Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ADNAN YAAKOB SECARA TERSIRAT MAHU SEPENGGAL LAGI SEBAGAI MB PAHANG

Sehari selepas menunjukkan aksi pelik menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kaki bagi membuktikan dirinya benar-benar sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob kemudian “membayangkan” tidak mahu bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang.
Berucap di mesyuarat perwakilan UMNO Ketereh, Kelantan semalam, Adnan berkata, hasrat itu dibuat kerana beliau sudah  berkecimpung dalam politik agak lama iaitu lebih daripada 30 tahun.
Bagaimanapun, kata Adnan lagi, setakat ini beliau melihat belum ada calon yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar Pahang.
Wayang apa pulak Tok Nan ni?
Kata nak bersara, tapi beritahu tiada pengganti sesuai dalam waktu yang sama. Tak pelik ke?
Nak bersara…bersara sajalah!!
Maknanya, dalam kata tak mahu bertanding dan memberitahu sudah 30 tahun berkecimpung dalam politik, Adnan juga sebenarnya sedang memohon pertimbangan Najib agar diberi peluang bertanding lagi dengan harapan dapat terus kekal sebagai  Menteri Besar.
Tiada calon yang sesuai, bermakna Adnan merasakan hanya beliau saja yang sesuai dan itulah yang sedang cuba mahu diberitahunya kepada “orang”  di Seri Perdana dan mudah-mudahan mendapat perkenan juga dari Istana Pahang.
Melopong lagilah Shakar Shamsuddin yang khabarnya dah lama berangan-angan dan lobi sana sini nak jadi Menteri Besar Pahang. (SH 10/09/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

23 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
23
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x