USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG?

Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.
Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.“Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam.Meskipun sesuatu undang-undang Islam digubal berdasarkan tafsiran Al-Quran dan Sunnah, Nurul berkata pelaksanaannya tidak boleh mengenepikan aspek “manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan”.Beliau memetik gambaran Al-Quran mengenai Nabi Muhammad sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.“Berdasarkan gambaran itu, dan banyak sumber kitab yang lain, boleh diandaikan bahawa rahmah merupakan matlamat keseluruhan syariah. Atas sebab itulah, pakar undang-undang Islam, untuk semua tujuan dan maksud, meletakkan syariah seiring dengan maslahah awam.“Oleh kerana rahmah merupakan pemicu kepada hukum syarak, jelas ia tidak akan tercapai jika orang Islam yang menguatkuasakannya tidak disemaikan dengan sifat penting itu,” kata Nurul.Beliau menambah, pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tuntutan syarak tersebut.Katanya, sikap tergesa-gesa mengenakan dan meningkatkan hukuman tidak selari dengan “rahmat Tuhan.””Oleh itu, pindaan kepada Akta 355 yang mahu mengenakan hukuman yang lebih berat adalah bertentangan dengan syarak.”Beliau berkata, sekiranya syariah diperakui sebagai manifestasi rahmah dan keadilan, cadangan Hadi untuk menghadkan skop undang-undang kepada orang Islam menunjukkan sikap hipokrit.“PAS dan Hadi mahu menjadikan orang Islam mangsa demi kepentingan politik mereka.“Mereka tidak telus dengan kepercayaan mereka. Ini kerana skop syariah, yang berdasarkan kepada ‘keadilan’, tidak mengecualikan orang bukan Islam dan tidak pernah terhad kepada orang Islam sahaja.”Beliau berkata ciri utama undang-undang Islam yang sering diperkatakan – mengutamakan kepentingan awam – menunjukkan syariah bukan sekadar berdasarkan keimanan Islam tetapi juga nilai murni yang diamalkan bukan Islam.“Ini bermakna undang-undang digubal berdasarkan kepada maslahah awam dan nilai sejagat yang tidak khusus kepada Islam sahaja, kerana maslahah awam diketahui secara rasional dan uruf dan juga dikecapi oleh orang bukan Islam.“Semuanya menjurus kepada matlamat utama syariah, iaitu belas kasihan,” kata Nurul, yang mempelajari bidang perbandingan agama dan menguasai 7 bahasa termasuk bahasa Arab, Yunani, Ibrani dan Latin. Berita diatas dipetik daripada portal FMT hari ini. Hujah dan perspektif lain yang dibentangkan oleh Nurul Haq Shahrir ini amat menarik dan pasti lebih membuka minda kita.Apa komen serta reaksi pemimpin Pas, UMNO, tokoh agama, para mufti dan mereka yang pakar dalam bidang agama mengenai hujah yang dilontarkan oleh Nurul Haq Shahrir itu?Masihkah perlu usul Akta 355 itu disokong? (SH 25/02/2017).

Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:45 pm

77
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousjohn doeIsmail ahmadMalaysiabaruPermadu Malaysia Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Alhamdulillah, segala syukur pada Allah. Di dalam kegelapan dan kebingungan Umah hari ada lagi suara yang berlandaskan pemikiran yang betul matang dan menyeluruh. Syabas Nurul Hak. Satu pendekatan yang relevant bukan saja di Malaysia, tapi juga untuk umat Islam se dunia, supaya Islam tidak di kotak katikan dan di hijack oleh mereka yang berkepentingan sendirian. Semoga Allah terus memberi pentunjuk dan melindungi kamu. Salam

Anonymous
Guest
Anonymous

22 tahun berkuasa tak sedo tua bangka masih nak berkuasa untuk boboi…. maba nak taruk muko… ooopss mamak mana ade muko malu….kikikiki
PH klu bentuk kjaan saoa jadi PM… soalan x uji minda pun… x leh jawab…. kikikiki

Anonymous
Guest
Anonymous

Mamak kena sembur dlm konvension PKR… nak hijack majlis tapi kena sembur…. ahhaksss….tak dijemput menonong jer masuk lam dewan… ingat dapat tepukan… rupe rupenyee kena tujah… kikikiki…
Bila ditanya klu PH jadi krjaan sapa jadi PM…?
soalan tak menguji minda pun lansung tak leh jawab… mamakk ooo mamakkk…. nasib ko la … dah tya bangka kena tujah PKR… klu bang non tujah amacam….? Kikikiki… tujah dan simen la jawab nyerr…… kikikikikiki…

Anonymous
Guest
Anonymous

Contoh manusia yang yak guna otak Allah bagi. Tahu kutuk kutuk kutuk. Mahathir tetap the best PM walaupun tak semaksum najib dan hadi awang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Shah,

Anak perempuan saya mainkan video cerita hindi entitled "PK". Karekter Tapaswi (playing god/messenger of god/medium) sebiji macam hadi awang. Menghukum, menipu, menghina mereka yang tidak mahu mendengarnya sesuka hati…..di sebalik his godly "status", he is filthy rich living on poor followers.

Hadi pula suka mengkafir, menghina mereka yang bukan sealiran politik.. namun terima 90 juta…hidup senang lenang….

Isu is WRONG NUMBER. IT TAKES AN EXTRA TERRESTERIAL BEING TO TELL TAPASWI THAT HE HAS CHEATED PEOPLE. Walau Nurul ini bukan ET, tapi boleh sedarkan betapa bodohnya umat melayu percayai ruu355 tajaan pas dan sokongan politik umno

Anonymous
Guest
Anonymous

sejak muda sampai ke tua lebai hadi ini memang suka buat fatwa sendiri kononnya terlebih islam dari orang islam yang lain. apapun semua fatwa dan tindakan nya tidak lebih untuk kepentingan diri dia sendiri saja. selayaknya lebai ini disumbat dalam tirai besi kerana pernah pecah belahkan orang islam dinegara ini..

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS kan parti politik, Hadi Awang kan ahli politik, amanat Hj Hadi yang tidak pernah ditarik balik tu kan amanat politik. Ini semua kerja orang politik demi survival politik bukan untuk mencari keadialan mahupun keikhlasan. Jika mereka ikhlas, Najib atau Hadi, buat sepeti apa yang Tun M buat semasa mengemas kini Akta tersebut !!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

2154. That dead emgine should be scrapped and melted down , before rust sets in.
The 2 types of drivers can also be described as:
1. Alim Cerita- Talk Cock
2. Alim Pendita- Dumb Cock

Ismail ahmad
Guest
Ismail ahmad

Assalamuallaikum.Dari Anak Melayu Singapura. Pentadbiran yang ada sekarang adalah seperti Misfired boiler burner. Poor in fuel/air ratio. Rich in fuel poor in air = Non homogeneous combustion. Producing poor quality steam but generate lots of soot and carbon. The mixture of carbon and soot will be flowing out through the chimney in the form of thick black smoke. This column of thick black smoke can be seen far and beyond. We can see it from our island and perhap US and Switzerland too. Bro john Doe salute u lah bro.Antara 3 Alim. 1. Alim cerita. Hanya mampu bercerita 2. Alim… Read more »

john doe
Guest
john doe

Salam pak ismail

Saya tidaklah sepandai mana. Cuma berkongsi sedikit apa yg saya tahu sahaja.

Kepada Allah kembali segala pujian.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pak ismail..
Not just black smoke..i think u can see sparking soot out from chimney. Along the time..the carbon soot which is hard to burn at lower temperature will cover all the piping. More cost for fuel to burn for same amount steam.more saturated than superheated. At last..the piping melt inside too high temperature. ..hihi. i like ur anology.

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau ini dikatakan langgar syariah ok
hukumhukum ynag sedang diguna pakai sekarang ini
ikut 100% syariah ka?
mana pakar pakar yang hebat tu betulkan lah
tak kan nak biar 100 thaun lagi hidup umat Islam berhukum dengan yang tak betul
tak kan pakar ada ilmu tinggi sanggup tengok hukum yang ada sekarang terus digunakan walau tak ikut syariah
takut takut pakar dimatikan oleh Allah dan disana nanti ditanya ilmu yang Allah bagi kat dunia dulu buat apa untuk Islam???
mungkin jugak pakar pakar boleh jawap maklumlah pakar katakan

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah typo .. bukan perkasakan PH+BERSATU tapi perkosakan PH+BERSATU… kikikiki… hakak dah payung dah…. kikikiki.. payung dan simen… kikikikik..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Shah,

Saya rasa Pimpinan PH telah terperangkap dengan isu RUU355 yg sememangnya bertujuan untuk melencungkan tumpuan pemimpin dan penyokong PH+BERSATU dari isu yg lebih penting spt 1MDB, FELDA, KEJATUHAN MATAWANG RM dll.

Saya rasa elok lupakan dan biarkan isu RUU355 terjun dgn labu labu nya.

Perkasakan PH+BERSATU utk hadapi PRU14 yg sangat sangat hampir..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mamak dah terdesak.. telo dah goyang… boboi perlu diselamatkan… macai pulak telo kena tarik tiap2 ari rela ditipu… kikikiki… terdesak nak boboi jadi.PM….

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada lagi Jing Jibo @ Kejora. Aku ingat dah mati.

Anonymous
Guest
Anonymous

http://novandri.blogspot.com/2017/02/video-mahathir-dikutuk-semasa-hadir-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/JcvMw+(Dr+MiM)&m=1

link di atas ….malas nak gebang lelebih dengan puak mamak moron nihh… layan video mamak kena tujah di konvension PKR…. nnpk gayo camno nak jadik abang besooo…atau perasan besoo ….. kikikiki… bertepak tepak kena balun abam beso Pakatan Putuih Harapan nihh… layan 2 video tuhhhhh… jangan cakap hakak tak.payung… kikikikiki..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dahsyat Tun, besar semangat, berani mcm kandang harimau tu. Tak ramai berani mcm ni. Yang nak lari cabut ekor celah kangkang ramai. Jgn kata habang tak payung bgtau..kikikikukuku

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 20.29,Blog Dr mim tu yang dulu terjemahkan kata Tun 'this country will go to the dogs', dia terjemahkan dalam BM Tun kata 'negara ini akan pergi kepada anjing.' Hebohlah kutuk Tun sebab Tun sebut 'anjing'. Hahaha bodohnya dia keluarkan terjemahan maksud ' going to the dogs' tu ikut sebiji sebiji patah perkataan tu. Dia tak tau itu satu peribahasa orang putih. Sama juga dgn makan hot dog, bukan maksud makan anjing panas. Macam juga peribahasa orang putih 'it's raining like cats n dogs', agaknya mesti dia terjemahkan sebiji sebiji jadi 'hujan macam kucing dan anjing.' Pada hal maksud cats… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

PAs berpendpt RUU355 perlu ditegakkan, terpulanglah kpd sesiapa naknsokong maupun menentangnya.

Jadi jgn jadikan isu RUU355 permusuhan. Syaitan amat suka dgn org yg berlagak pandai dan menentang kebaikan. Apatah lg dlm saat ini yg menentangnya semua bukan islam. Berhati hati. Kalau anda rasa RUU355 buruk untuk umat Islam anda tanggunglah kalau tindakan anda berada di pihak yg salah di sisi Allah.

Tapi Kalau anda berasa anda benar maka kita berserah segalanya kpd Allah. .

john doe
Guest
john doe

"Sesungguhnya syaitan itu dan kabilah2nya dapat melihat engkai sedang engkau pula tidak dapat melihat mereka".

Maka jangan mudah menyangka-nyangka dan kemudian menghukum ditakuti hakikat yg sebenar adalah berlawanan dgn apa yang disangka-sangka itu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jadi bila engkau tak nampak syaitan adakah engkau akan mengalah kepada syaitan atau engkau berdiam diri? Atau swbaiknya engkau kena faham ajaran Nabi Muhammad yg telah menerangkan sifat2 dan tipu daya syaitan yg mesti engkau jauhi.
Salah satu tipu daya syaitan ialah mewujud persengketaan, permusuhan sesama Islam. Berpecah belah sesama engkau.

Mengambil musyrik sebagai penolong engkau juga sifat tipu daya syaitan. Dijadikan musyrik itu nampak kuat dan sempurna supaya umat islam bergantung dan percaya kpd musyrik lebih drpd umat islam sendiri. Walhal mrk telah khianat kpd Allah pencipta mrk.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi adalah iblis yang menyesatkan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jom kita jijak potret LKS & lge

Anonymous
Guest
Anonymous

Kau pijak sampai subuh easok pun tak jadi kudis. Apa ada luak?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tiap agama ada beza pendapat antara penganut2 nya. Ada puak puak nya. Di agama Islam di puak Sunni pun ada mazhab2 nya. Memang, mesti berpandu kpd Al Quran dan Hadith. Tetapi interpretasi al Quran pun tidak begitu senang, sebab bahasa yang di guna ia lah bahasa Arab purba. Hadith pun ada begitu banyak. Bukhari seorang sahaja pun pungut lk 600,000 Hadith. Dia hafal ha nya lk 200,000 Hadith. Namun demikian Kitab nya mengandungi tak sampai 6,000 Hadith sahaja. Maka pihak yang di beri kuasa dan di pertanggung jawabkan mengeluarkan fatwa amat lah penting bagi kesinambungan ummat Islam, menyelesaikan isu2 atau… Read more »

john doe
Guest
john doe

Hanya sedikit pembetulan sdr,

Kelebihan BA berbanding bhs2 lain termasuklah BM dan BI:-

1. 1400 tahun dahulu semasa AlQuran diturunkan BA sudah pun lengkap sama sprti hari ini. Nahu dan sistem yg sama.

2. Apabila digunakan BA baku, aka dari Maghribi sampai ke Iran, sistem yg sama digunakan. Tiada perbezaan melainkan sekiranya digunakan bahasa Arab pasar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya percaya setiap hukum Dari Allah adalah lebih baik dp hukum yg di reka oleh manusia.

Persoalan adalah kelemahan dalam perlaksanaan.

Tetapi kelemahan dalam perlaksanaan tidak sepatutnya di jadikan alasan untuk tidak melaksanaan hukum tersebut.

Lagi pun tidak ada jaminan bahawa kelemahan dlm perlaksanaan tidak boleh berlaku dlm menjalankan hukum yg di reka oleh manusia.

So adalah lebih baik melaksanakan hukum Allah yg mempunyai kelemakan perlaksanaan, dp melaksanakan hukum manusia yg juga mempunyai kelemahan perlaksanaan.

Anonymous
Guest
Anonymous

.

Adakah Al Quran itu 'menghukum' ?

Adakah Al Quran di turunkan atas Sifat Allah Maha Berkuasa atau Allah Maha Penyayang ?

Wallahualam.

john doe
Guest
john doe

Hukum yang mana satu sdr? Mohon pencerahan.

Hukum Hudud Kelantan atau hukum pindaan RUU355?

Dulu dibuat perhimpunan Hari Hudud Sedunia dan didakwa ini perhimpunan demi agama. Kini dibuat pula perhimpunan H355 dan didakwa juga demi Islam, sedangkan kedua-duanya tak sama.

Oh ya, sebelum terlupa, pengerusi Hudud Kelantan dan pembentang pindaan 355 ini adalah orang yg sama.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada yang dah kata dia tak berapa reti pasal agama. Saya pun gitu juga.

Ha nya nak kata sepatah dua. Di sini sana.

Anonymous
Guest
Anonymous

Modal orang2 pas/isma bila setengah ulama tak sekata dgn mereka,di LABEL, sebagai Liberal,ikut yahudi..
Tapi bila mereka2 ini yg digelar ulamak,tak ikut quran/hadith..Hanya ikut DEDAK Najib amacam?

Permadu Malaysia
Guest
Permadu Malaysia

Apa pendapat ulamak audi Q7 ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi n the gang dlm Pas akan label Nurul Haq liberal, kafir, kelusr aqidah dn tk bolih masuk syurqa.

Dlm melabel orang puak ni memang pakar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang ramai yg jual agama demi sedikit habuan didunia..agama dijadikan alat bukan ibadat..

Anonymous
Guest
Anonymous

RM90 juta?

Anonymous
Guest
Anonymous

Bezanya ilmu yang nampak pada apa yang dalam serban dan jubah DAN ilmu yang bermanafaat dari hati sanubari yang jujur, berrealiti, berfakta dan berkebenaran. The former is superficial hadi and the latter is nurul..

Wallahuaklam

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan politikkan agama.

Ya Allah.

Astaghfirullah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Perempuan bangsa dan agama apa yang selalu membuang bayi? Nampaknya bertambah banyak lagi lah ibu2 muda yang terlajak silap akan membuang bayi mereka.

john doe
Guest
john doe

Komen sdr ini membenarkan pendapat sdr Nurul Haq bahawa Islam bukan saja tntg hukuman tetapi juga tntg pendidikan.

Adakah dengan menaikkan bidangkuasa hukuman, maka jumlah perempuan mengandung di luar nikah akan berkurangan?

Saya percaya jawapannya tidak.

Saya lebih percaya kpd penguatkuasaan yang seimbang di antara golongan menengah dan golongan bawah sbg tanda kerahmatan yang betul.

Apa guna hukuman dinaikkan tetapi pelaksanaan hanya dibuat ke atas golongan bawahan dan yang di atas bkn sahaja terlepas dari hukuman mahkamah malah terlepas drpd hukuman parti semata2 kerana posisinya dalam parti.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul kata bro john doe..secara logiknya walaupun denda dan hukuman diberatkan tapi ia tidak dapat memberikan impak yg dihajati..bagi mereka yg kaya dan berkuasa sering mencari ruang untuk melepaskan diri dari hukuman..

Anonymous
Guest
Anonymous

Walaupun dilaksanakan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah, masih ramai juga anak bangsa yang terlibat membuat, mengedar dan menyalah-guna dadah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 15:34

Yang terlajak silap hingga termengandung itu bukan kerana hukuman yang ringan atau berat. Ianya kerana kurang pegangan/ilmu Islam pada yang harus, sunat, makruh dan haram.

Kalau sebut ibu-bapa tak mendidik anak-anak, menyinga marahnya.

Kalau sebut ustaz/ustazah mengajar sambil-lewa, habis kita diseranahnya.

Kalau sebut sistem pendidikan yang ada tidak memberi kesan, silap-silap masuk penjaralah kita.

Yang jelas, kedangkalan ilmu agama menyebabkan mereka dengan mudah 'mengangkang' tak kira dimana atau dengan siapa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya berbangga boleh dikatakan kesemua pro Tun adalah terdiri dari mereka2 yang cerdek pandai.Syabas saudara2 seperjuangan semua ,marilah kita rapatkan saf dan berjuang diatas satu landasan yang jujur dan ikhlas….mudah2an perjuangan kita ini diberkati ALLAH.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hukum tak puasa Ramadhan pun, ramai yg tak takut pada undang2 JAKIM, agak2 ruu355 boleh masuk ke dalam rumah orang Islam yg tak pergi sembuhyg Jumaat, atau jemaah fardhu dimesjid. Semua ni bergtg pada iman dan takwa diri masing2, bukan takut pada ruu355 hj hadi yg menjadi modal politik untuk pru14 , mungkin selepas PRU nanti dia akan menjadi senyap sepi

Anonymous
Guest
Anonymous

Itulah masalah dengan menguatkuasakan undang2 dengan mencari kesalahan..kalo org tak puasa dan makan dikhalayak ramai ditangkap, kita paham undang2..tapi pegi cari dan buat serbuan dirumah2 dan tangkap, ni kita tak paham dan ini lah masalah yg sering berlaku dalam masyarakat..

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Maaf saya tak berapa pandai soal ugama islam, maka saya ada sedikit kemuskilan.Kalau kita pergi kemana-mana negara didunia, setiap orang islam melakukan rukun islam yang sama kerana umat islam berpandu pada satu kitab iaitu al-quran.Contohnya dalam solat, rakaat dalam solat adalah sama biarpun dimana-mana negara. Begitu juga tertib dalam solat tetap sama.Tetapi bagi negara-negara yang mendakwa melaksanakan undang-undang islam, kenapa tidak pula sama hukumnya sedangkan berpandukan pada kitab yang sama iaitu al-quran.Apakah undang-undang islam berbeza mengikut kaum dan bangsa?Apakah ulama dari setiap negara islam tidak boleh duduk semeja berbincang tentang hukum islam?Kerana, isu ini gemar dipolitikan untuk mengaburi penyokong. Contoh,… Read more »

john doe
Guest
john doe

Sdr Joe Harry, Saya mohon menjawab. Perbezaan hukum yang diputuskan di antara satu tempat dgn tempat yg lain adalah disebabkan antara lain wujud prinsip2 spt yang saya sebut di atas iaitu 'dharurat membenarkan yang terlarang', 'memilih di antara dua dharurat' dan 'melaksanakan tuntutan mengikut kemampuan'. Asal sahaja hukum yg diputuskan tidak menyalahi usul yang benar tidaklah salah sekalipun hukum yang berlainan yang dikeluarkan. Contoh paling mudah ialah dan paling berhikmah ialah hatta di dalam 5 rukun Islam Allah letakkan 1 iaitu haji di mana kewajipannya berkaitan dengan kemampuan. Maka seorang yg kaya raya dan jauh mampu yang tidak melaksanakan haji… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro John Doe Saya mendengar dengan teliti dan melihat video ceramah "Husam lari dari debat" yang diadakan PAS di Kota Bharu baru-baru ini. Selain dari berapi-api mengutuk Husam, ada diselitkan tujuan RUU 355 iaitu untuk meminda hukum sebat kepada 100 sebatan supaya hukum Hudud yang melibatkan zina, Qazaf dan minum arak dapat dilaksanakan. Walau bagaimana pun, terlalu ramai pundukung RUU 355 mengatakan pindaan ini langsung tiada kaitan dengan Hudud dan bukan Islam. Soalan bodoh dari saya…. Adakah meminda RUU 355 untuk melaksanakan Hudud secara putar belit ini dibenarkan dalam Islam? Mengapa tidak diperjelaskan secara terang-terangan? Apa akan jadi (dari segi… Read more »

john doe
Guest
john doe

Sdr Pertama sekali saya tak tgk vid berkenaan dan tak boleh komen, tapi saya akan jawab secara umum sahaja. Jika sebuah kereta porsche cayenne tuannya berkata 'ini adalah proton saga', maka secara hakikatnya adakah ia porsche atau adakah ia proton? Secara hakikatnya RUU355 memang bukan hudud. Maka panggillah ia apa saja, ia tetap bukan hudud. Sebatan 100 rotan? Maaf saya tak dapat recall perkara ini ada dalam draf pindaan berkenaan. Ada pula seseorang yang memiliki dua wajah, bila jumpa satu golongan ia bercakap sebegini, lepas tu bila berjumpa segolongan yg lain ia bercakap sebaliknya maka ketahuilah ia adalah salah satu… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro John Doe

Terima kasih atas pencerahan

Anonymous
Guest
Anonymous

Zaman Islam memerintah 3 per 4 dunia dulu sudah tentunya memakai hukum syariah (janayah), seperti potong jangan, pancung, qisas 100 unta DLL lagi. So siapa kata hukum Islam tidak boleh diperketatkan.

john doe
Guest
john doe

Sdr, Pendapat yg betul, tapi masih ada kecacatan disebabkan manusia ini tetap manusia. Apa guna hukuman diketatkan tapi pelaksanaan hanya ke atas orang-orang yang lemah. Ia malahan ditegah oleh Nabi s.a.w. Sabda Baginda saw:- إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ ، وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا ) رواه البخاري (3475) ، ومسلم (1688) . Sesungguhnya telah dibinasakan orang-orang yg sebelum kamu, mereka itu apabila yang mencuri itu seorang terhormat di dalam masyarakat maka dilepaskannya. Apabila yang mencuri itu adalah golongan yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Anony 14:48
Kau ni baru bangun dari tidur yang penuh mimics ke? Bilakah Islam mentadbir 3/4 dunia?

Cahaya Al Majid
Guest
Cahaya Al Majid

Salam. Jelas and terang. Bagi yang mahu menerima dan memikirkan . Selagi Al Quran dijunjung dihati selagi itu kita tidak akan sesat. InshaAllah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Beranikah pihak yg berkaitan menghukumkan berdaso atau haram langkah TGHH tersebut?.Kalau setakat apa yg di hujah oleh beliau ,itu semua subjektif bukan semua orang boleh menerimanya,kecuali kalau beliau berani menyebut halal, haram atau harus secara tegas berkaitan pembentangan RU 355 tersebut.Sebagai orang Islam saya lebih cendrung dan merasa lebih afdhal untuk menyokong pembentangan RU 355 berkiatan.Dr. Zulkefli,Mufti Wilayah Persekutuan pun menyeru orang Islam utk menyokong pembentangan tersebut,jadi apa salahnya.

john doe
Guest
john doe

Sdr, Memang benar mereka yg berilmu tidak akan berani menghukum berdosa apatah lagi takfir sama ada menyokong atau tidak menyokong RUU355 ini. SS Mufti WP sendiri menyokong pindaan ini tetapi ia tidak pula mengkafirkan mereka yg tidak menyokongnya. Hanya unknown aka sahabat shj yg berani keluar kalam orang2 yg tidak menyokong lebih mahu mencari keredhaan orang-orang kafir berbanding keredhaan Allah. SS memberi pendapat akademik. Sdr Nurul ini pula memberikan pendapat drpd tingkah laku politik. Sekiranya dinilai secara ilmiah kedua2nya tidak bertentangan. Secara peribadi saya menyokong pindaan ini. Tapi secara pandangan politik saya tetap berpendapat ia langkah politik dan bukan langkah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

John doe 15:34.

Minta tuan relatekan 2 tulisan tuan ini:

1. …Tapi secara pandangan politik saya tetap berpendapat ia langkah politik dan bukan langkah agama. 

dan

2. …Di manakah RUU sepatutnya dibahaskan? Di Parlimen atau di Padang Merbok? 

Andaikata sesiapa shj membahaskan ruu355 diparlimen, mereka itu telah mengambil langkah politik ke atau langkah agama? Kiranya langkah politik salah, bagaimana caranya untuk mentransformkan ianya agar menjadi langkah agama asal sahaja ruu355 ini boleh diperkasakan/pinda.

Soalan seterusnya drpd saya bergantung kpd jawapan tuan nanti.

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA: KEWAJIPAN MEMBAIA'H SEORANG KETUA (siri 7/7) Jelas, saya telah memilih hukum harus kepada kewajipan membaiah seorang ketua bagi kumpulan jemaah yg belum ada majlis pemerintahan spt kedudukan PPBM di dalam PH hari ini. Unknown pula telah memilih hukum wajib. Secara analogi berbalik, menurut Unknown hukum menyokong PPBM yg tidak dibaiah sbg pengerusi PH adalah haram. Kaki putar belit yg tidak mampu menjawab balas akan berkata 'john doe pun 2×5 dgn Unknown. Dia pun berfatwa'. Ini jawabnya:- Secara teknikalnya saya yg memilih hukum harus tidak mengeluarkan apa-apa fatwa, sebaliknya saya 'tawaqquf'. Tawaqquf berasal dari… Read more »

Pomen Smart
Guest
Pomen Smart

Terima kasih saudara John doe. Terima kasih Untuk pencerahan yg cukup berisi. Terasa cukup kerdil bila membaca hujah2 begini. Bertambah sikit pengetahuan hari ni. Amin.

Pomen Smart
Guest
Pomen Smart

Betul la ada 1 ayat ke hadis ke Saya tak tau. Ajar lah aku walau satu ayat.

john doe
Guest
john doe

Sdr pomen. Terima kasih kembali. Itu adalah petikan hadith Nabi yang berbunyi 'ballighu a'nni walau aayah' yg bermaksud sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. Secara jujur saya takut juga utk menulis tntg hukum begini, disebabkan takut memberikan kefahaman yg salah kpd orang ramai. Tapi disebabkan si unknown ini terlalu banyak kali membuat hukum wajib membaiah seorang ketua di kalangan jemaah2 penentang yg secara analoginya bermaksud haram menyokong PPBM, maka saya gagahi juga sbg tanggungjawab. Dibiarkan ditakuti akan melampau2 si jahil itu berfatwa. Sebab itulah saya terangkan bertawaquf itu lebih selamat sebab ia adalah hukum asas. Saya benar-benar tidak berfatwa sebaliknya hanya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam..apa yg saya dapat paham dari artikel tuan budin dan tulisan bro john doe diatas dan boleh dibuat kesimpulan ialah syariah lebih bersifat mendidik daripada menghukum..sebagai contoh..antara perkara yg saya lihat gemar dilakukan oleh unknown aka sahabat ialah menjatuhkan hukum dan antara perkara yg saya lihat gemar dilakukan oleh bro john doe ialah menasihat dan mendidik secara ilmiah..
Ini apa yg saya lihat..bukan untuk merendah atau memuji sesiapa..semua boleh baca komen2 mereka..
Wallahu a'lam.

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA: KEWAJIPAN MEMBAIA'H SEORANG KETUA (siri 6/7) Keterangan hadith 2 Hadith 2 menyebut tntg pemimpin yg menipu rakyatnya. Semua orang tahu kisah 1MDB dan derma 2.6b adalah kisah tipu. Tapi Unknown tidak terima cerita2 ini kononnya kerana ia bersumber daripada berita kaum kafir (WSJ dan SR) dan kita semua yang percaya kpd cerita ini dilabelnya sbg 'beriman kpd cerita kaum kafir'. Skrg kita tinggalkan cerita WSJ dan SR dan mari rujuk bgmn AlQuran mengajar kita utk mengenali kaum penipu. لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ "Maka janganlah kamu terpedaya dengan bolak balik orang-orang… Read more »

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA: KEWAJIPAN MEMBAIA'H SEORANG KETUA (siri 5/7) Tidak dinafikan apabila sesuatu pihak melakukan sesuatu yang mandub maka ia lebih baik dari pihak yang tidak melakukannya khusus dari sudut itu. Saya pernah menulis BN memang sistem terbaik, tapi apa guna sistem yg baik sekiranya ia digunakan utk menyamun. Lagipun komponen syariah tidak datang secara berasingan melainkan secara syumul. Sbb itu wujud prinsip2 spt memahami keutamaan, memilih di antara 2 kejahatan dan melaksanakan tuntutan mengikut kadar kemampuan. Dan saya tidak memilih UMNO disebabkan 3 hadith berikut yg amat mirip dgn UMNO di bawah Najib. Hadith 1.… Read more »

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA: KEWAJIPAN MEMBAIA'H SEORANG KETUA (siri 4/7). Di dalam satu hadith Nabi pernah bersabda yg bermaksud "sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun selepasnya dan kemudian kurun selepasnya". Di dalam hadith tersebut Nabi hanya menyebut 3 kurun saja dan berdasarkan hadith ini 3 kurun hijrah pertama diiktiraf sbg zaman salafussoleh. Pada zaman inilah kesemua 4 imam mazhab utama dan kedua2 imam ahlussunnah iaitu As-syaa'ri dan Al-Maturudi dilahirkan. Pada zaman ini jugalah berlakunya pemberontakan rakyat yang menjatuhkan pemerintahan Bani Umayyah dan digantikan dengan pemerintahan Bani Abbasiyyah. Mari kita telusuri sejarah Islam ini. Pada ketika Bani Umayyah… Read more »

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA: KEWAJIPAN MEMBAIA'H SEORANG KETUA (siri 3/7) 2. Ayat perintah supaya berlakunya proses islah sebelum talak. وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَماً مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَماً مِنْ أَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحاً يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا..  'Dan sekiranya kamu takuti perpisahan di antara mereka maka carilah seorang wakil rundingan dari kalangan keluarga si suami dan seorang wakil rundingan dari kalangan keluarga si isteri, sekiranya mereka mahukan islah… (hingga akhir).' An-nisak: 35. Ayat di atas jelas Allah memerintahkan berlakunya proses islah (reconcililation) sblm proses talak diteruskan. Tapi ayat di atas tidak datang bersama ancaman, maka ia tidak menjadi… Read more »

Malaysiabaru
Guest
Malaysiabaru

Tengok Facebook viral anak melayu anjng bgaduh d sekolah

Anjing melayu ini adalah betina (bitch) dari Damansara… Tak tau polis nak ambil tindakan atau tidak

Yg pasti menteri tolol dari Kedah wajib letak jawatan. Kp pelajaran sudah pasti di anggap negara sebagai ketua segala anjing atau serigala yg anggap cubaan membunoh oleh 6ekor bitch di smk Damansara adalah perkara biasa..

2016 malaysiaL masih spt tahun 70an rock n blues.. Dadah konkek bunuh di sekolah perkara biasa

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA (siri 2/7) Saya pernah bersumpah laknat bahawa apa saja yang saya sampaikan di blog ini adalah mengikut disiplin ilmu dan tidak didorong oleh habuan duniawi. Saya kira sumpah laknat itu sudah cukup membuktikan tidak spt Unknown, saya tidak menipu atas nama agama. Di dalam kaedah usul fiqh, sesuatu nas yang berbentuk perintah tidak semestinya membawa maksud wajib ataupun rukun. Adakalanya ia hanya membawa maksud mandub (digalakkan). Di antara kaedahnya ialah dengan melihat bukti2 lain di dalam nas yg sama ataupun di dalam nas yang lain. Misalnya sama ada wujud ancaman di dalam bentuk… Read more »

Malaysiabaru
Guest
Malaysiabaru

Negara nak menju bankrap

Duit siam lagi tinggi drod ringgit begitu juga duit. Sgpaore dan Brunei

Duit Filipina dah nak sama dan duit indon nak separuh dulu 1/3

Ini semua cilaka 1mdobi cilaka najibullah laknatullah.. Di sokong abuya alsesati ayoh hadi pin..

Malaysiabaru
Guest
Malaysiabaru

Segala yg diimpot dari siam jadi 2x ganda.

Buah mata Kuching dulu rm6sekilo skrg rm12… Segala buah sayur semua makanan dari siam naik sbb matawang. Tapi yg pelik babi hidup harga masih sama..

Mcmana ksu bebalwangan uruskan ekonomi pada masa sama jd bos 1mdobi.?

Tahun lepas kata ringgit kukuh … Tapi masih kalah dgn siam sgpore Brunei dan tak lama lagi Filipina..

Ekonomi jahanam tapi dok sibuk dgn Rotan sebat denda penjara

Bolehkah RUJ penjaran Najib dan gantikan yg lebih jujur

Jika tak boleh the fxuk dgn RUU !!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Malaysiabaru 16:49…

Ekonomi jahanam sepatutnya kena abaikan segala hukum rotan sebat dan penjara. Ekonomi jahanam buat apa nak ada undang2.

Bolehkah sistem undang2 sediada penjaran Najib dan gantikan yg lebih jujur? Klu boleh why he is still there?

Jika tak boleh just keep your stinking mouth shut!!!

john doe
Guest
john doe

MENJAWAB UNKNOWN, SI JAHIL YG GEMAR BERFTAWA: KEWAJIBAN MEMBAIA'H SEORANG KETUA (siri 1/7) Dgn izin tuan blog, Unknown aka sahabat si penulis upahan yang suka memutar belit dan beralasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa PPBM adalah tidak Islamic dan hanya UMNO yg Islamic. Ia menyandarkan kata2 ini kepada satu alasan iaitulah Presiden UMNO menjadi pengerusi BN sedangkan PPBM tidak menjadi pengerusi PH. Ia malah mengeluarkan fatwa dengan mendakwa jalan PPBM bukanlah jalan Islam kerana di dalam PH tidak dilantik secara rasmi seorang ketua. Astaghfirullahalazim.. Inilah takfir secara halus. Apabila diminta dalil ia memberikan dalil hadith Nabi yang mengarahkan dilantik seorang ketua… Read more »

Malaysiabaru
Guest
Malaysiabaru

John

Ruu335 itu adalah produk syaitan

Ia tidak sikit pun menggambarkan islamic jurusprudence atau syariah tul islam

Sebat rotan 1000 sebab minum arak.. Denda 100 000 sebab zina dan khalwat tidak pernah di amalkan oleh nabi atau alkoran

Zaman khalifah dah mula main ikut suka sebat dan ada khalifah yg gantung pelaksanaan hudud selama setahun.

Please lah kembali kpd ajaran alkiran yg sebenar..

Produk hadi mcm produk al arqam yg telah di haramkan..

Kes budak kena buli sampai berlubang patut menteri letak jawatang atau kp pelajarn di kenakan hudud

Jika pas aprty ajaran sesat maka segalanya adalah sesat ala ala syaitanirajeem !!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Islam itu agama MENDIDIK bukan menghukum.

Pilihanraya lepas , orang sibuk dengan hudud, tapi tidak dijalankan pun.

Sekarang ini RUU355 pula berdekatan dengan PRU14.

Berapa lama orang melayu hendak kena tipu?

Orang melayu berpecah hanya kerana hukum sebat 100kali bagi orang berzina, dan minum arak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya amat bersetuju dengan pendapat Nurul Haq iaitu nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam. Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam. Jadi sepatutnya hukuman tidak perlu wujud dalam dunia ni. Islam itu agama mendidik. Jadi kalau ibu dan anak kita dirogol, maka jangan sesekali di hukum perogol, cukuplah hanya didik sahaja semula perogol. Perkara yang dah berlalu mengapa harus disesalkan. Rumah kita dirompak dan anak kita dibunuh, janganlah dihukum pembunuh itu, didiklah agar pembunuh itu… Read more »

lebaimodern
Guest
lebaimodern

Berbulan-bulan kecoh pasal klip suara yang kononnya mirip suara Nik Abduh, akhirnya semalam baru Husam akui yang mereka baru hantar klip itu ke makmal untuk dikaji kesahihannya. Secara tak langsung tindakan beliau itu juga sebagai bukti perakuan yang beliau sendiri belum cukup yakin kepada klip suara yang disebar sebelum ini adalah suara Nik Abduh. Selama ini beliau menyebarkan tanpa pengesahan mana-mana pakar professional dalam bidang pengecaman suara atau forensic analysis of speech recordings. Sepatutnya beliau pergi hantar ke makmal City University tu dulu untuk Allen Hirson kaji sebelum beliau menyebarkan. Sebaran beliau sebelum ini jelas berniat jahat, tidak beretika kerana… Read more »