Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SEKALI LAGI, BALU DALAM EDAH JADI CALON BN

Balu Adenan Satem, Jamilah Anu akhirnya diputuskan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Tanjung Datu yang akan diadakan pada 18 Februari ini.
Pilihanraya kecil itu, yang penamaan calonnya pada 4 Februari ini, diadakan berikutan kematian Ketua Menteri, Adenan Satem pada 11 Januari lalu.
Pemilihan Jamilah ini, sama seperti yang dilakukan BN pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar lalu, di mana balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak, Mastura Mohd Yazid dipilih bertanding menggantikan tempat suaminya.
Dengan pemilihan Jamilah ini bermakna sekali lagi wanita dalam edah dipertaruhkan oleh BN sebagai calon.
Adakah amalan ini sesuatu yang sihat?
Apakah tidak ada calon-calon lain yang boleh diketengahkan di Tanjung Datu sehingga Jamilah, balu yang baru kematian suami, perlu diletakkan sebagai calon?
Bukankah Tanjung Datu kerusi yang cukup selamat bagi BN berikutan kecemerlangan dan ketokohan Adenan Satem sebelum ini sehingga dikhabarkan, sesiapa saja jika diletak sebagai calon, turut tidak banyak masalah untuk memenanginya?
Lalu, mengapa Jamilah juga dijadikan pilihan?
Tiadakah tokoh-tokoh lain, khususnya pemimpin muda PBB yang boleh ditonjolkan sebagai calon BN di kerusi tersebut?
Sejujurnya, meletakkan balu yang dalam edah dan baru kematian suami sebagai calon, bukan saja tidak baik dari segi hukum agama, malah juga tidak sihat dari segi peremajaan kepimpinan.
Ia dengan sendirinya menafikan calon-calon parti yang lebih muda dan berkelayakan untuk ditonjolkan sebagai pemimpin.
Gambaran lain ialah seolah-olah BN sudah begitu ketandusan pemimpin pelapis yang boleh diketengahkan sehingga tidak ada seorang pun yang layak dipilih dan seterusnya mampu memenangi pilihanraya.
Sampai bila BN mahu bergantung kepada serta faktor undi simpati orang yang sudah meninggal dunia untuk menang pilihanraya?
Yang lebih bahaya, amalan itu dengan sendirinya merangsang isteri-isteri pemimpin yang sedia ada sekarang untuk turut berangan-angan dipilih sebagai calon juga jika suami mereka meninggal dunia nanti.
Tak ke haru negara kita akhirnya….(SH 02/02/2017).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

127 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
127
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x