Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ANTARA TUN MAHATHIR DAN NAZRI, SIAPA YANG SEPATUTNYA LEBIH DULU BERTANYA SOALAN?

Menurut kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, beliau mendiamkan diri ketika bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad semalam kerana tidak ditanyakan sebarang soalan.
“Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.
“Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya,” kata Nazri sebagaimana dipetik daripada sebuah portal berita.
Dalam ertikata lain, Nazri tidak sedia untuk berbual-bual atau bertanyakan sebarang soalan kepada Tun Mahathir, sebaliknya hanya menyediakan dirinya dengan jawapan semata-mata.
Ada Tun Mahathir bertanya soalan kepadanya, maka adalah jawapan keluar daripada mulutnya. Tiada soalan daripada Tun Mahathir, diam sajalah dia.
Begitukah yang sepatutnya?

Nazri berkata demikian sebagai menjawab sindiran Tun Mahathir yang menyebut dirinya hanya mendiamkan diri saja sepanjang kira-kira setengah jam pertemuan tersebut berlangsung.
Kata Tun Mahathir, “Entah kenapa dia diam seribu bahasa duduk tepi saya. Kalau dia bisik pun saya boleh dengar, tapi dia tak bisik, duduk tengok depan sahaja. 
“Habis-habis sangat dia kata itu Sungai Perak… saya pun tahu itu Sungai Perak, tak perlu beritahu saya.”
Sekarang Nazri mengakui beliau memang hanya mendiamkan diri dalam pertemuan dengan Tun Mahathir itu, cuma beliau ada jawapannya yang tersendiri.
Tetapi jika kita imbas sebelum itu, Nazri menunggu selama kira-kira tiga jam di depan MRSM Kuala Kangsar bagi menanti ketibaan Tun Mahathir, meskipun beliau  sedia maklum majlis debatnya dengan bekas Perdana Menteri itu sudah pun dibatalkan kerana tidak diberikan permit oleh pihak polis.
Dillaporkan Nazri sengaja datang awal dan sanggup berada di bawah payung besar di tengah-tengah panas di depan MRSM semata-mata untuk menanti ketibaan Tun Mahathir dan bagi mengelakkannya daripada dianggap sebagai pengecut.
Kemudian, apabila mengetahui Tun Mahathir berada di kawasan Lembah Sungai Perak untuk menghadiri satu program lain anjuran Bersatu, Nazri bergegas ke sana untuk segera bertemu dengan lawan debatnya itu.
Mereka kemudian dipertemukan dengan duduk semeja sambil menikmati cendol dan laksa.
Berdasarkan rentetan itu yang menggambarkan keghairahan Nazri untuk bersua dengan Tun Mahathir, di samping kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas yang  boleh dianggap sebagai tuan rumah juga, siapakah yang sepatutnya lebih dulu memulakan bicara dan harus bersikap lebih peramah?
Kenapa hanya beliau yang menantikan soalan daripada Tun Mahathir dan tidak Nazri sendiri yang berani untuk mula menanyakan soalan?
Selain itu, buat apa beliau sanggup berpanas menunggu selama tiga jam dan kemudian bergegas ke kawasan Lembah Sungai Perak untuk bertemu Tun Mahathir jika akhirnya hanya menunggu saja Tun Mahathir bertanyakan soalan kepadanya?
Sekadar berani bercakap…itu Sungai Perak….buat apa? (ShahbudinHusin 26/03/2017).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

54 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
54
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x