Month: November 2016

RAKYAT PUN TAK PERNAH LUPA SIAPA KJ…

Berbekalkan sajak Tun Mahathir Mohamad bertajuk “Melayu Mudah Lupa”, tetapi telah diubahsuai, Khairy Jamaluddin menggunakan pentas Perhimpunan Agung Pemuda UMNO untuk menyerang bekas Perdana Menteri itu yang disifatkannya berbeza 180 darjah berbanding dahulu. Antara ungkapan sajak yang diubahsuai oleh Ketua Pemuda UMNO dalam sajaknya  ialah:- “Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah […]

UCAPAN PERTAMA ZAHID HAMIDI RASMI SAYAP2 UMNO HAMBAR DAN MENGECEWAKAN

Sejak malam hingga pagi ini, ramai kawan-kawan dalam UMNO menghubungi saya untuk memberi komen mengenai ucapan pertama Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, malam semalam. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan ucapan Zahid yang disifatkan hambar, mengecewakan, malah kadangkala boleh dianggap merapu. Ucapan beliau dianggap tidak berapa kena dalam […]

JANGAN MAIN2 DENGAN ROSMAH!!

Ahad lalu, Najib Razak menulis di laman Facebooknya memberitahu mengenai perbualan telefonnya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang disifatkannya berlangsung dengan amat mesra dan produktif. Kata Najib, selain mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini,  mereka berdua juga bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. […]

UMNO LEBIH ISLAMIK DARIPADA PAS?

Menurut pemimpin UMNO, Nazri Aziz, tindakan Pas mahu meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikuatkuasakan adalah kerana parti itu selama ini gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam. Katanya, hukuman sedia ada tidak mencukupi untuk memberi pengajaran buat rakyat negeri itu, lalu menyebabkan Hadi Awang mahu menambahnya. Pas Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri […]

NAJIB, JEMPUTLAH HADI AWANG JADI TETAMU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!

Setelah tampil sedondon berbaju merah jambu beberapa bulan yang lalu, Najib Razak dan Hadi Awang sekali lagi akan duduk di atas pentas yang sama – kali ini dalam suatu perhimpunan raksasa berkaitan Rohingya pada 4 Disember akan datang nanti. Sebelum itu, ikatan kemesraan antara UMNO dan Pas yang menghadapi pelbagai cemuhan, turut dirapatkan lagi dengan persetujuan kerajaan […]

PPBM TIDAK HARUS BERTANGGUH LAGI UNTUK SERTAI PAKATAN HARAPAN

Konvensyen Pakatan Harapan pada 12 November lalu sepatutnya antara lain menyaksikan penyertaan PPBM ke dalam gabungan parti-parti pembangkang itu. Tetapi, oleh kerana PPBM memerlukan lebih masa untuk berbincang lebih lanjut, maka kemasukan itu ditangguhkan dahulu meskipun Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang hadir berucap di konvensyen secara dasarnya bersetuju untuk menyertainya. Sebenarnya sebab lain […]

CUKUPKAH SEKADAR BERDEMO SAJA? KENAPA PULA CEPAT2 DIUMUMKAN HADI AWANG AKAN TURUT BERSAMA?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Disember ini bagi menzahirkan keprihatinan berhubung isu Rohingya. Tarikh dan masa perhimpunan itu dilaporkan akan diumumkan kemudian. Katanya, perhimpunan itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak serta beberapa pemimpin lain yang antaranya ialah Presiden Pas, Hadi Awang. Sehubungan itu, Zahid turut menggesa […]

TANDA2 UMNO SEMAKIN PARAH

UMNO bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya. Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi kelaziman sekarang? Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang? Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim… Siapa yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan penyerang yang […]

KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?

Rumusan Husam Musa bahawa PRU 14 bakal diadakan sebelum Mac 2017 berikutan tindakan Hadi Awang secara sukarela menangguhkan buat kali kedua usul Akta 355 di Parlimen, memang ada kemunasabahannya dan tidak boleh diabaikan begitu saja. Pas memerlukan usul itu tergantung bukan saja untuk mewajarkan kepada para penyokongnya tentang keperluan ia kekal sebagai parti yang mesti […]

SETIA 101 PERATUS, ADAKAH ZAHID HAMIDI MULA BERASA TIDAK DIPERCAYAI?

Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi,  kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus. Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib […]

JANGANLAH BERHIMPUN, TUAN GURU….NANTI MENYUSAHKAN RAKYAT!!

Berhubung perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, Hadi Awang menyifatkan ia sebagai merugikan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam. Tetapi, susulan usul Akta 355 yang ditangguhkan sendiri oleh Presiden Pas itu ke tahun hadapan, beliau kemudian mengumumkan untuk  mengadakan perhimpunan secara besar-besaran berkaitan perkara itu pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Kita tunggu dan […]

BETULKAH BEGITU, NIZAR NAJIB?

Kata anak Perdana Menteri yang bernama Nizar Najib, selagi kita berada di pihak yang benar dan tidak buat salah, tiada apa-apa yang perlu kita takutkan. Sehubungan itu, katanya, beliau tidak bimbang dengan tuduhan-tuduhan liar terhadap keluarganya kerana mereka di pihak yang benar. Betulkah begitu? Pernahkah beliau  bertanya kepada ayahnya, Najib Razak mengapa memecat Peguam Negara, […]

BERPECAHKAH BN SELEPAS AKTA 355?

Hari ini Presiden Pas, Hadi Awang dijadual membentangkan usul persendirian Akta 355 bagi tujuan memperkasa mahkamah syariah di Parlimen setelah ia mendapat lampu hijau daripada kerajaan. Usul itu tidak sukar difahami niat politik di sebaliknya kerana biasanya usul berkaitan kerajaan akan dibawa sendiri oleh parti pemerintah, bukan diserahkan kepada parti pembangkang seperti Pas untuk mengusulkannya. […]

SALLEH SAID KERUAK, PENGAMPU TERBAIK & TERHEBAT DUNIA!!

Di Malaysia ketika ini, tidak ada yang lebih hebat pengampuannya terhadap Najib Razak, melainkan hanya seorang iaitu Salleh Said Keruak. Semua pemimpin lain yang pernah turut menjadi pengampu dan pembodek Najib, kini sudah jauh ditinggalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia itu. Sejak sebelum dilantik menteri, kemudian dijadikan menteri, seterusnya diberi pula jawatan Bendahari Agung UMNO, […]

USUL AKTA 355 HANYA DIBACA, TIDAK DIBAHAS, TIDAK DIUNDI – IKHLASKAH UMNO KEPADA PAS?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memberi jaminan usul persendirian Hadi Awang berkaitan Akta 355 untuk memperkasa mahkamah syariah akan dibentangkan sama ada pada Rabu atau Khamis ini. Selaku Ketua Whip BN, Zahid juga semalam menganjurkan sessi taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen berhubung usul tersebut. Tetapi berdasarkan suara-suara yang kedengaran di Parlimen, kebarangkaliannya ialah Hadi […]

DEMO BERSIH 7 DI 700 LOKASI DI SELANGOR, JAMAL BAKAL CATAT REKOD DUNIA…

Selepas bebas dari tahanan polis selama empat hari dan mengaku tidak mandi dalam  tempoh itu, Jamal Mohd Yunus yang merupakan Ketua Kumpulan Baju Merah lantas mengumumkan kempen baru Bersih 7 yang akan dimulakannya esok. Tidak seperti gerakan mereka sebelum ini yang hanya bertujuan mengganggu demonstrasi aman baju kuning  anjuran Bersih 2.0, sebaliknya kali ini ia […]

KESIAN UMNO….

Selepas perhimpunan Bersih 5 yang terbukti mendapat sambutan cukup ketara daripada rakyat berbilang bangsa, bersungguh benar nampaknya UMNO mahu bekerjasama dengan Pas.  Dalam waktu terdekat ini saja sudah dua pemimpin UMNO menyuarakan perlunya kerjasama itu demi perpaduan Melayu kononnya. Dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, seruan ke arah kerjasama itu yang sebenarnya hanya untuk menyelamatkan […]

MENTERI SSK JADI "MABUK KETUM" DEK PENANGAN BERSIH 5?

Satu-satunya menteri UMNO yang ternampak paling susah hati dan tidak tenteram jiwanya selepas perhimpunan Bersih 5 ialah Salleh Said Keruak, pemimpin yang ditanggapi ramai dilantik menganggotai kabinet bukan kerana kelayakan dan kewibawaan, sebaliknya hanya disebabkan bijak mengambil kesempatan berikutan krisis antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad. Hanya dalam tempoh dua hari, kenyataan dan pemikirannya […]

HABIS….KALAU BUKAN BERCAKAP, APA LAGI KERJA ZAHID HAMIDI?

Kerja asas pemimpin politik ialah bercakap. Mereka bukan saja perlu bercakap mempromosi diri sendiri dan menarik sokongan, bahkan juga untuk menyerang pihak lawan.  Bagi pemimpin politik yang berjawatan dalam kerajaan, mereka harus bercakap mengenai dasar yang mahu dilaksanakan, menjelaskan mengenai isu-isu semasa, menjawab persoalan serta kekeliruan dan seumpamanya. Tidak sah menjadi pemimpin politik jika tidak […]