Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

WAYANG PACAK BERCIRI AGAMA?

Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, beliau tidak akan menutup mata dan berdiam diri berhubung penderitaan umat Islam Rohingya di Myanmar.
Berucap di Himpunan Solidariti Rohingya yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang, Najib yang dicemuh dunia kerana skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya berkata, Malaysia akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi golongan etnik Rohingya itu.
“Apa mereka nak kita buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak membisu sebab mereka ini mesti kita bela.
“Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan,” ucap Najib lagi.
Perghhhhh…..
Tapi apa yang sudah Malaysia lakukan setakat ini?
Sudahkah ditamatkan hubungan diplomatik? Sudahkah dipanggil duta Myanmar untuk disampaikan nota bantahan? Kenapa duta kita di Myanmar tidak dipanggil balik sebagai tanda protes?
Sudahkah bantuan kemanusian dihantar ke Myanmar? Sudah berapa juta telah disumbangkan?
Apakah nasib pelarian Islam Rohingya yang ada di negara kita? Adakah pernah disediakan khemah pelarian atau lain-lain bantuan dijanjikan untuk mereka?
Mengapa usul khas berkaitan Rohingya di Parlimen yang dikemukakan oleh Raja Bahrin Shah ditolak begitu saja?
Jika usul ditolak, kenapa berhimpuan jadi galak?
Sejak bila kerja kerajaan bertukar daripada bertindak melalui kuasa yang ada kepada berhimpun dan menjerit semata-mata?
Bagaimana dengan pekerja asing bukan Islam Myanmar di negara kita yang antaranya menguasai Pasar Borong Selayang dan menjadi samseng di sana?
Apa tindakan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menanganinya?
Sebagai kerajaan yang berkuasa, kenapa Najib tidak bertindak apa-apa setakat ini?
Mengapa Najib mengatakan beliau tidak gentar dengan gertakan Myanmar yang mungkin mengambil sesuatu tindakan berikutan himpunan yang diadakannya ini?
Bukankah Malaysia yang sepatutnya menggertai Myanmar dan mengambil langkah ke depan dengan memutuskan hubungan diplomatik itu terlebih dahulu?
Apa kata kita tunggu lagi seminggu, dua minggu atau sebulan selepas ini untuk mengetahui tindakan Najib dan kerajaan yang seterusnya terhadap Myanmar dan umat Islam Rohingya?
Atau enam bulan dan mungkin setahun lagi?
Apakah wayang pacak bertopengkan agama antara UMNO dan Pas ini akan menzahirkan sesuatu yang bermakna atas nama Islam yang dilafaz dimulut dan diniat dalam hati buat seluruh etnik Rohingya atau sekadar lipstik untuk mencantikkan rupa menghadapi pilihanraya? (SH 04/12/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

53 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
53
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x