Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ADAKAH INI TANDA2 DEBAT TAK JADI?

Sehingga hari ini debat antara Tun Mahathir Mohamad dan Nazri Aziz ditetapkan seperti maklumat berikut:-
Tarikh: 25 Mac 2017 (Sabtu)
Tempat: Dewan Millenium, MRSM Sultan Azlan Shah, Padang Rengas, Perak.
Masa: Jam 3.00 petang
Penetapan tarikh, masa dan tempat itu difahamkan adalah hasil persetujuan kedua-belah pihak.
Bermakna, jika tiada aral melintang atau halangan di saat-saat akhir, debat itu pastilah menjadi kenyataan dan bagi mereka yang berkelapangan dan berdekatan, bolehlah juga meluangkan masa menghadirinya.
Tentunya ramai yang menunggu-nunggu debat tersebut, sambil sebahagian yang lain tidak sabar untuk menontonnya secara langsung melalui televisyen atau pun melalui “live streaming” di internet.
Tetapi, reaksi Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa nampak lain benar bunyinya.
Kata beliau, debat antara antara Tun Mahathir dan Nazri itu tidak relevan kerana tidak mampu membawa penyelesaian.Malah, tambah beliau,  perkara itu juga tidak pernah dibincangkan di peringkat parti mahupun penerangan.”Debat itu lebih kepada pendirian peribadi Nazri saja,” katanya lagi.Menurut beliau, ada sesetengah isu yang mahu didebatkan itu tidak relevan dengan Tun Mahathir dan jika ia dilayan, perkara itu akan menjadi  suatu polemik yang berpanjangan.”Saya tak tahu isu apa yang ingin didebatkan, jika soal 1MDB, ia telah melalui saluran dan undang-undang, lagipun kalau setiap hari semua orang buat debat,  apa hasilnya?” tegas Annuar lagi.Setakat hari ini baru Annuar seorang yang bercakap dengan sedemikian nada. Esok lupa, mungkin ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang tampil senada dengan Ketua Penerangan UMNO itu.

Salleh Said Keruak, Azalina Othman Said atau Rahman Dahlan, barangkali antara yang paling awal menyambut dan menyokong pendirian Annuar ini.

Mereka itu, kalau boleh, semua perkara mengenai Najib, lebih-lebih lagi berkaitan 1MDB, hanya mahu menyimpannya di bawah karpet saja.Sebab itu, baik dalam Perhimpunan Agung UMNO atau Parlimen, soal 1MDB bukan saja tidak boleh dibincangkan, bahkan bertanya soalan pun turut tidak diberi laluan.Akhirnya, jika ramai pemimpin UMNO  mempunyai nada yang sebegitu negatif terhadap debat itu, apakah mungkin Najib Razak hanya akan berdiam diri dan membiarkan saja program itu dilangsungkan?Tidakkah dapat dirasakan nada suara Annuar itu seperti bibit-bibit awal cuba menghalang atau lebih mungkin tidak jadi debat yang ditunggu-tunggu itu? (ShahbudinHusin 13/03/2017).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

94 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
94
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x