri-ciri dan sifat sebegitu…? Pewaris nabi apa gitu…?”
.
USTAZ DIN : “Sebenarnya, kenapa enta ni beria-ria menolak RUU355…? Apa yang enta takutkan…?”
.
AWANG : “Saya tidak menolak RUU355 dan tak ada sebab pun kenapa saya perlu takut…. Yang saya tanya, kenapa Ustaz kata setiap orang Islam wajib sokong RUU355…? Apa dalilnya…?”
.
USTAZ DIN : “Bukankah RUU355 menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah…? Dan dicadangkan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, sesuai dengan hukum Allah….Itu ke arah perlaksananaan undang-undang hudud sepenuhnya….”
.
AWANG : “Ya lah…. tentang nak pinda rang undang-undang ke, nak rombak akta ke, bukankah itu urusan ahli Parlimen…? Pasal apa hukum terkena kepada setiap orang Islam…?
.
USTAZ DIN : “Yang di Parlimen tu, Parlimenlah, itu urusan wakil rakyat…. Tapi iman dalam dada kita masing-masing mesti ada iktiqad sama ada kita sokong atau tak sokong RUU355.”
.
AWANG : “Untuk apa…?”
.
USTAZ DIN : “Mungkin sebagai ujian sama ada kita benar-benar beriman atau tidak….”
.
AWANG : “RUU355 nya mana…?”
.
USTAZ DIN : {Diam}
.
AWANG : “Yang ustaz kata setiap orang Islam wajib sokong, untuk menguji sama ada kita beriman atau kafir…. mana bendanya…?”
.
USTAZ DIN : “Usul tersangkut di parlimen…. Itu bukan salah PAS.”
.
AWANG : “Bukan salah PAS apa, Haji Hadi yang mintak tangguh sampai dua kali….!”
.
USTAZ DIN : “Mesti ada sebab kenapa Tok Guru tangguhkan….”
.
AWANG : “Saya tak nak tahu pun apa sebab dan alasan PAS tangguhkan pembentangan usul tu…. tapi saya cuma persoalkan kenapa keluarkan fatwa setiap orang Islam wajib sokong RUU355, sedangkan Presiden PAS sendiri yang tangguhkan….?” 
.
USTAZ DIN : “Ish… enta tak faham….”

AWANG : “Saya nak tanya Ustaz, apa jenis kesalahan yang boleh didenda RM100,000 dan 30 tahun penjara…?”
.
USTAZ DIN : “Er….”
.
AWANG : “Di antaranya kesalahan di bawah akta mahkamah syariah ialah menyebarkan fatwa yang bercanggah dengan fatwa negeri…. Nanti ustaz-ustaz sunnah yang digelar wahabi ramai yang kena penjara 30 tahun kerana menyampaikan ilmu Qur’an dan Sunnah yang bercanggah dengan fatwa negeri…. Undang-undang ini yang Ustaz kata wajib sokong…? Ustaz-ustaz yang mengajar agama tanpa tauliah, walaupun dia lebih alim dari orang yang tukang bagi tauliah,  boleh didenda RM100,000 atau penjara 30 tahun, undang-undang ini yang Ustaz kata wajib disokong oleh setiap orang Islam…?”
.
USTAZ DIN : ????? (telan air liur)

Amacam?

Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat dan lebih memahami isu sebenar daripada perbualan Ustaz Din dan Awang di atas. (ShahbudinHusin 28/03/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

115 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
115
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x