Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SHAHRIR SAMAD LEBIH PANDAI DARIPADA AHMAD MASLAN?

Tidak disuruh atau dijolok oleh sesiapa, Shahrir Samad tiba-tiba bertanya  – “Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang merupakan harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu kita belanjakan RM1.7 bilion sebagai durian runtuh kepada peneroka di mana setiap keluarga mendapat RM15 ribu dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.
“Jadi, RM4.3 bilion itu mana pergi?”
Belum pun orang lain, termasuk bekas Pengerusi Felda, Isa Samad memberikan jawapan, Shahrir Samad sendiri menjawab – “Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanja RM1.7 bilion sebagai durian runtuh kepada peneroka Felda di mana setiap keluarga mendapat RM15 ribu.
“Baki RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi.”
Dalam peperiksaan, kalau sendiri yang buat soalan dan sendiri juga menjawabnya, sudah tentu markah yang diperolehi ialah 4.0 flat.
Tak sangka, rupa-rupanya Shahrir lebih pandai daripada Ahmad Maslan yang cuma dapat 3.85 saja. (SH 13/02/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

86 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
86
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x