ADUN2 BN SELANGOR HANYA TAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!!

Untuk menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis “Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat” selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.
Sesiapa pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN berkenaan.
Apa sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan?
Mempamerkan plakad bagi pemimpin politik ialah tanda sama ada untuk menyokong atau membantah. Jika bersama kerajaan, ia mesti berbentuk sokongan, manakala sebagai pembangkang, ia hendaklah suatu bentuk bantahan.
Sebagai Adun pembangkang di Selangor, Adun-Adun BN itu sepatutnya membantah apa yang dilakukan oleh Azmin Ali atau kerajaan negeri, jika terdapat sebarang kesalahan yang dapat dikesan.
Tetapi dengan mempamerkan plakad bertulis “Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat” itu, siapa yang mereka bantah dan siapa yang mereka sokong?
Perbuatan itu sebaliknya hanya menunjukkan mereka  menyokong tindakan sendiri yang tidak berganjak ketika Azmin membentangkan bajet yang dianggap sebagai menghormati Dewan dan mandat rakyat. Ia tidak ubah seperti  badut yang masuk bakul angkat sendiri atau syok sesama sendiri.
Adakah Adun-Adun ini faham peranan dan kedudukan mereka?
Tidakkah dengan mereka duduk diam dalam Dewan dan kemudian mengambil bahagian ketika perbahasan, sudah cukup untuk menunjukkan mereka menghormati Dewan dan mandat rakyat?
Kenapa sampai perlu tergedik-gedik masuk bakul angkat sendiri? Bertambahkah sokongan pengundi dengan kelakuan sedemkian atau ia hanya menambahkan ketawa rakyat semata-mata?
Jika pun mereka menaikkan plakad itu bertujuan untuk menyindir Ahli-Ahli Parlimen  pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Najib Razak membentangkan Bajet 2017 baru-baru ini, ia juga  sama sekali tidak kena keadaannya.
Ini kerana Azmin tidak ada isu seperti Najib dan ucapannya juga tidak berbentuk provokasi kepada sesiapa. Maka, tiada keperluan mempamerkan plakad seperti itu.
Malah dengan mempamerkan plakad tersebut, selain menunjukkan “kebodohan”  sendiri, mereka secara tidak langsung menyerlahkan ketidakupayaan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa di Selangor, jauh sekali untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan dalam PRU 14 akan datang. (SH 31/10/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:42 pm
Subscribe
Notify of
guest

40 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
unggu
unggu
1 November 2016 4:27 pm

Apa nak hairan ,itulah saja mentality adun BN.

Anonymous
Anonymous
1 November 2016 7:50 am

BN poyo

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 9:48 pm

Itu jer lah Adun Umno mampu buat. Gaji berpuluh-puluh ribu kerja angkat plakad jer..

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 10:30 pm
Reply to  Anonymous

Gaji puluh2 ribu, dedak berjuta juta bro..

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 11:45 pm
Reply to  Anonymous

Ko tak paham ka apa ditulis di plakad tu beritahu tak kan keluar kan tak mcm berok2 yg ko rang lantik tu.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 11:47 pm
Reply to  Anonymous

Gaji puluh2 ribu, dedak berjuta juta bro.. sama ja ko juga yg terkejut baru sada rupa2nya dia rang nak kayakan diri sendiri, bagus sekrg krgnya ko faham skrg.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 9:45 pm

Kenapa Adun Umno nak keluar Dewan? Tak ada sebab depa nak keluar dewan. Ucapan Azmin bukannya dengan ucapan menyindir dan memperli macam ucapan yang lagi sorang tu. Kebas duit dari perbendaharaan berbilion-berbilion, buat tahi hutang berpuluh-puluh bilion, ada hati nak nak menghina pemimpin terdahulu yang banyak berjasa kepada negara. Bak kata Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku, '..dasar jantan tak tahu malu, setelah harta negara kau kikis, jasa pemimpin dahulu kau cuba nak kambus pula, sudah! pergi kau tonton filem wolf of wall street, buat apa kau terhegeh-hegeh tabur dedak lagi di sini..'

Anonymous
Anonymous
1 November 2016 6:37 am
Reply to  Anonymous

hehehe
aku dpt bayangkan
dlm bentuk hitam putih pulak tu

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 6:10 pm

Hidup selangor
Tumbang dan hancurkan bn umno di kedah. Johor. Sabah. Terengganu. Melaka. Negeri9. Perak. Pahang
Musnakan. Lenyapkan..sejarah umno.bn

Keris pahang

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 11:41 pm
Reply to  Anonymous

Mcm mana tu keris pahang sdgkan pembangkang tak bekerjasama, ko boleh mimpi dgn angan2 ciptaan ko dan geng2 ko sendiri.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 4:46 pm

kalau Azmin boros dan bentang bajet sendiwara.. dan bini azmin dapat peruntukkan .. memang kena lah dengan plakad.

Sebab azmin ikut apa yang Najib buat.

Lagi pun ada ke speaker halau adun BN semasa sidang ?

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 4:32 pm

Biasa la pru14 besok turun la sikit rega tu dan dah bersediakah msh silap mata ka esok2 ngadap Najib lagi. Parti carba merba nak lawan parti yg sudah terbukti berjasa pada rakyat …. main lagi lagi la rekod buruk 1mdb & 2.6 mcm duit awak semua kena curi … tak reti nak bandingkan 50 bilion / 2.6 bilion ( pun gossip/tohmahan cerita dongeng) lwn dgn yg betul2 kroni2 ratusan bilion campur lagi ratusan bilion hilang masa 22 tahun tu.

Tajul
Tajul
31 October 2016 5:27 pm
Reply to  Anonymous

Penjilat kahak memang modalnya itu je pusing2 mcm anon 0032 ni.

"Parti terbukti berjasa"

Nak termuntah aku mendengarnya

Padahal kot iya pun sehingga 10 tahun lepas.

Skg ni mcm Haramjadah adalah.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 11:39 pm
Reply to  Anonymous

Yesssss…….Mr Tajul !!!

Odin
Odin
31 October 2016 4:19 pm

Adun dan ahli parlimen BN memang tidak bijaksana menilai situasi dengan tindakan. Sudah tidak waras seperti badut sarkas rupanya. Entah la jika terus diberi undi lagi pru akan datang.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 3:22 pm

Bgus la pak botak dgn isteri dia skrng pegi ke ngara zhou tong xia harga minyak naik 15 sen

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 3:26 pm
Reply to  Anonymous

Memang haram jadah !!

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 10:28 pm
Reply to  Anonymous

Do the math, mana paling tinggi kenaikannya..petrol 15sen, br1m rm200? Cipan punya PM

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 11:43 pm
Reply to  Anonymous

Tangan kanan MEMBERI……tangan kiri MENGAUT.
Tapi kaut LEBIH dari yg diberi.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 3:12 pm

Undi lah lagi dacing nanti kalau nak terus diperbahlolkan oleh bn

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 3:03 pm

Tuan Shah….
Apa yg nak dibanggakan dgn pemimpin yg GAGAL jaga wang amanah rakyat??

Hanya pemimpin yg LEMAH saja yg tak boleh kita harapkan utk jaga wang rakyat dan amanah negara.

Di saat kos sara hidup rakyat semakin terhimpit susah….semua barang naik….tetiba duit rakyat boleh hilang lesap dirembat oleh invisible penyamun.

Kalau dah wang rakyat pun boleh lesap dgn tak ada sebab musabab jawapan yg tepat dan pasti……di mana kita nak letak kepercayaan kita???

Jadi tak menghairankan langsung kalau ada segolongan ahli2 kabinet kayu yg bersikap macam budak2 tadika….dah tua pun bertindak bangang. Tu namanya tua kutuk.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:42 pm

Menunjukkan mereka menjalankan tugas biar pun byk donggeng didondangkan .. dondang syg … tak macam Belanjawan 2017 diarah oleh tangan ghaip mcm lembu dicucuk hidung suruh mkn berak telah pun berak …. patut dgr sampai … baru betul menjalankan tugas yg diamanahkan …. esok2 tak tahu tapi dah diberitahu, jadi lah lagu arwah Ali Mamak dipanggil pekak … pekak la badak. .. jgn pulak nak marah2. Betul tak … betul kan … dah la mcm budak2 awak ni semua nak saya sekolah lagi.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:18 pm

selangor patut mnjalnkn rnd untk mnjadi lbih olid dlm mnjana kekayaan.mula2 dgn bidng murh ykni pmbngunan software enjin netwrk krn potensinya untk mnjana pendapatan lumayn.klu slngr mpunyai 100 pakr brknaan ,pndptn slngr akn brtmbh lumayn.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:03 pm
Reply to  Anonymous

Komen ini kita mahukan bukan melolong menyalak.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:15 pm

Itu namanya pesakit mental mcm kluar dari rumah sakit jiwa.yg hormat dewan tu smua penjilat bapak botak tu mcm kluar dari zoo.alahai apa la nk jd kt negara malaya yg trcinta selagi najib pgang.onemedebe dgn 2.6 x boleh disebut dlm parlimen.org barat lg bijak pndai dh tahu skandal tok guru kau satu dunia tahu.tok guru kau yg kau agungkan ingt rakyat bodoh ka.rakyat tahu la.saya tgk senate dewan rakyat kt amerika antara parti gop dgn democrat lagi matang walaupun parti brhaluan liberal dgn konservatif brbeza.semasa era Tun M mmbentang bajet setiap tahun adun bn masa tu xde pamer kad kt… Read more »

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:01 pm
Reply to  Anonymous

Taylor Swift University eloklah tak layak masuk ipta maka masuk la ipts, nasib baik org tua mampu mungkin disebabkan tak ramai boleh la di htr dan nasib baik la tak ptptn atau mara yg beri bantuan. Dah bergaul dgn org tak cebok tu terpaling kena kat muka doktrin daPIG dan hilang maruah sesat apalagi bersyukur bahawa jasa Umno BN lah memberi perbagai kemudahan yg difikir itu tanggungjawab walhal mendapatkan kemudahan melalui pahit getir pimpinan dulu memastikan bantuan dapat disalurkan pada pelajar Melayu tapi akhirnya mengigitkan bagai pepatah Bagai melepaskan anjing yg tersepit.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:05 pm
Reply to  Anonymous

Penjilat detected…

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:10 pm
Reply to  Anonymous

Tu aja kah jilat … pergi tido

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 6:08 pm
Reply to  Anonymous

22.01, kamu tu yang menjilat. Bukan setakat menjilat je, mengelat. Perasan je lebih

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:08 pm

Apa yg ada lagi kebanggaan rakyat malaysia pada ahli parliment atau ahli dun bn sekarang? Mereka semua sudah hilang maruah diri sebagai pejuang dan pembela bangsa malaysia. Akibat harta dunia, mereka hilang maruah diri. Mereka lupa sumpah keramat wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.
Mereka semua jadi orang bodoh yang tidak dapat menentukan mana yang benar dan salah.
Mungkin ini balasan dunia terhadap dosa dosa mereka. Kita rakyat biasa sama sama kita tunggu dan lihat apa akan jadi kepada pengkhianat pengkhianat negara ini.
Insha Allah…..

nordin Abu Bakar
nordin Abu Bakar
31 October 2016 1:24 pm
Reply to  Anonymous

Pru 14 pastikan pembangkang zero di selangor

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:46 pm
Reply to  Anonymous

Nordin Abu Bakar, jika PAS masih dengan 'angin' mereka sekarang silap haribulan UMNO rampas Selangor. Jemaah PAS yang 'wala' (baca taat mengkhinzir buta) kepada Abd Hadi Awang sedang 'berperang' dengan PH. Dari membantu calon PH menang sebaliknya jemaah ini lebih sudu dari kuah daripada UMNO. 10 ahli pembangkang Dewan Selangor tidak bekerja kerana mereka dibantu 'mujahidin Hadi' menghentam dan menjatuhkan PH. Dan mereka sedang hebat bekerjasama, masakan Hadi kerap turun Putrajaya lewat ini jika tidak matlamat 'taawun'nya. Rakyat boleh terus bermimpi untuk menukar kerajaan selagi jemaah 'parti Islam' terasuk jampi Hadi.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:47 pm
Reply to  Anonymous

Dari perspektif lain, "Mungkin ini balasan dunia terhadap dosa dosa rakyat itu sendiri jua."

Pengajaran – jgn diulangi silap lampau…

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 1:50 pm
Reply to  Anonymous

Betul tu pru14 majoriti Melayu memberi sokongan padu pada BN, BN saja la satu2nya parti yg layak mengurus, mentakbir, menyelia segala tugas yg diberi mandat supaya parti2 yg kecewa dgn BN tidak berupaya melawan sebab keputusan rakyat yg matang mempastikan tiada lagi pisang berbuah dua kali. Harap betul apa yg diperkatakan 21:24

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:02 pm
Reply to  Anonymous

Dari segi istilah pun, rakyat mudah diperbodoh…

Mana ada pembangkang memerintah…? Kalau parti pembangkang utk kes federal memerintah di negeri; parti tersebut adalah parti 'pemerintah' di negeri tersebut…

Bodohh…

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:08 pm
Reply to  Anonymous

Yes definitely absolute double triple correct … agak perahsantan kot. Apanama pemerintah negeri yg dah lama digilap BN …. muka tak malu.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:21 pm
Reply to  Anonymous

21:08
Siapa yg duduk sampai habis & siapa duduk sekerat jalan nak cakap ….
Mereka lupa sumpah keramat wakil rakyat berkhidmat untuk rakyat.
Awak mimpi ka ilusi ka angan ka deman. Ini lah wakil yg kita mahukan baru berbaloi, ini monyek2 dilantik. Kalu daPIG tak pe la atau mmg semua dah menjadi penjilat tegar tak cebok pun jilat lagi.

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:33 pm
Reply to  Anonymous

Anon 22:21,

Belajar dulu perjalananan mesyuarat dewan…

Bila tgh bentang; yg boleh adalah 'mencelah'. Itu pun atas budi bicara si pembentang berikan laluan utk mencelah. Bknnya terus berbahas time orang tgh bentang…

Ada slot khusus utk membahaskan pembentangan…

Tak de hal pun, time pembentangan sekiranya semua lari keluar. Setakat nak tahu apa yg dibentangkan; ada hardcopy bertulis utk sesiapa pun study balik dan kemukakan perbahasan…

Bodohh… tp nk tunjuk pandai…

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:47 pm
Reply to  Anonymous

Cth utk Anon 22:21,
…di mana apa yg disebutkan dlm pembentangan, TAK TALLY dgn laporan pembentangan hardcopy… Utk kes yg begini, lagi lah bangang tahap cipan namanya…!

"Najib dalam ucapannya menyebut SKMM akan membelanjakan RM1 bilion untuk menaik taraf liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara sedangkan dalam anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimeda yang menaungi SKMM, hanya RM57.5 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan untuk projek jalur lebar."

Anonymous
Anonymous
31 October 2016 2:49 pm
Reply to  Anonymous

Tak habis2 rakyat kena kencing…

Bodoh teramat si rakyat Msia ni kot…