Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TUN M MEMANG HEBAT (SIRI 2)….

Pagi Sabtu semalam, Tun Mahathir Mohamad yang kebetulan sedang berada di Johor mengambil kesempatan meninjau-ninjau sekitar Forest City yang gambar-gambar kunjungannya itu kemudian menjadi tular serta menjadi perbualan ramai di seluruh negara.
Pada petangnya pula, sebaik kembali ke ibukota, Tun Mahathir seterusnya meluangkan masa berjalan-jalan dan mengambil angin di KLCC.

Kehadiran beliau di KLCC itu membuatkannya dikerumuni oleh rakyat pelbagai lapisan yang ingin mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dan bersalam-salaman dengannya.
Rakyat menerima beliau tidak ubah seperti bintang pujaan ramai dan seolah-olah bukan sama-sekali tokoh parti pembangkang yang mahu menjatuhkan seorang Perdana Menteri.
Ada mana-mana pemimpin dalam UMNO dan kerajaan yang menikmati penghormatan sedemikian daripada rakyat?
Cuba Najib Razak dan Rosmah Mansor datang ke tempat-tempat tumpuan ramai seperti KLCC dan Pavilion misalnya, adakah rakyat akan berpusu-pusu mahu bertegur sapa dan bersalam dengan kedua-duanya?
Apa pun, sekali lagi harus diakui, termasuk yang membencinya – Tun Mahathir memang hebat dan perjuangannya sedang berada di hati rakyat. (Shahbudin 05/03/2017).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

127 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
127
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x