APABILA KEADILAN BERBEZA NERACA

Di Singapura setakat ini sudah tiga orang didakwa dan didapati bersalah berkaitan aktiviti penggubahan wang haram yang ada hubungan dengan 1MDB dan Jho Low.
Pada 11 November 2016, Yak Yew Chee, bekas Naib Presiden Kanan BSI Bank dan pegawai bank persendirian kepada Jho Low, dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan berkaitan 1MDB.
Beliau juga didenda S$24,000 dan akan menyerahkan S$7.5 juta kepada kerajaan bagi “menunjukkan penyesalan sebenar telah berlaku”.
Pada 16 Disember 2016, Yvonne Seah Yew Foong, juga bekas pegawai BSI Bank, dihukum penjara selama dua minggu kerana membantu memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urusniaga mencurigakan  yang melibatkan Jho Low dan 1MDB.
Semalam, 21 Disember 2016, seorang lagi pegawai BSI Bank, Yeo Jiawei didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengganggu saksi berhubung penyiasatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Kesalahan itu meletakkan beliau berdepan dengan hukuman penjara selama 7 tahun. Bagaimanapun, hukuman akan diputuskan oleh mahkamah hari ini.
Selain  tiga orang sudah didakwa, dibicara dan didapati bersalah, pihak berkuasa kewangan Singapura juga sudah menutup dua bank, BSI Bank dan Falcon Private Bank di republik itu atas keterlibatan kedua-duanya dalam aktiviti penggubahan wang haram berkaitan 1MDB dan Jho Low.
Jho Low turut dinamakan sebagai orang penting dalam penyiasatan berkaitan penggubahan wang haram 1MDB di Singapura, selain aset-asetnya  sudah dibekukan.
Di Amerika Syarikat, proses pendengaran saman sivil Jabatan Kehakiman negara itu untuk menyita aset dan hartanah berjumlah AS$1 bilion yang didakwa daripada dana 1MDB yang dilencongkan sudah pun bermula pada 12 Disember lalu.
Ia antaranya melibatkan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Pada peringkat awal ini, selain menolak notis keluarga Jho Low untuk menangguhkan perbicaraan, Hakim Persekutuan Los Angelas juga memutuskan ahli keluarga jutawan muda kelahiran Pulau Pinang dan kenalan keluarga Najib itu tidak boleh campurtangan dalam saman sivil kerajaan Amerika untuk penyitaan tersebut.
Bermakna, perbicaraan akan terus berjalan.
Di Switzerland, proses penyiasatan yang melibatkan penyelewengan dana 1MDB sebanyak AS$4 bilion kerana menggunakan rangkaian bank di negara itu juga sedang dijalankan sejak sekian lama.
Sehingga ini sudah dua kali permohonan bantuan MLA oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ditolak oleh Peguam Negara Malaysia, tetapi mereka tidak berputus ada dengan mengatakan akan menggunakan cara lain untuk memperolehi pelbagai maklumat yang diperlukan.
Namun, dengan bebasnya Xavier Justo daripada penjara di Thailand dua tiga hari yang lalu dan kini sudah kembali ke Switzerland, perkembangan siasatan di negara itu mungkin lebih menampakkan “cahaya di hujung terowong”.
Tidak mustahil Justo akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland untuk membersihkan namanya yang sebelum dipenjara atas kesalahan melakukan ugutan.
Hanya di Malaysia, segala-galanya yang berkaitan 1MDB dan Jho Low tetap kelihatan “suci serta halal”  dan tidak henti-henti dengan jawapan “semuanya masih dalam penyiasatan”.
Kenapa neraca keadilan seperti jauh berbeza antara Singapura, Amerika Syarikat, Switzerland dan Malaysia?
Di sinilah peri pentingnya bukan saja Najib disingkirkan, tetapi juga UMNO dan BN dikalahkan dalam PRU 14 akan datang. (SH 22/12/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:43 pm

94
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Asa Loanrahman jpcNordinabilaHAnonymousTajul Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Asa Loan
Guest
Asa Loan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam… Read more »

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Malasia ini negara Islam pemimpinnya warak2 macam malikat belaka tidak rasuah tidak curi menterkedarah duit rakyat penyokong2nya org umno tak makan dedak negara singapura dan switzland negara kafir ity sebab merdka jahat nak firnah pemimpin negara Islam alangkah bodohbya buta mata hati org melayu umno masih bak sokong bn parti haprak tu kesian org umno melayu yg bidoh dirasyah dgn dedak

Anonymous
Guest
Anonymous

1MDB: JOHARI PUJI TINDAKAN PANTAS SINGAPURA.

tak bodoh ke statement di atas?

di malaysia AG dan IGP kita tidur bermimpikan hadhari paklah

Anonymous
Guest
Anonymous

You request information but no one responds in a timely manner

– IS NOT THIS A PROVEN CHARACTER OF OUR AG APANDI?

You tell people what to do but what they produce is not what you asked

– DONALD DEDAK…remember what IGP Khalid told Zunar to draw? Even after that, Zunar was arrested again..

They are not sleeping and dreaming. They are just ineffective leaders who fail in their responsibilities inspite of their salaries by you, the rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

correction
++++++++++

paid by you the rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

Unknown,

cuba jawab soalan ini,

DARIMANA JHO LOW DAPAT DUIT RATUSAN JUTA UNTUK DIURUS OLEH YAK, YVONNE DAN YEO?

Dari perniagaannya?
Dari Keluarganya?
Dari mana???

Dana sebanyak itu tak mungkin jatuh dari langit!

Asal dana itu mesti ada, dialihpindah ke beberapa buah akaun syarikat jho low dan a portion masuk dalam akaun persendirian najib di AMBANK.

Othaman Ahmad
Guest
Othaman Ahmad

Tak semena-mena, akaun Ambank Rosmah ketika itu juga gelembung berjuta-juta. Bila pengasas Ambank buat laporan kepada Polis & Bank Negara duit berbilyon masuk ke akaun Ambank Najib, keesokan harinya beliau ditembak mati.

Anonymous
Guest
Anonymous

Letih dah nak komen pasal najib ni.tunggu je lah pru14 nanti

Othaman Ahmad
Guest
Othaman Ahmad

Inilah dia satu2nya Presiden UMNO yg tak pernah dipilih secara demokrasi, kecuali dilantik saja & terus menobat dirinya jadi presiden parti & sekali gus… PM SEUMUR HIDUP..!! Impian Najib/Rosmah tercapai setelah mereka sogok semua ketua2 bahagian atas pegangan dasar 'Cash is King' hasil dari kekelepatan duit riba haram Yahudi dgn nasihat Yahudi Goldman Sachs & APCO Worldwide . Selain itu, belum pernah tercatit dalam sejarah dunia, jawatan menteri kewangan diPEGANG KEKAL oleh ketua negara atau pm, kecuali Tun Dol & Najib. Di sini kita boleh lihat penyimpangan & kegelojohan untuk menguasai politik & perbendaharaan/kekayaan negara bertitik mula sejak 2003. Buktinya…..… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

apa beza memangku dgn jawat memangku tak boleh buat keputusan ke … tambatan ringgit bukan mantan buat keputusan ke!

Tajul
Guest
Tajul

Kalau tak ditambat lagilah lingkop

Kalau bodoh tu diam sahajalah

Anonymous
Guest
Anonymous

saya cakap apa beza memangku dgn menjawat lagi pun … Kurang memahami prinsip ekonomi Mahathir hanya seorang doktor biasa, pengamal umum yang tiada kepakaran khusus. Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana rakyat Malaysia yang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah – dengan menggunakan GLC. Wawasan Mahathir dalam menjalankan perniagaan adalah melalui kawalan saham dalam sebanyak syarikat yang mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan kerugian wang. Dukacitanya,, perniagaan di alam reality juga melibatkan kerugian, bukan hanya keuntungan. Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan tidak pernah diuji di mana-mana negara sebelum ini.Ia berdasarkan pendapat dan pandangannya sahaja. Jika… Read more »

Fan Tun
Guest
Fan Tun

Malaysia neraca dipanggil dacing
Sejak dahulu zaman berpusing
Kini hayat sudah meruncing
Barang lama orang tak paling

Dacing sudah jadi tak penting
Orang sudah tak ambil pusing
Dimana saja dicampak dibaling
Bernasib baik buang ke loteng

Ada orang mengata bunga
Bunga Raya dikeji dihina
Namun bunga tinggi nilainya
Di mata rakyat tetap berharga

Hari Merdeka bunga diguna
Bunga Raya hiasan merata
Jadi hiasan pekan dan desa
Digantung lampu terang negara

Dacing pula semakin dilupa
Tidak relevan untuk diguna
Orang nak pakai barang dah lama
Baik dilupus habis cerita

Diberi pilihan dacing dan bunga
Tentu bunga lebih bermakna
Banyak guna cantik dimata
Bunga Raya untuk negara..

john doe
Guest
john doe

Terbaik dari Fan Tun.

Perbandingna semasa di antara Bunga Raya dan Dacing.

Anonymous
Guest
Anonymous

bunga cepat layu layu, sdg dacing byk diguna berniaga mana lebih untung.

Tajul
Guest
Tajul

Kedai sinseh burok pun dah lama tak pakai racing

Depa pakai digital scale je skg

Petanda jelas dacing dah tak relevan lagi

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalahnya kat msia ni perut si AG dah penuh di sumbat dgn dedak. Serupa la mcm org kata "bila anjing diberi makan secukupnya selalu oleh tuannya maka anjing tu akan taat pada tuannya"

Anonymous
Guest
Anonymous

Begitulah bezanya Antara Dua Negara.
Itu sebab Negara Singapura maju.
Kerana dipimpin PM yang berintergriti.
Itu sebab Negara Malaysia hancai boncai.
Kerana dipimpin PM yang tak ada maruah.
Satu contoh, nilai duit pun bezanya lebih 200%.
Sampaikan aku takut nak pergi ke Singapura.
Oh Malaysia tanahairku…

Anonymous
Guest
Anonymous

ko jadi rakyat Singapura ko tak kan dapat beli kereta itu ja tak payah cerita lain, ko berani komen pap saperti ini sat lagi masuk balai la.

rahman jpc
Guest
rahman jpc

UMNO/BN ini serupa lah saperti rumah usang yg tidak pernah d bersihkan selama d bina 60 tahun dahulu.

bhg hadapan (façade)saja yg selalu d cat agar nampak 'presentable' tetapi d dlm nya penuh dgn debu n habuk yg amat merbahaya kpd persekitaran.

usaha 'spring cleaning' tidak lagi berkesan. olih demikian rumah tersebut harus d robohkan n d ganti dgn bangunan baru yg super canggih atau 'intelligent building'.

mat salleh menggunakan unkapan 'flogging a dead horse' yg bermakna usaha yg sia2 sebab kita sudah mengetahui hasil nya i.e. elek/pocik aya!!!.

Unknown
Guest
Unknown

awk merupakan tanda jelas betapa "habuk-habuk" yg melekat didalam kerajaan,(tersisih akibat dari faktor umur dan mengambil segala manfaatnya dengan alasan ia adalah hak aku sebagai "habuk-habuk" yg menghabiskan hampir seluruh usiaku ditempat yg buruk ini). Hey, bukankah kerajaan itu dihalatujukan oleh parti yang menguasainya. baik buruk sesebuah kerajaan itu setiap kakitangan yg berkhidmat itulah cerminan nya (lebih besar hearaki yg diduduki lebih luas pantulan bayangan kerajaan). Khabarnya jawatan awk bukan calang-calang sewaktu berkhidmat. Apakah kamu menyangka kamu hanya membuka aib kerajaan sedangkan kamulah pelaksana dasar pada halatujunya. tiada istilah darurat kerana kamu tidak dipaksa untuk berkhidmat didalam kerajaan yang zalim… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa ko merepek ni unknown?

Anonymous
Guest
Anonymous

Yg malu kan diri kau tu unkown…ilmu tak seberapa, bising lebih

Anonymous
Guest
Anonymous

Pakar penulis komen2 bersifat jilat najis jatuh kpd 1636. Butir nasi semua keluar. Dedak basi yg dibalut dosa yg dimakannya dia tak nampak. Sama juga dia sanggup gelumang dalam Taek Low, tanpa hiraukan busuk najis itu. Dia sanggup lelong ayat2 AlQuran dan hadith utk menakutkan.
Bagi dia matlamat menghalalkan cara. Wang rompak boleh buat masjid dan pergi Mekah (*cuci dosa). Dunia dia sgt sempit.

john doe
Guest
john doe

Sdr2 berdua. Unknown pernah memanggil pak rahman jpc sbg laksamana pencen dan saya telah membela pak rahman jpc. Dari sudut hukum pak rahman jpc tidak melakukan apa2 yang salah apabila memilih untuk menentang kerjaan dari parti politik yang sama semasa beliau berkhidmat. Malah pak rahman jpc melakukan perkara yg betul. Beliau adalah di antara bbrp pejuang di antara para pengkhidmat. Pengkhidmat hanya akan sengap sahaja asal pencen dibayar. Pejuang pula akan membangkitkan kejahatan dan menentangnya. Unknown dan saya pernah berhujah tntg perkara ini dan saya percaya pernyataan saya gagal disangkal. Kali ini isunya bukan hukum lagi tetapi 'mencela nasi yang… Read more »

rahman jpc
Guest
rahman jpc

tkvm sdr john kerana memberi pencerahan. saya tlh membuat keputusan utk tidak melayan sdr unknown 16:36 sahinggalah beliau mendedahkan nama nya. logic berbelit (convulated logic) yg d gunakan mencerminkan kefahaman beliau tentang kena apa sebahagian besar pegawai2 kanan kerajaan ikhlas memberikan berkhidmat. kami tidak terhutang se sen pun kpd kerajaan tetapi sebalik nya kerajaan lah yg banyak terhutang budi kpd kami yg tlh mencurahkan khidmat bakti tanpa menghiraukan gaji yg d beri. banyak juga rakan2 yg tlh membuat keputasan utk berkhidmat dgn pihak swasta n mendpt gaji 4 atau 5 kali ganda jika d banding dgn gaji kami. kalu ini… Read more »

Tajul
Guest
Tajul

Iya ke 'talqin'?

Takut nnt jd 'solat jenazah ghaib' je

Sbb 'jenazah2'nya dah cabut putih Tapak kaki ke oversea

rahman jpc
Guest
rahman jpc

salam sdr tajul,

hanya segelintir saja yg mampu memohon utk menjadi suaka politik(political asylum). namun jika mereka terlibat dgn tuduhan CBT secara massive,, tiada Negara yg bersedia menerima mereka.

penjenayah n musuh Negara akan d buru hingga k lubang cacing.

Anonymous
Guest
Anonymous

keadilan hanya pada admin ketidak adilan pada yg dikomennya. tulisan ini infiniti tiada padamnya yg akan diadili sang pencipta. hinpunan dosa dan pahala, ok la admin tulis semuanya himpunan pahala termasuk la juak2 yg memakai mencaci memaki menghamun berdusta berandaian yg menghala kearah kebinasaan. bagus la terus la kalu sanggup terima akibatnya nanti walhal dunia hanya la sementara. percaya la Bn tetap berkuasa sampai satu masa nanti diserahkan kepada wakil agama sedunia. hanya dia la pentakbir diakhir zaman. masa tu moga diberi kesempatan bertaubat dgn izin .. demi masa … senantiasa menghitung segala amalan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Bangla mana pulak ni…

Anonymous
Guest
Anonymous

11.54 adalah contoh manusia yang tidak punyai daya berfikir. akhir sekali berbicara pasal life in hereafter. macam mana nak tegak keadilan?

Anonymous
Guest
Anonymous

Malas dah nak hujah dgn sijumud ni sorang.
1154 species hanpir pupus, tyoe: Mekayu Selam
Habitat kekal: Bawah tempurong yg dipenuh Taek Low.
Sifat abadi: Perasan pandai
Makanan Ruji: Dedak basi
Prinsip hidup: Matlamat halalkan cara. Boleh buat masjid guna wang rompak. Boleh pergi Mekah washing mesinkan dosa keluar pahala.
Label: WalaUnta
Tahap kebodohan: Gaban XXL

Anonymous
Guest
Anonymous

sampai kiamat pun pembangkang tak kan menjadi pemerintah sbb Bn akan serahkan pada pemimpin akhir zaman keturunan Muhammad Rasulullah. sign.

john doe
Guest
john doe

17:08.

Sdr kata BN akan 'serahkan'. Bererti sdr akuilah bukan BN lagi yang bakal memerintah.

Sdr memang hebat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yes definitely right moga kita ditakdirkan hadir menengok secara live bagaimana dia dtg dan terus tertabal.

Anonymous
Guest
Anonymous

1154, cuba nyatakan perkara-perkara yang admin tulis sebagai x adil atau infiniti. Mana yang admin sebut sebagai dosa atau pahala, mana dusta, mana andaian. Sebut dalil-dali yang boleh mengukuhkan andaian anda bahawa BN akan masih kekal. Rujuk dan nyatakan kepada ayat-ayat al quraan untuk membezakan yang mana satu batil dan hak. Setahu saya admin tulis khususnya apa yang berlaku di Singapura, iaitu kes penyonglapan wang 1MDB di mahkamah. Minta maaf, saya x nampak langsung anda komen apa-apa pun tentang perkara yang admin tulis dalam tajuknya. Tiada niat saya untuk mencaci atau mencela anda. Hanya memberi beberapa saranan membina supaya semua… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kiranya dap pasti la semua cina skg, pkr .5 melayu .5 cina, pan & ppbm tiada baru ditubuh sdg Bn cuma Pulau Pinang & Kelantan payah sikit nak mng, cerita la isu lapuk 1mdb & majoriti … MAJORITI pengundi melayu tidak peduli gaimana nak mng ambil alih tampuk. isu dah mereput dan boleh dikatakan tiada isu serious cuma dicanaikan lagi & lagi sehingga pru14. percaya la tak kan mudah mengalahkan Bn dulu kini dan selamanya. kalah nanti buat la wujudkan isu2 stereotypes sama dan kesudahan mcm skrg ni bagai anak2 merajuk, menangis, melalak, meraong, minta bantuan luar apa tak merusuh… Read more »

PutraKraken
Guest
PutraKraken

Salam semua Haiwan dan manusia adalah mahluk kejadian Allah…bahkan chimpanzi dan babi mempunyai persamaan DNA yang amat hampir dengan manusia. Apakah yang membezakan manusia dan haiwan?…Otak?…bukan…otak manusia dan haiwan sama dari segi fungsi…sebagai "nerve centre" yang mengawal perjalanan anggota badan. Yang membezakan manusia dan binatang adalah "AKAL"…haiwan bertindak berpandukan kepada naluri semula jadi yang telah ditetapkan dalam DNA mereka. Manusia walaupun pada asasnya punya naluri sama seperti haiwan, tapi tindakan manusia diimbangi dengan "AKAL" yang dapat membezakan antara yang baik dan yang tidak baik. Sebab itu apabila sesuatu kejadian yang tak dapat kita terima penjelasannya…kita kata "tak masuk akal" Berbalik… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

A good comment. Keep it up

john doe
Guest
john doe

Setuju dengan tuan putera.

Cuma nak tambah sikit ja. Kalau manusia memilih untuk memakan dedak, maka akalnya itu akan beransur-ansur pudar kemampuan menilainya.

Malu pun boleh hilang ooooo.. Boleh pakai tuala separuh bogel di tempat awam sambil diambil gambar..

Syabas tuan putra and keep it up.

PutraKraken
Guest
PutraKraken

Sdra john doe

Terima kasih..teringat saya pepatah yang mengatakan:

"You reap what you sow." dan
" You are what you eat."

Dedak itu lazimnya makanan haiwan…
Jadi sesiapa makan "dedak"…pastinya "you are what you eat".

Itu baru "dedak" dalam bentuk wang ringgit atau pun kurniaan lainnya atau pun "you scratch my back, I scratch yours"

Cuba pikirkan…mereka yang menerima sponsor naik Haji/Umrah?
You really reap what you sow…tak gitu?

john doe
Guest
john doe

Setuju tuan putera

mat sawang
Guest
mat sawang

sabit dgn dna binatang hampir sama dgn manosia yg ni sempoi.aku baru tau .
manosia berotak dan berakal. binatang berotak juga berakal d katakan naluri..
setiap yg berotak mesti berakal.
beza cuma akal manosia dan akal binatang.
sabit juga manosia ckp dlm kumpulan binatang tak ada manosia tapi dlm kumpulan manosia banyak binatangnya
sabit tu juga dlm amno mcm-mcm binatang juga ada.

Unknown
Guest
Unknown

Apa lagi yang harus diperkatakan tatkala kamu telahpun "beriman" pada khabar yang dibawa oleh tuan2 politikmu beserta sekutunya di luar sana. Malang sekali perbicaraan yg berlangsung di Singapura (bahkan ada yg telah dijatuhkan hukuman) – di manakah Najib ? DOJ meneruskan saman sivil terhadap Jho Low bersama 4 yang lain – di manakah Najib ? Bahkan kelibat Jho Low tidak mampu dikesan lokasinya oleh Badan Penyiasatan Nombor Satu Dunia (FBI). Switzerland juga sedang berusaha memulakan prosiding jenayah kewangan tetapi merayu untuk dibekalkan maklumat dalaman 1MDB ?? – di manakah Najib ? Sejujurnya aku merasa bukan sahaja Najib Tun Abdul Razak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Unknown nakhoda, you cannot connect the dots, can you? You dont even have an iota of an idea as to how enforcement agencies all over the world coordinated their multi lateral works? Kau tak terpikir langsung yang mungkin PM spore dok ketawa besar sekarang, yang president china dok kira apa lagi boleh beli dari malaysia? Tak boleh pikir yerrr, apa semua kaitannya dgn 1mdb? Tak pa la, sah kau ni kampong habissss. Ni last aku layan kau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah ketara strategi spore. First , go after the banks, 2 bank dah tutup. Second, go after the bankers, 3 org dah kena jel. Next, nampaknya get the banks and the bankers to cooperate to go after j lhow. Dan kes j low ni international level, libat kan banyak negara. And next, and next, and next…kau pikir sendiri lah nakhoda unknown, ajar kau banyak banyak bukan kau paham pun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Unknown oh unkown, apasal kau ni bengap sangat? J low tu aset utk kjaan spore. Dia tak akan di tahan, selagi kjaan spore boleh kaut segala faedah dari kes nya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apalah sangat nilai Jho Low. Bank pun S'pore kasi tutup..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mak cik Unknown, jika Allah takdirkan BN jatuh pada pru14, insha Allah kami akan cari kamu. Mungkin kamu ada juga dapat share duit 1mdb.
Saya nak tengok kamu 'bersilat' untuk melepaskan diri. Gaya kamu tonjol diri saperti orang kuat dapat dedak.

Tajul
Guest
Tajul

Mungkin masa tu dia bkemban je pegi suk Selangor bawak gayung & berus Gigi

Sekali dgn jamal tongkol

Anonymous
Guest
Anonymous

alhamdulillah, komen2 kejora, nek tempoyak, keris berayon nampak gayanya terus hilang dek ditempak peluru berfakta. Unknown…..mana kamu? takut dato rahman ke, john doe ke, othaman ke?

john doe
Guest
john doe

Sdr. Somehow saya tergerak hati plak nak layari komen2 terbaru di Putra Merdeka. Baru ja selesai sebentar tadi. Walaupuan admin Putra Merdeka dah tak masuk entry terbaru tapi komen2nya masih berjalan. Boleh tengok macam mana si Kejora ni punya pukul gebang konon kami bertiga dah lari dari dia di Putra Merdeka. Kira2nya di sana tu dia dah jadi hero Lord of the Ring yang tak terkalahkan lah tu. Betul macam kata Fan Tun dia suka pukul gebang konon dialah hero terhebat seMalaya. Itu saya tak kisah pun sebab komen2nya tak ada nilai dan kesan. Cuma yang saya betul2 nak share… Read more »

Rahman 2
Guest
Rahman 2

To KD, well done for writing a good summary of what have been happening in Singapore and future events entailed in the US and Switzerland. In Malaysia…..wallahuaklam. To najib, there is only one set of justice. Why does he hold this belief? Najib lives in denial with or without him even knowing it. He thinks he is above failure. He thinks he is somehow far too talented, hard-working or knowledgeable and that everything he touches will turn into gold? As human he has flaws by nature. He may just be living in denial till he is fully clothed in prison's… Read more »

john doe
Guest
john doe

Pak Rahman 2.

Ini blog tuan Budin. KD tu blog Kluang Diamond.

Apa pun syabas.

Salam perjuangan

Rahman 2
Guest
Rahman 2

Firstly, my apology to Sdra Shah. I mistook this blog for KD. A very good article. When I write in a hurry, I tend to overlook the blog I am in. Again, my apology Sdra Shah.

Secondly, thank you to sdra john doe for pointing my mistake. Honestly, I did not realise this until you triggered it. Thank you, Sir

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah org senang mencari
Kebaikan sendiri senang mencari

Salah sendiri tak pernah jumpa
Kebaikan org pun tak pernah jumpa.

Itulah insan kerdil.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang salah tetap salah.

Masukkan wang derma ke akaun PM untuk apa sebab sekali pun tetap salah.

Anonymous
Guest
Anonymous

913 tahniah. Anda contoh terbaik Mekayu Selam. Buat2 bangang. Matlamat boleh halal cara, wang rompak boleh buat masjid, pergi mekah. Dosa masok washing mesin keluar pahala. Tinggal lah saudara dibawah tempurong yg bergelumang dgn Taek Low. Terima kasih.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak lama lagi.
Tak lama lagi.

Semuanya akan menjerumus kepada seten-seten sebenar dalam 1MDB.

Mereka sedang masuk kedalam pasir jerlus secara perlahan-lahan.

Kalau kita tak berdaya tegakkan kebenaran, Allah sendiri akan tegakkan.

Wallahualam.

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah betul Najib terima wang berbillion-billion ke dalam akaun peribadi?” Jawapan 1 : (Diam)Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.Jawapan 4 : SWIFT Code di dalam dokumen WSJ adalah tidak benarJawapan 5 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.Jawapan 6 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.Jawapan 7 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.Jawapan 8 : Najib tidak jadi saman WSJ kerana dia tidak terkenal di Amerika SyarikatJawapan 9 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun peribadi sendiri untuk terima wangJawapan 10 : RM2.6… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ooi Raja Arab tu biasa derma kpd org Islam sejak berpuluh2 dulu , sebahagian dp masjid yg hebat2 adalah derma dp Arab, bahkan Anwar Ibrahim semasa menerajui Abim dulu pun Ada ada menerima derma dp Arab untuk kegiataan Abim sendiri, ko ingat tok2 Arab miskin2 ke, gi le buat Umrah Dan tengok negara mereka macam mana.

Anonymous
Guest
Anonymous

Semua derma masuk ke akaun ABIM ke atau ke akaun Anwar ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Akaun najib la bodoh bebal..10.13. Ambank pun dah kena denda rm50 juta dari bank negara atas kesalahan AMLA masa zeti jadi gabenor.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bercelaru jawapan penyokong najib yang tidak tahu apa-apa tapi nak juga pertahankan perbuatannya. Dari menteri sampailah ke cybertrooper. Semuanya gagal, memalukan. Ini semua semata-mata nak sara anak bini. Kesian..

Anonymous
Guest
Anonymous

10:13

Dulu org tak misah akaun siapa pun, ada peruntukan kerja pun jalan . semua ditanggon beres . Zaman tu makanan murah (awal 1970han) , nasi kandar 50-60 sen kira mewah le.

Anonymous
Guest
Anonymous

Banyaknye jawapan untuk satu soalan…pelik betul..

john doe
Guest
john doe

Raja Arab derma kat Najib ye?

Zahid kata dia dah pergi jumpa penderma tu (kejap penderma, kejap lagi penderma-penderma plak, pastu penderma balik).

Anehnya pada tarikh berkenaan Raja tersebut telah pun mangkat.

Agaknya siapa 'Raja Derma' yang Zahid jumpa?

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid ni penipu

Anonymous
Guest
Anonymous

Gali Lobang Tutup Lobang – Rhoma Irama Gali-gali-gali-gali-gali lobangGali-gali-gali-gali-gali lobang Lobang digali menggali lobangUntuk menutup lobangTertutup sudah lobang yang lamaLobang baru terbuka Gali lobang tutup lobangPinjam uang bayar hutangGali lobang tutup lobangPinjam uang bayar hutang Gali-gali-gali-gali-gali lobangGali-gali-gali-gali-gali lobangGali-gali-gali-gali-gali Walau makan sederhana(Makan nasi sambal lalap)Walau baju sederhana(Asal menutup aurat)Walau makan sederhanaWalau baju sederhanaWalau serba sederhanaAsal sehat jiwa ragaDan juga hutang tak punyaItulah orang yang kaya (hi-hu) Walau gajinya pas-pasan(Enggak lebih engga kurang)Walau hidupnya pas-pasan(Asal cukup kebutuhan)Walaupun gajinya pas-pasanWalau hidupnya pas-pasanWalaupun serba pas-pasanHidup ‘kan merasa terangAsal tak dikejar hutangEnak tidur enak makan (hi-hu) Gali lobang tutup lobangMenggali buat menutupGali lobang tutup lobangSana… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

bagus lirik nie.. kah3

john doe
Guest
john doe

Salam tuan Budin.

I totally agree with what u hv written and have nothing to add except :-

"Di sinilah peri pentingnya bukan saja Najib disingkirkan, tetapi juga UMNO dan BN dikalahkan dalam PRU 14 akan datang. (SH 22/12/2016)."

Dan tambahanya ialah sepeti berikut:-

In shaa Allah. Aamiin ya robbal-a'laamiin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aamin

Anonymous
Guest
Anonymous

Aaaminnn…….Ya Robbi
semoga engkau selamatkan negara kami Malaysia….tiada lagi tempat untuk kami melarikan diri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yak yew chee, penjara 18 minggu. Yvonne seah, penjara 2 minggu. Mungkin pelik kerana kesalahan besar yg mensabitkan reputasi spore sebagai pusat kewangan dunia, tetapi tempoh penjara singkat. Saya yakin ke dua duanya dah buat deal dgn pihak berkuasa, untuk menjadi saksi pendakwaan terhadap j low…bukan saja saksi pendakwaan di spore, tapi juga di swiss dan US. Adakah j low nak ke penjara sorang2 nanti? Atau dia nak bawak geng2 dia sekali?

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang macam Jho low (lelaki bermuka khinzir) sekali dah kena soal siasat, semua dia cerita. Untuk elak dia pecah lubang, polis malaysia bagi statement tak jumpa sampai skrg.

Permadu Malaysia
Guest
Permadu Malaysia

Mungkin Hadi Awang sebagai PM adalah adalah jalan penyelesaiannya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya. Semua masalah selesai.

Kecuali mazhab .

Anonymous
Guest
Anonymous

Kehadapan saudaraku 811 Pemadu,
Tolonglah jgn buat lawak loya pagi2 ni.
Sy baru kerugian termuntah keluar semua sarapan saya.

Anonymous
Guest
Anonymous

yee…selesai…banyak jalanraya kat malaysia nih akan ada u -turn….terutamanya di marang terengganu….semua jalan akan ada u turn

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalah lg 2,3 negeri dlm pru 14 akan dtg pun dah cukup beri tekanan lebih besar pada najib. Dia ingat setakat bn menang dah selesai masalah. PH harus target negeri mana harus dirampas dari BN.

dzalee
Guest
dzalee

Pecat Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang tak berguna.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahun depan khalid umur 60. Tak lama lagi bersara wajib la tu. Masa tu dia baru tau langit tinggi atau rendah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia akan di sambung perkhidmatan secara kontrak selama 2.tahun untuk umno menang pru..

Anonymous
Guest
Anonymous

Jho low nampaknya betul2 dilindungi. Keluarganya pun polis malaysia tak pernah siasat. Sedangkan keluarganya yg uruskan harta haram tersebut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Moga doa kepada allah dimakbulkan..
Tunjukan jalan kebenaran…
Pribumi dan harapan menang pru14
Allah laknati penipuan umno bn..insyallah

Anonymous
Guest
Anonymous

surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

john doe
Guest
john doe

Salam sdr.

Dengan izin dan kemaafan, kita tidak boleh melaknati makhluk Allah walaupun ia tidak beriman apatah lagi orang-orang yang beriman.

Saya berharap sdr dapat tarik balik perkataan laknat yang digunakan ke atas sdr seagama.

Anonymous
Guest
Anonymous

Di Malaysia penyamun dan penyangak 1MDB telah disucikan oleh Punasihat Lebai Musang Berjanggut sbb tidak ada 4saksi, rekod komputer tidak boleh dijadikan saksi/bukti…

Anonymous
Guest
Anonymous

1) USD1,039,369.91 (RM3,320,670.65) untuk pembelian barang kemas intan permata di dalam bulan September 2014 melalui kredit kad AmBank. 2) RM360,000 dibelanjakan di gedung pakaian JAKEL 3) RM395,782.40 dibelanjakan untuk menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur 4) RM178,000 dibayar kepada Two One Holidays Malaysia, sebuah ejen pelancongan. 5) RM167,959.50 dibayar kepada Signature Exotic Cars, sebuah syarikat kereta mewah (mungkin kerana pembelian kereta berkuasa tinggi) 6) USD130,625 (lebih kurang RM418,000) telah dibelanjakan di kedai Chanel semasa Najib Razak bermain golf bersama Presiden Barack Obama dalam bulan Disember 2014 (ketika itu banjir besar melanda Semenanjung Malaysia). Bayaran dibuat melalui kredit kad AmBank. 7)… Read more »

Unknown
Guest
Unknown

kelihatan Najib dan isteri berbelanja jutaan ringgit 😂😂. Alangkah mudah sijahil seperti awak diperbodoh dengan khabar semudah ini. Bukankah setiap perbelanjaan atau perkhidmatan disertakan resit pembayaran, yg didalamnya terkandung amaun total, tarikh,masa,tandatangan siempunya diri dan lokasinya. cuba tanyakan kepada tuan2 politikmu, ada golongan yg bijak perlukan pembuktian lebih dari sekadar "beriman" terhadap lisan si tuan politik itu. Mungkin selepas ini khabar perbelanjaan Najib dan isteri perlu dinaikkan agar ia mencecah angka billion supaya golongan yang jahil sepertimu akan lebih kuat tekadnya untuk menumbangkan kerajaan – tetapi haruslah diingat walau tekadmu menerobos langit jangan pula kamu menconteng kertas undinya selain dari… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

bila allah menutup hati utk menerima kebenaran…inilah jadinya…..terlebih makan dedak si nakhida kapal nak tenggelam nih…

kalau suruh makan taik…nescaya dia makan….hati dah buta utk menerima kebenaran….kesian…

Anonymous
Guest
Anonymous

Nakhoda ni dah tahap bangang tak boleh di ajar

tatang ka
Guest
tatang ka

Saya sdah kata berkali kali yang Unknown ni binatang. Dubok yang berbau bangkai. Kalau manusia tentu tau membezakan yang betul dan yang salah, kecuali binatang atau pembodek tegar.
Jadi kalau mau balas komen Dubok Unknown yang tiada fakta itu ialah dengan memaki atau mencaci kerana binatang ini lah yang menyokong klepet menyamun yang akan membinasakan negara. Orang orang jenis begini dan sewaktu dengannya memang tidak beragama kerana kalau beragama tentu akan takut pada tuhan dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sdr John Doe,

Mengapa pulak tak boleh melaknatullahkan sesiapa. Lihat takrif DBP perkataan itu:

laknatullah Ar dikutuk Allah. Kamus Dewan Edisi Keempat

Kalau Tok Guru Nik Aziz sanggup mengkafirkan Islam dan mengsembahayang hajatkan "KO UMNO", "KO UMNO", mengapa tak boleh melaknatullahkan sesiapa?

Saya tak suka Umno sekarang. Bagus jugak sembahayang hajat PAS itu. Nampak nya dah nak KO UMNO sekarang. Menunggu lingkup di PRU14 saja.