Month: March 2017

AKTA 355 HANYA MAINAN POLITIK?

Kenyataan 1 Keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk tidak membentangkan sendiri cadangan pindaan kepada Akta 355 untuk menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah adalah pukulan maut (“total knock-out/TKO”) kepada sebarang usaha untuk menghidupkan usul itu.   Saya telah menulis dengan panjang lebar tahun lepas menerangkan Peraturan Dewan 49 yang secara jelas menyebut bahawa sebarang rang […]

NAJIB, HADI SUDAH WAJAR DIBERSARAKAN

Kemelut Akta 355 boleh dikata sudah pun berakhir sekarang  ini. Hampir tiada harapan lagi untuk melihatnya dapat dibentangkan, apatah lagi untuk diluluskan. Kalau ada pun harapannya, ia hanyalah tinggal senipis kulit bawang saja lagi. Apa pun janji yang dilafazkan, antaranya dengan mengatakan Speaker Parlimen tentu ada kebijaksanaan untuk memberi ruang kepada Hadi Awang untuk membentangkannya, […]

AKTA 355 SEBAGAI USUL PERSENDIRIAN, ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO AKAN MEMBERI UNDI MEREKA?

Mungkin kerana malu mahu mengakui mereka sudah “dikencing”  secara terang-terangan, beberapa pemimpin Pas yang pro Hadi Awang masih lagi menganggap tiada apa-apa yang berubah di sebalik pengumuman Najib Razak bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta 355 di Parlimen. Kata mereka, usul itu kini kembali kepada asal iaitu akan dibentangkan sendiri oleh […]

PAS "DIKENCING" LAGI, MAKA ELOKLAH DIBUAT PERHIMPUNAN BAJU HITAM TANDA SEDIH DAN DUKA LARA

Akhirnya Pas basah lenjun kena “kencing” dengan UMNO dan BN apabila Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul Akta 355 di Parlimen kerana ketiadaan konsensus sesama mereka. Berikutan itu, kata Najib, usul tersebut akan kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan sendiri oleh Hadi Awang dan terserah kepada Speaker untuk […]

TAK SAYANG JAWATAN KONON, TAPI….

Di sebalik beberapa Pas kawasan semakin banyak meluluskan usul agar parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, Pas Selangor nampaknya agak keberatan untuk mengambil tindakan yang sama dengan cuba memberi gambaran daripada sudut yang berbeza. Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya usul putus hubungan itu diluluskan, ia hanya akan menguntungkan seteru politik mereka iaitu […]

JANGAN BUANG MASA NAK KALAHKAN NAJIB DI PEKAN…

Sekurang-kurangnya tiga orang sudah menyatakan minat dan kesediaan untuk menentang Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang ini. Mereka ialah Ezam Mohd Nor yang menyatakan kesediaan untuk bertanding melalui Parti Bebas Rasuah yang bakal ditubuhkannya, Anina Saadudin, Ahli MPT Bersatu dan Abdul Rahman Mohd Nor, Ketua Bahagian Bersatu Pekan. Di antara […]

DIALOG RUU 355

Dialog atau sketsa perbualan mengenai RUU 355 ini diterima melalui grup Whatsapp  dan juga email. Rasanya tentu ramai yang turut sama menerima dan sudah pun membacanya. Ia amat menarik untuk kita lebih memahami mengenai kemelut pindaan undang-undang tersebut yang sehingga ini masih tertangguh dan tidak diketahui sama ada akan dibentangkan atau terus ditangguhkan lagi. Saya […]

GURU2 BOLEH SOKONG PEMBANGKANG DAN KRITIK KERAJAAN, TAPI….

Saya meneliti kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menasihat guru-guru yang cenderung menyokong parti pembangkang supaya berhenti daripada perkhidmatan tersebut. Itu secara tersurat tetapi secara tersirat pula, saya melihat kenyataan beliau sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan awal supaya para guru tidak terlibat dengan program parti pembangkang atau bersedia menerima padah. Dengan perkembangan […]

NASIB BAIKLAH TAMRIN GHAFAR SUDAH KELUAR PAS….

Harus diakui bahawa Pas sejak kebelakangan ini terlihat semakin keliru, caca-marba dan tidak menentu dalam menentukan pendirian dan hala tujunya sendiri. Sekejap macam dekat dan mahu bersama Najib Razak, UMNO dan BN, tetapi dalam masa yang sama cuba pula menjalin kerjasama dengan Bersatu. Di ketika lantang meletakkan syarat bahawa sesiapa yang ingin bekerjasama dengan mereka […]

ANTARA TUN MAHATHIR DAN NAZRI, SIAPA YANG SEPATUTNYA LEBIH DULU BERTANYA SOALAN?

Menurut kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, beliau mendiamkan diri ketika bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad semalam kerana tidak ditanyakan sebarang soalan.“Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.“Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya,” kata Nazri […]

DEBAT 7 APRIL DI SHAH ALAM NANTI, MASIH SESUAIKAH NAZRI MEWAKILI PENGUNDI PADANG RENGAS?

Walaupun  debat di MRSM Kuala Kangsar yang sepatutnya berlangsung semalam sudah lama dibatalkan kerana tidak diberikan permit polis, tetapi Nazri Aziz tetap di hadir dan menunggu kedatangan Tun Mahathir di situ. Beliau dilaporkan menunggu selama hampir tiga jam di perkarangan MRSM sebelum beredar menuju kawasan Lembah Sungai Perak setelah mengetahui Tun Mahathir ada di sana. Tun Mahathir berada di […]

WAYANG DAN DRAMA PAS

Berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin Pas, jelas tergambar rasa kecewa mereka kerana gagal menjalin kerjasama dengan Bersatu di mana parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu terlebih dahulu memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan. Jangan salah faham, rasa kecewa itu sebenarnya bukanlah kerana Pas benar-benar ingin menjalin ikatan bersama Bersatu dengan matlamat untuk sama-sama menumbangkan Najib Razak, […]

KATA ORANG BERGELAR DR INI, TUN M LEBIH BAHAYA, BENARKAH KATA-KATANYA?

Kononnya kata orang ini, Tun Mahathir Mohamad mempunyai kuasa veto dalam Bersatu, meskipun hanya berjawatan sebagai Pengerusi sahaja. Kata beliau lagi, kuasa veto yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri itu juga melangkaui kuasa Presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin. “Kalau lepas ini dia naik sekali lagi, apa yang akan berlaku saya tak tahu. “Bukan 1MDB […]

RAMAI PULAK PAK LEBAI DALAM PKR….

Sejak Azmin Ali menukar gambar profil Twitternya kepada gambar berkopiah putih atau berimej  “pak lebai”, beberapa pemimpin PKR juga didapati turut mengambil langkah yang sama. Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr. Afif Bahardin dan Timbalan Pengarah, Majlis Sukan Selangor, Najwan Halimi adalah antara yang dikesan menukar gambar profil masing-masing di Twitter kepada imej “pak lebai”. Naib […]

APA DAN DI MANA SALAHNYA SINDIRAN AZMIN TERHADAP NIK ABDUH?

Marah benarnya nampaknya beberapa kumpulan anak muda dalam Pas kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berikutan sindiran yang ditulisnya melalui twitter terhadap Nik Abduh Nik Aziz. Dalam tulisannya itu, Azmin menulis “Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” sebagai reaksi kepada kenyataan Nik Abduh bahawa Pas mahu menawan Selangor dalam PRU […]

JOM MASUK PERTANDINGAN….

Sementara santai-santai menunggu debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz pada 7 April depan dan tidak diketahui sama ada ia menjadi kenyataan atau sebaliknya, rakyat Malaysia kini dihidangkan pula dengan dua pertandingan menulis karangan atau esei oleh dua ahli politik. Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang dicabar oleh Lim Kit Siang agar menyamannya berikutan digelar bapa […]

BILA PAS SELANGOR MAHU LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR?

Di sebalik Hadi Awang menafikan Pas mahu berkuasa di lima negeri, walaupun rakaman video mengenainya yang tersebar luas tidak mungkin berbohong, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz kemudian seperti mengesahkan kebenaran kata-kata Presiden Pas itu apabila menyebut Selangor sebagai antara negeri yang ingin ditawan oleh parti Islam itu. Kata Nik Abduh, sasaran lima negeri […]

"BELANJAWAN TAMBAHAN SEPATUTNYA DIGUNA UNTUK SUBSIDI MINYAK"

Saya merujuk kepada ucapan penggulungan Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Johari Ghani pada hari Isnin lalu yang secara jelas mengesahkan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berhasrat untuk mengembalikan subsidi minyak walaupun Kerajaan Persekutuan bakal mendapat pendapatan luar jangka apabila harga minyak mentah dalam bulan Januari dan Februari lebih tinggi dari harga yang digunapakai […]

JADI ATAU TAK JADI?

Setelah debat di Padang Rengas tidak menjadi kenyataan berikutan pihak polis tidak meluluskan permitnya, tarikh baru bagi perdebatan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz kini ditetapkan pada 7 April depan.Kedua-dua pendebat dilaporkan bersetuju untuk ia diadakan pada tarikh tersebut, jam 9.30 malam di Auditorium Karangkraf, Shah Alam iaitu di lokasi yang menjadi milik penerbit akhbar Sinar Harian.Kata Nazri, […]