Month: February 2017

SIAPA KATA LAWATAN RAJA SALMAN SUDAH MELENYAPKAN ISU WANG RM2,600 JUTA?

Sebagaimana yang dijangka, lawatan Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud, pemerintah Arab Saudi ke negara ini akan cuba dimanfaatkan sebaiknya, antara lain untuk mengambus isu wang RM2,600 juta yang diterima Najib Razak melalui akaun peribadinya.Tidak saja penyokong dan pengampu Najib serta askar siber 6.6 peratus yang ghairah berbuat demikian, bahkan seorang profesor universiti juga bersikap […]

KALAU TUN MAHATHIR NYANYUK, KENAPA PULA BELIAU DIMINTA BERSARA? BUKANKAH LEBIH MUDAH NAJIB MENANG PILIHANRAYA?

Nyanyuk adalah istilah paling popular yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad sejak akhir-akhir ini.Dari pemimpin UMNO, menteri hinggalah kepada pencacai dan blogger 6.6 peratus, istilah nyanyuk  sangat kerap diguna untuk memperlekeh bekas Perdana Menteri yang sudah berusia 92 tahun itu.Mengikut  Kamus Dewan, istilah nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak, tidak berapa betul atau bercakap yang bukan-bukan.Dalam konteks […]

NAJIB BENAR2 SUDAH TERDESAK

Siapa pun yang membaca kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak, perlaksanaan BR1M serta GST dan percubaan membandingkannya dengan Arab Saudi, dapat merasakan beliau dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat sempena lawatan Raja Salman ke negara ini. Membandingkan dengan Arab Saudi dalam beberapa perkara ketika Raja Salman berada di sini memperlihatkan Najib dalam […]

TUAN IBRAHIM PENYELAMAT PAS?

Dalam barisan kepimpinan Pas sekarang, Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat paling konsisten dan masih boleh diharap sebagai seorang pejuang yang memahami derita rakyat. Bukan saja dalam hal 1MDB, SRC International, Felda dan segala isu lain yang muncul, suaranya yang memihak kepada kehendak rakyat jarang benar tidak kedengaran. Berbanding pemimpin-pemimpin Pas lain, mereka bukan saja jarang […]

MUSTAHIL ZAHID BOLEH KALAH DI BAGAN DATUK, KECUALI….

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya benar-benar bimbang dengan kedudukannya di Bagan Datuk dalam pilihanraya umum akan datang ini.Dengan hanya menang sejumlah majoriti 2018 undi pada PRU 13 lalu dan baru-baru ini pula Zahid mendedahkan wujud gerakan mahu mengalahkannya sebagai Ahli Parlimen dalam PRU 14, beliau  kini seperti sudah terasa bahang kekalahan makin dekat menghampirinya.Kata […]

PAS "MENIPU" ORANG KAMPUNG ATAU "MENIPU" DIRI SENDIRI?

Kebelakangan ini Pas seolah-olah ada dua wajah dan  juga dua jalur perjuangan.Pertama, di kampung-kampung dan kawasan pedalaman, Pas tetap mengatakan musuh sebenar mereka adalah UMNO dan Pas mampu menjadi pengganti UMNO.Sebab itu, di kalangan pengikut bawahan, terutama mereka yang sudah disebatikan dengan keyakinan agar jangan membaca Utusan atau menonton TV3, sentimen anti UMNO dan BN masih […]

TUN M YANG MENGKAGUMKAN…

Dalam menjangkau usia 92 tahun, Tun Mahathir Mohamad bukan saja masih sihat, tetapi juga terus bersemangat dalam menikmati kehidupan. Di usia 92 tahun juga, beliau bukan saja masih boleh berfikir dengan baik, ketawa, berjalan ke sana sini, bahkan tetap gagah memandu kereta dan menunggang kuda. Dengan  nikmat hidup sedemikian, jika kepentingan diri dan keluarga yang […]

USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG?

Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam. Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya […]

CABARAN PEMUDA UMNO SUDAH DISAMBUT….APA LAGI?

Saya, Syed Saddiq, Ketua ARMADA PPBM menyahut cabaran Pemuda UMNO untuk berdebat. Saya berharap pihak Sinar Harian boleh menganjurkan debat tersebut. Jangan sekadar selektif wahai Pemuda UMNO. Bila Sultan Selangor murka akan tindakan pemimpin kesayanganmu, Datuk Jamal Yunos, kamu berdiam diri. Bila Sultan Johor mengutuk pemimpin UMNO yang hilang kepercayaan rakyat, makan rasuah, biadap dll, […]

SALLEH SAID KERUAK SUDAH WAJIB DIHADIAHKAN CERMIN BESAR…

Selain difahami satu teguran telah ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, semalam juga sebenarnya dua pemimpin UMNO telah ditegur oleh dua Sultan.  Seorang ditegur oleh Sultan Johor dan seorang lagi ditegur oleh Sultan Selangor. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas cadangan seorang menteri yang mahu membanyakkan Wilayah Persekutuan melalui pengambilan tanah-tanah negeri. Baginda menggelarkan menteri […]

BN WP SEKADAR BERLAKON ATAU MENYANGGAH DASAR NAJIB?

Tidakkah ini sebenarnya sesuatu yang pelik? Kerajaan yang memerintah yang di setiap bulan sejak kebelakangan ini menaikkan harga minyak ialah BN. Tetapi BN Wilayah Persekutuan dilaporkan akan memberi bantuan petrol percuma kepada penunggang motorsikal pada setiap awal bulan bermula April nanti. Bantuan yang disasarkan kepada kira-kira 117,000 penunggang motorsikal itu akan diberikan di setiap kawasan […]

AMBOIII, DAH MACAM JAWAPAN PEMIMPIN UMNO ENCIK SOMI NI…

Encik Somi yang sejak beberapa hari lalu heboh diperkatakan di laman sosial kerana menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, akhirnya tampil memberi penjelasan. Encik Somi (suami) yang dimaksudkan itu ialah Khairuddin Aman Razali dan selalu juga disebut sebagai Khairuddin Aman Razali At-Takiri, gelaran yang dipercayai digunakan kerana beliau berasal dari Seberang Takir, Terenggganu. Khairuddin […]

NAJIB, BATALKAN SAJA PERLANTIKAN KETUA AUDIT NEGARA!!

Nampaknya semakin ramai yang mempertikaikan perlantikan Dr. Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baru bagi menggantikan Ambrin Buang yang mula berkuatkuasa 23 Februari ini. Beliau dipertikaikan bukan saja kerana suaminya, Redzuan Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong, pernah menzahirkan kesediaan untuk mati demi Najib Razak dan kemudian surat Perdana Menteri meminta  masalah hutangnya dengan sebuah syarikat berkaitan […]

KATA-KATA HEBAT SEORANG ENCIK SOMI SEBELUM ISTERI DILANTIK KETUA AUDIT NEGARA

Di bawah ini antara dua ungkapan kata terhebat yang pernah dilafazkan oleh Redzuan Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong sebelum isterinya, Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambrin Buang. Dr. Madinah dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019. Pertama, […]

NAJIB KATA, BN AKAN MENANG PRU 14 DENGAN BANTUAN PAS….

Selepas sekarang Pas seolah-olah sudah berada dalam dakapan UMNO, Najib Razak dilaporkan meluahkan keyakinan dalam beberapa perjumpaan bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang ini. Seorang pemimpin UMNO yang banyak kali menghadiri perjumpaan tersebut berkata, Najib tidak pernah memperlihatkan kebimbangan atau mood lain selain keyakinan untuk menang dalam setiap pertemuan yang dihadirinya. Najib seterusnya […]

INGATAN UNTUK ANNUAR MUSA, TUMPU SELESAI MASALAH DI MARA LEBIH DULU

Saya mengikuti dengan dekat perkembangan MARA dan krisis kepimpinannya yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa sehinggalah kepada perkembangan terkini berhubung pencalonan beliau untuk bertanding kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sementara saya tidak mahu campur di dalam urusan bolasepak di negara ini kerana ramai lagi yang lebih layak dan itu bukan bidang saya, adalah menjadi […]

SAMA DAN SERUPA

Akta 355 – Tempat yang sebenar ia harus dibentang, dibahas dan kemudian disokong atau sebaliknya ialah di Parlimen. Lulus atau tidak usul tersebut terletak di tangan 222 Ahli Parlimen yang mempunyai kuasa mengundi berkaitan dengannya. Kalau lebih separuh daripada 222 Ahli Parlimen menyokong, maka luluslah pindaan yang dicadangkan itu. Sebaliknya, jika tidak mendapat sokongan majoriti, […]

SEJAUH MANA AKTA 355 TIDAK BERMOTIF POLITIK?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara terbuka menyifatkan perhimpunan Akta 355 anjuran Pas di Padang Merbok semalam adalah bermotif politik.“Dalam Islam, niat sangat penting. Jika niat untuk menang pilihanraya umum akan datang, itu salah.“Jika berniat untuk menegakkan Islam, itu baik. Tetapi nampak seperti niat adalah politik, jadi ia salah,” jelas Tun Mahathir lagi.Sebenarnya tidak […]

BOLEHKAH PAS MEMBANTU UMNO?

Di mana-mana sejak semalam, ramai yang bercakap mengenai kehadiran peserta dalam perhimpunan akta 355 anjuran Pas yang diadakan di Padang Merbok. Lebih-lebih lagi, pelbagai media menyebut jumlah yang berbeza mengenainya. Lewat petang semalam, portal Harakahdaily menyebut kehadiran peserta melebihi 100 ribu. Portal Malaysiakini menganggarkan kehadiran dalam perhimpunan itu kira-kira 50 ribu. Sebelum malam, Utusan melaporkan […]

SEMUANYA SALAH LIM KIT SIANG?

Semua isu-isu yang timbul sejak Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Lim Kit Siang.  Apakah isu-isu tersebut?  1. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata. 2. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll. 3. Lim Kit […]