Month: September 2016

MENYINGKIRKAN NAJIB SEBELUM PRU 14 TIDAK SEHARUSNYA DIBANGKITKAN LAGI

Sehari dua ini timbul kembali isu berkaitan penyingkiran Perdana Menteri sebelum PRU 14 dan kuasa Yang Dipertuan Agong berkaitan perkara tersebut. Ia bermula apabila seorang peguam yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, Hanif Khatri Abdulla dalam sebuah forum nenyatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Beliau menyimpulkan bahawa sebagaimana Agong mempunyai kuasa untuk melantik, […]

APA AGAKNYA KATA HATI "GEOBBELS KECIL" TERHADAP NOH OMAR?

Pada hari yang sama ketika Abdul Rahman Dahlan menyatakan bahawa rakyat Jerman tersinggung dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad menyamakan menteri-menteri yang gemar mempertahankan Najib Razak dengan Joseph Geobbels, Menteri Propadanda era Hitler, seorang lagi menteri, Noh Omar terus keliru mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1 atau MO1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS. […]

RAHMAN DAHLAN, MENTERI JERMAN?

Agak menggelikan hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, salah seorang menteri propaganda Najib Razak menyatakan bahawa persamaan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad antara Joseph Goebbels dengan mereka yang selalu mempertahankan Perdana Menteri sebagai  menyinggung perasaan Jerman. Kata Abdul Rahman, kritikan Tun Mahathir tentang persamaan itu menyinggung perasaan Jerman, lebih-lebih lagi […]

PRU 14 DIAWALKAN?

Di Berlin semalam, menurut laporan agensi berita Reuters, Najib Razak dilapor menyatakan tiada perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal sehingga tarikh akhirnya pada 2018. Katanya, sebarang keputusan untuk mengadakan pilihanraya tidak sepatutnya dibuat berdasarkan sesuatu faktor tertentu. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Najib membetulkan laporan tersebut yang dianggap tidak tepat. Dalam penjelasannya kepada Bernama, Najib berkata, […]

GEMBIRANYA PENYOKONG HISHAMMUDDIN DENGAN KELEMAHAN ZAHID HAMIDI, TAPI…

Sekali nampak macam kebetulan, dua kali diperhatikan seperti sudah bermulanya suatu gerakan. Itulah yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dalam sehari dua ini. Mula-mula heboh diperkatakan mengenai ketidakfasihan sebutannya ketika berucap dalam bahasa Inggeris di Perhimpunan Agung PBB di New York. Di media sosial, ramai yang memperkatakan perkara itu dan tidak kurang […]

SEMUA SENADA UNTUK NEGARA

Jika semua ini berjalan mengikut apa yang dirancang, sudah tentu ia merupakan berita baik untuk kita semua. Pada 1 Oktober, Muhyiddin Yassin akan berada sepentas dengan pemimpin-pemimpin Pas dalam satu program ceramah di Pekan Kemasik, Kemaman, Terengganu. Ini adalah program julung kali antara PPBM dengan Pas di sebalik ketidaktentuan pendirian parti itu sejak kebelakangan ini. […]

MEMANG DAH "NAMPAK BODOH" PUN!!

Pemuda UMNO akhirnya membuat keputusan membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis terhadap dua “tauke Cina” yang didakwa terlibat membiayai gerakan mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak yang ditunjangi oleh Tun Mahathir Mohamad. Pembatalan dibuat dikatakan untuk mengelakkan Pemuda UMNO nampak “bodoh” berikutan maklumat mengenai perkara itu didapati tidak sahih. Pemuda UMNO juga mengesahkan maklumat yang […]

ALAMAKKK….NAMA PAK LAH PUN TERBABIT JUGA!!

Ada dua persoalan utama timbul berikutan laporan terbaru oleh Free Malaysia Malaysia berkaitan sijil halal kedua yang mahu dikeluarkan oleh Risda dengan dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia atau Ikiam. – Ikiam adalah sebuah NGO yang dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Ikiam dipengerusikan oleh Zahidi Zainul Abidin yang juga […]

CERITA DONGENG DEDAK MURAHAN

Di alam maya ketika ini bertebaran cerita mengenai Tun Mahathir Mohamad kononnya mahu berdamai dengan Najib Razak. Daripada blog, FB dan grup Whatsapp, cerita berkenaan terus berpanjangan disebarkan tanpa hentinya. Dalam cerita itu, Tun Mahathir dikisahkan memilih untuk berdamai kerana telah menemui jalan buntu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, selain timbulnya beberapa isu perpecahan dan berebut […]

TIDAK BOLEHKAH SPR MEMPERLIHATKAN DIRINYA BENAR BEBAS DAN BERKECUALI?

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPR adalah sebuah badan bebas. Kerja mereka ialah menguruskan perjalanan pilihanraya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya Antara perkara lain berkaitan pilihanraya yang menjadi tugas SPR ialah mendaftar pengundi dan melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen dan juga DUN. Berbanding menguruskan perjalanan pilihanraya atau melakukan pendaftaran pemilih, melakukan persempadanan atau melukis semula […]

JANGAN TAK TAHU, NAJIB PUN NAK MERASA JADI PERDANA MENTERI 22 TAHUN JUGAK!!

Satu demi satu pemimpin UMNO tampil membidas cadangan Mukhriz Mahathir berkenaan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri hanya untuk dua penggal saja. Mula-mula Hishammuddin Hussein membangkitkan persoalan mengapa Mukhriz tidak melontarkan idea itu ketika bapanya sedang berkuasa dahulu, tanpa beliau sedar bahawa bekas Menteri Besar Kedah itu sebenarnya hanya aktif dalam politik setelah Tun Mahathir berundur sebagai […]

APAKAH SIJIL HALAL JAKIM TIDAK CUKUP HALAL?

Satu lagi cerita “karut” daripada Risda.  Dulu cerita “karut”  Risda ialah nak tanam dan eksport ketum ke luar negara, kali ini Risda dengan kerjasama Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia atau Ikiam  “mengarut”  lagi dengan mahu mengeluarkan satu lagi logo halal baru. Logo halal yang mahu dikeluarkan Risda dengan kerjasama Ikiam  ini ialah khas untuk produk […]

NAK LAWAN CARA MANA NI USTAZ, DUA PENJURU ATAU TIGA PENJURU?

Sabar dulu…jangan cepat gembira dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi ini. Dalam kenyataannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Pas tidak sesekali akan bergabung dengan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang, malah telah menetapkan pendirian akan bertanding di mana-mana kerusi yang ditandinginya. Sekali baca memang nampak cantik kenyataan itu, tetapi apakah maksud sebenar […]

CAMNO NAK JADI PM?

Calon bakal Perdana Menteri, Hishammuddin Hussein nampaknya tidak setuju dengan cadangan Mukhriz Mahathir yang mengatakan jika PPBM bersama Pakatan Harapan memenangi PRU 14 akan datang, tempoh perkhidmatan Perdana Menteri akan dihadkan kepada dua penggal saja. Kata beliau, cadangan tersebut tidak berasas dan boleh dipersoalkan kewajaran Mukhriz mengemukakannya. “Dia (Mukhriz) kena jawab balik kenapa ayahnya memerintah […]

AYO PA…AYO MA…

Ayo Pa…ini kali banyak tinggi Tan Sri angkat sama itu Najib Razak. Ayo Ma…ini betul-betul “baeek”  punya angkat…10 tahun lagi bukan saja boleh lawan sama itu Tun Mahathir…sudah jadi macam Mahatma Ghandi jugak. Jangan tinggi  sangatlah angkat Tan Sri…lagi tinggi, nanti jatuh kalu…lagi sakit.  Lagi satu, jangan selalu angkat tinggi-tinggi sama Najib, nanti Salleh Said […]

NAJIB – ZAHID MULA BERMASALAH?

Dalam UMNO ketika ini, bukanlah rahsia lagi mengenai hubungan Najib Razak dengan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan bermasalah dan mula renggang. Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin adalah bertujuan membantu parti dan kerajaan, tetapi dengan masalah membelenggu Najib terus bertambah parah, para penyokongnya mula “berkicau” merata-rata  menyarankan adalah lebih baik […]

BERUANG DAN ANGGUR MASAM

Ada suatu cerita dahulu kala yang banyak dikisahkan zaman berzaman mengenai seekor beruang dan buah anggur. Cerita ini berlaku dalam sebuah hutan. Ketika berjalan-jalan, beruang tiba-tiba terpandang buah anggur yang sedang ranum dari sebatang pohon. Buahnya yang kemerah-merahan itu segera menggamit seleranya. Keinginan untuk memetik buah anggur itu dan memasukkan ke dalam mulutnya seperti tidak […]

MANA SATU YANG BETUL ATAUKAH NAJIB CUBA DIMALUKAN PMO?

Sejak lewat petang semalam telah tersiar berita di media dan portal dalam talian mengenai kenyataan Najib Razak berhubung pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertuan Agong berkaitan Deklarasi Rakyat. Dalam kenyataan media itu, Najib memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong hanya mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi tidak boleh mencampurinya. Ini kerana, menurut […]

NURUL NUHA YANG PERLU DICONTOHI

Sesuai dengan keinginan banyak pihak agar isu maaf antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim tidak lagi diungkit dan diperbesarkan, perkara tersebutlah  yang kini diambil secara positif oleh keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Nurul Nuha Anwar yang sebelum ini mahu Tun Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada bapanya berhubung peristiwa 1998, akhirnya turut sama-sama […]

EHHH…KENAPA ROSMAH TOLAK PULAK??

Mula-mula dikeluarkan kenyataan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Alias Ahmad dan dilaporkan oleh Bernama bahawa Rosmah Mansor akan menerima anugerah “Lead by Example”  oleh Unesco atas sumbangannya membangunkan potensi kanak-kanak melalui program Permata pada 22 September ini di New York. Tetapi semalam, anugerah itu diberitakan ditarik balik oleh Unesco berikutan timbulnya keraguan mengenai dana yang diterima Permata […]