Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TERIMA KASIH KEPADA 20 JUTA PENGUNJUNG, JANGAN KITA BERGANJAK MENUJU PERUBAHAN

Pada 19 Mac lalu, buat pertama kali saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengunjung dan penjenguk blog ini kerana capaian pembacanya telah mencecah angka 10 juta sejak ia dimulakan pada awal 2012 yang lalu.
Di pagi Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima terima kepada pengunjung dan penjengok blog ini yang tetap setia dan istiqamah kerana kini capaian pembacanya sudah melebihi angka 20 juta pula.
Belum genap berusia 5 tahun, tetapi sudah mengumpul pembaca melebihi 20 juta adalah pencapaian yang tidak pernah saya jangkakan. Tetapi, tentulah semuanya itu kerana kesetiaan pembaca, pengunjung, penjenguk serta anda semua yang sentiasa memberikan sokongan.
Terima kasih intan permata, jenguklah lagi blog ini setiap masa.
Saya tahu blog ini bukan saja dibaca oleh mereka yang dahagakan perubahan, pembenci UMNO, BN dan Najib Razak serta pengundi yang inginkan sesuatu yang lebih baik untuk negara ini, bahkan juga oleh penyokong setia kerajaan serta  mereka yang nampaknya lebih kasih kepada Perdana Menteri melebihi sayang kepada diri sendiri.
Kepada golongan yang pertama, semoga kita terus berusaha, berdoa dan melakukan apa-apa yang termampu bagi mencapai tujuan itu. Percayalah bahawa hanya dengan perubahan saja dapat menyelamatkan negara ini menjadi lebih baik keadaannya.
Kepada golongan kedua pula, moga-moga mereka juga akhirnya akan dibukakan pintu hati untuk melihat kebenaran yang sebenar-benarnya tentang apa yang sedang dan telah berlaku dalam negara ini sejak Najib mengetuainya.
Menjelang pilihanraya akan datang dan fasa-fasa seterusnya, sedarilah bahawa Najib tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk kita. 
Beliau kini hanya mahu mempergunakan UMNO dan BN serta kemenangan dalam pilihanraya untuk menyelamatkan dirinya semata-mata dan bukan lagi berjuang untuk kita dan rakyat jelata.
Bagaimanakah  orang yang sedang bergelut untuk menyelamatkan dirinya atas skandal yang diperkatakan di seluruh dunia dan kerana Peguam Negara ditukar serta-merta, boleh diharapkan untuk membawa kebaikan kepada kita?
Akhirnya, sekali lagi jutaan, jutaan dan jutaan terima kasih kepada pengunjung dan penjenguk setia blog ini dan kiranya setiap kita dapat mempengaruhi empat atau lima ahli keluarga serta rakan-rakan di sekeliling mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, percayalah perubahan dan kebaikan akan menjadi milik kita akhirnya.
Blog ini akan lebih bererti jika ia dapat sama-sama menyumbang dan menjadi sebahagian daripada perubahan itu nanti. (SH 16/12/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

82 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
82
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x