BENARKAH NAJIB TIDAK MAHU SAMA-SEKALI MENGGANGGU PENGGANTINYA?

Berkatalah Najib Razak, satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia yang skandal kewangan melibatkan dirinya menjadi sebutan seluruh dunia, banyak perkara lain yang boleh dilakukannya selepas bersara nanti selain mengganggu penggantinya.
Katanya, beliau akan menghabiskan masanya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika berkuasa kerana kesuntukan masa.
“Bercucuk tanam ke, tengok Manchester main bola ke. Macam-macam kita boleh buat. Boleh pergi ke negara yang belum pernah dilawati.
“Boleh tulis buku. Kenapa saya nak ganggu pengganti saya?” ujar Najib lagi.
Mengapakah Najib awal-awal lagi memberi jaminan tidak mahu mengganggu penggantinya sedangkan beliau tiada perancangan sama sekali untuk berundur dalam masa terdekat ini?
Apakah beliau benar-benar boleh dianggap sebagai seorang yang baik dan budiman dengan pendiriannya itu?
Adakah Najib masih mahu berdiam diri juga jika penggantinya nanti melakukan kesalahan lebih besar sehingga menjadi kecaman masyarakat dan dunia?
Bagaimana pula jika penggantinya selepas PRU 14 nanti bukan daripada UMNO, apakah beliau masih tidak mahu mengganggu juga?
Sebenarnya adalah menjadi hak Najib untuk berpendirian tidak mahu mengganggu sesiapa yang menjadi Perdana Menteri selepas beliau bersara nanti. Tetapi ia juga dalam masa yang sama menunjukkan Najib sangat-sangat sedar tentang wajah dirinya yang sebenar.
Untuk menjadi penegur dan pengkritik kepada sesiapa yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri, seseorang itu mestilah terbukti lebih baik, diterima ramai, diiktiraf masyarakat dan dunia antarabangsa, mempunyai wibawa yang tinggi, bersih serta  tidak terlibat dengan apa-apa skandal yang mencemar dirinya.
Tun Mahathir berani menegur dan mengkritik penggantinya kerana beliau memang seorang pemimpin yang istimewa dan terbukti kepimpinannya di dalam dan luar negara sepanjang 22 tahun berkuasa. Tiada sesiapa dapat menafikan pemikiran dan kehebatannya dalam mentadbir negara.
Sebab itulah beliau berani menegur dan mengkritik sesiapa juga yang dianggapnya melakukan kesalahan serta merugikan negara. Lihatlah apa yang ditegurnya berkaitan Tun Abdullah Badawi dan Najib, semuanya kerana mereka berbuat sesuatu yang tidak wajar dan merugikan negara.
Dengan pelbagai kemelut melibatkan diri, isteri dan anak-anak, skandal kewangan, hutang serta kerosakan negara yang diakibatkan olehnya, kita tentu saja boleh menjangka bahawa Najib pasti akan terus mengunci mulutnya serapat-rapat yang boleh apabila bersara nanti.
Sebagaimana Tun Abdullah Badawi terus berdiam diri selepas bersara kerana bimbang orangramai mengungkit-ungkit kebejatan budak-budak tingkat 4 dalam era kepimpinannya, Najib yang jauh lebih besar “pekungnya”, tentunya akan lebih membatukan dirinya.
Sebarang percubaannya untuk menegur dan bersuara, penggantinya pasti akan sentiasa merujuk kepada pelbagai masalah dan kelemahan dalam kepimpinannya dahulu.
Tentu sekali lebih menyakitkan bagi Najib jika penggantinya turut mengungkit-ungkit mengenai skandal 1MDB, hubungannya dengan Jho Low dan wang RM2,600 juta yang pernah berada dalam akaun peribadinya.
Jadi, memang difahami jika Najib siang-siang lagi memberi jaminan tidak mahu menggangu penggantinya. Beliau tidak mahu mengganggu mereka dengan harapan penggantinya juga tidak mengganggu dunia persaraannya dengan mengungkit-ungkit sebarang kesalahannya.
Itu jika penggantinya daripada UMNO juga. Andainya pengisi jawatan Perdana Menteri selepas PRU 14 bukan daripada UMNO, Najib bukan saja tidak mungkin bersuara, malah barangkali juga akan memilih untuk berhijrah ke negara lain.
Bayangkanlah apa nasib Najib jika Perdana Menteri selepas PRU 14 ialah Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim atau sesiapa yang lain daripada Pakatan Harapan?
Di mana beliau dan apa yang bakal dihadapinya?
Barangkali sebelum pun Najib bersuara, tugas utama mereka ialah memburu Najib terlebih dahulu. Najib paling mungkin akan diadili dan diminta menjawab pelbagai isu yang berlaku sepanjang era pentadbirannya.
Maka, bila Najib cuba menunjuk baik tidak mahu mengganggu penggantinya, eloklah kita senyum-senyum saja membacanya. (SH 23/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:41 pm
Subscribe
Notify of
guest

46 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 August 2016 2:55 am

Betullah tu. Dah penat menabung duit dari hasil titik peluh rakyat. Sounds very ideal, apa kata harini jer letak jawatan?

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 11:08 pm

Becucuk tanam, tengok MU, melancong dan bermacam-macam lagi lah yang nak buat kemudian – pekara-perkara yang tak sempat dibuat yang akan mengisi masa yang nescaya akan datang lambak-lambak kemudian. Berapa kerat sahaja agaknya orang Malaysia yang boleh bercucuk tanam, tengok MU dan melancong pada hujung usia mereka? Kalau ada tabungan pun tak menang pun; sentiasa kalah kepada susutan nilai disebabkan durjana inflasi yang seolah-olah tak boleh dibendung lagi sekarang ini. Sudah pasti tak semacam yang dialami Sahara Yaakob: usah lah cakap pasal cucuk tanam, tengok MU atau melancong kalau soru pun dah miss. Berapa ribu atau juta orang kah yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 3:14 pm

What he was saying is just part of the game he has been playing with the people for some time now in relation to what has taken place with the 1MDB and the related stories. He has never had any intention to vacate the post – instead, he has the intention of giving his last breath while still in office years and years from now! Perhaps after more than 22 years in office? One just has to be better than dear Tun in some ways, heh? His aim in mentioning retirement (and previously in having his people to speak to… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 12:35 pm

pm
penyenang masyarakat bukan penyusah masyarakat
pengganti yang dicari adalah pengganti yang boleh melindungi nya dari di bicara
rosak betul sorang mansuia ni

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 1:38 pm
Reply to  Anonymous

Sungguhnya kesejahteraan kita rakyat biasa telah banyak terganggu oleh selok-belok permainan kewangan Jibby Mappadulung!!! Hanyasanya kita ingin sangat menggantikan mu Ahjibgor dengan pilihan kita orang ramai

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 11:20 am

Sdr. Din, Saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin Umno yg merasmikan mesyuarat agong bahagian. Rakyat kebanyakan dan kebanyakan Ahli Umno bukan tunggul kayu sebagaimana hampa ingat. Kami ahli2 umno menyertai umno kerana perjuangan dan dasar2 umno sebagaimana terkandung didalam buku pelembagaan. Jangan sesekali bercakap seperti kamu berucap dihadapan orang2 benggong. Ini merupakan satu penghinaan. Ya, saya mengaku yg sesetengah dari kami memang tidak berapa tahu kemelut yg sedang melanda negera ini. Mereka hanya menelan apa saya sampah dan racun yg disuap kedalam mulut mereka. Tampa disedari yg ianya akan merosak seluruh bada n mereka. Orang2 sebegini bukan saja terdapat didalam… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 2:35 pm
Reply to  Anonymous

Jangan sembang bânykla awang kheng oii..mana ada amno berjuang untuk agama..berjuang untuk buncitkan perut dan bawah perut ada laa..ciss

Anonymous
Anonymous
26 August 2016 3:39 am
Reply to  Anonymous

Hehe…tau xpe. Buktinya ialah..namakn sorg je pemimpin umno yg x bertambah secara drastik kekayaan nya sblm & slps jd pemimpin umno? Jawapan nya xde..kalau x bapak nya yg kaya ade gak pesen yg cerdik sket..bg anak nya yg kaya raya mcm la rakyat marhaen xde yg cerdik bole pegang syarikat2 gergasi negara.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 11:12 am

Dia ni kan jenis bercakap bohong. Kalau dia bercakap tidak mahu ganggu mesti dibaca mahu ganggu. Kalau dia cakap tak rembat duit rakyat mesti dibaca rembat duit rakyat.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 11:03 am

Budin, Najib bukan sahaja hari ni pemimpin yg tak bertanggungjawab malah akan menjadi rangka yg tak bernilai kpd rakyat, kerana dia tak akan ganggu pemimpin ya menyeleweng selepasnya.

Apa jenis pemimpin yg lahir dari perut UMNO PAHANG ni.???

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 10:52 am

Betul tu, amat tepat sekali pendapat pun Tuan Shahbudin, untuk menegur PM semasa mestilah terbulti lebih baik. Dengan prestasi Najib yang buruk, terlibat dengan skandal jenayah merompak wang negara serta menyalahgunakan kuasa, mana ada kelayakan asas untuk menegur. Atau dah sendiri sedar kut, memang tak layak dari segi apa sahaja.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 10:09 am

Mana ada penyamun yg pencen berani menggangu pengantinya. Nak nahas. Najib ckp mcm orang bodoh.
Najib kena faham. Dia penyamun duit rakyat Msia. Masa berkuasa,bolih lah arah budak suruhan kau supaya tak dakwa kau. Dh pencen besok, mesti kena dakwa kerana ambik duit orang pencen RM42million dan duit 1MDB RM2.6billion. Duduk dlm penjara Sg Buloh, mana bolih menggangu pengantinya. Tanam sayur dlm Sg Buloh bolih lahhhh….

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 10:54 am
Reply to  Anonymous

Penjara Sg Buluh bolehlah buat persiapan sediakan tanah pertanian untuk mereka yang minat bertani semasa di penjara nanti.

Tajul
Tajul
1 September 2016 7:07 pm
Reply to  Anonymous

Lepas tu sembelih dia dan tanam je bawah batas ubi (dalam jel tak ada C4)

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 10:00 am

Apa jasa najib. Mencuri adalah

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 9:17 am

kisah akhirnya,mereka2 dipenjarakan.selepas satu tempoh dibebaskan dan diberikan rumah PPRT and pencen peon kerana kenang juga jasa mereka yang ada. Dan mereka juga layak mendapat bantuan BRIM and rawatan hospital percuma di hospital kerajaan kelas 3. The end.

srivijaya
srivijaya
23 August 2016 8:42 am

Najib bersara akan ke penjara
Tentu dia akan di dakwa
Mana kan ada hak bersuara
Tunggu dan lihat kalau tak caya

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 8:34 am

Nawawi 4 PM….

Permadu
Permadu
23 August 2016 8:07 am

Selepas bersara beliau boleh meluangkan lebih banyak masa menyamar pada waktu malam mencari2 orang2 miskin utk dibantu serta pertolongan sewajarnya. Pelukan mesra kpd org2 tua serta golongan yg kurang bernasib akan menyentuh perasaan dan membawa erti yg mendalam.

Sebagai lelaki ganteng (bahasa Indonesia), segak dan menawan, tidak ramai yg tahu Najib berjiwa penyayang dan sangat prihatin terhadap rakyat.

Walaupun sudah lama tidak berkumandang, ungkapan I LOVE PM amat sesuai utk beliau. Atau lebih tepat lagi, spt kata org Pekan…. I LOVE YOU NAJIB…

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 8:06 am

Memang tak ganggu pasal masa tu INSYAALLAH dia dah duduk dalam penjara.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 8:06 am

Asyik nak promote pasal memantat aje keje ko ni…!! Kat mana2 blog ada2 aje kepantatan ko ni…puiii

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 8:07 am
Reply to  Anonymous

Yg dimaksudkan…MISS VEE tu ye…harap maklum…hehe

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:55 am

Najib saperti orang mengidap kanser. Sudah dijangka baki hayatnya. Sakit dalaman orang tak nampak tapi hanya dia yang rasa. Dah tahu memang tak boleh diubati tapi usaha juga dgn berbagai cara. Pengakuan dan taubat lansung tiada padanya. Adakah simpati kita terhadapnya? Rasanya tiada dan sampai sudah takkan kita lupa.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:36 am

Banyak pun duit. Besar pun kuasa. Hidup tak tenang. Tidoq pun payah nak lena…tarak guna oi. Kita aje yg nampak Abg Ajib kita ni mcm best… Sebenarnya…tak best langsung hidup beliau weyyy…!! Kalau dia ajak aku tukar kedudukkan dia skrg dgn aku…aku tak mao ooo…!! Baik aku mcm ni aje dpd jd Abg Ajib skrg…hehe Siang mlm Abg kita ni…tak tenteram kamu tau tak..!!? Hahaha Risau kes MO1 1MDB satu hal. Risau hilang jawatan pun satu. Hilang jawatan bermakna hilang kuasa! Risau fikir kes2 yg bertimpa timpa melilit beliau…silap2 hari bulan boleh dalam jugak masuk….!! Itu belum kira…risau pasal pemberontakkan… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:30 am

Puak puak pengkhianat anak bangsa ini mana ada penghujung bicaranye.Kepada seluruh rakyat malaysia yang berugama islam ,yang prihatin terhadap pengkhianat anak bangsa terhadap rakyat negar ini harus membuat sesuatu,kena mengadakan majlis bacaan yasin (bukan mahyudin yasin dia dulu pun penyangak juga) serta sembahyang hajat untuk pengkhianat anak bangsa ini agar pengkhianat ini mak bapak pengkhianat ini serta anak bini pengkhianat ini zuriat dan keturunan pengkhianat ini ditimpa bala dan bencana diazap dihina serta dilenyapkan dari muka bumi ini dgn begitu dasyat sekali.Tidak juga dilupakan kita doakan bersama mak bapak kuncu kuncu yang pengkhianat ini yang memegang jawatan utama dalam negara… Read more »

Kekadangjebunyi
Kekadangjebunyi
23 August 2016 1:27 pm
Reply to  Anonymous

Saudara/saudari. Kalau marah pun biarlah beriman. Emak bapak, anak pinak, laki bini dan zuriat keturunan yang tidak ada kena mengena dengan kemungkaran yang seseorang itu lakukan janganlah dibabitkan sama. Agama pun tidak menyuruh kita mendoakan kerosakan, kecelakaan dan musibah untuk orang lain. Cukup sekadar memohon hidayah untuk mereka. Maka sekiranya Tuhan kurniakan hidayah selepas musibah, itu adalah kehendak dan ketentuan Tuhan. Yang penting kita jaga hati kita dan berpada-pada dengan mulut kita kerana kita pun tidak tahu rezeki akhir umur, barzakh dan akhirat kita kelak bagaimana. Saya pun jijik dengan gelagat Najib dan konco-konconya. Semoga Tuhan menyelamatkan kita, nenek moyang,… Read more »

NordinabilaH
NordinabilaH
23 August 2016 7:29 am

Kalau dah bersara nanti tak payah buat kerja lain kira duit hari2 ada berapalagi baki manan duit rasuah mana duit curi mana duit nak bawa mati itu kan lagi baik berapa banyak duit nak tinggalkan utk anak bini itulah kerja org pencen atau lagi satu duduk dekat sg buluh dibelakang tabir besi menunggu mati

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 2:21 pm
Reply to  NordinabilaH

Dok dalam pagar besi naÌ€nti bagi dia kalkulator bagi dia kita duit pueh2…hehe tak guna punya bapâ mangkuk hayun…laknatla kau sepânjang usia tua ngko

NordinabilaH
NordinabilaH
23 August 2016 7:29 am

Kalau dah bersara nanti tak payah buat kerja lain kira duit hari2 ada berapalagi baki manan duit rasuah mana duit curi mana duit nak bawa mati itu kan lagi baik berapa banyak duit nak tinggalkan utk anak bini itulah kerja org pencen atau lagi satu duduk dekat sg buluh dibelakang tabir besi menunggu mati

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:23 am

Jadi macam musa hitam laaa nanti….tulis buku pon berapa kerat nak baca?

john doe
john doe
24 August 2016 12:26 pm
Reply to  Anonymous

Hahaha. Tepat sekali.

john doe
john doe
24 August 2016 12:26 pm
Reply to  Anonymous

Hahaha. Tepat sekali.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:03 am

Macam mana nak ganggu lagi budin?

penganti dia lepas ni bukan dari kalangan UMNO /BN lagi.
Lepas ni dia,rosmah dan geng menteri bangang dia hanya boleh berkokok dari dalam penjara sungai buluh.

Kita ramai-ramai buat senaman butut dan jangan lupa ajak sekali ali tinju kalau dia nk ikut.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 6:52 am

kes altantuya kes yg paling luarbiasa dlm dunia:Pecah record "guiness world record"

ada pembunuhnya,tapi boleh bersenang lenang diluarsana.
kes bunuh tapi takada motif?pelikkan.
boleh bersumpah kat mesjid jer,tak payah masuk mahkamah.
peguam dakwa boleh kamcing dgn peguam bela.hakim yg boleh kawtim.
orng yg tertuduh,boleh cover muka mereka,sampai habis perbicaraan,selama lebih 2 tahun.

semua orang berfikiran boleh agak,siapa yg arahkan membunuhnya?tentulah orang yg ada kuasa

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 6:40 am

hahahah…jika najib tak berkuasa,kes yg paling ditakutinya dan bikmama ialah kes C4 ALTANTUYA ,nyawa dibalas nyawa.

"Siapa yg mengarahkan C4kan altantuya????
Ghost of altantuya haunting both of you!!!!mana mahu lari najib dan bikmama

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 6:38 am

Najib tegur tak ada siapa nak dengarpun.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 10:02 am
Reply to  Anonymous

Dia nak tegur apa. Bukan dia pandai pun. Apa yg dia tahu selain drp mencuri

ali along
ali along
23 August 2016 6:03 am

Najib nanti duduk diam dlm sg.buluh ok?

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:07 am
Reply to  ali along

Kita nak baru nak sambut merdeka.
Pencuri lagi merdeka
Siap dgn amanat merdeka lagi menyuruh orang lain berbuat baik.

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:29 am
Reply to  ali along

Mesti dia akan kata dalam amanat merdeka dia nanti jgn minta campur tangan asing dlm menyelesaikan masalah negara kita.Dengan harapan orang2 kampong dan orang2 Felda termakan dengan kata2 dia.Hanya ini senjata yg dia ada untuk mendapatkan simpati.DOJ bukan mcm jabatan Apandi peliharaan najib tu.DOJ mempunyai pakar pakar dlm pengubahan wang haram dan undang2 negara yg efficient yg tidak dapat diganggu gugat oleh orang2 politik.Siapa yg terlebih dahulu menceroboh sistem perbankan dan kewangan mereka serta undang2 negara mereka?Apandi sila jawab..Najib sila jawab..Mungkin nazir adik najib boleh tolong jawab.Jadi jgn tuduh Tun Mahathir dan rakyat Malaysia ni yg bukan2.Siapa sebenarnya pertualang negara?Siapa… Read more »

PutraKraken
PutraKraken
23 August 2016 6:00 am

Najib manakan dapat menganggu pengganti PM.

Memang benar kata nya…beliau akan menghabiskan masa dengan bercucuk tanam atau menonton TV (kalau dapat)….semasa diPenjara!…Mana dapat bersuara lagi…apatah lagi menganggu PM.

Mudah mudahan termakbukl keinginan beliau…ameen.

Memang Najib berwawasan…

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 7:00 am
Reply to  PutraKraken

Saja nak cari simpati saja tu

Anonymous
Anonymous
23 August 2016 10:58 am
Reply to  PutraKraken

Pastikan juga jiran sebelah di Sg Bulu tu nanti adalah AG APANDI ALI dan juga KPN Khalid !!!!

Anonymous
Anonymous
24 August 2016 12:28 am
Reply to  PutraKraken

AAAMIIINNNNN!
YA ROBBI….TUNJUKKAN KAPADA KAMI SEMUA KE JALAN YANG LURUS..

Anonymous
Anonymous
24 August 2016 12:41 am
Reply to  PutraKraken

Orang Pekan pun pandai baca surat khabar prang putih kawan….sudah tahu pasal najib….

FIKRY HARITH Hashim
FIKRY HARITH Hashim
24 August 2016 2:40 am
Reply to  PutraKraken

Nak mampos kalau berani ganggu pengganti. Silap haribulan warden sumbat masuk isolated cell….bercakap dengan cicak la jawabnya…..