Month: December 2016

DI MANA MUFTI PERAK?

Dakwaan oleh “seorang tua” bernama Tunku Aziz Tunku Ibrahim kononnya sudah ada kesepatakan antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang bersetuju menamakan Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14, adalah jelas mengarut dan fitnah. Hakikatnya, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum lagi ada kata putus mengenainya. Tak […]

PENGIKUT PALSU NAJIB….

Semalam Najib Razak melahirkan rasa bangga kerana pengikutnya di laman Twitter sudah mencecah seramai 3.2 juta orang. “Alhamdulillah, jumlah follower Twitter saya kini 3.2 juta. Terima kasih semua yang bersama saya di sini, Insya Allah kita akan terus berhubung,” kata Najib dalam tulisannya itu. Bagaimanapun, jika diperiksa melalui laman Twitteraudit.com, didapati hampir 2 juta pengikut Najib […]

SAMAN ATAU TIDAK?

Menarik sekali untuk menunggu perkembangan seterusya berkenaan saman Pas terhadap Sarawak Report berkaitan artikel yang mendakwa kepimpinan kanan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib Razak. Pada 13 Disember, Pas sudah menghantar notis tuntutan tujuh hari yang mengandungi tiga permintaan kepada Sarawak Report:- – menarik balik artitel berkaitan dakwaan RM90 juta yang disiarkan pada 6 […]

MUHYIDDIN, MUKHRIZ PERLU LEBIH "LAJU" URUS PPBM, JANGAN HANYA BERHARAP AURA TUN M

PPBM secara dasarnya ditubuhkan untuk menyaingi serta mengalahkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Ia adalah wadah baru bagi orang-orang Melayu setelah UMNO sekarang ini lebih dipergunakan kedudukannya untuk membela dan mempertahankan Najib Razak semata-mata. PPBM amat beruntung kerana ada Tun Mahathir Mohamad di dalam parti itu selaku pengerusinya. Tun Mahathir harus diakui mempunyai […]

BR1M RASUAH, BAGAIMANA MENGELAKKANNYA?

Menurut jawapan Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani di Parlimen pada 18 Oktober 2016 lalu, jumlah penerima BR1M bagi tahun ini ialah seramai 7,280,340 orang. Katanya, jumlah permohonan keseluruhan yang diterima pula ialah sebanyak 8,362,666. Ini bermakna sebanyak 1,082,326 permohonan telah ditolak. Apakah tafsiran mudah apabila melihat angka 7,280,340 orang yang layak menerima BR1M itu? […]

DI MANA LEBIH BANYAK PAHALA, BERIBADAH ATAU MELAWAN RASUAH?

Mufti Perak, Harussani Zakaria dilaporkan meminta Tun Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada terus mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Razak, sebaliknya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki serta meningkatkan amalan seharian. Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, lebih baik beramal di hujung usia yang masih ada, kata beliau. […]

BR1M – ANTARA RASUAH DAN AUTA MURAH HATI

Tersentak dan tergelujat beberapa menteri UMNO apabila Tun Mahathir Mohamad tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan perbuatan yang salah. Berlumba-lumba mereka tampil mempertahankannya kerana BR1M, selain pertandingan tiga penjuru, adalah dua senjata yang masih tinggal buat UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya akan datang. Nak harapkan imej dan wibawa Najib….hancur. Nak […]

BUDI BAHASA SEORANG YB?

Sesiapa yang menjadi pengikut Twitter Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, barangkali selalu terjumpa bahasa-bahasa tidak enak dan kurang sopan yang digunakannya ketika berkomunikasi melalui medium tersebut. Walaupun beliau hanya bertindak balas terhadap kata-kata yang ditujukan kepadanya, tetapi sebagai pemimpin dan Ahli Parlimen, wajarkah bahasa tidak enak dan kurang sopan digunakan? Tidakkah bahasa itu melambangkan […]

DUA PILIHAN BUAT ANINA

Sejak semalam lagi isu pengguguran Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi PPBM menjadi bualan di mana-mana apabila bekas ahli UMNO Langkawi itu sendiri mendedahkan kedudukan dirinya yang sebenar. Amatlah malang sebenarnya, sementara sebelum ini isu berkaitan beliau itu hanya menjadi bualan senyap di media-media sosial, sebaliknya kini Anina sendiri membuka mulut dan seolah-olah mahu semua orang […]

ASB YANG MENGECEWAKAN….

Ramai yang nampaknya kecewa dengan pulangan pelaburan ASB bagi tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Malah, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum itu, pulangan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit  adalah paling rendah sekali. Tahun depan bagaimana agaknya? Dalam kenyataan media kemudian, Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, walaupun cuba mewajarkan penurunan pulangan […]

PILIHAN SEKARANG PADA MUKHRIZ?

Khairy Jamaluddin, setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya tampil menafikan bahawa beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan sebagaimana yang didakwa oleh Mukhriz Mahathir. Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun tidak menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan di rumahnya dengan bekas Menteri Besar Kedah yang kini merupakan Timbalan Presiden PPBM. “Ketika beliau masih bersama UMNO…kita berjumpa dan kadang-kadang […]

ADA ORANG MAHU DEDAH PERBUALAN DENGAN NUR JAZLAN

Antara pemimpin UMNO yang “dulu lain, sekarang lain”  ialah Nur Jazlan Mohamed. Cakap dan kenyataannya ketika menjadi Ahli Parlimen biasa dan Pengerusi PAC berbanding setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, jauh sangat bezanya. Jika kita rajin, “google-googlelah” untuk melihat perbezaan tersebut. Untuk itu, jom kita baca  “amaran” ini. (SH 23/12/2016). NUR JAZLAN MOHAMED KAMU […]

IKHLAS ATAU SINDIRAN?

Seorang bekas pegawai BSI Bank di Singapura,  Yeo Jiawei yang semalam didapati bersalah kerana mengganggu saksi berhubung penyiasatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB, hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh mahkamah republik itu. Beliau ialah pegawai ketiga daripada BSi Bank yang sudah ditutup, yang dijatuhi hukuman oleh kerajaan Singapura dalam penyiasatan […]

YANG MANA SATU?

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, Pas terbuka kepada pembentukan kerajaan campuran selepas PRU 14 nanti. Naib Presiden Pas, Idris Ahmad pula menolak pembentukan kerajaan campuran selepas pilihanraya, malah masih meletakkan Pas di pihak pembangkang. Yang mana satu jadi pilihan? Atau masih kesipuan untuk berterus-terang? (SH 21/12/2016). No tags for this post.