NAJIB, JEMPUTLAH HADI AWANG JADI TETAMU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!

Setelah tampil sedondon berbaju merah jambu beberapa bulan yang lalu, Najib Razak dan Hadi Awang sekali lagi akan duduk di atas pentas yang sama – kali ini dalam suatu perhimpunan raksasa berkaitan Rohingya pada 4 Disember akan datang nanti.
Sebelum itu, ikatan kemesraan antara UMNO dan Pas yang menghadapi pelbagai cemuhan, turut dirapatkan lagi dengan persetujuan kerajaan memberi lampu hijau kepada Hadi Awang membawa  usul Akta 355 bagi tujuan memperkasa kuasa Mahkamah Syariah.
Meskipun usul tersebut sudah dibaca sebanyak dua kali, ia tetap ditangguhkan jua akhirnya. Tetapi, usul itu nyata telah merapatkan lagi hubungan antara mereka.
Dengan itu, bibit-bibit ke arah “perkahwinan” antara UMNO dengan Pas, sama ada secara “sembunyi-sembunyi” atau “terbuka rasmi”, nampaknya sukar untuk dielakkan lagi.
Terutama bagi Najib dan UMNO, mereka terlihat ingin benar menunjukkan kepada umum dan jika boleh, mahu mengadakan “kenduri besar-besaran” mengenai “perkahwinan” dengan Pas itu.
Jika pada majlis Multaqa Ulama yang lalu, Najib dan Hadi berpakaian sedondon merah jambu, dalam perhimpunan Rohingya kali ini tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan bersedondon sekali lagi.
Mungkin kali ini sama-sama berpakaian merah atau hijau atau barangkali juga  seperti kebanyakan “pengantin”, warna tema putih yang menjadi pilihan.
Tetapi, yang pastinya Najib dan Hadi tidak mungkin memilih pakaian berwarna kuning hari tersebut.
Sebelum 4 Disember di mana Najib dan Hadi akan bergandingan di atas pentas Rohingya, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya bermula 29 November hingga 3 Disember.
Ramai kawan-kawan dalam UMNO, termasuk yang pernah menjadi Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan menteri, mencadangkan adalah amat molek jika Najib menjemput Hadi Awang untuk hadir sebagai tetamu rasmi Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.
Kata mereka, dengan kehadiran Hadi Awang ke Perhimpunan Agung UMNO itu nanti, perhimpunan raksasa Rohingya sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO pasti lebih meriah jadinya.
Dalam masa yang sama, dengan hadirnya Hadi Awang juga,  nama Najib sudah tentu akan melonjak sebagai lambang penyatuan Melayu, di sebalik isu 1MDB dan kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun peribadinya.
Dengan kedudukan Hadi sebagai ulama besar dan seterusnya pemimpin nombor dua Kesatuan Ulama Sedunia, kehadiran beliau secara tidak langsung akan turut membersih dan menyucikan lagi Najib daripada segala kekotoran skandal yang pernah terpalit kepadanya.
Bersama dengan kenyataan Peguam Negara yang sudah membersihkan Najib dari sudut perundangan sebelum ini, sudinya Hadi Awang hadir,  jelas kawan-kawan dalam UMNO itu lagi, bukan setakat mampu membersih dan menyucikan, bahkan juga mewangi serta mengharumkan lagi nama Perdana Menteri.
Maka, saran mereka kepada Najib, jangan lepaskan peluang membawa Hadi Awang ke Perhimpunan Agung kali ini. (SH 28/11/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:42 pm
Subscribe
Notify of
guest

42 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
28 November 2016 1:26 pm

Akhirnya Hadi "iman kulit"Bawang tewas juga dgn bisikan pujuk rayu godaan Bijan the Satan..
Kita sanggup berkawan dgn syaitan dan DOJ semua itu tak boleh pakai kerana video itu besi..islam kita adalah dgn politik suku,agama suku..3suku..

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 12:13 pm

Kalau ramai yang hadir pada 4hb nanti maka boleh tunjuk ada sokongan dari rakyat itu yang sebenarnya perkara tersirat. Dari buat perhimpunan adalah lebih baik panggil duta myanmar mengadap dan usir ja duta keluar sebagai tanda protes. Banyak lagi boleh buat untuk beri tekanan kepada kerajaan myanmar.

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 11:46 am

RUU dan Rohingya dah benda lama…tapi perlu sebagai ramuan Pengawit utk hilangkan bau 1mdb da 90j. Rakyat bodoh akan terus disajikan hidalngan sebegini secara berterusan. Dasar PASUMNO -Amal Mungkar Nahi Makruf layukan melayuuu

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 8:46 am

semasa pas dlm pembangkang dulu, ingat tak "amanat hj. hadi awang?" atau "fatwa hj.hadi awang?"

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 1:02 pm
Reply to  Anonymous

Toghut…..
Assyabiah….
Fasik…
Kafir

Benda ni la yg menyebabkan rakyat Msia berpecah belah…bergaduh…bercerai-berai…sampai ada berbunuhan

Alih-alih….fatwa2 yg dibuatnya dinodai olehnya.

Tajul
Tajul
28 November 2016 4:56 pm
Reply to  Anonymous

Hadi akan datang ke PAU untuk membaptiskan amno

Geng2 pas pun boleh tahan samsengnya

Lepas ni jamal tongkol dah takleh carik makan

mohammad azren
mohammad azren
28 November 2016 8:19 am

Hj Hadi + Ds Najib = Munafiq politik gampang.

Zack
Zack
28 November 2016 6:16 am

Terus je declare PAS parti komponen BN.. Baju pun dah sedondon dah tu..

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 7:17 am
Reply to  Zack

Pas dgn umno dah kena tangkap basah

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 8:09 am
Reply to  Zack

….di musim hujan

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 9:18 am
Reply to  Zack

Dengan keadaan sekarang, yang makin menampakkan kenyataan, tak payah PAS 'munafik' pura-pura lagi nak berbaik dengan UMNO. 'Kepala gerombolan' semua sudah terang-terang mahu sertai UMNO..apa tunggu lagi masuklah kem yang itu dan bubar saja PAS…ramai yang sudah meluat dengan PAS!

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 6:03 am

Kenapa tiba-tiba pembangkang diam mengenai kroni IPP dan isu kehilangan beratus bilion? Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan, beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah kerana keengganannya untuk 'mengikut telunjuk' Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih lagi Perdana Menteri bagi memeterai perjanjian berat sebelah dengan pengendali Penjana Tenaga Bebas (IPP). Melalui satu wawancara sebelum pemergian beliau ke Rahmatullah pada 2014, Tan Sri Ani Arope berkata: Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Ani. Mengambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira… Read more »

Tajul
Tajul
28 November 2016 4:53 pm
Reply to  Anonymous

Pecacai copy paste amno dikesan.

Tun dh lama cakap yg kalau betul dia bersalah then dakwalah dia.

Sampai skg apa pun tarak

Kesian nengok kebodohan kau

Sikit hari esok boleh jadi timbalan Saleh keruak

unggu
unggu
29 November 2016 2:28 am
Reply to  Anonymous

Mamat ini mimpi di siang hari agaknya.please focus our discussion alright.

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 4:48 am

JEMPUT HADIR SAMA 4 HB AHAD NI, JGN LUPA WALAUPUN BERLAINAN PARTI, OK JUPA DISANA!

Zack Armstrong
Zack Armstrong
28 November 2016 5:24 am
Reply to  Anonymous

Bukankan pas dah kata demonstrasi tu haram

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 5:52 am
Reply to  Anonymous

Nak demo kat sapa?

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 7:16 am
Reply to  Anonymous

Tanya eddie ah wang

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 7:30 am
Reply to  Anonymous

Mana fungsi/kuasa Hadi sbg naib presiden ulamak dunia dan Najib salah seorg pemimpin Asean? Knp nak heret serta bodohkan rakyat msia dlm isu antarabangsa mcm ni..?

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 8:07 am
Reply to  Anonymous

Nak jemput, jemput la ikhlas sikit. Tempat tu kat mana? Jam berapa? Kumpul naik bas free kat mana? T shirt? Takkan air sirap ngan nasi lemak tak ada kot? Skrg musim hujan, tak leh motong, duit pun tarak, macam la tak paham…

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 8:17 am
Reply to  Anonymous

ado bro, nescaya tuan2 dan puan2 menyokong usaha murni balasan kebahagian di kemudian hari, hanya bawa la air suam dan cokodok dari umah habis2 pun duit tambang lrt, bas je. max pun 10 iggt je gi & balik … bro … bro

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 1:06 pm
Reply to  Anonymous

Weakkkkkkkkk…
Nak muntah dengar lobai hadi nak buat demo.
Mimpi ka lobai ni.
Atau..
Mabuk air ketum..

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 4:35 am

celcom pun nampaknya ada penyakit nak puja orang luar..

https://telcogila.wordpress.com/2016/11/22/celcom-bergolak/

apa nak jadi malaysia ni!

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 4:08 am

Jangan lupa jemput sekali ketua Pemuda pas nik abduh.boleh cium mulut dengan kj.

Tajul
Tajul
28 November 2016 4:50 pm
Reply to  Anonymous

Lepas tu gi klabing dgn KJ

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 3:52 am

Lebai hadi jgn malu2 nak pi perhimpunan agung umno nnt ye. Pakai la tengkolok..keris…sampin…pakaian melayu lama.
Baru la nampak melayu sepertimana yg diagung2kan.
Lepas tu hulur la keris yg panjang dan sebut .."hidup melayu"
Lebai2 tentu teruja sbb mada pethimpunan agung pas yg lps lebai2 ni pskai pakaian pahlawan melayu.

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 3:47 am

Hadi Awang kencing ahli2 Pas yg tolol dulu, kini dan selamanya..

mohd nasir
mohd nasir
28 November 2016 3:25 am

Siapa Kata hadi kena kelentong dgn UMNO?
Kalau diselusuri dari awal percubaan mengahwinkan PAS dgn UMNO sebenarnya walaun yg kena gelembong dgn kepimpinan PAS sekarang.

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 4:00 am
Reply to  mohd nasir

Takpa
Kena kencing banyak kali dgn umno pun masih no problem
Kalau sampai minum air kencing pun boleh.

nick
nick
28 November 2016 3:11 am

Kalau UMNO boleh jemput wakil Parti Komunis China untuk hadir kat PAU, takkanlah tak boleh jemput Hj Hadi Tuang Presideng PAS yang sama agama, sama melayu, sama warna baju, sama2 kata RM 2.6 billion tu tak dak kes dan sama2 bermusuhan dengan Amanah dan DAP. Bila lagi nak ishtihar secara rasmi wei? Apa2 pun, bagi saya, apa saja yang dilakukan oleh kedua2 tuan presiden tu adalah demi kepentingan peribadi. Mereka bukannya mendahulukankan kepentingan rakyat, bukan benar2 mempertahankan Islam dan melayu dan bukan juga terkesan kepada nasib malang kaum Rohingya. Kesemuanya adalah demi kuasa, political milage dan tembolok. Next PRU, I… Read more »

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 2:18 am

Kaum Rohingya telah terceroboh oleh anasir Wahhabiyah yang mengamal ideologi seleweng dan tindakan ganas terhadap orang yang tak ikut saloran mereka – baik muslim atau bukan muslim.

CELAKA AHLI TAKFIRI!

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 2:16 am

Jangan malu malu la Hadi…Tak payah lah nak fikir panjang.
Declare je bergabung dgn UMNO/BN ni.
Rakyat pun tak pening dah nak fikir pilih yang mana satu.
Dulu kata puak umno ni kafir,tarik balik la pasal ko boleh tolong sunatkan puak puak ni.Lagi pun elok sangat la pasal sekarang cuti sekolah. Musim orang bersunat.Apa macam Hadi?
Penyokong Hadi/pas fikir fikirkan lah dengan Tuan Presiden ni.

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 3:55 am
Reply to  Anonymous

Malu la nak declare…
Nnt pengundi lari..
Skrg ni lebai2 pas tengah cari ayat2 dan hadis2 supya jd halal utk bergabung dgn umno
Sabor lah ye

Zack Armstrong
Zack Armstrong
28 November 2016 5:23 am
Reply to  Anonymous

Ahli2 pas ni lembu belaka. Cukup senang diperbodohkan oleh hadi

Salwah Abdat
Salwah Abdat
28 November 2016 4:01 pm
Reply to  Anonymous

Dah sekian lama diperbodohkan..!!

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 2:06 am

Pendekar mustar tak ikut ke? Ke dah demam tengok lebai musang berjanggut punya perangai..

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 3:56 am
Reply to  Anonymous

Pakai pakain pahlawan melayu lama…ada tengkolok dan ketis

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 5:35 am
Reply to  Anonymous

haha … elok sgt tu

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 8:02 am
Reply to  Anonymous

pahlawan naik kuda ka kereta lembu?

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 12:17 pm
Reply to  Anonymous

Naik mercedez

Anonymous
Anonymous
28 November 2016 1:59 am

hahah…lobai lontoih ni,tak sorik sorik,digelembong oleh penyamun bertaraf dunia ni.Dah berapa kali ru355 ni ditanguhkan.Dah jadi macam buku hutang buku555.kalu aku jadi penghanut pas,dah lama aku tinggalkan lobai hadi ni.mENHABIHKAN BOREH je..Lobai hadi ni,nak experementkan ajaran islam ala hadi,1981 Amanat Hadi-FAILED.2014—-Experiment dgn DAP—FAILED.2015—Experiment dgn UMNO…

kATA IKUT AL-QURAN DN HADITH..
Tapi dlm al-quran dah bagitahu; Agama islam dah sempurna dah/ surah al-maidah.tak boleh ubah-ubah atau experiment lagi.

KISAH SUKSES IBU HERAWATI
KISAH SUKSES IBU HERAWATI
23 December 2016 8:18 am
Reply to  Anonymous

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata… Read more »