DASAR PANDANG KE CHINA, APAKAH NAJIB SEDANG MEMBERITAHU AMERIKA BELIAU SUDAH ADA TUAN BARU?

Lawatan Najib Razak ke China sebagaimana yang dilaporkan media semalam, telah menghasilkan 14 memorandum persefahaman bernilai RM144 bilion, suatu jumlah  terbesar dalam sejarah hubungan Malaysia dengan mana-mana negara asing.
Ia bukan saja merangkumi pembangunan insfrastruktur seperti untuk Bandar Malaysia, landasan keretapi pantai timur, pelabuhan, kilang keluli, malah termasuk juga pemberian lesen bank kepada sebuah syarikat China.
Jika diambil kira dengan penjualan Edra Energy,  60 peratus saham Bandar Malaysia, juga kepada  konsortium China serta pembinaan sebuah universiti China di Cyberjaya sebelum ini, beralihnya arah kiblat ekonomi Malaysia  ke negara tersebut sebenarnya menjadi tambah ketara lagi.
Negara kita kini, terutama sejak bergelut dengan isu 1MDB, seolah-olah sudah menukar dasarnya secara drastik menjadi dasar pandang ke China. 
Penyerahan secara besar-besaran kontrak ekonomi dan pertahanan, termasuk memberi lesen bank kepada sebuah negara asing, bukanlah amalan biasa sebelum ini. Ketika Tun Mahathir memperkenalkan dasar pandang ke timur pun, ia tidaklah sampai sebegini rupa.
Dalam dasar pandang ke timur, yang ditekankan ialah pemindahan teknologi dan sikap rakyat Jepun serta Korea dalam bekerja dan membangunkan negara. Bagaimanapun, berbeza dengan China, negara tersebut bukan saja menjadi kuasa ekonomi, tetapi juga akan hadir dengan segala-galanya, termasuk pemindahan manusia ke negara kita.
Kenapa negara China terlalu diutamakan? Tiadakah syarikat-syarikat dalam negara sendiri yang mampu melaksanakan projek-projek tersebut?
Tahun-tahun awal Najib menjadi Perdana Menteri, kiblat dan idolanya adalah Amerika. Beliau dikesan sebagai pemimpin Malaysia paling kerap berkunjung dan melawat negara tersebut. Untuk tujuan berbaik-baik itu, Najib turut melantik rakan baiknya, Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika.
Tetapi sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman terhadap Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan harta-harta yang didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, kiblat dan idola ke arah Amerika itu seolah-olah mula pudar.
Malah dengan Najib turut membawa anak tirinya yang sedang disaman oleh Jabatan Kehakiman AS menaiki pesawat rasminya ke China, ia bagaikan isyarat halus Najib kepada Amerika bahawa beliau kini sudah ada “tuan baru” di sisinya.
Kesediaan syarikat China membeli Edra Energy, sayap milik 1MDB dan mengetuai konsortium membeli 60 peratus Bandar Malaysia, adalah permulaan kepada pergantungan kepada negara tersebut. Ia kemudian diikuti dengan pembinaan rel laju ke Singapura serta ke Pantai Timur, juga diserahkan kepada syarikat China.
Melalui  penyerahan blok ekonomi besar-besaran kepada China, kita semua, termasuk Melayu, Cina dan India seharusnya mula bimbang dengan kesan ekonomi, sosial dan budaya yang mungkin tiba-tiba mengancam negara.
Jika sekarang ini pun kemasukan warga China secara haram atau tiba-tiba hilang tidak dapat dikesan setelah masuk ke negara kita sudah dianggap begitu besar, bayangkan apa akan berlaku setelah mereka diberikan kuasa  ekonomi yang lebih meluas?
Dalam kes pembinaan rel keretapi ke Pantai Timur misalnya,  tidak mustahil semua bandar-bandar  kecil yang terlibat dengan projek tersebut selepas ini akan dipenuhi dengan pekerja warga China, yang kemudian tentunya akan tumbuh pula restoran, pusat hiburan, pusat urut kaki dan bermacam-macam lagi perniagaan yang didatangkan dari Tembok Besar sana.
Banyak bandar akan bertukar menjadi bandar satelit China, perniagaan baru dari China akan turut muncul satu demi satu dan ini sekaligus akan membunuh perniagaan orang-orang Cina sendiri.
Akhirnya, bukan saja ancaman ekonomi, masalah sosial dan budaya akan melanda masyarakat. Ia malah akan turut memberi ancaman lebih besar kepada keharmonian keluarga  kaum Cina negara kita  kerana merekalah yang paling terdedah kepada masalah sosial tersebut.
Dari segi ekonomi pula, oleh kerana syarikat-syarikat China itu datang dengan wang, ia juga akan meningkatkan pemilikan asing yang lebih ketara dalam hartanah dan perumahan pada tahun-tahun akan datang. Tidak mustahil akhirnya nanti kerajaan sendiri terpaksa memberi kelonggaran dari segi kouta dan pemilikan harta kepada mereka.
Bukan kita menolak pelaburan asing, tetapi sikap berlebih-lebihan Najib dalam konteks ekonomi China ini, terutamanya setelah terhutang budi kerana membantu menyelesaikan kemelut 1MDB, ia seharusnya menimbulkan kebimbangan kepada semua, apatah lagi sikap beliau yang ketara memusuhi DAP yang disokong oleh kira-kira 80 peratus orang Cina dalam Malaysia sendiri. 
Akhirnya, dengan apa yang dimulakan Najib ini, di mana kedaulatan negara kita dalam 10 atau 20 tahun akan datang? (SH 02/11/2016).
Updated: 26 March 2019 — 1:42 pm

71 Comments

Add a Comment
  1. tambah dasar baru …dasar yg sedia ada ni pun dah cukup menyiksa dan menghimpit melayu…seperti 1M…dulu Tun Razak buat felda…bg 10 ekar tanah kepada peneroka melayu…skg 1M hak sama rata kalau ada kawasan peneroka baru nak dibuka…paling kurang pun kena bg kepada tiga kaum besar..melayu..cina..dan india…kalau 100 lot sama dengan 1000 ekar…bahagi kepada tiga kaum…melayu 330.3 cina 330.3 india 330.3. melayu sebagai pribumi dapat 330.3 saja…yg bukan pribumi cina + india 660.6 ekar…siapa rugi…? BRIM pun sama 7 juta layak…melayu layak 2 juta…kaum lain 5 juta…rugi lagi melayu…tanah rezab melayu dah kaum lain boleh beli…entah kemana lagi org melayu nak pergi lepas ni…lama lama melayu jadi pengemis di bumi sendiri…ADA RUMAH TIDAK BERBUMBUNG…NEGARA MERDEKA AGAMA..JIWA.DAN KEBEBASAN DIPASUNG…ADA TANAH BANGSA LAIN YANG MENDAPAT UNTUNG…DIMANA LAGI BUMI HENDAK DIPIJAK DAN LANGIT HENDAK DIJUNJUNG.kerana SAWAH PADI DIPENUHI ANGSA,
    BURUNG KEDIDI BERLARI LARI.
    KERANA RAKUS PEMIMPIN SEBANGSA,
    SANGGUP NENJUAL NEGARA SENDIRI.
    Renungkan lah wahai negarawan… selepas ini lihat sajalah betapa sistem imigresen akn digubal lagi bagi memudahkan kemasukkan pelancung china ke Malaysia…makin bertambah segala galanya…pusat maksiat dan pelbagai..dulu kita buat sistem VOA visa on arrival…datang kat airport boleh terus apply visa dua minggu…beratus ribu yg masuk negara kita…bila cukup tempoh hanya beibu saja yg keluar…yg tidak keluar ini lah asalnya masuk sebagai pelancung akhirnya tinggal sebagai ayam..tukang urut ..gro dan berbagai lagi…ingin untung puluhan juta akhirnya rugi beribu juta…inilah fenonena sedih yg terdapat di negara kita…hilang sudah mercu tanda negara islam..punah sudah maruah bangsa…Melayu hanya bakal tinggal nama..seperti Pak Kadok…menang sorak tanah tergadai…

  2. Awai2 jd pm pi qatar dan arab saudi….cari geng menipu dan mencuri
    Lepaih tu cari menantu kazakhstan…..tempat melarikan diri
    Dan dapat duit pi amerika….cari tempat belanja sakan
    Dah terdesak pi china….cari penyelamat

  3. Tahu kah anda bahawa kos "urusan" untuk bermain golf dengan President Obama ialah $10j+70j?

    Lari daripada tajuk?

    Tidak. Berapa kah agaknya kos "urusan" untuk bermain golf dengan Presiden China?

    Lagi satu. Obama dapat senaskah filem "Wolf" apabila beberapa orang ternama Holywood berkunjung ke White House, termasuk seorang warga dari Malaysia, kebetulan sebelum permainan golf itu berlangsung di Hawaii.

    Cuba teka sama ada Presdiden China dapat senaskah filem "Wolf" atau tidak.

  4. Orang yang terdesak dan tersepit dengan skandal kewangan 1MDB seperti najib adalah tidak layak untuk memimpin negara.
    Bukan saja fikiran dia yang terdesak, malah tindakan beliau juga dilakukan dalam keadaan terdesak demi menyelamatkan diri sendiri. Pemimpin sebegini patut didesak supaya meletakkan jawatan demi kepentingan rakyat dan negara ini.

  5. Bukan dasar "pandang" ke China, dasar "jual" negara kepada China.

  6. Model bidadari china lebih cun montok drp altantuya mongolia. Hahahaha

    1. ko tak dpt … cuba dpt mahu pokap 25 jam

  7. Aku suka 1 saja… China doll..

    1. Hello kawan, high/demand market skrang dah xpilih China doll.Tak caya u tanya wartawan.

  8. Diorang buat EGM 1MDB di China..arul kanda naik flight bersama PM Najib..Irwan Sirigar

  9. Raja di bumi ini adalah ketua agama,dan para ulamak,golongan warak serta agamawan menyembah raja.Mereka ini menyokong Najib.Definasi warak dalam alam fikir orang melayu adalah merujuk kepada golongan ini.Bakal agung disanjung kerana warak.Seorang mufti yang sudah tentu seorang yang warak sudah mengeluarkan fatwa bahawasanya adalah haram hukumnya disisi agama untuk menjatuhkan Najib.Negara pernah melalui zaman perang,dan dijajah beberapa kali.Namun raja tetap raja,samada negara miskin,sederhana atau kaya.Sejak saya kecil dan negara kita sama miskin dengan Korea Selatan,raja-raja kita semuanya belajar dan bercuti di luar negara.Kita rakyat, biasanya membesar penuh bangga dengan 'raja kita selamat bertahta'.Apa yang difatwakan oleh mufti itu sudah tentunya konsisten dengan 'kewarakan' itu sendiri.

    1. Setuju dengan Anon 21.21
      Masih relevan kah mereka ini.Walupun tidak berkuasa katanya tetapi sekurang-kurangya boleh bersuara dan beritahu kegusaran rakyat.Deklarasi 1.4juta suara rakyat tidak boleh diambil mudah kerana dibelakang 1.4 juta itu ada ahli keluarga yang jelas mewakili lebih ramai suara.
      Kalau dikaji sejarah Tanah Melayu dijajah tiada apa-apa dilakukan oleh mereka memperjuangkan kemerdekaan sebab itu tanah Melayu dijajah lebih 500 tahun. Gelombang kemerdekaan bermula oleh suara anak anak muda radikal yang insaf ketika itu hingga tercetusnya semangat nasionalisma. Malayan union nyaris melenyapkan golongan tersebut.Jika dikaji sejarah juga kebanyakan golongan ini dinaikan oleh British semasa berlaku perebutan kuasa sesama mereka dan ada juga yang tidak layak tetapi dinaikan kerana sanggup menjadi boneka.
      Mahu tidak mahu rakyat sendiri yang perlu menetukan nasib sendiri

  10. agung yang baru perlu memain kan peranan yang paling penting dalam urus najib dan menteri menteri ini kalau tak hancur lah negara.najib harus ditangkap dan seterus malaysia perlu buat saperti turki tangkap semua ketua ketua negara yang bersengtongkol

  11. Bila Najib membelakangkan USA dengan menyerahkan segalanya kepada China,maka bolehlah diandaikan yang Najib sedang merancang untuk menetap di China setelah dia jatuh nanti.Najib menggunakan pengaruh bapanya yang sangat dihormati dan dikenang oleh negara China kerana membantu negara itu diterima sebagai anggota Bangsa-bangsa Bersatu dahulu.Najib menggadaikan seluruh Malaysia demi menyelamatkan dirinya.Kenapa tiba-tiba Najib bertindak mengabaikan Amerika?Ini adalah kerana Presiden Obama akan tamat tempohnya dan tidak ada kuasa lagi untuk melindungi Najib.Tindakan Najib ini lebih memudahkan pihak berkuasa Amerika bertindak mengheret anak tiri Najib dan semua yang terlibat termasuk 'MO1" ke penjara.Pada saat itulah Najib merasakan negara China dapat membantu dengan tidak menyerahkan mereka kepada Amerika.Najib silap,….setelah dia bukan lagi PM dan China sudah memiliki banyak perkara di Malaysia,maka keutamaan di pihak kerajaan China sudah tentulah bukan lagi si Najib.Mungkin China tidak akan pedulikan tekanan daripada Amerika,…tetapi kebarangkalian kerajaan China akur dengan kehendak kerajaan baharu Malaysia adalah sangat tinggi demi kepentingan bersama.Pihak berkuasa Malaysia akan pergi ke China untuk membawa balik mereka yang terlibat dalam rompakan terbesar di dunia itu.Pilihan Najib ialah hidup berpindah randah sebagai pelarian yang tidak cukup tanah.Orang yang merancang dasar luar dan dasar ekonomi kerajaan Najib sekarang demi menyelamatkan diri serta ahli keluarga dan anak tiri tersayang sememangnya boleh diagak.Najib pasti jatuh.Cuma masalahnya,….bagaimanakah Malaysia mampu untuk menebus kembali harta negara yang telah terlepas ke tangan pihak luar?Berapa orang PM kah selepas ini yang mampu untuk mendapatkan kembali semua yang hilang itu?Seperti kata Tony Fernandez,…untuk negara Malaysia kembali menjadi hebat seperti dulu,….ianya memerlukan lebih daripada 100 tahun sekurang-kurangnya.

  12. Melayu yang sokong umno juga bangsat, kesalahan yang berskongkol dengan pembangkang dibesar2kan sedangkan ketua umno jadi kaki penyamun buat2 tak tahu. Ini yang dikata iblis, rakyat dibiar hidup miskin tak diperjuangkan nasib hanya nak sokong penyamun nombor satu negara. Marilah kita ramai2 doakan mereka ini dilaknat oleh ALLAH supaya mereka sedar dan bertaubat. AMIN!!!

  13. Ini mesti DAP punya kerja
    DAP yg suruh jual tanah Malaysia
    DAP yg suruh jual syarikat Edra
    DAP yg bg banyak contaract kat China
    Kah5

    MALUNYA…
    Mana pi pendekar2 parang tongkol Melayu
    Tajaan UMNO
    NEGARA DH TERJUAL

  14. Just like in the case of the 1MDB where amidst all the bad there is good in the form of the nation's political leaders can stop saying to all and sundry that Malaysia is the model of this and that, the china's coming to malaysia program has its benefits down the line including the following:

    First, since the nation's economy would be in their hands in a few years, it would be inevitable that they will be in control of the politics too. Hence, one fine day we shall see in Malaysia what the communists have been doing in their country to the corrupts! So, they think that befriending the communists will benefit them? Think again – for you the corrupts shall have your lives taken out for being corrupt in the land of Chinasia.

    Second, Malaysians from all walks of life have asked for assistance from everywhere for the corrupts to be brought down – to no avail. And the day will come when the communists are in total control when some of these parties will ask for our assistance. And who would these people be? Recall the last emperor of china? What did the communists do to him when the communists took over the country? Yes, he was turned into a palace's gardener? Do I need to continue?

    Truly blessings in disguise with the communists with five thousands years of history coming to Malaysia!

    1. Walla big nightmare you caught 14:57 seen when you becoming coward with all sort of zombie diseases, are you senile old man or out of your mind merapik maraban simply jump into your own bullshit conclusion. Don't tell lie if you happy with those liar.

      If you are a muslim,
      jaga2 jika melangkah kemana mana qada dan qadar menanti.

    2. Aaah…recall the story of melaka sultan making a visit to china, and eventually marrying princess hang li po (supposedly laa)? Well, it is proven to be a cock n bull story, created solely to enhance the oral history standing of the melaka empire (supposedly an empire, which was brought down by an armada of 2 portugese ships? Well , wtf empire after all). Melaka was in fact a vassal state of china, a major fact of history that was never taught to us in school.

      Now, we have a pre christmas grand sale of our national assets, and the communist chinese are buying tonnes of them; without having the need for their leader to even stop by for day our here to talk things over. In fact, xi jinping acted pretty much like a fuedal emperor receiving a bunch of distinguished guests at his palace, waiting to hear what the guests have got to say, and later deciding what valuable things to buy for his people. The fact that the family members of najib are there tells us something about communist chinese culture…they are telling us that our first family went to see them to sell things, they didnt come here buy. Go figure.

    3. 15.38 your english is horrible. Say again in bahasa so that we know what you are talking about

    4. what you care with all your good language and feel proud of. Well when you small what you know only crying and now you already educated by hand of Umno I suppose then you try to egois yourself. What you get if you say you clever enough. Sama saja you and me – everyday looking for small income. If you rich you won'd be appear in this blog. Did I deliver clear message to you. What ever horrible ka terrible who care.

    5. 15:42 you another culprit simply telling twisted history. Go back study history and don't tell lie.
      Problem ppdm now going to sink b4 ready to immerse.
      I suggest you better about this rather playing fool in this blog.

    6. 16.03…i think i got your message, which is, this blog is only read by low income people, and rich people do not read this blog.

      Anyway, i dont agree with your message. Tq.

    7. 15.38 & 16.03
      Ha disini lagi jaga2 nak gerak kemana mana2 qada dan qadar menanti.

    8. 15.38 n 16.03……I got one story……U know yesterday I see one mutton pass by the street…..then I see 2 beef cross the same street. Than suddenly I feel hungry when I see the mutton n the beef.

      I quickly run to my house. When I step inside my house I see my mother already cook my rice n some cow curry. I love cow curry but I dont like goat curry……I eat many rice because it is very nice. I add n add many plates.

      So these is the story four u today….I will continue tomorrow again n forever…..think u n bye2…..

    9. 21.43….ha ha…i too have a tlc story to tell. At the mamak shop, i ask for "half rice". I select the dishes and go to my table. Later the mamak feller comes to write my bill. He says "one chicken and one tauge, rm6.50". And i thought to myself, damn, something is very wrong with the economy nowadays.

    10. 23.02…..I think 15.38 n 16.03 like your story very much because you talk very good English. I sure that feller can understand your English very bright n clear…..although your story short but I sure he will like it…….wow…sooooo expendsive now eat one chicken n one tauge RM6.50……wow…lucky I eat my cow curry inside my house only….more cheaper then yours….

    11. Poor thing to
      21:43, 23:02 & 23:17 the same person in queve.

    12. 00.01 dgn nama Allah we are different people…..NOT THE SAME PERSON as u thought.

      It is just a COINCIDENCE the way we write is quite similar……pity u…!!!

    13. What ever it was u no need pity me instead mercy to only u.. onnnly you remember that song.

    14. 2.03 Sorry…..don't understand your English.

    15. 02:11 u jus com out fr jungle in great mornin yealling fo help or lost somewhere … alone.

    16. 5.53 sorry dont understand your perfect English.

    17. 05.53…what the heck you are talking about? Amende ko merapu ni?

    18. 8.15 sorry dont understand your perfect English.
      Jaga2 nak gerak kemana mana qada dan qadar menanti.

    19. eh eh eh eh ado layi be'ok seko ni dont stand your outward language

      Jaga2 nanti kono daulat kata2 ku ni masin.

    20. Sorry dont understand your English.
      Jaga2 nak gerak kemana mana qada dan qadar menanti.

  15. Din..kalau 10 tahun lagi..bila China dan melambak..Agong n Sultan pun bakal lupus jugak..itu yang UMNO n Najib nak..elok lah tu..

    1. ada impot Cina lagi ka … Cina2 yg ada ni kebanyakan bukan boleh diharap – kalau boleh 15 juta Cina Malaysia ditukar dgn 15 juta Cina dari negeri Cina rasanya lagi aman damai takda kalut malut.

    2. elok gak tu kalau tukar camtu….ada peluang la perasuah dan pendedak makan peluru macam kat China tu…

  16. Ya memang betul Tuan Budin,memang nampak sangat si ajibgor ini mencari bos besar untuk bernaung seperti china dan Rusia.
    Di sebabkan bos sepermainan golf nya akan bersara tidak lama lagi,maka untuk membodek terpaksalah mengampu dengan pembelian sampah sarap dari mereka untuk menjaga hati seperti isu sepasang Panda dan terbaru kapal perang yang telah di persetujui.

  17. Jgn lupa bawa msk China doll sekali.lg ramai lg merah..

  18. Lepas ni semua made in china.. Huhuhu..

    Dah takda warisan..

    Kesian anak waris yg akan datang.. Kesian sungguh

  19. Lepas ni semua made in china.. Huhuhu..

    Dah takda warisan..

    Kesian anak waris yg akan datang.. Kesian sungguh

    1. Apa nak dikesiankan anak waris tu, dia pun mngkn made from china, ngikut pm kesayangangnya nya tuh..

  20. 11:29 tahu takpa Najib 1M dapat merata pada rakyat, awak kroni Mahathir ka … bagus juga tapi cuma peon takda gaji.

    1. Jangan ukur Baju org di badan sendiri

      Hanya kerana kau dapat dedak tak bermakna org lain pun dapat

      Malah kami xnk pun

      Ayam macam kau memanglah sakan berkokoknya lepas dapat dedak

    2. ha disini lagi.

      Gaimana mau tersungkur sedangkan pembangkang tidak satu hati, fikir secara otomatik ka org keluar bn masuk/sokong ppbm. Cuba congak secara logik – ppbm belum apa2 baru nak panaskan engin sudah semput.

    3. Najib tak kan selama2nya jadi PM, dia punakan senasib dengan Pak Lah dan Mahathir, masa mereka berkuasa, pujian2 setinggi langit, gelaran bapa itu, bapa ini, kemana mereka,penjilat sentiasa di sekeliling pinggang , bak seperti lalat menghurung tahi, segala jamuan makan, perasmian dan kenduri-kendara jangan nak cakap, berderet2, tak sah kalau mereka tak dijemput, bila mereka dah kena tendang dari jadi PM, keseorangan lah mereka, semua penjilat lari meninggal diri, mereka adalah tahi kering, lalat2 lari mencari tahi yang fresh..tinggal mereka keseorangan dalam kesepian menunggu mati

    4. Ha disini lagi…12.53 Jaga2 nak gerak kemana mana2 qada dan qadar menanti.

  21. makin dikata, makin melulut najib ni, tolong rakyat semua fikir serius apa kah betul pm kita waras atau sebaliknya

  22. Perjanjian rm144b lepas itu mesti ada derma masuk kpd perasuah penyamun penyangak tambah kayalah keroni hari itu org arab derma rm2.6b lepas itu kau garu belakang aku aju garu belakang kau he he untung haraga barang naik itu aku tak peduli kau bodoh pangkah bn buat apa he he he bukan ke bn menang rakyat senang

  23. Sepatutnya apa yang di buat oleh mana-mana PM akan di bawa terus oleh PM yang jadi penganti. Pak Lah masih dapat meneruskan sebanyak sedikit langkah-langkah yang telah dibuat oleh Mahathir. Dan Najib tidak ada masalah mengambil alih pentadbiran dari Pak Lah.

    Tetapi mampukah penganti Najib menanggung apa yang di buat oleh Najib ?

    Penganti Najib seharusnya sudah ada plan dan visi bagaimana untuk meneruskan kerja gila Najib ? Dan dalam masa yang sama perlu menyelamatkan rakyat dan negara.

    Tuan, pandangan yang tuan siarkan ini telah menjadi kebimbangan rakyat di Singapore dan masyarakat di sana turut membantah tindakan kerajaan merek. Selain semua nya telah dibuat oleh Najib ada satu lagi yang Najib tak buat iaitu memberi kerakyatan kepada VVIP rakyat China. Jika tak silap saya, Le Dan di beri status kerakyatan Singapura. Ini satu cara untuk mendapatkan pelaburan dari individu-individu yang berharta.

  24. Najib is trying to send signal to Uncle Sam. If you're out to get me and trying to push me into the corner, I will get even closer to China..

    1. too late already
      najib is seen as already berkerat rotan dgn US
      baru 2 tahun lepas main golf bersama

  25. Disebabkan mulut, siapa mau tolong .. ok kata saja la mahkamah tidak adil … tak bayar boleh la jumpa sifu beramah mesra.

    Penghujung Oktober semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai bersalah memfitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama NFC. Dia diminta membayar sebanyak RM200,000.

    1. Anon 10:54

      Kamu ini spesis yang suka menolak kebenaran dan keadilan serta suka memilih korupsi dan kezaliman. Selagi ramai spesis macam kamu kat negara dedak 2 butir ini selagi itulah bangsa dan keturunan kamu akan hidup dalam penindasan dan kemurungan. Mungkin kamu sekarang hidup mewah dan serba serbi mudah tetapi tidak lagi untuk generasi kamu yang akan datang disebabkan sikap dan perangai kamu yang suka akan korupsi dan pantas menolak kebenaran. Islam memang amat tidak sesuai dengan karakter seperti kamu.

  26. Tunggu je lah pru14

  27. melalut ja artikel ni

    1. Tak ada Siapa suruh kau baca apatah lagi menjenguk blog ni

      Nampak sgt kau ni balaci amno peliharaan najip

    2. oo ko disini…

      Gaimana mau tersungkur sedangkan pembangkang tidak satu hati, fikir secara otomatik ka org keluar bn masuk/sokong ppbm. Cuba congak secara logik – ppbm belum apa2 baru nak panas engin sudah semput.

    3. 12.52 Jaga2 nak gerak kemana mana2 qada dan qadar menanti.

    4. 12.52 Pembangkang bekerjasama secara senyap kerana BN khususnya UMNO tengah mengelabah hingga menggunakan apa saja untuk melemahkan kerjasama pembangkang atau menyekat org berpengaruh/kuat pembangkang dari berkata-kata.BN terpaksa bertindak terhadap Tun M kerana kekuatan pembangkang skrang ada pd Tun M kerana kemampuan,pengalaman dan pengaruh Tun M sentiasa dihati rakyat Malaysia. Malah, jika pembangkang menang, Tun M boleh menjadi PM secara interim selama 2 ke 3 tahun untuk menstabilkan negara khususnya ekonomi negara.

    5. ..lelong lelong, tiga seringgit oi, ala Luit bule bili oi. Lelong lelong..lelong.

  28. Bila pemimpin negara membuat lawatan rasmi ke luar negara, sepatutnya yang menjadi fokus keutamaan di kalangan rakyat adalah misi lawatan tersebut. Apa faedah yang boleh dapat dari lawatan tersebut. Tiba-tiba lain jadinya. Anak-beranak yang ikut sekali dalam lawatan tersebut menjadi perhatian dan buah mulut rakyat Malaysia. Belum pernah terjadi kepada PM-PM kita sebelum ini sejak merdeka.
    Fokus tiba-tiba terarah kepada hal-hal peribadi yang tiada kaitan dengan tujuan lawatan. Menunjukkan betapa seriusnya campur tangan 'the significant other' dalam urusan pentadbiran negara yang diuruskan si suami.

    1. Dulu tsunami pengundi cina sekarang tsunami pembeli China.

    2. Sikit hari lagi tsunami China dolls pulak

    3. macam dah serahkan negara ni utk dijajah negara china

    4. Adakah ini bermakna org Cina Msia tidak perlu lagi balik China sbab Msia sdah menjadi tanah jajahan China?
      Mana org Melayu mau pigi?

    5. Adakah ini bermakna org Cina Msia tidak perlu lagi balik China sbab Msia sdah menjadi tanah jajahan China?
      Mana org Melayu mau pigi?

    6. Jika kerajaan China membeli banyak asset di negara ini, kerajaan China boleh menghantar tentera China ke negara ini dengan alasan melindungi aset China !

      Pemimpin politik yang malas baca buku sejarah akan melakukan kesilapan besar yang akan melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara !

Leave a Reply

Your email address will not be published.