Month: November 2016

AL-FATIHAH BUAT SAHABAT BLOGGER DIN TURTLE YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Seorang blogger terkenal dan aktif menulis mengenai politik semasa, khususnya tentang 1MDB, Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad). Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan lenguh badan, lalu meminta isterinya yang baru balik kerja menyapukan minyak panas ke badannya. Tidak lama kemudian, beliau […]

HOREY, HOREY…IBRAHIM ALI JADI PERDANA MENTERI….

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali mengesahkan pihaknya akan meletakkan 50 calon untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket “Barisan Bebas Perkasa.” Jelas beliau, Perkasa tidak akan menggunakan platform parti politik, sebaliknya kekal sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan. Tumpuan kawasan yang akan ditandingi oleh calon “Barisan Bebas Perkasa” ialah majoriti […]

NAJIB MELAWAK LAGI….

Setiap kali berada di luar negara, selalu saja Najib Razak membuat lawak jenaka untuk mengulas perkara-perkara yang berlaku di dalam negara. Di Jepun minggu lalu, Najib berbangga memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan mengenai 1MDB. Bukankah lawak kenyataan itu kerana hakikatnya semua orang tahu tiada apa-apa tindakan yang nampak […]

LAGI GAMBAR2 BERSIH 5

Tidak disangkal lagi bahawa perhimpunan aman Bersih 5 telah berlangsung dengan jayanya. Semangat rakyat untuk melakukan perubahan dan menukar kerajaan ternampak cukup tinggi. Secara keseluruhan, di mana saya bermula dari Masjid Jamek, kemudian menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke Dataran Merdeka dan akhirnya berjalan kaki menuju ke KLCC dengan jalan dipenuhi mereka yang berbaju […]

BERSIH 5 TIDAK TERGUGAT

Walaupun berdepan dengan kesukaran kerana banyak jalan menuju ke Dataran Merdeka dilencongkan dan beberapa penggerak Bersih 5 ditahan pihak polis, selain sebelum ini menerima gugatan daripada Kumpulan Baju Merah, demonstrasi aman hari ini langsung tidak tergugat. Sejak malam tadi dan seawal pagi ini, sudah ramai yang berkumpul di Jalan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid […]

RENUNGAN SEBELUM BERSIH 5

Di bawah ini adalah tulisan yang sudah agak lama oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Tetapi menjelang perhimpunan aman Bersih 5 esok, tulisan beliau itu mungkin bermanfaat bagi kita semua. Mudah-mudahan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. (SH 18/11/2016). Demonstrasi Hari ini sesetengah pihak membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi […]

DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA

Esok, Sabtu 19 November akan berlangsung perhimpunan aman Bersih 5 di sekitar Dataran Merdeka. Sebagai rakyat yang bebas dan merdeka, adalah hak setiap kita untuk bersuara, malah Suhakam atau Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia sendiri turut mengesahkan perkara yang menjadi milik rakyat itu, termasuk  bagi penjawat awam, pelajar universiti dan juga ahli akademik. Menurut Pengerusi Suhakam, Razali Ismail, […]

TIDAK SETUJU DENGAN ZAHID HAMIDI, HANYA BAJU MERAH YANG MESTI DIARAH BATALKAN PERHIMPUNAN

Setelah Najib Razak melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya pertembungan fizikal antara kumpulan baju kuning dengan baju merah pada Sabtu ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah amaran terakhir agar kedua-dua pihak membatalkan perhimpunan yang dirancang itu. Zahid berkata, membatalkan kedua-dua perhimpunan adalah penyelesaian terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan, sambil […]

MEMAHAMI ETIKA BERSIH 5

Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata, dan berpersatuan. Perhimpunan BERSIH 5 dianjurkan untuk membantah skandal rasuah 1MDB dan menuntut pembaharuan dan penambahbaikan institusi awam secara aman. Sebagai penganjur perhimpunan BERSIH 5, BERSIH 2.0 telah mematuhi kehendak  Akta Perhimpunan Aman 2012 tanpa menjejaskan hak kami seperti yang termaktub […]

PESANAN BERSIH MENJELANG PERHIMPUNAN 19 NOVEMBER

 Tiga hari sahaja lagi menuju perhimpunan BERSIH yang kelima dalam sejarah panjang perjuangan menuntut pilihan raya yang adil, penambahbaikan institusi dan usaha memperbaiki negara yang sudah lama rosak. Masuk kali kelima rakyat Malaysia bakal berhimpun Sabtu ini untuk mendesak perubahan melalui jalan yang dibenarkan dalam undang-undang, dengan membangkitkan kesedaran orang ramai bahawa negara tidak boleh […]

KETAWA PANJANG BUAT NAJIB….

Kehkehkeh….macam nak ketawa panjang rasanya kali ini… Ketika berada di Jepun, Najib dilaporkan memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB. Katanya, selain mengarahkan beberapa agensi kerajaan menjalankan penyiasatan, beliau juga secara konsisten mahu tindakan undang-undang diambil jika sebarang kesalahan dapat dibuktikan. Kahkahkah…susah pulak nak berhenti ketawa ini, terasa […]

APA LAGI, MUFTI PUN DAH BERSUARA!!

Apa ditunggu lagi, kali ini mufti pun sudah bersuara. Dengar dan fahamilah seruannya. Menurut Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, menghalang” samseng” daripada terus bebas melakukan sesuka hati adalah tanggungjawab bersama rakyat yang patriotik. Jiika golongan ini dibiarkan bermaharajalela, negara akan terjerumus kepada huru-hara, kata beliau. Bersih 5 pada 19 November adalah tanggungjawab kita bersama. Ia untuk […]

LEBIH BAIK JAMAL TINJAU SAMA RUMAH DAN KERETA MENTERI2 UMNO

Selepas pulih daripada insiden hidung berdarah semalam,  esok pemimpin Baju Merah, Jamal Md Yunus dilaporkan akan membawa sekumpulan wartawan menaiki helikopter untuk meninjau rumah banglo seorang pemimpin PKR di Ampang, Selangor. Dakwanya, pemimpin Angkatan Muda PKR itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan. Terbongkar kisah bagaimana seorang […]

NAJIB PERLU NASIHATI JAMAL ATAU LOKAPNYA SEBELUM 19 NOV, BERSIH 5 HARUS DIBIAR BERJALAN AMAN

Setelah berdarah hidung, pemimpin Kumpulan Baju Merah, Jamal Md Yunus tidak mustahil akan bertindak lebih agresif pada perhimpunan Bersih 5, 19 November ini meskipun beliau sebenarnya masih samar siapa yang menumbuk mukanya. Lebih-lebih lagi beliau juga terlihat membuat ugutan “darah mesti dibalas dengan darah” dan “mahu mencincang” mereka yang mencederakannya itu. Dalam hal ini, Jamal secara mutlak […]

AHHH…JANGAN TERLALU JAUH TERTINGGAL BERBANDING KOREA!!

Himpunan Bersih 5 akan diadakan Sabtu depan, 19 November. Ia hanya kira-kira seminggu saja lagi daripada sekarang.  Berdasarkan mood rakyat terhadap Najib Razak, UMNO dan kerajaan sedang berada di kedudukan paling rendah ketika ini dan program jelajah di seluruh negara telah diadakan dengan jayanya, tidak mustahil demonstrasi aman Sabtu depan itu akan mengundang kehadiran yang melimpah ruah […]

SALAHKAH BILA TUN M, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MAHU ANWAR DIBEBASKAN?

Salahkah bila Tun Mahathir Mohamad memakai lencana “Free Anwar Now”  pada bajunya? Salahkah juga apabila Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir memegang plakad yang tertulis “Free Anwar”? Sejak petang semalam terlihat meriah sungguh serangan dan persendaan terhadap tindakan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz itu sambil mereka turut dilabel dengan bermacam-macam tanggapan seolah-olah telah melakukan dosa yang […]

MEMAHAMI MENGAPA PERJANJIAN PENYERTAAN PPBM KE DALAM PAKATAN HARAPAN DITANGGUHKAN

 1. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan pada hari ini.   2. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Sekretariat Pakatan Harapan yang telah mengundang saya untuk berucap bersama-sama pimpinan parti-parti Pakatan Harapan dalam konvensyen yang diadakan pada hari yang […]

SHA LA LA LA LA UNTUK NAJIB SEKALI LAGI….

Memetik laporan dari Singapura semalam di mana perbicaraan berkaitan 1MDB sedang berjalan,  seorang pegawai polis di Jabatan Hal Ehwal Komersial negara itu buat julung kalinya mengesahkan bahawa Jho Low adalah orang penting dalam siasatan penggubahan wang haram yang mereka jalankan berkaitan dengan dana syarikat pelaburan itu. Pegawai tersebut, Oh Yong Yang memberitahu mahkamah,  Jho Low […]

KALI INI MACAI PUN PENING KEPALA, KENAPA PEGUAM NEGARA ENGGAN BERI KERJASAMA MLA?

Kali ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara, termasuk secara rasmi menamakan Jho Low untuk disiasat sama, pejabat Peguam Negara Malaysia pula dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan penyiasatan mereka berkaitan 1MDB. Ini adalah penolakan kali […]

APA SALAHNYA JIKA SEJARAH YANG SAMA BERLAKU KEPADA NEGARA KITA?

Ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Johor, sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein dilaporkan memberi ingatan mengenai PRU 14 akan datang yang dianggapnya bakal menjadi paling sengit dalam sejarah perjuangan parti itu. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan, UMNO perlu bersedia menghadapi persaingan mencabar itu bagi mengelak ia menerima nasib seperti Golkar di India, Kongres di […]