Pada Yang Muda Kusematkan Harap
Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa
Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas
Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat
Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka
yang tiada lagi nilai dan hormat diri
Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama
Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016
(Sajak ini dibacakan oleh Tun Mahathir Mohamad di Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada 10 Disember 2016 – SH 12/12/2016)
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam… Read more »
Agak-agaknya apa hasil siasatan SPRM dan PAC?
Kenapa dirahsiakan?
Penafian tanpa bukti juga tidak membawa kemana.
Aku yang jahil ini lebih percaya kepada Tun.
sahabat apakah kamu sanggup "membela" dirimu dihadapan Allahswt kelak apabila ditanyakan berkait benar atau fitnah khabar 1MDB ?
apakah kamu akan "membela" dirimu dengan berbekalkan khabar dari tuan2 politik pembangkang dan sekutunya dari luar negara ?
atau kamu akan "membela" dirimu dengan hujah hasil siasatan dari SPRM, PAC dan PDRM (pihak yg diberi amanah dan kuasa sesuai dengan kehendak syariat Allahswt).
Nasihatku jangan sampai kamu bersumpah turunnya laknat terhadap dirimu sendiri sebagai menunjukkan betapa "yakinnya" kamu pada khabar yg dibawa oleh politikus pembangkang dan sekutunya dari luar – ia adalah keyakinan bersulam taasub,tak akan tertanggung siksaNya.
Tun Mahathir melalui sajaknya penuh dengan rintihan, seruan dan dakwaan. Rintihannya pada "kesedaran" akan setiap manusia pasti akan menemui ajalnya, barangkali sempat meniti usia senja dan mengenang kembali suka duka didalam perjalanan hidup. Seruannya supaya anak muda "bersamanya" demi menyelamatkan negara dan generasi akan datang dengan "bersatu" dengannya. Dakwaannya terlalu berat dan kelihatan terlalu sempurna. Maha Suci Allahswt – hanya golongan yang berilmu, berakal dan beriman mampu "menilai" bagaimana sifat dan keadaan Tun Mahathir menerusi sajak yg dinukilkan. Bagiku – rintihannya, seruannya dan dakwaannya penuh bermuslihat. Rintihan Tun Mahathir adalah fitrah setiap manusia. Seruannya membuka aib tuan2 politik yang bersifat… Read more »
Fitnah dan adu domba? Fitnah apanya. Ia adalah jenayah yang disorokkan dan dihalang dari dibawa ke tengah melalui salah guna kuasa. Berkata benar ke atas pemimpin yang zalim lagi khianat bukanlah adu domba sebaliknya adalah sebesar-besar jihad. Ini bukan kes khilaf di dalam isu2 agama di antara UMNO dan PAS di mana kegiatan PAS menentang UMNO di atas isu2 tersebut boleh diibaratkan sbg adu domba. Ini adalah kes di mana pemimpin tertinggi negara berlaku khianat dan rakyat bangkit menentangnya di belakang Tun M. Sdr Unknown sila minta JASA buat kursus baru yang relevan dengan isu Najib hari ini dan bukan… Read more »
sahabatku John Doe – disebalik dakwaan berkait 1MDB lagak dan gaya tuan2 politik kamu dan sekutunya di luar sana bagaikan "menggenggam" bukti yang kukuh lagi nyata. Kini menghampiri satu dekad, kemana segala bukti yang digenggam itu? sekiranya "menjemput" tidak diendah kemana hilangnya upaya untuk "mengheret" ? Mungkin golongan yg jahil dan taasub boleh terus ditunggang dan diperbodoh oleh tuan2 politiknya. Sekiranya terhalang keadilan di negara ini – aneh sekali sekutu pada tuan2 kalian diluar sana menjalankan proses "mengheret" dengan mendakwa si polan yg "bersubahat" dibawah akta yg sama sekali tidak akan dapat "mencuit" Najib. Proses pendakwaan si polan yg berlangsung… Read more »
bagi si jahil itu – "hitam dan putih" adalah total tanpa pengisian selain darinya.
Lalu dicerca, difitnah dan diadu domba mereka2 yg memilih selain dari "hitam atau putih" golongannya.
Bagi sijahil tiada hikmah dan batas ilmu – hatta para Umara', para ulama, para ilmuan.
Datangkan kepada si jahil itu hatta si kafir yg memusuhi Agama dan Bangsanya secara terang dan tersembunyi – maka ia akan dimulia dan diangkat sebagai "saudaranya" apabila sekata akan "hitam dan putih" nya.
Kenapa masih nk kaitkan dgn PAS? Najib yg rosak kenapa nak heret PAS sokong perjuangan yg PAS dah lalui dihina DAP. PAS bersama melawan BN tp bukan dgn DAP yg anti islam. Bila bersama DAP bukan lagi hanya isu najib tapi isu perjuangan DAP akan kekal. DAP perjuangangkan dan merugikan umat Islam. Melainkan DAP sanggup gugurkan perlembagaan partinya yg perjuangkan prinsip sosiaist.
Salam Tun sajak anda amat memilukan hati kpd pembaca yg insaf dan jujur demi agama bangsa dan negara khusus untuk cucu2 yg tidak berdosa yg akan menanggung segalanya tetapi kpd anjing2 binatang2 syitan2 yg kemaruk kuasa dan harta tidak akan berasa apa2 semoga Allah turunkan bala dan kemusnahan keatas mereka ini ammiinnn kami doakan Tun dirahmati Allah dan penuh dengan kesejahteraan
mana anak masROB? Eh eh Keris mangkokhayun tak buka gelanggang? Ohhhh….lagi tunggu nek tempekoyak hilang stone….???
Hina menghina bukan sifat org beriman….pak lah dari dulu mmg gementar dgn Tun M. Tapi beliau masih mampu turun dari jawatan demi kerosakan yg di lakukan KJ. KJ adalah dalang yg menjahanamkan anak muda,kononnya beliau pemimpin masa depan. Benarkah? Jawaban nya TIDAK.
Tun M berjuang demi cucu cicit kita di masa depan…..dari kemusnahan yg dibawa najib dan kabinet bingai nya,yg setia membuta tuli.
Jgn dipikul biawak hidup,biawak mati pun belum tentu mau di pikul.
Mcm mana pula bila hadi mengkafir orang?
Lahanat punya pas
Salah tetap salah. Satu perbuatan yg melampaui batas…[email protected]
Tun dollah biaqkanlah…dia kekenyangan dengan dedak.Fahami sajak yang dinukilkan oleh Tun M tu,untuk membuang anak Tun Razak tu..dan kuncu2nya..Masihkah ada lg harapan M'sia diera Tun M..Kemanakah halatuju anak cucu cicit kita kalau najib masih lagi berkuasa..??Fikir2kanlah..sebelum nasi jadi bubuq..
Aku rasa nasi dah jadi buboq la ni. Nak kena pikiaq apa nak buat utk buangkan Najib di Pru14.
Kalau tindakan mcm nih boleh banyak berlaku, peluang besaq dapat capai tujuan tuh –
New opposition bloc in Selangor?
Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Selangor PAS is holding a mega ceramah with PKR and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) to show its commitment to ensuring a straight fight with Barisan Nasional in the coming general election.
Si Tua dikatakan nyanyok
Si Tua dicerca dihina bagai tiada nilai
Si Tua dibilang sudah lupa
Wahai KJ…
Mana madah mu?
Bukankah Kau graduan Oxford?
Kalau madah melayu kau tak bisa
Madah Omputuih pun boleh terima
Si Tua sudah bermadah
Si Tua tak mudah lupa
Madah Si Tua menyayat hati
Madah Si Tua menginsafkan jiwa
Madah Si Tua membakar semangat
Madah Si Tua dari sanubari penuh ikhlas
Wahai KJ
Jangan kau lupa
Anak Si Tua mengatakan kau tak jujur
Anak Si Tua tak lupa apa kau lakukan
Bersaksi tiga katanya
Dimana suara mu yang gegak gempita?
KJ PAU tahun lepas 2015 cakap lain PAU 2016 tahun ini cakap lain macam…..
Hello, hello hello KJ…, you there…??!???
Dari M01 hingga ke M40….kita salai dorang nih di GE14 cukup cukup….!
Anon 10.05..bencinya aku dah berapa lama dah dok buat keluar ayat yang sama…..konon2 aruah Fathil Noor tu berkat sangatlah doa dia tu!!….apa dia tu Tuhan?..Nabi?..janganlah kamu taksub sangat sehingga menjadikan kamu sesat.Semua manusia dimuka bumi ini adalah sama disisi ALLAH melainkan amalan seseorang,lalu siapakah kamu yang begitu berani mendauhului ALLAH??..
doa membawa kebaikan, tidak ada doa yang membawa keburukan walaupun yang di minta semasa berdoa adalah yang buruk. jika kita doa kan keburukan dan terjadi lah keburukan maka keburukan tersebut di sebabkan kelaku dan kedegilan orang yang di doakan. bukan kerana doa orang tersebut. doa seorang ibu ke atas anak yang derhaka adalah kerana dosa anak tersebut bukan kerana doa si ibu. banyakkan lah doa. kerana kaitan doa dengan kehidupan ini sangat rapat. doa fadzil noor bukan kita yang tentukan tempat nya di sisi Allah tetapi fadzil noor lah yang menlafazkan doa tersebut secara terbuka. kedudukan fadzil noor dan mahathir… Read more »
Bila Almarhum ustaz Fadzil Noor doakan Tun Mahathir di panjangkan umur dan di aminkan ramai-ramai supaya Tun Mahathir menyaksikan akibat kekejaman nya ketika itu, rupa-rupanya doa tersebut mempunyai hikmah dan kebaikan pada Tun Mahathir.
Semoga segala dosa-dosa Tun Mahathir kepada kita di beri keampunan dan diampun oleh Allah yang Maha Pengampun. Supaya semua pekerjaan dan usaha lancar dan tidak ada halangan.
Amin.
Coincidence kot doa tu.
Maybe tanpa doa dari Fadzil Noor, Tuhan dah tentukan umur Dr Mahathir panjang.
Tak payah la orang PAS nak ambik kesempatan. Tanya diri sendiri dulu, pemimpin dan orang PAS paham ke isu 1mdb, isu "pelaburan" berbillion dari China, isu hutang negara, isu ECR dan syarikat yg bakal memajukannya (syarikat ini di blacklist oleh bank dunia), bandar malaysia…paham ke?
Orang PAS mana faham isu 1MDB? Tiket ke syurga
ulamak mereka dah jamin…PAS mengamalkan Islam
menurut kehendak parti mereka…Islam PAS!
PAS berhasrat nak joint-venture dgn UMNO tapi
malu2..ah!…terlanjur dah ke sini…nak tanya
sikit dgn PAS…bila nak saman Sarawak Report
yg menuduh PAS terima RM$90 juta????
PAS angkuh kerana mereka rasa lebih Islam dari semua.. mungkin juga angkuh kerana "dijamin" syurga.. Sesungguhnya Islam tidak menghalalkan cara demi matlamat.. Islam juga mengharamkan kita bersama-sama memudaratkan negara seterusnya memusnahkan masa depan anak cucu & cicit rakyat kita.. PRK Sg Besar & K Kangsar patut jadi pengajaran.. dengan keangkuhan, PAS takkan boleh menang & bentuk kerajaan.. hanya mampu "membantu" kerajaan BN untuk terus jadikan rakyat sengsara..
Pas lah sebenarnya anti lslam.
Yang ini saya banyak setuju dengan sdr 10:14.
Kalau bab panjang umur ni saya percaya bahawa ia ada juga disumbangkan oleh doa rakyat2 kebanyakan yang ikhlas terhadap Tun M dan bukan drpd doa Almarhum Fadzil Noor yang berdoa secara perli.
Apa pun kebanyakan yang menyindir Tun M sebagai tua, nyanyuk dsbgnya telah pun pergi dulu sebelum beliau.
Wallahu a'lam
Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama
Aku tidak dapat melakukan semua
Dalam bait-bait tersebut Tun Mahathir mengatakan dia tak sempurna dan mengaku ada melakukan kesalahan. Kesalahan Tun Mahatir salah-satu dari keempat-empat kesalahan tersebut. Tapi Najib telah melakukan kesemua keempat-empat kesalahan tersebut
Bagus nya apa yg Tun M kata selalu nya terang dan jelas maksud nya.
Sajak nya tidak langsung berupa "sajak kabur", atau "sajak kuning".
Senang di faham dek hdirin di majlis itu. Perit telinga penyokong Najib. Yang penyokong tegar tuh, kot pecah membrane telinga nya, silap silap pekak sebelah di buat nya.
Bukan mendoakan, ha nya menyatakan kemungkinan nya, akibat begitu tepat dan padat maksud Tun M membelasah Najib.
Kita kerja seharian Demi membyar hutang yang dilakukan oleh najib Dan rosmah…kahkah…dimanakah maruah anda wahai rakyat Malaysia?
Inilah negarawan sejati!
#Hidup Mahathir
#Hidup Bersatu
Ameen
Apa la nak jadi melayu umno skrg ni…kerana najib sorang abis porak poranda satu malaysia…walhal senang je nak setel. Apa salahnya siasat najib cara telus…non partisan…buat suruhanjaya diraja ke. Agaknya bugis sekor tu tergelak2 nengok kebodohan melayu umno tergedik2 sokong dia.
Masalahnya tidak disiasat. Kononnya nothing to hide..
Yg dia tau sosmakan orang.
Tulis surat sendiri katakan orang lain pula nak laga lagakan dia. Mcmlah rakyat msia ni bodoh sgt nak percaya cakap dia.
Dah habis modal ker?
Dia yg cari pasal dgn myammar gambar DYMM dipertuan agong pula yg kena gantung dgn selipar.
Isu Rohingya pun dia nak buat modal politik untuk selamatkan diri dan kedudukan dia.
Belum pernah aku tengok seorang pm yg cukup bangang sebelum ni
#saya = sayang
#share = shape
Suruhanjaya DiRaja??? Kalau tabal Agong jadi kecut buah kerandut batal jemputan lagi cuba memalukan Tun Mahathir…..itu SURUHANJAYA SIAPA ek???
Tak nampak siapa lebih berkuasa? Tapi, kuasa nih si Keparat-Lanun-Penyamun M01 menyangka boleh mengatasi kuasa yang Maha Esa dan segala macam sumpah seranah rakyat yang sedang membuak buak tersangat lah sakit hati akibat samunan, songlapan, penipuan, temberangan, kelentongan dan segala macam onar dorang tengah buat dan lalai selalai nya…..
Pineapple face was humiliated so bad that M01 could be the only one that will beat him to the terrible endgame!
Pak Lah terkenal PM yg paling berimej Islam. Beliau memilih utk berdiam diri mungkin kerana tidak mahu campur hal politik.
Jika benar Malaysia sekarang sedang menuju kehancuran dan Pak Lah sebagai negarawan hanya berdiam diri, beliau boleh dianggap bersubahat dan menanggung balasan di akhirat kelak.
Maa liki yau middiin.
Wallahualam.
Pak Lah bukan bersubahat. Beliau menjaga aib pemimpin negara. Ini pahala lagi besaq sama mcm PAS jaga aib PM.
InsyaAllah semasa dihisab kelak, aib mereka juga akan ditutup Allah. Sbb tu dlm agensi gomen, sumer pekerja gomen pakat pakat tutup aib pemimpin UMNO merembat duit rakyat.
Luhur sungguh budi mereka.
Antar skuad skodeng la… kot yea kantoi bersembang bellion2, mungkin nnti ade yg lompat bangunan… matlamat bersih mungkin tercapai… kurang sikit org2 pelik nie…
Pak Lah berdiam diri? Hanya yang benar-benar bersih sahaja berani menentang Najib. Kalau diri ada terpalit kotoran maka mereka akan memilih untuk berdiam diri, tidak mahu kisah diri pula yang dihebohkan. Cara Najib ialah 'ngko cerita pasal jahat aku, aku cita jahat ngko'. Bila dah tak ada cerita apa sangat dispinkan perkara2 yg bukan isu pun, punya desperate nak tunjuk orang lain pun jahat macam diri dia juga. KJ dulu pantun sikit2 juga pasla 1MDB ni, apabila kes curi duit 100j KBS dibongkar terus 'tow the line'. Setuju dgn salah seorang pembahas yang selalu sebut 'masa utk humban keluar semua… Read more »
Kepada semua pengundi2 pada PRU 14 nanti saya berpesan kalau orang2 umno/BN bagi wang atau lain2 hadiah ambil ya jangan tak ambil tapi undilah BERSATU atau lain2 parti yang bergabong….ini jugalah pesanan Dato Shafie Apdal untuk parti WARISAN diSabah.
Duit haram nak ambil buat apa
Ambik kalau ada rasa takut pada UMNO yang suka mengugut dan menfitnah ..
Dapat maklumat dalaman dari polis:
"200,000 org rohingnya dlm proses/dh dpt IC biru & siap dh didaftarkan sebagai pengundi dlm database SPR"
Bawah kementerian sapa la ya JPN ni ye..?
Masuk dalam opis JPN nampak muka dia tsengeh ngalahkan org tua ganyut dapat bini umo 17 tahun rasa nak temuntah aku.
Dah agak dah
Kepada anak2 muda …jangan sia2kan harapan Tun.Sambutlah segala harapan ikhlas dari Tun ini dan jadikanlah ia sebagai azimat untuk meneruskan perjuangan dibumi bertuah imi.
Anak muda tongah syok dibuai mimpi negara jadi kaya bersama dodak.
Tahniah tun
Sebut nama tu biarlah spesifik sikit, Tun M.
Abdullah Badawi itu pun Tun juga, tapi dia sedang enak lena dibuai mimpi, kah kah kah…
Dolah badawi dah kenyang memboroi jadi punahsihat petronas skg
Dia apa tau..
Ya, ini spesifik sikik, Tun Haramjadah Bodolah Bodowi. Buat malu dunia ja idup pun. Tiada faedah terus hidup.
Bersatulah kita semua buangkan penyamun pemusnah dan penghancur negara.
Dia menakut-nakut dan mengungut-ugut rakyat kalau tak undi dia, negara akan hancur…..kononnya.
Tun Dollah tak masuk book .
Tun Dollah tak masuk carta .
Tun Dollah sedang makan dedak ..tu pasal dia lena tidor !
Kalo Tun Mahathir TAMAK, hanya pikir untuk dirinya dan keluarga saja, baiklah Tun M buat mengantok tidor je…..senyap duk diam2 tak kata apa pon. Pikir logiklah……kalo Tun M dan keluarga semua sanggup BUTAKAN mata, PEKAKKAN telinga dan BISUKAN mulut…….ikut sama mengipas laju, sondolkan kepala angguk2 bagi sokongan padu kepada semua penyelewengan dan buat tak peduli tentang rakyat……..tentu hingga sekarang Tun M dan keluarga semua senang lenang, tak ada sape pon yang nak usik, nak kutuk dan nak tarik semua kemudahan dari Tun. Kalo Tun M nak…….boleh je Tun dan Tun Siti duduk rilek2 main dgn cucu, pergi overseas santai2 makan… Read more »
I believe your intention to be hostile. You're just saying things as if you did not see the consequences of our "leader"'s actions that caused the fall of Malaysia. All of Tun M's hardwork of making Malaysia a great country are destroyed in the hands of today so called leaders. Corrupted,damaged,compromised yet, they think they would get away with all their doings. Can't you see?? Tun M loves this country and the people in it. He fought for Malay's future. He did what he did to make sure the Malaysia he once knew, did not become the Malaysia today. Yes,… Read more »