Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

AMBOIII, DAH MACAM JAWAPAN PEMIMPIN UMNO ENCIK SOMI NI…

Encik Somi yang sejak beberapa hari lalu heboh diperkatakan di laman sosial kerana menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, akhirnya tampil memberi penjelasan.
Encik Somi (suami) yang dimaksudkan itu ialah Khairuddin Aman Razali dan selalu juga disebut sebagai Khairuddin Aman Razali At-Takiri, gelaran yang dipercayai digunakan kerana beliau berasal dari Seberang Takir, Terenggganu.
Khairuddin ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus  dan juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat.
Ia menjadi bualan ramai berikutan satu status di Facebook oleh seorang wanita bergelar Datin yang meluahkan kegembiraan kerana dihadiahkan sebuah kereta mewah Audi Q7 oleh Encik Somi (suami).
Wanita berkenaan turut memaparkan kereta berwarna putih tersebut dan pengintip-pengintip di laman sosial kemudian mengenalpasti beliau adalah isteri Khairuddin, selain memaparkan gambar mereka berdua sebagai buktinya.
Dalam penjelasannya, Khairuddin berkata, beliau berhak membeli apa saja yang dimahukannya kerana mampu untuk berbuat demikian.
Saya boleh beli lori atau kapalterbang, itu bukan urusan mereka, katanya.
Amboii…cantiknya jawapan!!
Tak terlihat langsung seperti jawapan seorang pemimpin Islam yang berjiwa rakyat, apatah dalam masa yang sama juga memegang jawatan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas.
Apakah jawapan yang sebegitu kasar patut diberikan oleh seseorang yang berstatus Ahli Parlimen dan berjawatan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas?
Tidak bolehkah memberi jawapan yang lembut dan berhemah, sesuai dengan status dan jawatan yang disandangnya?
Memanglah tidak salah membeli kereta mewah, lori atau kapalterbang sekali pun, tetapi apakah dibolehkan menunjuk-nunjuk semua pembelian tersebut?
Mungkin tidak menghairankan jika jawapan “saya boleh beli lori atau kapalterbang, itu bukan urusan mereka” dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO seperti Nazri Aziz, Bung Mokhtar Radin atau Jamal Md Yunus, tetapi tentulah terlihat sedikit ganjil apabila pemimpin Pas yang menjaja akhlak Islam ke sana sini dan berjawatan penting pula dalam Dewan Ulama, turut sama berbuat demikian.
Adakah ini tanda-tanda UMNO dan Pas dah hampir-hampir serupa atau penyakit riak, sombong dan suka bermewah yang biasa  ada dalam diri pemimpin UMNO sudah mula menjangkiti pemimpin Pas? (SH 23/02/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

155 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
155
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x