SAMANLAH MUHYIDDIN DAN GANI PATAIL, BARU BUKTI BOLEH DITUNJUKKAN!!

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mahu pendahulunya, Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti jika benar dalam akaun bank Najib Razak sudah menerima kemasukan wang kira-kira RM1,000 juta sebelum wujudnya kontroversi RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma daripada anak Raja Arab.
Kata beliau, Muhyiddin tidak wajar membuat dakwaan yang hanya berdasarkan khabar angin.
“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh Perdana Menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti,” kata Zahid lagi.
Dalam hal ini, Zahid seharusnya sedar bahawa Muhyiddin tidak membuat dakwaan tersebut berdasarkan khabar angin di kaki-kaki lima, tetapi jelas menyebutnya bahawa setelah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail yang merupakan Peguam Negara ketika itu.
Bukti itu sekarang sama ada dalam simpanan Gani Patail atau salinannya turut ada pada Muhyiddin.
Tetapi, sebelum Zahid mahu meminta Muhyiddin menunjukkan bukti, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional juga sepatutnya sedar mengenai wujudnya Akta Bank dan Institusi Kewangan atau BAFIA yang menghalang maklumat perbankan seseorang didedahkan kepada umum.
Jika Muhyiddin mendedahkannya, belum pun kebenarannya dakwaanya itu disiasat, sudah pasti kesalahannya dibawah BAFIA akan diambil tindakan terlebih dahulu.
Maknanya, jika pun Muhyiddin mendedahkan bukti tersebut sebagai memenuhi permintaan Zahid, ia tidak memberi makna apa-apa kepada kebenaran yang ingin diketahui.
Sesuai sebagaimana kata Muhyiddin semalam bahawa maklumat mengenai wang RM1,000 juta itu ditunjukkan sendiri oleh Gani Patail kepadanya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan ialah Najib sendiri seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua mereka itu.
Hanya dengan keberanian Najib menyaman Muhyiddin dan Gani Patail saja, barulah kebenaran atau maklumat bank mengenai wang RM1,000 juta itu dapat didedahkan serta diketahui kebenarannya.
Soalnya, beranikah Najib?
Jika Najib tidak berani, apa kata Zahid sendiri atau mana-mana penyokongnya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin dan Gani Patail berkaitan kebenaran dakwaan wang RM1,000 juta itu.
Mana tahu, ia juga boleh menjadi laluan lebih cepat untuk Zahid menjadi Perdana Menteri mengggantikan tempat Najib? (SH 29/08/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:41 pm

59
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
HahaAzfaz SolfliezTajulSAM72Anonymous Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Haha
Guest
Haha
SAM72
Guest
SAM72

Sekarang aku pulak nak tanya. Kenapa Muhyiddin kata Ghani Patail ada bukti tentang akaun Najib ada rm 1 billion? Kalau ada kenapa Ghani seorang bekas Peguam Negara tidak menyerahkan bukti tersebut kepada pihak SPRM? Kenapa Muhyiddin canang cerita ke hulu ke hilir bercakap isu ini tetapi dia sendiri tidak arahkan Ghani menghantar bukti tersebut kepada pihak berwajib? Takkan le Ghani seorang pengamal undang-undang tidak tahu akan prosidur tersebut? Yang cakap Muhyiddin boleh percaya pulak, kenapa?

Tajul
Guest
Tajul

Draf pendakwaan dh disiapkn tinggal nk finalizekn je. SPRM & Bank Negara dh provide kjasama (SPRM yg provide info pd dia sbb dia AG & bukan sebaliknya) sebelum dia diblocked drp masuk Opis isnin pagi tu dek Ali Hamsa. Info tu dia maklumkn pd muhyidin dan muhyidin tanya sendiri pd najip DAN NAJIB SENDIRI YG SAHKAN MEMANG ADA DUIT MASUK DLM JUMLAH YG BYK DLM AKAUN PERSONAL DIA. Sebab menanya tu la dia pun kena buang dek najip. Satu dunia dh tau cerita (sorry bukan cerita tp FACT) ni. Kau kalau dah BODOH NAK MAMPOS BAIK DUDUK DIAM2 JE KUNYAH… Read more »

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Encik tajul…anda pernah jumpa atau bersemuka dgn muhyidin atau najib sendiri ke sampai anda tahu cerita sebenar.anda hanya tahu dari cerita org lain atau cerita tu anda sendiri yg menciptanya.berapa ramai melayu gila dan bodoh spt anda dinegara ini?sedangkan muhyidin tak kenal langsung dgn anda..anda spt tahu segalanya tindakan mereka.membuat pernyataan sekadar nak memuaskan hati .siapa salah siapa benar biar org yg berkewajipan membuat tindakan..akhir sekali apapun perancancangan manusia ..Allah swt maha mengetahui.jadi jgn lah membuat pernyataan sebegitu yg mencerminkan akhlak anda dan bangsa anda

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid.. jangan malukan orang jawa.

Tunjukkan yang Jawa tak macam orang yang mengaku panglima bugis…pengecut…

Tolong bagitahu kat Bos yg bugis tu… hari ni Hari Selasa… bila nak saman WSJ?

Anonymous
Guest
Anonymous

TSMY dah keluar kenyataan. Apa lagi..? Silalah buat laporan polis dan saman sekiranya kenyataan itu tidak benar. Tidak perlu menyalak keliling Malaysia. Berani kerana benar, takut macam pahlawan bugis

Anonymous
Guest
Anonymous

bende ni boleh settle sekiranya Pok Jib bersumpah laknat …ada berani

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukti haram jadah apa nak tunjuk kalau semua dokumen disembunyi bawah OSA!!!. Haram jadah betul puak puak perasuah dalam UMNO BN ni!

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuduhan Rafizi yang kurang serius, berani Panglima Bugis tu saman. Tuduhan lebih serius dan maha kronik oleh TS Mahyuddin Yassin ni tak kan nak biar saja kot? Atau memang Pahlawan Bugis sah tak ada teloq atau teloq cuma sebelah???

Anonymous
Guest
Anonymous

Haa! Klu takut nak saman WSJ dan media kat Amerika yang PM Najib dakwa fitnah belaka, yang dalam negara ni pun nak kecut telor juga ke? Sama sama kita tengok. Klu PM Najib dan UMNO BN tak juga saman, faham faham saja laa ke mana duit berbilion 1MDB tu hilang!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketika DS Zahid mempertahankan DS Najib dalam isu derma dengan mengatakan bahawa dia sendiri bertemu dengan penderma tersebut dan melihat sendiri cheque derma tersebut, ada dia bagi bukti?

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid sebenarnya tidak layak jadi TPM atau PM, cara dia berhujah macam golongan pengikut bawahan sahaja. Anak yang mencampuri politik dan dapat Dato yang dipertikaikan tidak dapat dijawab dengan bijak. Ia hanya layak menjadi macai seperti macai Anwar Ibrahim sahaja.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Alahai dimalaysia ini 2orang je yg berani saman iaitu husam musa n the geng yg lain tak ada telor cakap tak serupaa bikin kah kah kah

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid… jangan jadi bacul. Saman TSMY. Baru keluar semua bukti. Kalau saja2 keluar belum lagi bukti tu disiasat, macam2 akta digunakan utk halang bukti disiasat… OSA la, BAFIA la, dsbnya.

Macam la rakyat ni bodoh.

Sekrg dah buka gelangang, kalau ada telorlah si Zahid ni, saman lah biar biar gelangang Mahkamah tentukan.

Hari ni hari Selasa… jangan lupa.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Nak bukti apa lagi,,nak duduk semeja dengan Tun M sahaja dah gementar giler

Anonymous
Guest
Anonymous

ZAHID APA TUNGGU LAGI SAMAN LAH SAMAN LAH

COME ON BRO… U KAN HENSEM MACHO TIGA LINE… CEPATLAH SAMAN.. APA NK TAKUT

U KAN HERO BRO.. TUNJUK KAT NAJIB SIKIT U ADE TELUR YG TIDAK TEMBELANG

CEPAT BRO ZAHID .. SAMAN

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju dengan 07:51.Zahid Komedi sama macam bos dia,…tak ada teloq.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Contoh manusia jahat yg tidak berpelajaran yg suka menggelar bapa yg tak ada kene mengena dgn kerja anaknya.malaysia ini masih ramai bumiputra terutama melayu yg burokk dan membawa kerugian semata mata.makanan mereka yg lazat berupa fitnah umpatan dan kata2 jahil yg mencerminkan pemikiran mereka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ni betul2 malukan bangsa Jawa. Muhyideen buat tuduhan terhadap Najib. Patut Najib yg mintak bukti dan kalau gagal kemuka saman malu terhadap Muhyideen.

Yg jawa bangang ni masuk campur apahal?????? Buat apa Muhyideen nak layan jawa ni???? Yg Muhyideen ckp kena body Najib. Yg jawa bodoh ni busybody apa hal. Patut jawa ni suruh Najib saman Muhyideed. Apa dia bolih buat klau Muhyideen kemuka bukti. Yg dia tahu jilat buntut Najib shj.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Jgn lah mengata2 dan menggelar org begitu..nampak sgt rendahnya nilai tamadun bangsa ini.kenapa tidak buat teguran yg membina atau baiki pemimpin anda.buanglah sifat dengki yg menebal dijiwa itu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Biasalah dengan boss dia pun sama,offer cabar dia dengan pemilihan umno.Sandiwara yang tidak mempunyi massage bagi tontonan Rakyaat,apa yang diluahkan oleh Anon 22:20hr adalah benar,Takut kerana salah.

Fezreen Faizan
Guest
Fezreen Faizan

rahsia kenapa mokmah siku pokjib….laa rupanya pokjib terkentut!������

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid mahu bukti? Jawapan yang di beri kpd pendedak Najib berikut ini boleh jugak di gunakan (di kurangkan sengit nya sikit) untuk menjawab Zahid: “Bodoh sangat le kamu tak tahu apa itu bukti, tak mahu google makna nya, keras kepala asyik jeritkan takda bukti apekebenda. Ini dia makna bukti: Kamus DBP, Bukti: keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda bukti = evidence Oxford English Dictionary, Evidence: 1. clearness, obviousness 2. indication, sign, testimony, facts making for a conclusion 3. information tending to establish fact, statements, proofs admissible as testimony in court 4. serve to indicate, attest Dari apa yang dah keluar… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ketahui lah bahawa ada berbagai jenis bukti dan "hearsay evidence" pun di terima di mahkamah: Types of evidence allowed in court http://www.inbrief.co.uk/court-proceedings/evidence.htm# There are a number of different types of evidence: • Testimony – the oral statement of a witness made on oath in open court and put forward as evidence of the truth of what he or she says. • Real evidence – this is usually a material object of some kind, which is produced for inspection, either to prove that it exists, or so that the court can make an inference as to its condition or value, for… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

06.51 dan 06.56, thank you guys, great effort.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Ckp byk …kata kata mcm pandai..rupa rupanya fitnah rekaan sendiri dan dengar cerita org laen..lps tu sebarkan pd org lain…ramai org2 spt bijakpandai rupanya fasik..membuang masa rakyat..utk apa???penyebar fitnah..pembuat cerita..melalaikan rakyat.perosak bangsa sendiri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Panas…..dah umno bn
Pasti hancur lebur
KERIS

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Waktu pm mahathir lagi berlambak menteri jembalang dalam kerajaan..tak payah lah salahkan umno atau bn .yang jahat tu manusia itu sendiri..yg sibok mengapi ngapi dlm ni apa kau dpt???

Anonymous
Guest
Anonymous

Melayu sama melayu tiada segan silu tindas menindas bangsa sendiri,mungkin bangsa lain malu menindas bangsa sendiri dan tidak sampai hati menindas bangsa melayu.Pemimpin harus ada perasaan malu melakukan kesalahan dan bertanggungjawap kepada semua kesalahan yang telah dilakukan secara tidak sengaja atau berlaku gara-gara tamak haloba

Anonymous
Guest
Anonymous

Parti parti Cina pun ada "menindas" sesama sendiri. DAP tak habis habis menghentam MCA dan Gerakan. Lihat lah apa jadi bila MCA tak hentam DAP sekuat kuat nya. Tak mahu adakan barisan Red Bean yang mengutuk cara DAP Red Bean buat. Nak gentleman, konon. Ha kau, dapat ha nya 7 kerusi Parlimen di PRU13, daripada berpuluhy puluh di masa dulu. Akan hanyut bersama UMNO Najib di PRU14. Melayu tindas menindas ha nya sebab Najib. Dasar dasar nya yang mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, senyapkan DEB, kasi biasiswa kpd kaum terkaya di negara ini. Buang ISA suatu alat yang berkesan bagi… Read more »

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Bongkak..takbur..dan tidak ada sikap

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Tiada peradaban …
Jenayah bodoh ..mencerminkan rosaknya belia akibat jembalang jembalang yang menyerupai pegawai dan pemimpin ..termasuklah mak bapakkk

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Tiada peradaban …
Jenayah bodoh ..mencerminkan rosaknya belia akibat jembalang jembalang yang menyerupai pegawai dan pemimpin ..termasuklah mak bapakkk

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalaulah AG yg bertanya. Atau PDRM yg ambil keterangan TSMY ni.Kenalah jalan ceritanya. SPRM maklum lumpuh.
Buka semula kertas siasatan…. atau akan diadakan team siasatan diraja.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Duit tu digunakan sebaik mungkin alangkah selamatnya kehidupan rakyat utk pendidikan dan pembinaan..bkn utk jembalang yg menyerupai datuk datuk dan tan sri penyeleweng

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Betul tu budin
Zahid saja cabar muhyidin untuk perangkap muhyidin dengan BAFIA. kalau muhyidin gopoh keluarkan bukti maka muhyidin akan diheret kemahkamah.
Muhyidin bercakap dengan jelas bahawa ghani yang tunjukkan bukti. Bererti muhyidin terdedah kepada 2 tindakan saman samada dari ghani atau najib. Muhyidin tidak akan bercakap kosong kerana kesannya amat buruk jika disaman.
Najib sudah tentu tidak berani saman muhyidin, jika saman bererti najib sudah masuk perangkap.
Sudah tentu muhyidin dan ghani akan londeh najib dalam mahkamah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Permasaalahan melayu kini ialah tindakkan demi tindakkan meletakkan sesuatu tidak sesuai ditempatnya.Sepatutnya bangsa melayu berpegang kepada prinsip salah tetap salah dan benar tetap benar. Jika bicara berkenaan bangsa melayu sebagai orang asal pemilik tanah melayu, adakah melayu sesuai menjadi pemimpin apabila bangsa melayu terkenal mengamalkan budaya kleptokrasi, salahguna kuasa dan rasuah? Berbicara tentang agama islam, agama diperkudakan dalam politik, apakah agama itu rendah tarafnya seperti taraf politik.Dimana suara agamawan yang rela bangkit demi salah tetap salah dan benar tetap benar?….sunyi…. Jika bicara tentang media massa, telah diperkuda sesuka hati.siarkan berita ikut citarasa sendiri, berita luar negara disenyapkan. Selagi tidak dinobatkan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jahit komedi meletakkan dirinya sebagai komedian @ komedi sehingga hari ini rakyat marhaen masih menunggu :
1. Bukti gred A
2. Dalang segala tok dalang
3. Bangla sektor 3D
4. Siapa raja arab yang dia jumpa

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Jgn menggelar nama org..nanti anak anak kene bala..sudah lah jd melayu yg tolol dan bahalul

Anonymous
Guest
Anonymous

siapa tak kenal muka muka amno ni
mana ada berani nak tegak kebenaran sebab
masing masing ada yang dah terikat
lagi pun tak da kekuatan sendiri

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Alangkah bergunanya jika umno dan pas dijadikan alat utk memajukan bangsa..jgn mcm mahathir asyik merendahkan bangsa sendiri waktu jd pm..hingga melayu terasa serba rendah..dpt apa mcm tu..dah la jrg keluar dekati rakyat..mahathir tu bukak klinik lg baek jd dr.jrg benar dia keluar waktu jd pm..

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 23.28,Dah nak terdedah dah tahun lepas ,tapi dipecatnya bekas AG dan diganggu nya siasiatan BNM ,SPRM dengan menahan semua pegawai pegawai yang terlibat dalam TASK FORCE siasat 1MDB. Jadi macam mana la nak ketengahkan kes seleweng najib ini kalau dia masih berkuasa ,tak itu pun bodoh tak leh fikir. Kalau mau sangat nak dedah suruh la Menteri menteri dan Najib heret Muhyidin ke mahamah termasuk Gani bekas AG baru betul.Sebenarnya yang dajjal dalam isu ini adalah najib dan menteri menteri yang mahu menutup penyelewengan hanya dengan menipu rakyat, kalau buat report polis nak dedah sure ditangkap seperti kamaruddin dan… Read more »

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Sebenarnya bangsa lain kesian dgn bangsa melayu ini..sesama sendiri menjatuh maruah ..dari kesian akhirnya jadi benci..waktu itu..tiada lg melayu di dunia ini.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Sebenarnya bangsa lain kesian dgn bangsa melayu ini..sesama sendiri menjatuh maruah ..dari kesian akhirnya jadi benci..waktu itu..tiada lg melayu di dunia ini.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Entah2 ini semua upahan utk merosakkan negara

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini wayang bekas bekas pengkhianat durjana anak bangsa. rakyat sendiri tahu sekiranye betul perkara ini apa lagi yang harus ditunggu dedahkan

Permadu
Guest
Permadu

Zahid Hamidi yg kini lebih popular dgn panggilan Zahid Komedi sekali lagi membuat satu persembahan lawak jenaka yg belum pasti boleh melepasi separuh akhir pertandingan maharaja lawak anjuran Astro.

Dulu beria2 benar penyokong kuat Anwar Ibrahim. Lepas itu kena gertak terus tukar pendirian.

Ketika isu Lahad Datu sedang hangat beliau mengumumkan akan mendedahkan ada bukti pembangkang jadi dalang. Sampai sekarang senyap saja.

Pendirian sebenar beliau nilailah sendiri. Kalau semakin ramai orang Melayu tidak percaya kpd perjuangan Umno, pemimpin2 Umno mesti melihat, mengkaji dan menginsafi pelbagai kelemahan serta kedustaan kepimpinan mereka.

Azfaz Solfliez
Guest
Azfaz Solfliez

Itulah punca org melayu cpt burok.tabiat menggelar org..siapa itu pak pandir dan luncai..mitos kebanggaan melayu?sebagai bhn bacaan anak anak…ciss !!pelemah ..seolah tiada tamadun ..bergantung dan menumpang tamadun bangsa lain..kemudian ckp besar

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini la kaliber menteri menteri dalam kebinet kerajaan sekarang,dengan muka tebal dan tak tahu malu dengan terpaksa bersikap tak sedar diri ,kena la juga tonjolkan yang mereka akan mempertahankan Najib lanun aka rosmah semata mata demi habuan dan kedudukan dunia.

Tapi zahid hamidi ini lebih la buruk dan teruk lagi kaliber serta keupayaannya kerana talam dua muka serta langsung tak boleh diharap dari segi amanah nya kerana lebih suka menjadi hipokerates untuk terus hidup dalam politik umno yang sudah busuk dan rosak ini . Umno sungguh malang dan dah tak berguna kerana diwarisi oleh pemimpin pemimpin lemah dan masalah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Oiiii zahid mana tok arab yg derma RM2.6billion tu bawalah dia datang ke Msia.

Kami pun nak tanya dia.
Kami percaya kpd kau zahid sebab kau berpendidikan agama drp sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah agama di klang akhirnya kau masuk ke universiti Malaya pun dlm bidang agama juga.

Kami percaya kpd kau zahid. Orang yg berpendidikan agama tidak akan bercakap bohong sebab kau tahu hukum hakam. Kau tahu halal haram. Mustahil tuhan pun kau nak bohong.

Anonymous
Guest
Anonymous

peluang ds zahid dah terbentang luas untuk jadi MO1. bintang sedang bersinar jangan tunggu sehinnga hujan turun, basah nanti..

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Insya'allah hingga tiba hari kiamat pun tak akan Najib saman Muhyiddin dan Gani Patail oleh kerana di kuartiri terjebak kepada dirinya sendiri…..!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Menteri2 UMNO ni, mana tau etika. Sumer buat kerja semberono ja. Jadi apa2, polis, askar dan jabatan2 gomen akan tolong kowtim.

Sbb tu menteri2, kroni2 dan anak beranak derang pedulik hapa dgn rakyat. Sumer boleh kontrol dan dibodohkan ja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang-orang ni mana ada telur nak saman! Curi duit pandai aje.

Unknown
Guest
Unknown

Ada telor ayam. He he he.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yg aku tahu, org yg menuduh kena tunjukkan bukti dan saksi,,sekiranya gagal,, tak ade ape2 lah, tapi dalam soal perzinaan,, jika org yg menuduh gagal membawa saksi dan bukti,, dia yg kena hukuman. Tmy la yg kena tunjukkan bukti,, kenapa pulak nak tunggu Najib saman, baru nak tunjuk bukti? Rugi masa dan tenaga je. Terus bagi bukti, baru Najib boleh lawan…

Abd Razak
Guest
Abd Razak

Di m'sia …org yg dedahkan maklmt beserta bukti akan dituduh sbg membocorkan mklmt rahsia…sbg cth tengok shj kes rafizi …undang2 rumba betul

Anonymous
Guest
Anonymous

Mangkuk hayun anon 09.08,
Kan orang dah bagi tahu bukti ini dibawah undang2 bafia..kalau sudah disaman baru bolih tunjuk kan bukti kalau tidak jadi kesalahan …mangkuk betul..balik2 sampai cerita khalwat dia!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalo camni, xleh tuduh org gomen rasuah la.. datuk2 tan sri2 tu apasal tangkap dulu?? Patut tunjuk bukti, baru bicara court.