Month: January 2017

PAJAKAN 99 TAHUN ATAU PEGANGAN BEBAS?

Najib Razak berkata, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City di Johor Bahru. Perdana Menteri menafikan dakwaan Tun Mahathir kononnya seramai 700 ribu warga China akan dibawa masuk dibawah projek itu dan diberi kerakyatan. “Bila kerajaan Johor luluskan Forest City, bila tanah itu […]

SIAPA "IKAN ROSAK DI KEPALA" NAK JATUHKAN ZAHID HAMIDI"?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan mahu menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam piliharaya umum akan datang. Saya dapat tahu ada sasaran untuk menjatuhkan BN di Bagan Datuk dalam pilihanraya akan datang ini, katanya. Bagaimanapun beliau menyifatkan usaha tersebut umpama “rosak ikan bermula di kepala.” Kenapa Zahid kelihatan begitu bimbang […]

NAJIB HINA AGONG?

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengejek Tun Mahathir Mohamad dengan panggilan “U-Turn Mahathir”. “Ini Dr Mahathir, Tun Mahathir, “U-Turn Mahathir”. “Saya gelar dia “U-Turn Mahathir”, bukan Tun Mahathir, dia selalu dan terlalu banyak U-Turn”, kata Najib dalam satu majlis di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Sedarkah Najib akan perbuatannya itu? Tidakkah beliau sedar bahawa gelaran […]

"KING MAKER" PULAK DAH!!

Mula-mula tak ingin berebut kuasa, kemudian mahu jadi penasihat saja, terbaru ini mahu jadi “king maker” pula. Lepas ini tak entah apa-apa lagi agaknya. Hakikatnya berubah-ubahnya bukanlah luar biasa bagi Pas. Dari hudud bertukar menjadi negara kebajikan, akhirnya seperti cukup dengan Akta 355 saja. Dari usul Parlimen yang sering ditunda dan belum tahu tarikh pembentangannya, […]

ANTARA NAJIB DAN DAP, SIAPA PATUT KITA TAKUTI?

Najib Razak adalah seorang Perdana Menteri. Lebih dari itu, berdasarkan pengakuannya sendiri mengenai kemasukan RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, Najib juga adalah bilionaire. Tetapi isi ucapannya mengenai DAP dua hari lalu hanya memperlihatkan beliau seperti seorang cybertrooper saja levelnya.  “Selepas dicongak parti-parti di ‘sebelah sana’, macam mana pun DAP yang akan menguasai mereka. “Tak […]

KALAU IDEA TUN MAHATHIR SUDAH LAPUK, APA PULA IDEA SEGAR SALLEH?

Banyak idea Tun Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara itu perlu dilakukan dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan. Dalam lain perkataan, banyak idea beliau dianggap sudah lapuk sebenarnya. Selain itu, Tun Mahathir juga dinasihatkan agar meningkatkan pengetahuan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan serta memahami maksud globalisasi. Wowww…mesti yang berkata demikian jauh lebih hebat […]

ISKANDAR, BERHENTILAH JADI EXCO SELANGOR ATAU #SILAMENINGGAL?

Naib Presiden Pas, Iskandar Abdul Samad yang namanya diberitakan hadir semasa majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabtu lalu, tetapi sebenarnya tidak hadir, akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai ketidakhadiran di majlis itu. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, keputusan tidak menghadiri majlis tersebut ialah kerana adanya DAP dan Amanah di majlis tersebut. “Pas […]

TUNGGU APA LAGI, ANNUAR MUSA….

Tunggu apa lagi… Kali ini menteri sendiri sudah mengakui bahawa penajaan oleh Mara kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi isu hangat sejak seminggu lalu telah menjejaskan agensi kerajaan itu. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, “Kesannya adalah ke atas Mara kerana kedua-duanya, Pelaburan Mara Bhd dan UniKL adalah anak syarikat […]

BR1M SUDAH JADI SENJATA TUMPUL BUAT NAJIB, BR1M TANPA GST TUN M TENTU JADI PILIHAN

Tun Mahathir Mohamad ternyata bijak dan licik dalam percaturan politiknya. Dalam sekelip mata saja beliau menjadikan Najib Razak dan pengampunya terduduk apabila BR1M tiba-tiba bertukar menjadi senjata yang tumpul buat mereka. Selama ini BR1M adalah senjata utama Najib untuk memastikan UMNO  dan BN terus berkuasa. Ia digambarkan sebagai tanda prihatin kepada rakyat miskin. Kadang-kadang BR1M […]

PERLUKAH TERUS "MERINDUI" PAS"?

Walaupun disebut namanya dalam ucapan oleh Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Iskandar Samad sebenarnya tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu lalu. Difahamkan namanya disebut dalam teks ucapan Tun Mahathir kerana kedua-duanya sudah mengesahkan kehadiran mereka sebelum ini. Tetapi, kenapa tiba-tiba tidak hadir? […]

NAJIB SUDAH BOLEH ADAKAN PILIHANRAYA ESOK

Di sebalik masih sarat dengan banyak isu dan sedang bergelut untuk meyakinkan rakyat, sekurang-kurangnya pada awal 2017 ini saja,  Najib Razak sudah mendapat tiga dorongan yang boleh menyejukkan hatinya untuk terus bertakhta di Seri Perdana. Mula-mula oleh media antarabangsa. Kemudian oleh seorang penganalisis dalam negara. Terbaru pula oleh seorang pakar ekonomi. Lalu, tunggu apa lagi […]

LAGI-LAGI CHINA, APA LAGI MAHU DISERAH SELEPAS INI?

Kebergantungan negara di bawah pimpinan Najib Razak kepada China nampaknya seperti tidak berpenghujung.Jika sebelum ini tanah Bandar Malaysia, keretapi laju, keretapi pantai timur, projek perumahan, kapal peronda, pelabuhan dan macam-macam lagi diserahkan secara mendadak kepada syarikat-syarikat negara China, kini cara mencegah jenayah dan menjaga sempadan pun kita mahu bergantung dengan China juga. Sempena lawatan Zahid […]

INI BUKAN JANJI PENYAMUN

Tentunya ramai yang sudah menonton secara langsung atau rakaman serta membaca teks ucapan Tun Mahathir Mohamad ketika melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati malam semalam. Berikut disiarkan antara petikan janji-janji yang mampu memberi harapan lebih baik buat rakyat sekiranya kerajaan baru diwujudkan nanti:-   103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan […]

TUN M BAKAL CIPTA SEJARAH SEKALI LAGI…

Malam ini berlangsung majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam. Berdasarkan kehadiran yang menyaksikan stadium hampir penuh dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Bersatu menyambut dan meraikan wujudnya parti baru itu, tidak diragui lagi Tun Mahathir Mohamad kini sedang berada di landasan yang betul untuk mencipta satu lagi sejarah dengan menjadikan […]

KALAU MENTERI TAK TAHU, HABIS….SIAPA YANG TAHU?

Ketika mengeluarkan arahan agar Mara dan UniKL menangguhkan sebarang tajaan untuk tahun ini, melainkan berkaitan pendidikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob jelas tidak tahu menahu mengenai penajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan yang menjadi isu hangat sekarang ini.“Saya akan dapatkan laporan terperinci daripada Mara dan UniKL. Seperti saya kata saya tidak dimaklumkan […]

LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!

Apa pilihan untuk Annuar Musa? Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu perlu melayan “hujah-hujah bodoh” seperti itu. Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran  apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara. […]

APA MAKNA BILA JHO LOW DAN ERIC TAN KINI DIKENALPASTI ORANG YANG SAMA?

Najib Razak sebelum ini mendakwa wang AS$681  juta atau kira-kira RM2,600 juta yang diterimanya melalui akaun peribadi di Ambank adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.WSJ dalam pendedahannya, bagaimanapun membuktikan bahawa wang itu disalurkan daripada akaun Tanore Finance, sebuah syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island dan dipunyai oleh Eric Tan.Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui Falcon […]

MARA TAJA BOLA, ADAKAH ANNUAR MUSA BELAJAR DARIPADA NAJIB?

Berikut disiarkan sebahagian daripada kenyataan, atau sebenarnya lebih tepat merupakan bidasan oleh Tengku Mahkota Johor terhadap Ketua Penerangan UMNO,  Pengerusi MARA dan bekas Presiden bolasepak Kelantan, Annuar Musa. “Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan […]