Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SEJAUH MANA AKTA 355 TIDAK BERMOTIF POLITIK?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyifatkan perhimpunan Akta 355 anjuran Pas di Padang Merbok semalam adalah bermotif politik.
“Dalam Islam, niat sangat penting. Jika niat untuk menang pilihanraya umum akan datang, itu salah.
“Jika berniat untuk menegakkan Islam, itu baik. Tetapi nampak seperti niat adalah politik, jadi ia salah,” jelas Tun Mahathir lagi.
Sebenarnya tidak sukar memahami apa yang dimaksudkan  oleh Tun Mahathir itu. Sebarang usul atau pindaan berkaitan undang-undang adalah tugas kerajaan yang memerintah iaitu UMNO dan BN.

Dalam kes Akta 355, pindaan sepatutnya diusulkan oleh kerajaan kerana dengan kuasa yang ada dalam genggaman, tugas menaiktaraf peranan Mahkamah Syariah itu adalah tanggungjawab kerajaan.
Tetapi, kenapa Pas yang mengusulkannya?
Mengapa tidak UMNO sendiri yang membawa usul tersebut?
Apakah kita boleh percaya Pas membawa usul tersebut tanpa lampu hijau atau persetujuan daripada kerajaan?
Kali terakhir Akta 355 dipinda ialah pada 1984 dan ia tidak menimbulkan sebarang keributan kerana pada ketika itu wakil kerajaan sendiri yang membentangkannya.
Mari kita sama-sama selami apa yang tular di media sosial sebagaimana di bawah ini:-
Yang tadbir Putrajaya ialah UMNO/BN.
Yang bentang Akta 355 ialah Pas.
Yang bangkang dan bantah Akta 355 ialah MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen BN dari Sabah serta Sarawak.
Yang minta tangguh dua kali Akta 355 ialah Pas.
Tetapi, yang kena bakar adalah bendera DAP dan yang turut dipersalahkan ialah Amanah.
Dalam pada itu, baik sebelum mengadakan perhimpunan atau selepasnya, Pas berulangkali  terus memberitahu agar jangan dipolitikkan Akta 355.
Siapa sebenarnya yang main politik dan mempolitikkan Akta 355?
Kalau tidak bermotif politik, kenapa sampai dua kali ditangguh?
Pernahkah ada mana-mana undang-undang sebelum ini dibentang di padang awam terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen?
Akhirnya, yang menjadi penantian ramai seterusnya ialah apakah dalam sidang Parlimen Mac nanti, usul Akta 355 jadi dibentang, dibahas dan seterusnya diundi atau akan ditangguh sekali lagi? (SH 19/02/2027).

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

58 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
58
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x