BR1M RASUAH, BAGAIMANA MENGELAKKANNYA?

Menurut jawapan Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani di Parlimen pada 18 Oktober 2016 lalu, jumlah penerima BR1M bagi tahun ini ialah seramai 7,280,340 orang.
Katanya, jumlah permohonan keseluruhan yang diterima pula ialah sebanyak 8,362,666. Ini bermakna sebanyak 1,082,326 permohonan telah ditolak.
Apakah tafsiran mudah apabila melihat angka 7,280,340 orang yang layak menerima BR1M itu?
Dengan sejarah mentadbir negara melebihi 60 tahun, tetapi lebih 7 juta daripada 31 juta rakyatnya masih bergantung kepada BR1M, angka itu dengan sendirinya membuktikan kegagalan UMNO dan BN dalam mentadbir negara ini.
Apa yang menjadi teras perjuangan UMNO dan BN selama ini?
Bukankah yang selalu dilaungkan bahawa perjuangan UMNO dan BN tidak lain ialah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kerap juga ditempikkan slogan “BN menang, rakyat senang”?
Di mana senangnya rakyat melalui BN jika setelah lebih 60 tahun berkuasa, tetapi hampir 1/4 rakyatnya  masih susah dan miskin?
Dalam pada itu, daripada  7,280,340 penerima BR1M, berapa ramaikah di antaranya adalah ahli-ahli UMNO?
UMNO direkodkan mempunyai keahlian seramai 3.5 juta, jadi berapa ramaikah yang masih menerima BR1M?
Mungkinkah 3 juta atau 2.5 juta penerima BR1M merupakan ahli UMNO?
Jika demikian, apa yang boleh dibanggakan mengenai keberhasilan perjuangan UMNO, bukan saja untuk rakyat, tetapi juga kepada mereka yang menjadi ahli parti tersebut?
Mahu tidak tahu, BR1M akhirnya hanya membuktikan kegagalan UMNO dan BN memerintah negara ini.
Kini pemberian BR1M dikaitkan pula dengan unsur rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Ia beirkutan Najib sendiri dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu mengatakan pengagihannya akan dilakukan melalui pejabat UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara.
Duit BR1M adalah duit rakyat yang diperolehi melalui cukai, termasuk GST. Ia bukan duit UMNO atau wang derma yang diperolehi oleh Najib. Bermakna, bukan saja semua rakyat yang layak berhak menerimanya, bahkan ia tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan UMNO, BN atau mana-mana parti politik.
Apabila diberikan melalui pejabat UMNO, ia sudah mengarah kepada unsur rasuah. Sudah tentu ia diberikan dengan harapan dibalas dengan undi. Ketua-Ketua UMNO bahagian yang menyampaikan sumbangan pasti akan mengambil kesempatan bercakap atau memberikan sepatah dua kata kepada penerima BR1M dalam bentuk merayu serta meminta undi daripada mereka.
Kepada penerima BR1M yang dikenalpasti tidak menyokong UMNO dan BN, ia akhirnya turut terdedah kepada unsur ugutan atau kata-kata yang kasar agar wang yang diterima dibalas dengan sokongan.
Dengan yang demikian, BR1M adalah merupakan pemberian yang diminta balasannya, bukan lagi untuk semata-mata membantu rakyat yang kesusahan. Jadi,  unsur rasuah tidak lagi dapat dielakkan.
Tidak seperti bantuan tunai kepada warga emas atau bekalan air percuma yang diberikan di Pulau Pinang dan Selangor, ia disalurkan secara terus atau melalui pejabat kerajaan yang berkaitan tanpa melibatkan sama sekali sama ada DAP dan PKR.
Untuk mengelakkan BR1M dikaitkan dengan unsur rasuah atau penerimanya mungkin berasa was-was kerana bimbang menerima wang haram, jalan mudahnya ialah mereka mesti tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya akan datang.
Mereka mesti membuktikan bahawa sekali pun diberikan BR1M, undi tetap tidak diberikan kepada BN. Ia dengan sendirinya menyebabkan wang BR1M itu terkeluar daripada definisi rasuah.
Sebaliknya, selagi BN menang dalam pilihanraya akan datang, selagi itulah BR1M akan tetap terkait dengan rasuah.
Akhirnya terpulang kepada 7,280,340 penerima BR1M membuat keputusan. Dengan tidak mengundi BN, bukan saja dapat membersihkan wang yang diterima daripada unsur rasuah, yang lebih penting lagi ialah dapat sama menyelamatkan negara ini.
Lebih 60 tahun berkuasa, tetapi ada hampir 1/4 rakyat Malaysia masih menerima BR1M yang bermakna mereka masih miskin, termasuk sebahagiannya adalah ahli UMNO, apakah kita mahu memberi kerajaan yang ada terus berkuasa lagi? (SH 28/12/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:43 pm

56
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Asa Loanhelmi henkelAnonymoustimorNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Asa Loan
Guest
Asa Loan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam… Read more »

helmi henkel
Guest
helmi henkel

Alaa…smue nk bising, memekik laa… xgitu amik gak duit brim, kecoh, eloknya yg kuat bangkang ni xyah kasi…biorkn aje….

Anonymous
Guest
Anonymous

1558, kalau sampai diminta angkat sumpah, tp tak undi tu ok takat tu sj lagi. Tapi kalau tak ada usaha protest, maka moral dan maruah sendiri sudah dipijak. Tapi itu masih hak masing2. Setengah insan dia tak kisah dihinjak maruahnya. Tapi hakikatnya kesanggupan itu dah sama menelan taek low. Sanggup kah dibiarkan. Tepuk lutut, tanya tumit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sesiapa yg ingat penerima Brim itu menerima rasuah adalah amat bodoh dan bahalol sekali. Duit diambil bukan bermaksud undi sudah ditetapkan !

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemberian BRIM harus dilakukan oleh pihak berkECUALIli seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bukan melalui Ketua-Ketua Bahagian UMNO.Dikhuatiri ada unsur2 kepartian sebelum pengagihan iaitu melalui ucapan2 Ketua2 Bahagian Umno yang dipertanggunjawapkan dalam proses peNyerahan BRIM

Anonymous
Guest
Anonymous

BR1M Beri Rasuah 1Msia ciptaan najib ketua penyamun. Ibaratnya..untung secupak rugi segantang. Diberinya ciput disamunnya byk melalui gst dll.

Anonymous
Guest
Anonymous

ko tak layak tapi ambil br1m tu dikira penyamun jugak le.

Anonymous
Guest
Anonymous

BRIM sesuai utk org2 yg mengharapkan duit penyamun je..umno dah gagal jaga melayu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kupasan,maklum balas dan penerangan yg bernas Sdr. Din. Tahniah & Teruskan.Berjuang dan berbicara demi kepentingan rakyat.Nawaitu untuk memperlihatkan kebenaran dan membetulkan penyalahguna kuasa pemimpin yg berkepentingan.Kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara diutamakan.

Anonymous
Guest
Anonymous

BUKTI KUKUH MALAYSIA FAILED STATE.

30 Juta pendudok, tolak kanak2 dan rakyat bawah 21 tahun = maxumum pun dlm 10 juta kerua keluarga. Betul?
Maka,yg dpt BRIM berjumlah 7.2 Juta dari 10 Juta rakyat perlu bantuan. Pakar2 dan mengaku Pakar2 tak usah lagi main wayang di TV3 tak cukup suku dan akui bahawa terdapat 72% RAKYAT YG SUSAH dlm Makaysia. YA 72%!!! No bloody joke!!!

INI BUKTI AMAT KUKUH MAKAYSIA IS A FAILED STATE.
Mohon Tuan Budin ketarakan fakta ini dlm satu topic nnt agar dapat dihentika. wayang putar angka 30juta selama ni.
Kesiaan , kan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila Amarica beri food coupon kpd sebahagian dp rakyatnya bermakna Amarika
Failed State ke??
Kolo ko bakhil , tolong jangan ajak org lain jadi bakhil macam ko,

Anonymous
Guest
Anonymous

0702. Marilah berdebat dgn sihat, insyaallah kita dpt berkat.
Awak diberi masa cari fakta dulu. Kalau "Amarica" (*sy percaya anda maksudkan USA), memberi food coupon pada sekitar 72% ketua rumah, kita debat lagi.
Kalau anda tak dpt cari angka ini, maka tanpa perlu melenting, anda harus terima Malaysia IS failed state. Anda setuju kan?.
Ok, sy tunggu 0702, hv a nice day.

Anonymous
Guest
Anonymous

TIK TOK TIK TOK

Anonymous
Guest
Anonymous

bodooh la korang, M'sia paling byk mat dan minah kedempol terutama Melayu sebab kuat berbelanja dan kuat mentekedarah, pegi la tgk mana2 saja supermarket di cafeteria dan jugak gerai makanan popular sanggup beratur lagi terlebih makan, tu korang kata 70% susah, korang telah 70% andaian tu atau hanya korang je yg kebulok tak makan. bingai betul la korang ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

1118,ko melenting apahal. Angka tu tuan2 politik ko bagi hehe.
Oh, silap lupa ko fail matematik,dan minda n moral ko dh ko gadai dan siap dista pun. Sorry silap lupa. Sambung la makan dedak berlauk taek low ko kat supermarket dan cafetaria ko tu. Enjoy stupidity to the max. Kesian, kan?

Anonymous
Guest
Anonymous

"Amarika" tak datang lagi? TIK TOK TIK TOK

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Budin,
1118, adalah contoh terbaik insan terpesong, smpai angka depan mata pun di tak faham. Saya sekali rayu tuan buat satu topic ulasan betapa besarnya angka bantuan diMalaysia. Insan kurang cerdik perlu dididik.
Terima kasih. Kesian, kan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Niat najib bagi rakyat brim memang nak beli undi jadi apakah makna pemberian itu dan ada cadangan masa PAU haritu pemberian brim melalui umno nampak sangatlah nak beli undi

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana ko tau niat dia

Anonymous
Guest
Anonymous

segala tindak tanduk najib dah boleh baca dah
dia kan x berapa cerdik
harap konsultan dan menteri2 cap ayam saja

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemberian seperti BR1M ini juga di lakukan oleh negara maju. Jika ekonomi baik dan pendapat negara tersebut bertambah jumlah wang pemberian banyak dan kalau tak baik jumlah wang sekadar cukup-cukup.

Ada di antara rakyat di negara maju menyimpan wang tersebut untuk melancung.

Di Malaysia wang tersebut untuk menampung sara hidup dan jumlah yang di ambil dari bajet kewangan bukan hasil pendapatan. Dengan tujuan supaya membeli undi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno najib bn dah kiamat maut..insyallah hancur bn umno najib
Insyallah pribumi.waridan.harapan menang pru14

Anonymous
Guest
Anonymous

pegi mimpi sampai mati kejang

Anonymous
Guest
Anonymous

ini aje ke hujah kau?
takkan dpt mempengaruhi pengundi atas pagar
yg atas pagar pun ramai dah terjun sebelah bersatu

Anonymous
Guest
Anonymous

Niat BR1M tu…apa? Kalu nak tolong rakyat, ok, boleh diterima. Tapi habis kenapa ada gst kat rakyat? Apa logiknya? Ubat pun kena gst, tolong apa cam ni? Bila kita persoal niat nya, jgn salahkan kita. Bila kita sangsi halal haramnya, jgn salahkan kita, lebih2 lagi bila pengagihan BR1M di buat melalui umno. Masuk akaun direct tak boleh ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

dulu aku selalu beli ubat gastrik rm2.10 sekarang dah rm3.00

Anonymous
Guest
Anonymous

itu pencatutan tu, buat la report.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kami generasi muda mahukan peluang pekerjaan bukan Bantuan Rasuah 1 Mesia….

Anonymous
Guest
Anonymous

ko memilih jawatan tak layak pun mintak mana org terima bro.

Anonymous
Guest
Anonymous

belajar tinggi2 dan ada hutang ptptn mmg depa berhak mahukan jawatan yg sesuai
bukan disuruh jual nasi lemak drive uber
dulu masa zaman tun M kerja sentiasa ada
boleh pilih
paling koman pun graduate jd management trainee
even pada tahun2 lewat 90an

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul mcm TT kata utk elak Haram,duit tu ambik tp mesti jgn undi BN..Baru jd halal..

Anonymous
Guest
Anonymous

Persepsi BR1M menjadi rasuah apabila umno campur tangan dalam pengagihan duit tersebut, bermaksud ada tujuan lain dari sekadar menolong rakyat..tapi perkara begini sering berlaku dimalaysia iaitu campur tangan pihak politik umno dalam segala hal hal kerajaan..sebab ini lah negara kita terkebelakang dari negara maju…sukan, agama, bisnes, pendidikan, kesihatan dan sebagainya mesti ada campur tangan org politik umno, itu lah menyebabkan semua jadi hampas dan rosak..perkara ini menjadi barah yg akan merosakkan negara..untuk kesejahteraan semua umno bn wajib ditumbangkan..

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Duit brim tu duit haram dan rasuah jagan hairanlah duit itu separuh saja sampai kpd rakyat yg lainnya akan disapu oleh org umno siapa tak kenal perangai org umno selagi ada dia akan sapu samun rompak tak kira halal haram sipa nak semak nanti dia kata itu duit derma

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila ko kata duit brim haram. Maka berdosalah ko bila menggunanya. Jangan duk pandai main dg haram/halai nih.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa lah kau ni 20:59….sebab dia tahu haram la yg dia tak ambik brim tu….tak macam kau…habis semua sapu…

Anonymous
Guest
Anonymous

2059…2,6b dan 40m… Halal ke haram?

Anonymous
Guest
Anonymous

perlu difahamkan anon 20.59
bukan semua org terima br1m
so ikut suka dia la nak kata halal ke haram
yg pasti sapa songlap duit rakyat mmg haram

PutraKraken
Guest
PutraKraken

Salam semua 7.28juta rakyat dapat BR1M…bermakna 7.28billion Ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Dari mana datangnya duit ini?…dari kantong negara hasil dari kutipan cukai yang dibayar oleh rakyat dan warga koperat. Melebihi 7 billion setahun!…sampai bilakah kerajaan mampu membuat pembayaran ini…adakah ianya dapat dilestarikan?…(sustainable)…Setiap tahun bajet negara 80% diguna untuk kos pentadbiran dan hanya kurang dari 20% diguna untuk pembangunan….ini ditambah pula dengan beban BR1M. Kalau 7billion ini di "offset" dengan penghapusan atau penurunan kadar GST pasti rakyat akan lebih berkemampuan kerana harga barangan akan lebih murah. Dengan memberi BR1M…rakyat akan sentiasa bergantung harap dengan bantuan kewangan dari kerajaan…umpama ketagihan yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Wang brim itu dp keuntungan petronas. Setiap hari petronas menjual 600,000 tong minyak, se tong harga USD 55. Satu USD = rm4.48
Haa, Cuba ko darab tengok berapa biliun Najib dapat setahun.

Anonymous
Guest
Anonymous

20:55…600,000 tong sehari?…kau tak baca akhbar ke?…tu la…makan dedak banyak sangat ke?…duit petronas tu…duit najib ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Petronas pon tunggu mase nak buang pekerja ramei-ramei..punye la baghal 20:55..kihkihkih..nampak beno màbok dedak!

Anonymous
Guest
Anonymous

Tong kosong makes the loudest noise.

Anonymous
Guest
Anonymous

Fuhhyooo !!! Manyak tu najib dapat
Darab punya darab empat puluh ratus ribu ratus lapan belas

Anonymous
Guest
Anonymous

Arni … weyyy laknat
Ko ni pehal tak abis abis dengan perkara khurafat dan syirik ko ni

Ko pi lah buat semak kat wall fb jamal ikan bakor

Jangan buat semak kat papan ni
Malaun betul lah

Anonymous
Guest
Anonymous

Cer lu sugi kan burit dia bro

Anonymous
Guest
Anonymous

Yassin 40 or YASSIN 7 Mubin
Arni ko pilih yang mana satu ko nak
Salah satu ni kena kat ko
HITAM badan ko nanti

Pi Berambus jangan jenguk jenguk lagi kat papan ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 03 : 49
Bro lu punya kira kira
Terapik JAMS betul lah
Betul betul JAMS
HANGGG terus

Anonymous
Guest
Anonymous

Uiksz Bro , lu pon masyuk line gak ke ? Tambah semak lah wall budin ni ,
Comfirm pagi ni budin kena call laundry sebis
Mop papan putih ni

Anonymous
Guest
Anonymous

22:50 ko la pekerja petronas yg bakal kena buang le.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 11 : 23
Dia di buang kerja oleh petronas
Tapi bakal di lantik menjadi timbalan MENTERI kewangan

Tersilap buat kirs kira
Boleh ler M O 1 songlap lagi

M O 1 memang suka orang yang sanggang dan banggang

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak yah BRIM pun takpe asalkan dapat selesa macam dolu dolu, tiada gst aman hidup.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku nak kan brim juga. Barang murah pun kalau tiada duit dapat apa?

Anonymous
Guest
Anonymous

Takkan bekerja tak berduit der apa cer?

Anonymous
Guest
Anonymous

anon 2045
hang tak kerja ke
malang sungguh
pi la cari kerja

timor
Guest
timor

Anon 2045 ni yg ta reti basa……

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Pagi rakyat dpt BRIM..tengah hari da kena saman polis/jpj