MUJURLAH TUN M YANG KAKI GADUH INI MASIH SUKA UNTUK BERGADUH!!

Najib Razak semalam menyifatkan Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang suka bergaduh dengan ramai orang, bukan saja sepanjang berkuasa selama 22 tahun, bahkan juga setelah tidak lagi memegang kuasa.
Katanya, bekas Perdana Menteri itu sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh, katanya lagi.
Benarkah Tun Mahathir kaki gaduh?
Adakah beliau bergaduh untuk kepentingan dirinya, bagi menyelamatkan negara atau saja-saja suka bergaduh?
Dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein, Tun Mahathir tidaklah bergaduh dalam ertikata yang sebenar, sebaliknya mereka hanya berbeza pendapat dalam beberapa perkara berkaitan pentadbiran negara.
Bagaimanapun Tun Mahathir amat menghormati bekas pemimpin tersebut dan tidaklah sampai menarik kemudahan polis pengiring atau melucutkan jawatan tertentu mereka, meskipun sering dikritik dan ditegur oleh kedua-duanya.
Namun demikian, kalau pun mahu dikatakan kaki gaduh, bukan Tun Mahathir yang kaki gaduh kerana beliau sedang memegang kuasa ketika itu, tetapi kedua-dua pemimpin yang tidak lagi berkuasa itulah yang sebenarnya mahu cari gaduh dengannya.
Jika bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein dikatakan sebagai suatu kesalahan kepada Tun Mahathir sehingga dikatakan kaki gaduh, bermakna Najib juga adalah kaki gaduh apabila bergaduh dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sekarang ini.
Begitu juga, kiranya bergaduh dengan Musa Hitam sebagai suatu kesalahan kepada Tun Mahathir, bagaimana dengan Najib yang juga bergaduh dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin?
Tidakkah ia bermakna Najib juga kaki gaduh?
Selepas tidak lagi berkuasa, Tun Mahathir hanya bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib yang berlarutan sehingga sekarang.
Tetapi, cuba bayangkan bagaimana keadaan negara jika Tun Mahathir tidak bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi?
Apa jadi kepada keadaan negara sekarang ini?
Mungkin jika BN terus menang pilihanraya, Tun Abdullah masih kekal sebagai Perdana Menteri sehingga kini, namun tentulah yang mencaturkan negara ialah budak-budak tingkat 4 saja.
Bolehkah kita membayangkan bagaimana keadaan negara yang dicaturkan oleh anak-anak muda tingkat 4 yang menguasai seorang ketua kerajaan?
Malah, jika tidak bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi, belum tentu juga Najib dapat merasa menjadi Perdana Menteri.
Setidak-tidaknya, Najib seharusnya berterima masih juga kepada Tun Mahathir kerana kesediaannya bergaduh dengan Tun Abdullahlah yang menyebabkannya merasa tinggal dengan segala kemewahan di Seri Perdana dan kemudian dapat pula berkenal-kenalan dengan  anak muda bernama Jho Low yang sekarang terkenal di Amerika itu.
Setelah menjadi Perdana Menteri, apakah suatu kesalahan Tun Mahathir bergaduh  dengan Najib?
Dengan Najib yang terlibat dengan skandal kewangan terbesar di dunia melalui 1MDB, derma RM2,600 juta, pembaziran dan kemewahan isteri serta segala macam hal lainnya yang membawa kerosakan, bolehkah kita membayangkan bagaimana keadaan negara jika Tun Mahathir hanya berdiam diri dan tidak bergaduh dengannya?
Dalam keadaan dikritik dan ditegur oleh Tun Mahathir pun, bermacam-macam caca marba dan kong-kali-kong dilakukannya, bayangkanlah kiranya tidak ada sesiapa yang berani menegur atau mengkritiknya?
Bukankah Tun Mahathir yang telah membina negara ini dengan pelbagai kecemerlangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya akan dianggap tidak bertanggungjawab jika membiarkan saja Najib berbuat sesuka hati yang merosakkan negara serta mencemar nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa?
Dengan Tun Abdullah dan Najib terutamanya, memang Tun Mahathir kena bergaduh dengan mereka. Ia adalah kewajipan beliau untuk menyelamatkan negara. Beliau merelakan dirinya menjadi kaki gaduh sehingga anaknya sendiri kehilangan jawatan sedangkan jika hanya berdiam diri dan tidak berkata apa-apa terhadap salah laku Najib, tentu kehidupan persaraannya lebih aman damai, bahkan Mukhriz juga tentunya masih kekal dengan jawatannya.
Di sinilah pengorbanan Tun Mahathir kepada negara yang tidak dimiliki oleh ramai bekas pemimpin lain. Beliau tidak suka-suka untuk bergaduh, tetapi rela melakukannya untuk kita semua.
Bagi rakyat yang cintakan kebenaran, sayangkan negara dan tidak tertadah-tadah dengan dedak, dalam hati mereka pasti akan berkata – mujurlah ada Tun Mahathir yang kaki gaduh ini masih suka untuk bergaduh lagi. (SH 28/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:41 pm
Subscribe
Notify of
guest

62 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
30 August 2016 10:20 pm

Najib ni jaguh kampung saja. Ibarat bapa ayam kampong yg hanya kuat berkokok tapi takut untuk bersabung.
Namun sanggup menabik dada dgn bercakap besar di hadapan ayam ayam betina sahaja.

Nampak ayam jantan lain awal2 lagi dah cabut lari sembunyi dlm semak.

Ini lah contoh terbaik kokok berderai derai ekor bergelumang taik

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 5:00 pm
Reply to  Anonymous

Ckp biar bertimbang rasa kawan..cuba awak jd pm ..punah ranah negara.najib tu mmg tak sempurna pun

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 5:03 pm
Reply to  Anonymous

Tengok ketua kampung tu ada buat kerja ke tak…imam masjid tu berfungsi ke tak??..lg afdal

Anonymous
Anonymous
30 August 2016 10:15 pm

Najib kaki selawat tau. Sebulan sekaki mesti ada selawat perdana ya hanana sheikh habib maulana.

Tun m kalu nk selamat elok dia diam. Penasihat petronas n proton byk mashok tu. Mukhriz pulak dipecat drp mb kedah. Sapa pecat Ag gani. Why abu kassim n shukri sprm pencen awal? Why kevin morais disimen? Why muhyidin shafie n mukhriz dipecat drp umno? So sapo kaki gaduh sebenarnya?. Lu pikir lah sendiri. Hahahaha. Lu boleh tipu setengah org dlm setengah masa tp lu tak boleh tipu semua org dlm semua masa. Hahaha

mustapa m said
mustapa m said
29 August 2016 5:30 am

Cuba kita kaji betul-betul apakah tujuan dan hasil Tun M bergaduh. Adakah demi kepentingan dia atau rakyat jelata?

Contoh, jika beliau tak gaduh dgn raja-raja dahulu, dan membuat pindaan perlembagaan sewajarnya, sampai kini agaknya rakyat akan mudah dipukul, disepak terajang, dan dilempang oleh pihak-pihak berkenaan. Patutkah kita rakyat jelata marahkan Tun M dan kutuk dia sbg kaki gaduh?

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 7:48 am
Reply to  mustapa m said

Tun M bukan kaki gaduh.Gelaran huduh ini selayaknya MO1 kerana mencari pasal dengan 7 negara yang sedang menyiasat skandal 1mdb.Rakyat marhaen tidak terkejut bila bijan melabel Tun M, inilah hasil nasihat-nasihat punaisehat tuang presideng amanat kapirkan umngok.Bila mendapat nasihat sedondon dari kaki label sedikit sebanyak perangai pun 2×5 sama.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 4:20 am

Ko kata ko pahlawan bugis kan? Pahlawan penama, baru ajak bercakap pun dh lari. Berdebat apatah lagi. Buat malu org melayu je ko ni.

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 4:58 pm
Reply to  Anonymous

Org acheh lg hebat..mereka yg byk berjuang utk indonesia tp mereka tak heboh

Hadi Abdullah
Hadi Abdullah
29 August 2016 3:50 am

Seolah2 pm dan sewaktu dgnnya berkata biarlah jgn besar besarkan hal 1MDB.senyap senyap le.xyah kecoh2
rakyat bukan tau apa.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 3:17 am

TDM bukan kaki gaduh, malah sebagai ex PM menegur dan menasihati adalah harus untuk kebaikkan negara.Seorang pengkhianat MO1 adalah kaki gaduh sebenar pabila melanggar undang-undang negara lain.Sudahlah terang lagi besuluh masih tidak mengaku malah diampu dan dibodek oleh pemakan dedak.Apabila seseorang melakukan kesalahan undang-undang negara kita, bila diambil tindakkan boleh pulak puak yang bersalah menuduh negara kita masuk campur dalam urusan negara monggolia (cth) dan hendak membunuh bangsa monggol (cth).Apakah kebanggangan ini?

Joe Harry
Joe Harry
29 August 2016 3:04 am

Kebanyakan menteri sokong najib sebab najib jenis pm yang tak peduli apa yang terjadi dalam setiap kementerian.
Masing2 pandai makan mesti pandai simpan. Kalau dah terdedah pun, najib akan tolong cover.
Sebab itu semua menteri sokong najib dan tolong cover apa yang najib buat.
Kalau dizaman tun, sudah tentu menteri ini akan dipanggil mengadap dan buat surat letak jawatan. Sebalik nya zaman najib ni siapa yang bongkar jenayah yang dia buat saja akan diberhentikan tapi siapa yang kaki jenayah macam dia tak jadi masalah untuk terus pegang jawatan selagi sokong najib.

Permadu
Permadu
29 August 2016 2:43 am

Saya bersetuju sgt dgn Budin. Nampak sgt Pahlawan Bugis ni dah tak ada modal. Berani berkokok depan mereka yg confirm tak berani membantah.

Tak sampai 24 jam Ismail Sabri terus mengulangi benda yg sama. Dia nak dilihat sentiasa selari dgn Najib. Inilah yg dinamakan BODEKAN KECUNDANG.

Tun Dr Mahathir kelihatan tenang shj menghadapi semua ini. Beliau menjawab dgn hujah2 yg berasaskan fakta.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 2:40 am

SEMASA TUNKU MENJADI PM, TERDAPAT BANYAK BANGSA ASING YANG MENGISI JAWATAN DI PEJABAT KERAJAAN,
DI UNIVERSITI, SEPERTI DEKAN, PENSYARAH, PELAJAR-PELAJAR, PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH, SYARIKAT-SYARIKAT, BANK-BANK,DAN BANYAK LAGI TIDAK DIBERI PELUANG KEPADA ORANG MELAYU, TDM TIDAK BERPUAS HATI DENGAN TUNKU SALAH SATU SEBAB, ZAMAN TUN RAZAK PUNA SAMA, DAN ZAMAN HUSEIN ONN PUN SAMA, SEHINGGA LAH TDM MENJADI PM, BOLEH DIKATAKAN MUKA-MUKA MELAYU, TERMASUK ASB, UIA, PROTON DAN BANYAK LAGI

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 2:39 am

-Apa dah jadi dengan cerita Riza dan Jho Low di Amerika?
-Depa pi dak ke mahkamah?
-Apa perkembangan terbaru?

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 1:23 am

Kesian Najib. Malam2 tak bolih tidur sbb bergaduh dgn Mahathir. Mahathir tuduh Najib pencuri dan penyamun duit rakyat & merosakkan parti Umno. Sbb perkara tu betul…dia tak bolih sangkal melainkan menuduh Mahathir kaki gaduh.

Taktik Najib menuduh Mahdir kaki gaduh adalah taktik yg digunakan olih budak sekolah bila kalah berhujah. Dia tak dpt menangkis tuduhan bahawa dia pencuri dan perompak duit rakyat dan curi duit 1MDB bersama JLOw sebanyak US$3-4billion.

Budak Umno yg bodoh..dia bolih kasi dedak lahhhh…

NordinabilaH
NordinabilaH
29 August 2016 12:48 am

Terima kasih Tun kerana kakigafuhlah semua tembelang penyangak penyamun kaki rasuah pecah dan diketahui rakyat malaysia dan TSMY serta DSSA dibuang dari umno dan kerajaan yg lain kaki bodek dan kaki ampu maka selamatlah nereka kaki dedak pun selamat maka Tun teruskanlah pergaduhan supaya lebih banyak tembelang pecah semoga Tun sejahtera aaammmiiinnnnn

NordinabilaH
NordinabilaH
29 August 2016 12:47 am

Terima kasih Tun kerana kakigafuhlah semua tembelang penyangak penyamun kaki rasuah pecah dan diketahui rakyat malaysia dan TSMY serta DSSA dibuang dari umno dan kerajaan yg lain kaki bodek dan kaki ampu maka selamatlah nereka kaki dedak pun selamat maka Tun teruskanlah pergaduhan supaya lebih banyak tembelang pecah semoga Tun sejahtera aaammmiiinnnnn

Mali Muyung
Mali Muyung
29 August 2016 12:18 am

Salam bro. For the record,I never like TM walauapa pun yg bro tulis mengenai dia.
Tapi dlm soal pergaduhan dia dgn si Najib ni, saya menyebelahi TM.
Memang patut pyn dia jatuhkan Najib.
PM paling x guna setakat ini.
Kalau ini lah yg terbaik dari Najib I m sorry to say that Ibu saya yg buta huruf pun boleh buat kerja dia.
Truly pathetic.
Tq

Wayne
Wayne
29 August 2016 12:18 am

dikale najib dan kroni sibuk merompak hak 31 juta rakyat pade mase yg same sejak 2009 MALAYSIA telah jadi kota pelacuran,kota maksiat,kota judi,kota skandal rasuah terbesar dunia eh byklh sebab najib bn umno kroni2 yg bangsat habis semua 31 juta terkene tempias bala tuhan.mmg celake punye iblis setan laknatullah yg bertopengkan manusia tu.rakyat mesti bangkit dan lawan pru 14.pastikan bn umno najib tumbang pru 14. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

Mali Muyung
Mali Muyung
29 August 2016 12:17 am

Salam bro. For the record,I never like TM walauapa pun yg bro tulis mengenai dia.
Tapi dlm soal pergaduhan dia dgn si Najib ni, saya menyebelahi TM.
Memang patut pyn dia jatuhkan Najib.
PM paling x guna setakat ini.
Kalau ini lah yg terbaik dari Najib I m sorry to say that Ibu saya yg buta huruf pun boleh buat kerja dia.
Truly pathetic.
Tq

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 1:25 am
Reply to  Mali Muyung

Kalau tak suka TM kerana lebih sayangkan si mata lebam kah?

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 2:54 pm
Reply to  Mali Muyung

Nape pulak ade org melayu benci sgt najib ni..dengki ke cemburu…sedangkan dia byk buat kerja …masalah negara..kenapa tak caci maki pegawai2 menteri2 negeri yg goyang kaki .jika pun najib ade buat silap dari 10 dia silap 2,yg baki buat silap mungkin pegawai kiri kanan dia..kena fikir adil bro..

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 12:07 am

Najib kaki selawat tau. Sebulan sekaki mesti ada selawat perdana ya hanana sheikh habib maulana.

Tun m kalu nk selamat elok dia diam. Penasihat petronas n proton byk mashok tu. Mukhriz pulak dipecat drp mb kedah. Sapa pecat Ag gani. Why abu kassim n shukri sprm pencen awal? Why kevin morais disimen? Why muhyidin shafie n mukhriz dipecat drp umno? So sapo kaki gaduh sebenarnya?. Lu pikir lah sendiri. Hahahaha. Lu boleh tipu setengah org dlm setengah masa tp lu tak boleh tipu semua org dlm semua masa. Hahaha

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 3:08 pm
Reply to  Anonymous

Sbb tu berhati hati dari menuduh …berlemah lembut dan berbaik dgn sesama islam dan berkeras dgn bkn bkn islam.bkn islam ni tak tau ikhlas ke tak macam lim kit siang tu.pas dulu senang2 dihasut dan bersekongkol dgn bkn islam berbalah dgn saudara seagama.apa lg org spt mat sabu..mcm mana org boleh undi dia..sbb org melayu suka bergurau senda dan ketawa

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 3:16 pm
Reply to  Anonymous

Sbb tu berhati hati dari menuduh …berlemah lembut dan berbaik dgn sesama islam dan berkeras dgn bkn bkn islam.bkn islam ni tak tau ikhlas ke tak macam lim kit siang tu.pas dulu senang2 dihasut dan bersekongkol dgn bkn islam berbalah dgn saudara seagama.apa lg org spt mat sabu..mcm mana org boleh undi dia..sbb org melayu suka bergurau senda dan ketawa

E AH
E AH
28 August 2016 11:42 pm

Mohd Najib Abd Razak bukan seperti Dr Mahathir Mohamad yang kaki gaduh. Tetapi di era Najib lah ada himpunan demi himpunan Melayu mahu bergaduh dengan Cina tidak tahu ekor kepala puncanya. Eranya ada pemimpin parti ajak bekas pemimpin parti bertumbuk hanya kerana tidak boleh terima sindiran. Eranya ada menteri yang bercakap seperti budak suruhan menteri dengan kenyataan-kenyataan paling bodoh di dunia. Eranya ada terlampau ramai pengikut-pengikut terdiri dari kaki rompak, kaki ugut, kaki maksiat, kaki rasuah, kaki judi, kaki gaduh etc. Eranya penjenayah berada di atas undang-undang dan digeruni pasukan keselamatan. Eranya negara ini sudah tidak selamat untuk rakyat dan… Read more »

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 2:48 pm
Reply to  E AH

NAjib selalu keluar dekati rakyat..dr mahathir byk masa di opisss .itu beza yg ketara..tp tak tau sapa yg betul..dua dua betul ke dua dua dua salah..wallahualam

Laksa Johor
Laksa Johor
28 August 2016 11:39 pm

Tun M kaki gaduh bagi kebaikan rakyat dan negara. Najib kaki rasuah untuk kebaikan keluarga,geng penyamun dan pembodeknya.

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 11:26 pm

Kaki gaduh kira ok lah jugak compare dengan kaki rembat duit rakyat dan negara!!!!

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 11:07 pm

Biasaler bila dah takde hujah yg konkrit nak selamatkan diri..buat le serangan peribadi..taktik ameno yg dah basi tu dipakai lg..

el-Barokhas
el-Barokhas
28 August 2016 9:56 pm

Kaki gaduh atau pahlawan bangsa tiada bandingan yang rela berkorban ke nafas terakhir memerangi segala macam ancaman terhadap negara, bangsa.

el-Barokhas
el-Barokhas
28 August 2016 9:55 pm

Kaki gaduh atau pahlawan bangsa tiada bandingan yang rela berkorban ke nafas terakhir memerangi segala macam ancaman terhadap negara, bangsa.

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 3:00 pm
Reply to  el-Barokhas

Org atasan senang2 kebas duit ratusan juta..patutlah bangunan pejabat polis nampak macam usang dan serba serbi kurang..supaya pihak penguakuasa undang2 spt polis lemah dan tunduk dgn org atasan

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 6:53 pm

Tun dari dulu suka gaduh dgn bush,keating,thatcher,kuan yew,tunku,badawi dll semua ko najib ni kacang putih serang trus terlondeh si bugils haramjadah

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 1:45 am
Reply to  Anonymous

Tak macam najib yg cium molot dgn obama.
Lintas jalan pun berpegangan tangan

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 5:21 pm

Mungkin pahlawan bugis sesuai di beri gelaran kaki bunuh, kaki pecat, kaki singkir, kaki kebas, kaki tipu, kaki belit, kaki kelentong, kaki perempuan.
Ada kaki lain lagi tak yang sesuai. Kalau ada, sila tambah…

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 4:54 pm
Reply to  Anonymous

Bangsa bugis tak jahat..yang jahat org yg berbangsa bugis yg melakukan kejahatan

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 5:19 pm

Mungkin pahlawan bugis sesuai di beri gelaran kaki bunuh, kaki pecat, kaki singkir, kaki kebas, kaki tipu, kaki belit, kaki kelentong, kaki perempuan.
Ada kaki lain lagi tak yang sesuai. Kalau ada, sila tambah…

Kekadangjebunyi
Kekadangjebunyi
29 August 2016 3:27 am
Reply to  Anonymous

Kaki kokok

Kekadangjebunyi
Kekadangjebunyi
29 August 2016 3:28 am
Reply to  Anonymous

Kaki kokok

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 4:58 pm

Sedih dengan segala pengorbanan Tun!!….

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 4:50 pm

Antara si kaki gaduh yang nak bergaduh dengan si pondan yang songlap wang negara..bagi aku bagus lagi si kaki gaduh. Sekurang2nya dia nak si pondan yang penipu dan penyonglap dihukum!

PomenBawahPokok
PomenBawahPokok
28 August 2016 4:32 pm

Terima kasih tun kerana jadi kaki gaduh untuk Kami.

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 4:42 pm

Terutamanya demi mengadili rakyat terhadap Kepala Khianat!!!

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 4:15 pm

Begitu banyak perkara pahlawan booongggis ni boleh cakap, nama Tun jugak diulang ulangnya. Hitam betul hati dia.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 5:22 am
Reply to  Anonymous

Hati dia dah hitam legam!! Nak dibaiki tak tahu boleh ke tak. Sebab tu mana2 dia pergi kenyataan dia pasti akan menyebut nama Tun menghina Tun, seolah2 Tun yg salah besar dia tak salah! Pemimpin apa mcm ni!!!

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 4:15 pm

Memang terbukti ada "something wrong"(carcamabra) dalam pemerintahan bangsa melayu.Jangan terlalu paksa untuk memerintah malaysia jika gara-gara ada sekelumit skandal yang bakal menghantui sepanjang tadbiran.Sudah sampai masanya mana2 bangsa dan agama pun boleh memerintah jika memakmurkan segala bangsa dan agama yang ada dalam negara malaysia.Bijan pun boleh berkawan dengan presiden kulit hitam negara Amerika, kalaulah fahaman klax klux klan berjaya menguasai negara amerika tidak akan ada seorang presiden kulit hitam amerika.Apabila seseorang mati bukan bangsa yang ditanya para malaikat tetapi akan disoal agama dan amalannya.kalaulah ia seorang islam tapi kejahatannya mengalah jahatnya kafir tiada juga gunanya, tetap jua salah seorang penghuni… Read more »

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 2:41 am
Reply to  Anonymous

Saya tak setuju.. Biarlah melayu yg perintah tanah melayu.. Kalu pun ada salah dlm pentadbiran mesti ada yg akan betulkan.. Bukan pentadbiran melayu saja yg masalah di dunia ni.. Tapi semua bangsa.. Semua ada yg korup.. Bukan salah bangsa bila sesuatu pentadbiran lemah. Tetapi adalah individu yg tidak amanah.. Dlm islam utk seseorang jadi pemimpin ada 4 syarat… Pertama. Amanah
Kedua.. Kesihatan
Ketiga.. Akhlak Yg baik(perangai/sikap)
Keempat.. Bijak
Kalu seseorang pemimpin gagal maknanya dia tidak memenuhi syarat2 agama.. Agama islam adalah cara2 hidup di dunia.. Kalu amal apa yg dianjurkan akan dtg berkah dlm kehidupan..

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 2:44 pm
Reply to  Anonymous

Biar pemimpin islam yg perintah malaysia ..bkn bangsa melayu.jgn mcm singapore..ada masa Pas adalah terbaik ada masa umno yg paling wajib..tp bkn org spt mat sabu..anwar ibrahim..khir toyo

Nenekghuffran
Nenekghuffran
28 August 2016 3:37 pm

Tun Mahathir pahlawan sejati sebab itulah dia berani bergaduh bukan macam Najib….macam pondan terkepit telor…telor tembelang pulak tu….busuknya satu dunia boleh bau …. berambus tak nak!!

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 3:26 pm

Budin, biar lah dia orang teriak sesuka hati buat masa ni. Bila dah hilang kuasa esok, agak nya ke mana muka si Jamal, Ali Tinju, dll. akan pergi? Masa tu baru dia kenal langit tinggi rendah.

Nurul Farhah
Nurul Farhah
28 August 2016 2:58 pm

terbaik Dari budin.PM paling teruk dalam sejarah.

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 2:39 pm
Reply to  Nurul Farhah

Ada lagi pemimpin melayu lg teruk..sultan mahmud mangkat dijulang.sbb bini dia yg bunting nak rasa buah utk sultan..dijatuh hukuman bunuh.ini bkn dongeng ..kalau dongeng ..hang tuah pun dongengan .

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 2:57 pm

Nasib baik ada Tun untuk bersuara bagi pihak rakyat,nak harap pemimpin lain yang ada dalam kerajaan raja kleptocracy,baik tak payah.Apa punya Pm ni sampai boleh bawa negara sampai ke tahap macam ni,susah payah pemimpin dahulu mentadbir negara dari satu tahap ke satu tahap (bagi saya Tun contoh pemimpin cemerlang) boleh dia buat muka selamba .Undur secara baik tak mau,dah nasi menjadi bubur macam sekarang dah terburai semuanya lagi liat nak undur.Selama mana nak bertahan pegang kuasa tu,undang undang serta bukti akan 'mengejar'Najib sehingga ke akhirnya.

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 2:35 pm
Reply to  Anonymous

Bersuara utk kebaikan dan perkara yg betul alhamdulilah..tp sekadar ikut rasa hati atau dgr ckp dari org fasik..dpt maklumat terus sebarkan tanpa periksa ..itu namanya merosakkan

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 2:54 pm

For sure it is better to be kaki gaduh (and for the right reasons) than to be a (shameless) thief of rakyat hard earned money (to the point that world wide people are talking non stop as to what is happening)! Yes?

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 3:15 pm
Reply to  Anonymous

100% yes.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 11:57 am
Reply to  Anonymous

200% YES !!

Anonymous
Anonymous
28 August 2016 2:54 pm

Kalau Tun Mahathir itu digelar sebagai kaki gaduh maka jauh labih baik dan lebih mulia dari Najeeb yang terkenal dengan kaki jual negara untuk kemewahan bini puaka.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 12:16 am
Reply to  Anonymous

TDM kaki gaduh sebab membela nasib rakyat dan demi negara.

Ada orang tu kaki betina sampai kena tangkap khalwat di Port Dickson.

Sekarang orang tu dah kena rantai kaki dik Kak Semah, dah kena kurung dalam kandang badak sampai telur dia pun dah kena sorok dik badak tuh.

Sekarang jadilah dia kaki samun, kaki kelepet, jaki songlap, kaki kelentong, kaki putar belit.

Anonymous
Anonymous
29 August 2016 1:42 am
Reply to  Anonymous

Najib ni jaguh kampung saja. Ibarat bapa ayam kampong yg hanya kuat berkokok tapi takut untuk bersabung.
Namun sanggup menabik dada dgn bercakap besar di hadapan ayam ayam betina sahaja.

Nampak ayam jantan lain awal2 lagi dah cabut lari sembunyi dlm semak.

Ini lah contoh terbaik kokok berderai derai ekor bergelumang taik.

Azfaz Solfliez
Azfaz Solfliez
9 September 2016 2:32 pm
Reply to  Anonymous

Ramai lg isteri2 yg senget kat malaysia ni..tak baek mengata bini org.apa kene dgn dia?jika yg salah laki dia hentam je laki dia..mcm bahlul jer ckp camtu