Month: October 2016

ADUN2 BN SELANGOR HANYA TAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!!

Untuk menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis “Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat” selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017. Sesiapa pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN […]

IMDB TERNYATA LEBIH KEBAL BERBANDING IMUNITI AHLI2 PARLIMEN

Petang ini bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu. Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi […]

PAS BAKAL KECEWA LAGI…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Dewan Rakyat sessi ini mungkin tidak cukup masa untuk pembentangan kali kedua usul persendirian Akta 355 oleh Presiden Pas, Hadi Awang. Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Cina, beliau memberitahu, Dewan Rakyat hanya mempunyai baki dua hari selepas perbahasan […]

KENAPA PERLU TERLONCAT GEMBIRA, KHAIRUDDIN BUKANNYA MASUK UMNO PUN?

Apabila Khairuddin Abu Hassan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang dikenali mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad mengambil keputusan keluar dari PPBM atas alasan untuk memberi tumpuan kepada beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya, ada pemimpin UMNO yang tiba-tiba terloncat kegembiraan. Mereka terus membuat kesimpulan bahawa PPBM tiada masa depan, sedang berpecah […]

DEDAH RAHSIA KERAJAAN, MUNGKINKAH TIGA BEKAS MENTERI HILANG KELAYAKAN BERTANDING PRU 14 NANTI?

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pihak polis akan mengambil keterangan dalam sehari dua ini daripada tiga bekas anggota kabinet yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan dalam ucapan di Parlimen, baru-baru ini. Tiga anggota kabinet tersebut ialah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah. Katanya, siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi atau […]

ALAHAI, KESIANNYA….

Sebagaimana maklumat daripada laman Facebook dan Twitter Najib Razak sendiri, semalam belau dilaporkan menerima kunjungan sekumpulan imam dan pelajar tahfiz di pejabatnya. Tetapi, plakad bertulisan apa yang mereka pegang itu? Cuba kita besarkan satu persatu gambar-gambar mereka agar lebih jelas gambaran atau tulisaa yang ada pada plakad tersebut. Hehehe…mereka menyokong Najib rupanya!!  Hahaha…yang memuji Bajet […]

DAHULU DAN SEKARANG MEMANG JAUH BERBEZA!!

Dalam satu posting di blognya yang ternampak sedikit emosi yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Najib Razak berkata, perjuangan dahulu dan sekarang adalah berbeza. Katanya, perjuangan dahulu ialah memperjuangkan kemerdekaan, manakala sekarang pula membangunkan negara. Memang tidak dinafikan bahawa banyak bezanya antara Tun Mahathir dahulu dengan Najib yang ada sekarang. Ini adalah antara […]

ANTARA NAJIB DAN TIGA BEKAS MENTERI, SIAPA YANG DULU KENA?

Ada dua perkara yang berlaku di Parlimen hari ini (Khamis):- Pertama, usul untuk merujuk Najib Razak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan mengelirukan Parlimen berkaitan ucapan Bajet 2017 yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. Usul yang dikemukakan oleh seorang wakil DAP  itu mendakwa beberapa pengumuman yang dibaca oleh Najib dalam ucapan bajetnya tidak […]

KENAPA 1MDB PAYAH SANGAT NAK CARI JURUAUDIT?

Pernahkah kita mendengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan sebelum ini yang juruauditnya bertukar ganti sampai tiga kali? Kemudian, pernahkah juga kita dengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan yang begitu sukar untuk mendapatkan juruaudit baru sebagai pengganti? Kenapa hanya 1MDB yang ditimpa masalah begitu? Masihkah lagi kita mahu percaya bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan […]

ROSMAH LEBIH JUJUR BERBANDING NAJIB?

Sejak nama Malaysian Official 1 disebut dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman AS dan individu yang dikaitkan dengan gelaran itu juga tidak sukar untuk difahami identitinya, apa yang ditunggu-tunggu ialah pengakuan jujur dan ikhlas daripada orang yang dinamakan itu. Meskipun Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 atau MO1 adalah Najib Razak, tetapi sehingga […]

SOMBONGNYA "BAKAL PM" NI!!

Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak boleh ditegur sama-sekali, baik oleh orang luar mahupun pemimpin dalam parti itu sendiri. Kalau teguran pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh yang banyak berjasa dan pengalaman pun, ada pemimpin UMNO yang kononnya merupakan “calon bakal Perdana Menteri di masa depan” mengatakan, “jangan dilayan teguran itu”, siapa lagi yang boleh memberi pandangan? […]

SARANAN "BIJAK" SEORANG KJ

Kontrak penganjuran Fomula 1 di Litar Sepang adalah sehingga 2018 dan ketika nasib perlumbaan itu dijangka diputuskan pada minggu depan berikutan kemerosotan jualan tiket yang mendadak sejak 2014 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pantas menyarankan agar perlumbaan itu segera diberhentikan. Saya rasa kita perlu berhenti menganjurkan perlumbaan Formula 1, sekurang-kurangnya untuk sementara […]

SOALAN2 YANG TERLEWAT DARI HUSNI

Ramai orang nampaknya amat teruja dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkaitan 1MDB ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen semalam, meskipun sebahagian pertanyaan itu sebenarnya adalah biasa-biasa saja. Misalnya, soalan  mengapa 1MDB ditubuhkan, pakcik saya yang hanya seorang guru pencen sudah menanyakan soalan itu kepada saya kira-kira lebih setahun yang […]

AHLI2 PARLIMEN BN JAUH LEBIH MEMALUKAN

Bukan saja Najib Razak tidak hadir, malah majoriti Ahli-Ahli Parlimen BN tidak berada di dalam dewan ketika Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapannya membahaskan Bajet 2017. Bahkan jika diimbas, tidak seperti menteri-menteri kewangan  sebelum ini, Najib diketahui umum sejak dulu memang jarang benar meluangkan masa mendengar ucapan wakil-wakil parti pembangkang berkaitan belanjawan. […]

TUAN IBRAHIM SAJAKAH DALAM PAS YANG SEDAR BAHAYANYA NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kemungkinan besar kadar cukai GST akan mengalami kenaikan jika kerajaan UMNO dan BN terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang. Keadaan ini, tambah beliau, tidak mustahil akan berlaku sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar. Sekiranya jangkaan hasil tidak menepati […]

ZAHID TIDAK DIPERCAYAI, HISHAM KURANG DIYAKINI, KJ DIPROJEK PENGGANTI TERKINI?

Salah satu perkara yang menjadi perbualan ramai dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Najib Razak Jumaat lalu ialah TN50 atau Transformasi Tahun 2050 yang secara jelasnya akan memadam Wawasan 2020 yang merupakan ilham Tun Mahathir Mohamad. Dalam ucapan belanjawannya itu, Najib berkata, TN50 adalah azimat dan harapan masa kini untuk menggantikan Wawasan 2020 yang harus dibiarkan […]

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS HARUS DILUPAKAN UNTUK AGENDA PERUBAHAN

Berdasarkan lenggok gaya Pas kebelakangan ini, khususnya kenyataan Mursyidul Am, Hashim Jasin yang menolak sebarang bentuk bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak serta ketegasan enggan menyertai Bersih 5 sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan, parti itu sebenarnya sudah boleh dilupakan terus oleh rakan-rakan pembangkang yang lain. Jika bekerjasama menjatuhkan kerajaan tidak mahu, berpakat menyingkirkan […]

BAJET 2017 OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!

Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti. Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan […]

"KEBANGGAAN" BAJET 2017 – HAPUS WAWASAN 2020 LEGASI TUN M, NAJIB ANJAK 30 TAHUN LAGI MAJUKAN MALAYSIA

Tanyalah siapa saja, rata-rata mengatakan Bajet 2017 yang dibentangkan Najib Razak semalam paling tidak menarik sekali. Tiada apa-apa yang luar biasa yang ditawarkan, walaupun seperti banyak gula-gula, semuanya hanya ala kadar dan biasa-biasa saja. Ramai juga yang tidak mahu berbicara mengenainya, malah mengatakan tidak mustahil nanti akan dirombak semula seperti tahun lalu atau mungkin banyak […]