Month: January 2017

ANNUAR MUSA "MANGSA" DUA PERMAINAN?

Apabila beberapa hari lalu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran “tunggu” kepada ahli-ahli politik yang korup, hampir tidak ada yang menyangka mangsa pertamanya ialah Annuar Musa. Dengan kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO, lebih-lebih lagi beliau dilantik ke jawatan itu menggantikan Ahmad Maslan di tengah-tengah kehangatan serangan oleh Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak, hukum […]

BAGAIMANA ISMAIL SABRI TIDAK TAHU-MENAHU & APA NASIB ANNUAR SETERUSNYA?

Tanpa angin, tanpa ribut dan tidak dapat dipastikan juga sebab-sebab sebenarnya, tiba-tiba saja Pengerusi Mara, Annuar Musa digantung daripada jawatannya. Annuar yang kini sedang berada di New Zealand digantung daripada jawatannya dalam satu mesyuarat khas  Ahli Majlis Mara yang diadakan tanpa kehadirannya. Persoalannya, siapakah yang memberi mandat kepada Ahli Majlis Mara untuk mengadakan mesyuarat khas […]

PECAT PEGUAM NEGARA, TRUMP BELAJAR DENGAN SIAPA?

Antara yang dilaksanakan oleh Presiden baru AS, Donald Trump di awal kemasukannya ke Rumah Putih ialah mengeluarkan perintah sekatan kepada pendatang muslim daripada tujuh negara untuk memasuki negara itu. Negara yang terbabit ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman. Bagaimanapun perintah larangan itu dibantah serta enggan didukung oleh Pemangku Peguam Negara, Sally Yates […]

ELOK BENAR SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUH MENYIASAT KERUGIAN AS$10 BILION FOREX, TAPI….

Kecoh benar laskar maya 6.6 peratus dalam sehari dua ini menjaja cerita mengenai kerugian dalam urusniaga forex sebagaimana yang ditimbulkan kembali oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid. Tanpa menilai bahawa Abdul Murad sendiri sebenarnya tiada kredibiliti kerana pernah didenda RM500 ribu atau penjara enam bulan atas kesalahan gagal mengisytiharkan pemilikan saham dan […]

BAGAIMANA PAS NAK MENANG 40 KERUSI?

Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan mahu parti itu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang. Selain itu, katanya, Pas juga perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor, selain memerintah semula Kedah dan Terengganu. Besorrnya cita-cita  Hadi Awang dan Pas? Tidak cukup dengan sebelum ini bertegas mahu […]

WALAU TAK MUNGKIN BERLAKU, MASIH RAMAI PEMIMPIN UMNO MAHU NAJIB BERUNDUR

Semua orang sedar bahawa Najib Razak tidak mungkin berundur sebelum PRU 14 ini. Berundur bermakna beliau mengaku kalah dan menyerah, suatu sifat yang berkali-kali didakwanya bertentangan dengan semangat darah Bugis yang mengalih dalam tubuhnya. Tetapi, agak menghairankan kerana rupa-rupanya masih ada (mungkin juga ramai) yang masih mengharapkan agar Najib berundur sebagai Perdana Menteri demi menyelamatkan […]

LAGI DIUNGKIT KES2 LAMA ERA TUN MAHATHIR, LAGI KUAT INGATAN PENGUNDI KEPADA 1MDB

Selepas isu BMF dilihat tidak bermanfaat dan seolah-olah menikam diri sendiri, pasukan media dan laskar maya Najib Razak cuba pula menimbulkan kembali isu kerugian AS$10 bilion dalam urusniaga forex oleh Bank Negara ketika era Tun Mahathir Mohamad dahulu. Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang sudah lama tenggelam dan dilupakan, akhirnya dibawa kembali […]

NAK DIHALUSI APA LAGI?

Menepati seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa sebelum ini, mesyuarat MT UMNO semalam memang membincangkan mengenai penyertaan parti itu dalam perhimpunan Akta 355 anjuran Pas pada 18 Februari depan.Namun, apa yang peliknya UMNO masih tidak dapat membuat keputusan sama ada akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sebaliknya.Kata Najib Razak, UMNO hanya akan membuat keputusan tentang […]

RUNDINGAN YANG MEMBUANG MASA

Rundingan bagi mewujudkan kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia  atau Bersatu dengan Pas yang sepatutnya sudah tamat, akhirnya diberi lanjutan masa lagi sehingga 2 Februari depan untuk dimuktamadkan. Diberitakan masih ada segelintir pemimpin Bersatu yang percaya hubungan dengan Pas masih boleh diwujudkan, meskipun dalam masa yang sama mereka juga sedar ada pemimpin Pas yang masih melakukan […]

HABIS, SIAPA YANG RASUAH?

Di ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada ahli-ahli politik yang korup bahawa masa untuk mereka ditangkap semakin dekat, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sebaliknya mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO bukanlah terdiri daripada kalangan yang mengamalkan rasuah. UMNO tidak mengamalkan rasuah, kata Ku Nan lagi. Beliau bagaimanapun menerima amaran SPRM itu sebagai langkah […]

SPRM, KAMI PUN TAK SABAR MENUNGGU!!

Susulan tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,  SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi. Kepada ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja – tunggu, demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad. […]

SELAGI TIDAK TOLAK UMNO, PENEROKA FELDA AKAN TERUS DIPERDAYA

Selain orang Melayu, pihak lain yang barangkali bernasib malang di negara kita ialah para peneroka Felda.  Kedua-duanya, orang Melayu dan peneroka Felda, sering dijadikan sebutan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan kononnya untuk diberi pembelaan dan dinaikkan taraf kehidupan, tetapi malangnya kelompok itu jugalah yang paling mundur dan terkebelakang. Jika mendengar pemimpin Melayu bercakap tentang Melayu […]

SALLEH YANG TERLUPA…..

Kata Salleh Said Keruak, pengampu dan pembodek nombor satu dalam negara ketika ini, Lim Kit Siang tidak setaraf kedudukannya dengan Najib Razak untuk mengadakan perbahasan. “Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional. “Sekiranya […]

HADI AWANG KENA SETEPEK DENGAN AZMIN!!

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selalunya mengambil sikap berhemah dan lemah lembut dalam memberi reaksi terhadap apa jua kenyataan pemimpin-pemimpin Pas, apatah lagi jika berkaitan kerjasama dengan parti Islam itu. Tetapi, kali ini Azmin nampaknya lebih bertegas dan berterus-terang dalam mengulas kenyataan Hadi Awang yang mahukan sesiapa mesti mengikut cara Pas kiranya ingin bekerjasama dengan […]

SIAPA YANG UMNO LEBIH SAYANG?

Menjelang pembentangan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dijangka Mac depan, Pas dan UMNO sehingga ini nampaknya selesa dalam menjalinkan kerjasama antara mereka. Tidak saja Pas dan UMNO dijangka bersama dalam Himpunan Akta 355 pada 18 Februari ini, malah mengunjungi pejabat menteri dan mengembara hingga ke London juga tidak lagi kekok untuk dilakukan. Apatah lagi  UMNO turut akan […]

APA SUDAH JADI DENGAN NAJIB?

Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri. Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun  dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya. Ternyata kemudian melalui papan […]

CYBERTROOPER SOKONG KERAJAAN TINGGAL 6.6 PERATUS, ZAHID CUBA AIBKAN NAJIB?

Alamak…kenapa Zahid Hamidi meluahkan perkara memalukan seperti ini? Apakah tujuan dan maksud tersirat di sebalik pendedahan beliau itu? Semalam, Timbalan Perdana Menteri itu secara terbuka mengakui jumlah “cybertrooper”  yang mempertahan dan menyokong dasar kerajaan hanyalah 6.6 peratus berbanding yang menentang berjumlah 93.6 peratus. Katanya, dapatan berdasarkan kajian yang menunjukkan perbezaan yang jauh ketinggalan itu sejaligus […]

SELEPAS INI BIAR PAS BUAT PILIHAN….

Tun Mahathir Mohamad menegaskan, tempoh untuk Pas berbincang bagi mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sudah pun berakhir. Menurut beliau, Bersatu sudah memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang. “Selepas Bersatu menyatakan syarat yang dikehendaki, Pas pula selepas sekian lama masih tidak memberi sebarang jawapan. “Hasrat Bersatu, jika Pas tak […]

SIAPA KATA NAJIB TAK BERANI PERGI SWITZERLAND?

Walaupun tidak hadir dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Siwitzerland, kelibat Najib Razak tetap “muncul” di persidangan tersebut. Sudah tentu, berikutan “kemunculan” itu, nama Najib turut menjadi bualan dan sosek-sosek di kalangan para peserta seluruh dunia yang hadir. “Kemunculan” Najib dalam Forum Ekonomi Dunia itu adalah melalui tayangan di skrin dalam satu sessi di mana […]