DI MANA LEBIH BANYAK PAHALA, BERIBADAH ATAU MELAWAN RASUAH?

Mufti Perak, Harussani Zakaria dilaporkan meminta Tun Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada terus mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Razak, sebaliknya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki serta meningkatkan amalan seharian.
Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, lebih baik beramal di hujung usia yang masih ada, kata beliau.
Seperti biasa, inilah selalunya wajah sebenar para mufti, kecuali seorang dua iaitu diam atau tidak berani menegur segala kebejatan pemerintah, tetapi pantas membuka mulut kepada orang lain yang berani mengkritik kerajaan?
Apakah saranan agar memperbaiki amalan sendiri itu suatu perkara yang betul dan perlu diutamakan pada pandangan ulama dan agamawan apabila berdepan kekalutan yang kronik dalam negara?
Apakah Harussani faham mengenai skandal 1MDB, SRC International, pemecatan Peguam Negara, perlambakan kontrak-kontrak kerajaan pada harga tinggi kepada China, pembelian Eagle High oleh Felda yang lebih RM1.43 bilion berbanding harga pasaran serta  seribu satu kemungkaran yang lain yang berlaku silih berganti?
Bila Harussani mahu menegur Najib berkaitan semua perkara di atas, termasuk berkaitan pembaziran serta kemewahan melampau yang menjadi budaya keluarga Perdana Menteri  sejak menduduki Seri Perdana?
Tidakkah apabila Tun Mahathir bersuara, beliau sebenarnya telah melakukan amalan fardu kifayah yang turut mendatangkan pahala, bukan saja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain?
Selain itu, mana Harussani tahu Tun Mahathir tidak memperbaiki dan meningkatkan amalan peribadinya di hujung usia?
Apakah pahala dan bekalan ke akhirat hanya ada di atas sejadah sahaja?
Antara meningkat dan memperbaiki amalan peribadi dengan berjuang dalam konteks yang lebih besar untuk menyelamatkan negara, yang manakah memberi pahala lebih besar?
Apabila Harussani menegur Tun Mahathir, sebenarnya rakyat negara ini lebih banyak lagi pertanyaan untuk ditujukan kepadanya sehingga ada yang bertanya, sudah cukupkah amalan peribadi mufti itu sendiri untuk menampung dosa atas sikapnya yang lebih condong kepada kerajaan kleptokrasi sekarang ini?
Apakah menegur Tun Mahathir yang sedang berjuang menyelamatkan negara memberi pahala lebih besar bagi Harussani berbanding bersekongkol dan mengampu kerajaan dan pemimpinnya yang terang-terang kesalahannya diperkatakan di seluruh dunia? (SH 28/12/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:43 pm
Subscribe
Notify of
guest

149 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Asa Loan
Asa Loan
28 February 2017 4:24 am

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila alda meminjam… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:07 pm

Mufti ni buat apa sebenarnya. Setakat nasihat sultan saja kah. Keluar fatwa saja kah. Jakim dah ada. Majlis agama negeri dah ada.Jabatan agama islam negeri pun ada.Setakat fatwa, Jakim lebih ramai bijak pandai agama.Mufti sepatutnya berani menegakkan hukum. Tetapi masakini, ramai melihat mufti sekadar untuk baca doa masa acara rasmi sultan saja.Mufti Perak ni pula tak sedar diri. Seolah kerusi mufti memberikan dia kelebihan ilmu mengatasi semua orang. Adalah lebih dipandang mulia kalau dia perbetulkan kesesatan yg berleluasa dinegeri masing2. Contoh yg jelas, banyak masjid surau yang lebih teruk dari pusat karaoke. Solat dan ceramah yang kuat sehingga mengganggu penduduk… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:04 pm

Sedar ke tidak dato mufti ni digunakan

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 1:29 pm

Pernah terserempak dengan pak mufti ni beberapa bulan yang lepas di lobby hotel 5* kuala Lumpur,rupanya pak mufti ni begitu uzur dengan keaadaanya perlu di papah dan menggunakan wheelchair untuk bergerak ke sana ke mari.
Pada pandangan saya pak mufti ni wajib mengambil pencen lah dan ganti kan tugasan atau tanggung jawab Mufti kepada yang lebih kuat dan pintar itu adalah yang terbaik untuk pak mufti harussanni.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 11:07 am

WOOI admin patutnya sokong mufti beri nasihat. mcm ceghita madu tiga, alah pah cakap sikit marah2, abg marah tak, tidak, beri nasihat.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 10:56 am

Tatkala kalian bertanya pada unknown, di masa mana si jahil unknown sedang bertapa di puncak singgahsana adanya perpustakaan yang wacana bahana jua berkiblatkan siapa nakhodanya, maka kalian juga ada berbariskan segerombolan…hey…serigala yang sedang bergelandangan dengan fakta yang emosinya adalah pembela sifatnya..hey hey

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 9:37 am

Salam semua..Saranan agar ts mufti harrussani letak jawatan dan berehat sambil beramal sehingga akhir hayat nanti adalah yang terbaik..ayuh ts Harussani fikir_fikirkan…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:41 am

Harussani ni pro kerajaan.maaf nak cari makan USIA nak tutup anak cucu blom kaya kena angkat telor tinggi2 mcm tajudin atau ijat lembu.baru dpat tender.jadi la ulama jgn dari pukima kpada losmak.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 10:44 am
Reply to  Anonymous

Betul…..bodek untuk bisines anak cucu.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:22 am

Sebelum kita ulas panjang-panjang isu Mahathir dan Haruss cuba bayangkan perasaan warga Darul Insan kalau ada ulamak yang kata "air paip free 20 meter padu adalah satu rasuah". Skim untuk pancing hati pengundi saja. Selebihnya apa perasaannya apabila amik uruk dengan air rasuah? Hmm, kecah beb!

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:17 am

semua orang berhak menyatakan pandangan makanya apabila mufti menyatakan pandangannya kenapa pulak ramai yang melenting? aneh kan, kan.

Isunya ialah mengapa nasihat orang yang nak selamatkan negara supaya pergi beribadat sahaja? Mengapa tak nasihat penyamun yang menyamun rakyat? Perkiraannya ialah kalau najib tak samun, perlukah orang nak dia turun? rakyat biasa tak terdaya kecuali mahathir. Apa mahathir kuat ke…nazri kata campak gelas pun tak pecah?

Ibadat untuk hari aKHIRat pasti,,,tak payah nak diannounce to the whole world. Tapi hendak perangi rasuah perlu rakyat sebab hak rakyat dah kena samun….CAN U SEE THE POINT?

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:31 am
Reply to  Anonymous

Kalau ya nak mintak tolong kenapa mintak tolong daripada 'penyamun bersara' yakni sewaktu penyamun ini ada kuasa penyamunan tidakpun berhenti dan bila dah bersara macam mana penyamun ini ada kuasa untuk buat sesuatu yang tidak mampu dilakukan semasa berkuasa? Guna tongkat Ali ker? Peliklah, bro.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 9:08 am
Reply to  Anonymous

16.32,

Dulu ada ke duit 2.6 bil masuk dalam akaun peribadi "penyamun bersara"? Tak dengar pun.

Kalau nak berdiskusi, guna fakta dan otak. Kan anda nampak bodoh?

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:14 am

Kita anak-anak Perak mempunyai Sultan baru.
Sepatutnya Mufti pun mestilah baru.
Ini tidak Sultan baru Mufti nyanyok dan berkarat…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:13 am

Kalau ufti lawan rasuah ia tidaklah nampak hipokarat kerana tiada ufti yang dikenakan tuduhan rasuah dalam mana mana sejarah dan di mana mana jua. Tapi kalau manta-mantin presiden mengapalai isu rasuah ia nampak kehipokaratannya kerana tidak sedikit kes rasuah dalam sejarah dan di mana jua yang melibatkan kumpulan ini. Nampakan bedanya.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:10 am

pandangan mufti tu clear to sokong najib pencuri duit rakyat !!!
sebab tu rakyat tau yg mufti nie memamng mufti dedak and mufti umnobn….cam nie nak hormat mufti perak nie ???
maybe dia nak TUN kot, coz tan sri dah dapat….low class mufti.
malu aku rakyat perak ada mufti dok sokong perasuah and pencuri duit rakyat.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:08 am

My opinion. Di msia ni ada 2 ekor mufti fikir sekular. Bela kebatilan tentang kebenaran. Yakni harussana n shukri kelantan. Pengampoo besar jibtuya mo1 Klepto. Yg pelik depa berdua tk kerja dgn jibtuya pon. Mgkn terima dedak dlm gelap. Tu yg kuat ampoo. Nasihat harussana tu sama dgn nik aboduh. Suruh tun ibadat atas sejadah jer. Bior lah najib nk balun se mahu dio. Ingat mufti pon tk leh jamin masuk syurga. Bkn ada kunci pon. Mufti yg diam adalah setan bisu. Mufti yg sokong taghut akan mgkn akan akan dihumban dlm neraka sebelom drp kapir musyrik. Tengoklah nanti. Harussana… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:07 am

siapa lebih banyak 'point' antara kerjakan ibadah dan lawan rasuah?

jawapan yang tepat ialah: tidak siapa tahu jawapannya

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:05 am

semua orang berhak menyatakan pandangan makanya apabila mufti menyatakan pandangannya kenapa pulak ramai yang melenting? aneh kan, kan.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 5:46 pm
Reply to  Anonymous

perbandingan yg amat bodoh oleh 16.05, Mufti x, Rakyat y…hello, do i hv to spell it out? Tapi mungkin ko ni kayu.. Mekwyu Selam. Enjoy your stupidity, jgn turn pada anak2 tau. , habis mat tu sudah. Kesiaan, kan

john doe
john doe
28 December 2016 7:55 am

Tuan mufti TS Harussani. Terus terang cakap. Beberapa tahun lepas saya berselisih dengan tuan mufti di masjid. Saya melihat tuan mufti mempunyai anggota badan yang sangat lemah dan pergerakan yang amat terhad. Pada masa itu saya telah terfikir, kenapa tuan mufti masih mahu menjadi mufti. Adakah tiada orang lain yang layak untuk menggantikan tuan mufti? Sepatutnya tuan mufti yang telah menjadi mufti terlebih lama hendaklah meletakkan jawatan tuan mufti dan beri peluang orang lain pula pegang jawatan itu. Kalau dinilaikan daripada ilmu, sijil, bahkan hafalan AlQuran dan penguasaan bahasa Arab saya penuh yakin ramai yang bahkan lebih berilmu daripada tuan… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 10:22 am
Reply to  john doe

Sdr John doe, betul pendapat anda.
Sudah tiba masanya mufti perak mengundur diri. Ramai lagi anak perak yg mampu menggalas tugas ini.
Takda gunanya mempertahankan jawatan jika kerana jawatan itu kita dijadikan bahan ketawa oleh rakyat. Menambah dosa hari hari kerana tidak mampu menjalankan tugas yg diamanah. Badan sudah uzur, bukan menambah pahala.
Undurlah Dato'/TS.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 10:48 am
Reply to  john doe

Mungkin kenyataan pada tun lebih tepat untuk diri dia sendiri..ye la satu jari tuding org, 4 lg tuding pada diri sendiri kan….

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 7:38 am

Sokong jer pada mana2 mufti yang jujur memberi teguran tanpa memilih bulu…yang penting jangan hanya memberi teguran atas isu2 terpilih sahaja…rakyat la ni tau menilai yang mana memberi teguran mengikut acuan berlandaakan Islam….nak kata usia tua perlu concentrate pada amalan satu fahaman sesat….buatnya kojol masa muda belia camana pulak tu???Takut aku kadang2 mendengar dari mulut orang yang cuba menyongsangkan manusia….Allah Hu Akhbar…!

Rahman 2
Rahman 2
28 December 2016 7:22 am

I am not at all astounded by the current political position of the ruling Umno led BN Coalition party. If what I interpret in the media is anything to go by then I'm really happy and delighted. I tell you why. The Umno led BN Coalition party is reducing itself to a struggling and incoherent political front who are desperate to win the hearts of voting Malaysians. Umno appears to belittle its coalition partners especially the MCA and to a lesser extent MIC. It is bad. They are clearly panicking about the looming pru14 and and as a result they… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 6:49 am

Sdr,Rakyat negara ini khususnya melayu islam, patutnya bersyukur kehadrat illahi kerana adanya manusia seperti Tun yang berani memerangi rasuah dan penyalahgunaan dana rakyat.Di akhir zaman ini, tak hairan kalau ada kalangan yg bergelar ulama yang hanya mementingkan jawatan dan periok nasi lebih dari hukum illahi. Mereka hanya memutuskan hukum agama mengikut hawa nafsu. Mereka pandai nasihatkan orang tua supaya beribadat. Mereka lupa ajal maut tidak mengenal tua muda. Mereka ingat mereka akan hidup lebih lama padahal nyawa merekapun hanya tinggal diubun2 mereka sahaja…Janganlah sampai satu masa nanti, orang tak lagi hormat jabatan2 agama kerana adanya orang2 yang "jual agama" kerana… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 6:53 am
Reply to  Anonymous

sdra 14.49,

Tersangat tepat komen anda. Sapa makan cili, terasa pedasnya. Keep it up, sdra.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 10:33 am
Reply to  Anonymous

Kata Anon 14:49: Janganlah sampai satu masa nanti, orang tak lagi hormat jabatan-jabatan agama. Aku kata: Jangankan sampai satu masa nanti, sekarang pun orang tak lagi hormat jabatan-jabatan agama. Menteri Agama Jamil Khir patut bertanggungjawab kerana guna wang zakat untuk kepentingan dirinya. Macamlah wang zakat itu, emak bapak dia yang punya…

PutraKraken
PutraKraken
28 December 2016 6:30 am

Salam semua Ibadah dan Membenteras Rasuah. Ini tafsiran saya sebagai manusia yang ilmunya tak setinggi mana. Ibadah itu amat luas maknanya…merangkumi segala perbuatan yang baik dan memberi faedah kepada pelaku atau orang lain. Selain dari menunaikan perkara yang diwajibkan oleh Allah keatas sesaorang individu seperti solat, puasa, zakat dll…Mengutip sampah dijalan raya juga satu ibadah…melaksanakan tanggung jawap kekeluargaan juga satu ibadah…Menentang kemungkaran juga satu ibadah. Saya terkilan dengan Mufti Harus ini yang selalu mengeluarkan statement yang memihak dan berkepentingan. Sebagai seorang Mufti yang memegang otoriti tertinggi dalam hal ehwal agama dan bertanggung jawab menasihati Sultan, beliau seHARUSnya tidak memihak dan… Read more »

zulkafly abdul rashid
zulkafly abdul rashid
28 December 2016 5:35 am

Sdr SH,Inilah rupa sebenar ulamak yang menjual agama dengan nilai harga yang sedikit (2:41) yang menyembunyikan yang hak dengan yang bathil (2:42)..yang tidak takutkan amaran Tuhannya. Harapnya janganlah mereka ini yang menjadi objek bandingan yang dimaksudkan dalam Al-Quran (7:176) sebagai anjing… "…..Jika dihalau ia menjelirkan lidahnya, jika dibiarkan ia jg akan menjelirkan lidahnya"……. Dia lupa akan satu kisah dalam hadith Qudsi, yang mengisahkan Allah memerintahkan malaikat supaya menjahanamkan suatu penduduk negeri yang mengerjakan kefasadan dan mungkar di dalamnya seorang abid sedang bertawajuh kepada Tuhannya… Malaikat yang kembali menemui Allah memberi alasan, bagaimana mungkin untuk dihancurkan negeri sedangkan di sana ada… Read more »

Joe Harry
Joe Harry
28 December 2016 5:28 am

1. Semua orang perlukan duit termasuk orang gila. Lebih gembira kalau duit itu dapat percuma seperti zakat, sedekah, pemberian atau sebagainya.2. Namun bagi setengah orang, akan merasa terharu dan sedih bila wang percuma ini diberikan padanya walaupun dalam bentuk zakat atau derma. Ada yang menolak dengan alasan dia tidak berhak menerimanya, walaupun pada zahirnya dia layak. Alasannya sebab dia takut nak memikul "amanah allah".3. Penerima BR1M terdiri dari pelbagai latarbelakang. Ada yang hidup kais pagi makan pagi. Ada yang hidup sederhana, ada yang rumah besar dan kereta besar.4. Ada yang menitis air mata bila wang BR1M dalam gengaman, bersyukur dapat… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 6:04 am
Reply to  Joe Harry

Setuju. Tabik bro..

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:54 am

There is the saying that "[w]ith friends like these, who needs enemies." But, in the case of today's Malaysia, with the so called ulamak (really?) or to be exact mufti like this, who needs the so called evil doers? Indeed, in today's Malaysia, as long as there are still so many people supporting evil and tyranny (by among others saying incongruent things such as those coming from that guy from Perak or keeping silence), they (and the rest of us too) shall continue to be beset with what they deserve including among others the kleptocratic government! This is because Allah… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 5:03 am
Reply to  Anonymous

Perghhh !!
Fuhlim mak katak
Skali oang puteh la pulak

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 7:27 am
Reply to  Anonymous

Yup absolutely right 12.54…it is incumbent upon us who are capable and knowledgeable to support those who wanna institute change for the better….and to leave behind those who wanna maintain status quo for fearing that their self interests will be affected by change….and to 13.03, you are exactly the type of people that we shall leave behind.

rahman jpc
rahman jpc
28 December 2016 4:51 am

harusaini ni sama lah mcm hj hadi – ulama politik.

jika kita letak kan mereka berdua dlm satu bilik, berkemungkinan akan terhasil lah 'fatwa2' pelik yg bercanggah d antara satu sama lain.

kita tidak bolih salah kan mereka olih kerana al quran (kalam Allah) amat complex. olih demikian ia nya 'multi tafsir. hanya Allah swt n rasul nya saja yg mengetahui makna n tujuan sebenar. jika kita salah mengikuti 'ulama' yg kurang bijak dgn memberi tafsir yg meragukan, maka kita bolih tersesat.

secara ikhlas, saya berani mengatakan bahawa setengah 'statement2' mereka ada lah mengarut (rubbish).

RD.
RD.
28 December 2016 6:01 am
Reply to  rahman jpc

Saya sokong pendapat Dato Rahman JPC.

Apa yang tersembur dari mulut 'Ulama Politik' tak boleh diguna pakai.
Kalau apa yang mereka cakap betul… sudah tentu UMNO masih lagi kapir, hari ini.

Nurul Farhah
Nurul Farhah
28 December 2016 4:32 am

Mufti Perak ni Ada cina Bela bagi Kereta mewah lagi.Syarikat pemaju perumahan Di Penang.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:38 am
Reply to  Nurul Farhah

Jangan tuduh tanpa bukti dikk
Dosaaa tauuu

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 5:08 am
Reply to  Nurul Farhah

Nurul Farhah
Ceh pos kan bukti bukti kenyataan anda di FB anda
Ada brani ?

Kalau tak brani
Jom kita dating 🙂
Tapi kalau anda dah jadi nenek
Tak mo la
Cancel dating : – ((

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 5:09 am
Reply to  Nurul Farhah

Mesti ada 4 org saksi, jika tidak pak lebai kelarah tak mahu terima aduan. Itu fitnah katanya.
Jgn main main dg pak lebai sekarang. Duit anak yatim pun mereka sapu, inikan pul'duit zakat dari taukeh cina'….
,,,,dunia…….dunia…

Nurul Farhah
Nurul Farhah
28 December 2016 6:12 am
Reply to  Nurul Farhah

bukan tuduh. tanya mufti Ada dak

NordinabilaH
NordinabilaH
28 December 2016 4:31 am

Kadang2 ramai yg gelar diri mereka ulamak seban pun besar tapi tak berani nak tegor pemimpin2 yg rasuah penyamun penyangak klu ada rakyat yg curi sikit barang utk hidup menyara keluarga macam2 cemohan diberi klu pemimpin rasuah sokong tak habis2 lepas tu dpt pula haji free itu lah dia islam malaysia

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:42 am
Reply to  NordinabilaH

Ish ish ish ish ish ya ke
Kalau gitu mesti isketambola MALAYSIA ni kan

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:20 am

Tuan MUFTI

Bukan kah lebih baik tuan keluar kan kenyataan yang sama di tuju kan kepada semua pepimpin UMNO

And use this words oso " DONT BE RAKUS to SAMUN duit raKKyat " 🙂

Opss jangan lupa tolong tegur kan sedara SEKINCHAN JAMAL tu skali
Bior le bersopan sikit dan tutup lah aurat
kalau ya pun nak tumpang mandi kek rumah oang

Terkonteng konteng MAL oiii
Layutt jer
dah mati pucuk ke MAL oii

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:23 am
Reply to  Anonymous

Hahahaha
Sempoi lu bro
Bahan gelak tengahari ni

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:28 am
Reply to  Anonymous

Macam mana nak berdebat aurat lelaki put tak tau.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:30 am
Reply to  Anonymous

Arni beb !! not bro

Hujan tolong angkat
Jemuran dah turun

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:34 am
Reply to  Anonymous

Anon 12 : 28
Kat mexico kemarin
Meka bedebat pakey G – STING jer tau

Cuba google
344 tekan tekan lah sampey lusa

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:55 am

Dear Unknown, Today, let me have your honest and sincere opinin on the following: WHY The Auditor General Report WAS OSAed? Something to HIDE? If nothing to hide, why placed under OSA? WHY Najib wanted to intervene in Zaid's suit? Is he scared that the accounts will reveal the truth and falsity of the donor(s)? Did anyone brief harussaini of these important issues? If not, why not? You and or your gang love to accuse those anti najib that they accepted 100% what have been exposed by SR, WSJ and other foreign media. My question if these are slanders, why… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:22 am
Reply to  Anonymous

Cuba ko cerita mai sebab apa IPO 1mdb tak dapat di keluarkan pada peringkat permulaan lagi. Bukan ini satu percubaan untuk sengaja menggalkan 1mdb atas kepentingan peribadi seseorang.
2. Bukankan Tun Abdullah A. B di singkirkan tanpa sebab. Cuma untuk memuas nafsu buas seseorang yg berhati busuk.

cass
cass
28 December 2016 6:04 am
Reply to  Anonymous

well 11.55…. there are no answers to all you quest…as rakyats are not eligible to comment on anything pertaining the administration of the government of this country…the bunch of the administrators that we have are very lucky to live in our country…if they are outside…they should have been shot by now…they claimed that this country is runned by a democratic parliamentary..which is not….this country is nothing but communist…they ask you to sit..you sit…they ask you to stand … you stand…you aint got no say…you aint got no move…any country in the world for that matter…they were two groups if people… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 6:53 am
Reply to  Anonymous

1404, your head is still on uour shoulder. But it is they who own your brain, you have to get permission on what u can tink of…if u do nothing.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 7:20 am
Reply to  Anonymous

12.22….kalau cetek pasal ekonomi dan finance, tak payah cakap pasal IPO 1mdb. IPO adalah sesuatu exercise yg bertahap professional, bukan main sebarangan. Si penerbit IPO, broker IPO, dan pembeli saham2 IPO, dan penganalisa IPO (pakar ekonomi serta wartawan2 berita business) adalah professional. Tidak semudah yg kau katakan IPO sesuatu syarikat boleh disabotaj sehingga ianya gagal atau ditangguhkan. Contoh terbaik ialah IPO FGVH ditentang hebat, tetapi tetap dijalankan. Kalau tak faham IPO, sila baca artikel2 dari bursa saham kl. Atau tanya orang2 investment bankers.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:52 am

Gua kira dan patut, sudah sampai masanya
Sultan Nazrin pecat Harussani@HarusanaHarusini ni.
Kecelepuran dan ketidakadilannya sebagai Mufti menyebabkan Sultan Perak berserta seluruh
Rakyatnya dihina dan jadi bahan lawak seluruh dunia.
Kerana seekor kerbau, habis semuanya terpalit.
Lagi pun dia ni sudah lama sebagai Mufti Perak.
Apa? Dia nak menongkat langit ke?

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:03 am
Reply to  Anonymous

Cakap pun 'gua' Misti Rba nih.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:34 am

Sebahagian besar yg menghentam mufti misti dp org kafir.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:38 am
Reply to  Anonymous

11.34

Saya ketawa lihat komen anda. Apabila tak ada modal untuk berdiskusi terus condemn orang ini itu kafir. itulah kelemahan melayu islam yang terlalu kenyang dengan dedak.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:57 am
Reply to  Anonymous

Betul 11.34. Setuju 100%. Dulu kondem DAP, label mereka chauvinis, DAPigs. Bila tiada isu yg boleh dibangkitkan tentang kjaan DAP di p pinang, senyap terus. Skrg mula hentam kafir. Agak2 kaum iban, kadazan, bidayuh dll yg beragama kristian mahu lagi tak undi BN?

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:59 am
Reply to  Anonymous

Buat apa berdebat dg org tak tahu pokok pangkal berkaitan Islam. Kalau berdebat bukan masalah agama itu boleh dimaafkan.

OK aku Tanya ko, ko percaya dak ada balasan baik Dan buruk setelah mati?

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:02 am
Reply to  Anonymous

Anon 11:34. Pukimak lu.
Kini, ramai orang kafir lebih
mulia dari orang islam.
Aku salute Lim Guan Eng (kafir).
Aku pundekkan Hadi Awang (islam).

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:13 am
Reply to  Anonymous

Memang terbukti kebenaran Al Quran. Org kafir memang tak akan senang melihat org Islam mulia Dan di kedudukan tinggi. Mereka mencipta sebagai fitnah untuk menjatuhkan Islam. Insyallah ,Allah akan memelihara org Mukmin Dan memberi kemenangan kpd mereka sehingga kiamat.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:26 am
Reply to  Anonymous

Mukmin yang macam mana?
Mukmin macam Hadi@AwangKenit ke?
Mukmin macam Harussani@HarusanaHarusini ke?
Pegilah Dol Keropok…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:52 am
Reply to  Anonymous

Apahal lu orang ni
Nak betetak pasal benda remeh ni
Kita kat sini duk maki maki

Ntah ntah MUFTI PERAK ni dah pelawa TUN , HadiAwang & GUAN ENG duk minum teh tarik semeja petang ni
Warung JAMAL ikan BAKOR

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:58 am
Reply to  Anonymous

Kang aku sumbat semua masuk dalam akta SOSMA nak ke ?

Moh moh belanja aku cendol dengan rojak

Apa yang tersirat dan tersurat dalam ayat tu lah melambang kan buruk nya MALAYSIA negara kita ni di mata DUNIA

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 5:14 am
Reply to  Anonymous

Orang yang buat report kena sumbat
Orang yang salah naik jet periSONAL

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:33 am

“Kezhaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat. Tapi karena diamnya orang-orang baik.” – Saidina Ali Abi Talib

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:33 am

Dua Ularmak yang paling aku benci sekarang;
1. Hadi@AwangKenit
dan
2. Harussani@HarusanaHarusini
Kepada mereka berdua ni, aku kata;
Go to hell…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:40 am
Reply to  Anonymous

saya tak benci sebab mereka bukan ulama. hanya taraf guru agama di sekolah rendah. Hanya saya tak yakin apa yang mereka cakap kan pasal hukum hakam agama. kalau berlakon sebagai alim ulama….setuju

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:03 am
Reply to  Anonymous

bukan dua orang saja…hampir semua mufti..termasuk menterinya sekali…tanyakan pada mereka apakah gaji yang mereka dapat setiap bulan itu berkat dan bersih…? perkara yang sepatutnya mereka buat…mereka tidak buat…semuanya menjaga kepentingan dan periuk nasi masing2…isu yang lebeh besar …isu maruah negara islam kita mereka buat tak peduli…isu penggunaan kalimah ALLAH dlm bible ambil masa berbulan untuk selesai…sedangkan ianya satu isu mudah…tak perlu bincang…tak perlu mesyuarat…ini negara islam…gubal saja peraturan…sepakat semua mufti dan menteri…habis cerita…lain yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan..lain mereka buat…isu siaran program dalam tv hampir semua channel tidak melambangkan peraturan islam…budaya dan adat tidak mereka hiraukan…inilah sepatutnya mereka pantau mereka nasihat… Read more »

Pemerhati babi
Pemerhati babi
28 December 2016 3:28 am

Beliau mufti. Beliau boleh menasihati sesiapa. Kalau dia boleh keluarkan nasehat kp tun m, mengapa dia tak nasehatkan najib juga?? Disini berlaku kepincangan bila seorang mufti hanya menegur sebelah pihak. Inilah yg menjadi persoalan. Seolah mufti ini bekerja sebelah kerajaan najib saja bukan untuk semua insan rakyat islam malaysia. Kalau mcm tu, lbh baik mufti ini keluarkan satu fatwa bahawa barang siapa yg berusaha menjatuhkan kerajaan najib yg korup ini adalah salah disisi agama..haram muhgalazah. Senang..habis cerita. Mufti cetek pengetahuan semasa, tak menjalankan tugas dgn adil selaras dgn tuntutan agama.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:26 am

Aku tunggu bila Tun M nak belasah kaw kaw
Mufti Musang Berganggut (Harusana@Harusini) ni…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:09 am

Seorang MUFTi hilang hebatnya bila dia dapat dikakak tuakan utk menganjurkan kepentingan2 yg pincang.
Malah MUFTI boleh dijadikan ALAT SITA MiNDA yg sgt efektif sekiranya marhaen bengong.
Dan mufti2 yg salah anjur sebegitu adalah jenis bahan bakar yg terbaik utk kegunaan neraka. Aamin.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:57 am

kalau nak nasihatkan Tun pencenlah dulu..

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:56 am

Tak payah layan lah Mufti kapir laknatullah nie. Dia ni menamg ahli neraka.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:18 am
Reply to  Anonymous

Setuju Anon 10:56. Si Laknat ni patut
Dicampakkan ke dalam bukan Neraka Ke-Satu
Tetapi dalam Neraka yang Ke-Tujuh.
Kerana sejak dulu-dulu lagi lidah
Mufti haramjadah ni sentiasa saja
Berbelit dan bercabang seribu macam Ular.

mat sawang
mat sawang
28 December 2016 2:54 am

mr budin.
setiap rakyat dan warganegara tertaklok pada terma dan syarat dan juge lampu isharat.yg terkandong dlm rukonnegara .
tak temasok raja dan sultan ,pemimpin, ulamak dan pendatang haramjadah.
mcm lagu abg ramli sarip yg mulia mesti kita hormatkan yg rendah pendek jgn dihinakan.

maksud.. yg mulia dari keluag lubang
makdia sampe masok lubang kubog tetap mulia sampe mampuih.
kalu bangsat dan hina dari keluag lubang makdia sampe masok lubang kubog tetap hina dan bangsat sampe mampuih..
beda molia dgn bangsat hina,ibarat jauh babi dari pangang,…jauh babi dari kandang..

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:26 am
Reply to  mat sawang

Tak susah pun nak kenal mungkar.
Yg lebih susah nak mengaku mungmar,lebih2 lagi bila terlibat.
Semua MUFTI usah lah biarkan diri begitu hina dijadikan Alat Sita Minda Marhaen bengong.
Neraka dah cukup panas pun.

Unknown
Unknown
28 December 2016 2:47 am

Tun Mahathir bukan memerangi "rasuah", kerana tugas itu adalah di bawah amanah yg tertanggung pada SPRM. Sebaliknya Tun Mahathir sedang menyertai perebutan kuasa melalui sistem demokrasi. Siapa dari kalangan kamu yang berani berkata di zaman Tun Mahathir berkuasa tiada berlakunya penyakit rasuah ?? Sesungguhnya penyakit rasuah tidak akan pernah mati sebelum matinya manusia itu sendiri. Neraca paling mudah rujuklah pada penarafan indeks persepsi rasuah antarabangsa. Malaysia berada di kedudukan yang keberapa berbanding ratusan kerajaan yg berdiri di dalam dunia. Siapa diantara kamu yang berkiblatkan Tun Mahathir (PPBM) plus Pakatan Harapan berani bersumpah tiada seorangpun dari kalangan tuan2 politik itu tidak… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:57 am
Reply to  Unknown

Pendedahan rasuah itu kerja murni siapa2 pun yg lakukan. Ia patut dibudayakan. Sebab apa nak dilarang?
1047 , cuba rasa baik2, ada tak rasa kepanasan dikawasan punggung awak tu.? Kalu dikesan awal, penyakit rasuah boleh dikawal. Elok awak periksa sebab penyakit tu bukan kira sapa…MUFTI pun kena.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:21 am
Reply to  Unknown

10:47 menulis dengan baik. Sayangnya tulisan tuan tentang kata2 Imam Syafie berada diperenggan bawah. Saya percaya mereka yang jahil selalunya sukar membaca sehingga habis.
Orang yang jahil memang tidak boleh dibawa berhujah kerana mereka akan menjawab sembrono sahaja dan sukar berlapang dada.. Mengapa boleh jahil? Kerana mereka hanya membaca sesuatu yang hanya "berkenan" dihati mereka sahaja…menutup ruang ilmu untuk dirinya sendiri secara tidak langsung.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:28 am
Reply to  Unknown

I beg to differ. Structurally true, SPRM carries that responsibilities but they are all silenced by najib….do not deny this fact. It is slanderous of you alleging mahathir involved in power tussle through demoracratic system. Everyone knows this fact and mahathir has explicitly declared this…unless you have turned blind eye, plugged your ear and zipped your lips in return for dedaks…ooO Ooo…No one believes during Tun’s regime there was no corruption. Everybody believe there were corruptions. Even Tun himself admitted that…so that is not an issue…ooO Ooo…For once I totally concur with you…ooO Ooo…No one believes during Tun’s regime there… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:32 am
Reply to  Unknown

Orang jahil tidak faham landasan ilmu…berhujahlah atau berbicaralah dengan fakta, hadis dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil, mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun MENOLAK DRPD FAHAM. They just listen to what they want to listen.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:35 am
Reply to  Unknown

Saudari Unknown…saya dalam golongan jahil yg selalu awak tulis tu. Boleh tak sekolahkan saya dalam hal2 berikut:

1. Macam mana 1mdb bayar pada Aabar yg salah…bukan Aabar di Abu Dhabi?

2. Saham FGVH dah tumbang. Apa kah sebab musabab nya?

3. Felda nak beli saham eagle high di indonesia. Apakah rasional membayar harga yg tinggi untuk harga saham tu?

Tolong la jawab, saya tanya dari semalam lagi, awak jual mahal tak mau sekolahkan saya. Saya ni jahil ekonomi. Saya ada ijazah dalam bidang finance jer dari US, bukan major dlm bidang ekonomi. Tolong lah yer…terima kasih saudari.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:00 am
Reply to  Unknown

Unknown, Are you the one referred to by Anon 10.25 as appended below: The first sign that you are dealing with this kind of individual is that he is always telling you that he is honest and righteous. Just as a light bulb does not have to tell you what it does or what it is.……honest people do not have to advertise. But this man is. He always carries his angel wings and halo. If you catch him in a questionable issue, he always has a story, even if it does not make sense, as to why he did not… Read more »

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
28 December 2016 6:48 am
Reply to  Unknown

Sdra/sdri Unknown yg budiman lagi ilmuwan..

Saya mulai sedar & amat tertarik terhadap ketokohan anda. Saya ingin menimba ilmu & berguru kpd anda. Oleh sedemikian, sila nyatakan alamat & no. h/phone untuk dihubungi.

Saya sungguh2 & berharap benar… semoga tak dihampakan permintaan saya.

john doe
john doe
28 December 2016 6:59 am
Reply to  Unknown

Jawapan utk Unknown. Si admin benar-benar telah menunjukkan kejahilannya apabila bertanya – "mana satu lebih besar pahalanya beribadah atau memerangi rasuah?". Memerangi rasuah adalah wajib mengikut keupayaan dan amanah setiap individu. Sudah tentu pahalanya dari amal ibadah lebih besar daripada pahalanya didalam urusan fardhu kifayah. terhalang pahala dari urusan fardhu kifayah sebelum diterima Allahswt pada urusan fardhu Ain hamba-Nya Jwpn:- Tidak dinafikan bahawa tuan Budin telah khilaf apabila mengasingkan jihad memerangi rasuah dan ibadah. Yang betulnya ialah memerangi rasuah itu adalah sebahagian daripada ibadah. Jihad adalah satu ibadah dan hadith Nabi menyebut; – اعظم الجهاد كلمة الحق عند سلطان الجاءر… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:07 am
Reply to  Unknown

Wowww…john due…!!!
salute

pandakwer

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:32 am
Reply to  Unknown

Bro john doe…spot on! Not sure if Unknown could digest what's being written by you, nevertheless, nonsensical bunga2 reply is expected from him/her. Salute you bro.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 8:42 am
Reply to  Unknown

Imam shafie tu pesan untuk kita semua termasuk le dengan unknown yg menulis tuh…jgn asyik nasihat org aja, cer pikir skit untuk kebaikan diri..susahkan nak terangkan pd dia yg najib songlap duit..pasal dia jahil bab tu..tak abis2 dengan cita kuasa pemutus, gembala biri2 dsb..benarlah kata imam shafie tu..

john doe
john doe
28 December 2016 9:27 am
Reply to  Unknown

Sdr 16:42 Maaf saya perlu cakap di sini. Saya tidak berniat untuk merendahkan Unknown tapi memang saya berpendapat ia hanya mampu menjual bunga2 bahasa sahaja. Tulisannya hanya menyebut lafaz2 keislaman tanpa ilmu. Sesiapa pun boleh tulis sebegini. Ia sewenangnya memanggil orang jahil padahal dirinya juga tidak berilmu setara mana pun melainkan taraf pengkursus JASA. Ia tidak mampu memahami penjelasan mudah sesuatu perkara dan bila berhujah langsung tidak mengikut disiplin ilmu. Tntg isu kuasa pemutus ni sebenarnya saya dah berhujah dnegan Unknown ini tntg perkara ini semasa di Putra Merdeka. Ia bukan sahaja tidak mampu menjawab balas ke atas jawapan saya… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 10:38 am
Reply to  Unknown

Right on spot mr john doe, i agree with u,kita bukan nak merendahkan sesiapa,kita disini memberi dan bertukar pendapat, mencerahkan yg gelap, bukan mengusutkan dan mengelirukan orang demi menunjukkan kita hebat spt yg dilakukan oleh org2 spt unknown..kalo dia berani kasi je la no contact pd saudara othaman ahmad tu..ada org nak berguru..hehehe

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:10 pm
Reply to  Unknown

Unknown yang suka merendah-rendahkan orang lain. Kalau tulis saja mesti sebut si jahil, si jahil. Isi panjang berjela tapi kosong tanpa isi.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:45 pm
Reply to  Unknown

John Doe
…kasi link fb…mudah saya nak follow pandangan dan pendapat tuan
tk
ikhlas : pandaqwer

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 5:29 pm
Reply to  Unknown

Unknown ini agaknya budak bengong tak kenal diri orang lain. Dia bercakap ikut perasaan dia sahaja tanpa memikirkan ada orang baca tulisannya dan menilai dirinya. Kesian….

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:47 am

kat mana dia ni belajar agama tak tahu lah..
banyak sangat dedak kot…malu orang islam mufti macam ni,,,

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:31 am

fardu kifayah apanya kalau cakap merepek bohong fitnah..boleh peluk kafir2 dapigs..banyak sangat perlakuannya yang hanya berotif politik..zamannya semua boleh boleh..tapi bila orang lain haram..rasuah..memang patut pun ditegur pun..

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:35 am
Reply to  Anonymous

10.31,

apa bezanya "peluk kafir2 dapigs" dengan peluk kafir2 china dari nagara komunis china serta berhutang demi untuk langsaikan hutang 1MDB"????

boleh tolong buat pencerahan? thank you

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:49 am
Reply to  Anonymous

1031, mana tiang lama tu, awak dah ubah ya? Jgb jual pulak, tiang besi tuuu, mahal.

Anti Fitnah
Anti Fitnah
28 December 2016 3:31 am
Reply to  Anonymous

Tun M peluk Lim Kiat Siang, ok ma.
Bila Rosmah peluk Shahruk Khan, awat hangpa tak bising? Munafik betul.
Lebih baik peluk babi daripada peluk Rosmah … dan sewaktu dengannya.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:25 am

The first sign that you are dealing with this kind of individual is that he is always telling you that he is honest and righteous. Just as a light bulb does not have to tell you what it does or what it is.……honest people do not have to advertise. But this man is. He always carries his angel wings and halo. If you catch him in a questionable issue, he always has a story, even if it does not make sense, as to why he did not do, why he did,… he is quite imaginative. He is the first to… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:22 am

MUFTI patut tunjukkan yg mana Mungkar, tegur , buat fatwa utk basmikan mungkar.
Kalu sebaliknya ciri2nya itu maka itu bukan sifat Mufti, itu hanya lantikan saja atas sebab2 yg nyata silap.
Tindakan menganti lantikan sudah harus dibuat utk mengelak aib pada Agama dan masyarakat Islam.
Tapi dlm keadaan dan budaya semasa, semuanya kucar kacir diaman matlamat sudah halalkan cara.
Mungkin dah smpai masa kita tagih dan redho tunggu bala yg dijanji Allah apabila kepincangan dh pun menjadi pilihan seoerti skrg. ya Allah.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:00 am

Mufti ada ilmu tapi letak atas kepala lutut. Otak ada tak guna akal, apa kah banyak dapat dedak dari najib????

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:33 am
Reply to  Anonymous

Dia Mufti alat saja.
Apabila dadah brim jalan, maka Sita Akal marhaen akan lengkap kemas.
Kalu ada ilmu,dia tak akan sanggup jadi alat tu. Bukan Ilmu , ini sifat hantu

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 1:58 am

Ketika Tun ada kuasa dulu, kemain lg mufti Perak ni. Andai kata Tun berak mufti ni le antara macai yg sanggup nganga mulut makan berak Tun…!!

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:26 am
Reply to  Anonymous

Ko pembohong.
Masa Tun jadi PM , mufti ini masuk PAS

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 4:07 am
Reply to  Anonymous

Wooi anonymous 11:26…Ko lg lebong!! Bila masa pulak mufti dedak ni masuk PAS??!!

Jgn kuat sgt melancap dan makan taik…Nnt otak tu tak berfungsi!!!

Mr.
Mr.
28 December 2016 10:31 am
Reply to  Anonymous

Dah x de modal la tu anon 11:26 nk bercerita.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 1:57 am

din,
mufti gila dunia, gila pangkat and gila jawatan.
semua org dah lama cakap, harussani di haruskan buang jawatan dia and suruh dia berdakwah utk galakkan najib curi duit rakyat lagi .
malu aku anak perak tapi dapat mufti support rasuah and support pencuri duit rakyat….ceehhh…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 1:56 am

Anon 9.26,
Diriwayatkan hadis yang disanadkan oleh Abu hurairah r.a bahawa rasullah saw bersabda, " diakhirat kelak akan datang dua golongan dihadapan Allah swt , mereka adalah yang terawal dihisap dan yang terawal dicampakkan kedalam neraka weil( iaiatu neraka yang terbawah). Dua golongan ini adalah penguasa atau pemimpin yang zalim dan tidak beramanah serta Ulama yang riak dan suk( Jahat ,bersekonkol dengan pemimpin tidak amanah,cintakan kedudukan dunia) mereka kekal didalamnya.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 2:00 am
Reply to  Anonymous

9.56,

tahniah…anda berjaya buat pencerahan. saya akan gunakan pencerahan anda ini untuk mereka yang belum bangun tidur hadharinya. terima kasih sdra

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:51 am
Reply to  Anonymous

Baru dapat dua baris msklumat dah boleh jadi pakar Islam.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 1:55 am

Mufti bodek jangan dilayan. Mufti lain semua dah pencen, dia masih pegang jawatan sampai skrg.

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 6:39 am
Reply to  Anonymous

Mufti dedak ni…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 7:59 am
Reply to  Anonymous

Mufti Perak lancau…
Sultan Perak patut malu…
Rakyat Perak patut malu…
Kerana nila setitik
Rosak susu sebelanga…

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 1:54 am

Harussaini, Jawablah secara jujur….bukankah memerangi rasuah salah satu ibadah untuk menujua ke akhirat? Semasa belajar agama dulu, ustaz riwayatkan seorang hamba Allah yang suka duduk di masjid dari pagi hingga ke malam on the pretext of beribadah. Nabi SAW nasihatkan hamba Allah ini keluarlah cari rezeki kerana itu lebih mulia…. Mahathir sememangnya beribadah cara beliau sendiri baik di rumah atau di luar rumah. Tidakkah beliau keluar memerangi rasuah satu ibadah juga yang mulia? Perlukah kita seluruh malaysia berjumpa mufti negeri masing dan berkata kami dirumah dok beribadat saja. Tak cakap pasal rasuah. Nak guling kerajaan bukan isu. Nak turunkan najib… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:09 am
Reply to  Anonymous

Sebagai seorang Islam beliau lebih percaya apa yg org Islam cakap dp org kafir cakap. Bila berita datang dp kafir hendaklah berita tersebut disahkan betul, DG mengambl ingatan bahawa org kafir tidak akan duduk diam selagi org Islam tidak mengikut cara hidup org kafir.
Islam mengehendaki umatnya berada dalam keadaan sederhana.
Mengatakan sesuatu pemberian kpd org susah sebagai rasuh adalah suatu pemvohongan dam fitnah yg Misti ditentang kerana is akan menghancurkzn org Islam.
Ko pembohong. Bilamasa Najib & Rosmah ditangkap.
Org yg membuat salah sahaja dihukum.
Kalau ko buat salah, bapa ko kena hukum ke??

Anonymous
Anonymous
28 December 2016 3:31 am
Reply to  Anonymous

bila saya kata najib dan rosmah ditangkap????

saya hanya berkata JIKA SEKIRANYA….baca pun tak pandai ada hati nak debate

Othaman Ahmad
Othaman Ahmad
28 December 2016 6:32 am
Reply to  Anonymous

Sdra 11:31 .. Nada & bau hangit (terutama bila dia mengeja 'ko') si 11:09 amat menyerlah, tak lain tak bukan adalah milik Kejora. Apakah pembohongan Najib selama ini dibenarkan dalam syariat Islam? Apakah keberadaan bukti2 & dokumen yg kuat itu dinamakan fitnah, walaupun datang dari non Muslim? Sejak mengambil alih pemerintahan pada 2009, siapa yg bersahabat & bersekutu dgn pihak kafir Amerika, Zionis Yahudi & China Komunis? Siapa yg membuat sejarah buat pertama kali melantik laknatullah Zionis Yahudi APCO & Goldman Sachs sebagai penasihat/konsultan pentadbiran negara. Siapa yg memberi lesen perniagaan riba (perbank) buat julung2 kali dalam sejarah negara kpd… Read more »

Shane Zane
Shane Zane
28 December 2016 10:21 am
Reply to  Anonymous

Benar! seperti yg tuan perkatakan tiada hukum yg membenarkan rakyat membayar hutang negara yg dibuat pemimpin tanpa persetujuan semua.Apatah lagi penggunaan sistem beriba yg diterapkan keatas masyarakat.Pihak 'agamawan' tak dapat memahami sosio politik dunia & polisi kewangan yg berasaskan 'wang fiat' padahal banyak ayat al-Quran menyebut perkara uni..contohnya ayat dinar