Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APA AGAKNYA KATA HATI "GEOBBELS KECIL" TERHADAP NOH OMAR?

Pada hari yang sama ketika Abdul Rahman Dahlan menyatakan bahawa rakyat Jerman tersinggung dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad menyamakan menteri-menteri yang gemar mempertahankan Najib Razak dengan Joseph Geobbels, Menteri Propadanda era Hitler, seorang lagi menteri, Noh Omar terus keliru mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1 atau MO1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS.
Selepas agak  “blur” dan terdiam seketika dengan soalan wartawan mengenai perkara itu sehingga pertanyaan diulang sekali lagi, Noh kemudian berkata, “Saya pun tak tahu siapa MO1, itu awak kena tanya Jabatan Kehakiman AS.”
Sebelum ini, Abdul Rahman yang namanya turut disebut dalam blog Tun Mahathir sebagai antara “Geobbels kecil” dalam era kepimpinan Najib, pernah menyatakan bahawa hanya “orang bodoh” saja yang tidak kenal siapa MO1.
Dalam temubual dengan sebuah media antarabangsa kemudiannya,  Abdul Rahman secara terus-terang menyebut MO1 ialah Najib.
Apa agaknya kata hati Abdul Rahman terhadap Noh yang masih tidak pasti siapa MO1 itu?
Apakah beliau merasakan dirinya “lebih pandai” atau Noh Omar “lebih bodoh”  daripadanya, walaupun sama-sama memegang jawatan menteri di bawah Najib?  (SH 30/09/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
21
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x