Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TIADA SIDANG MEDIA KHAS TUN M DIJADUAL DI JAKARTA SEPERTI DIDAKWA

Seorang sahabat dari Jakarta, Indonesia yang terlibat dalam menguruskan kehadiran Tun Mahathir Mohamad untuk menyampaikan kuliah umum di Balai Kartini, Jakarta baru-baru ini, menolak dakwaan ada sidang akhbar besar-besaran dirancang ketika kunjungan bekas Perdana Menteri itu.
Kata sahabat yang enggan disebut namanya itu, kehadiran Tun Mahathir sebenarnya sudah dirancang sejak 11 bulan yang lalu ketika beliau menerima anugerah “Star of Soekarno” pada September 2015.
Tambahnya lagi, kehadiran Tun Mahathir menyampailan kuliah umum tersebut adalah atas undangan Yayasan Pendidikan Soekarno, Universiti Bung Karno serta Ibu Rahmawati Seokarno sendiri.
Sehubungan itu, jelasnya, semua undangan media adalah diuruskan oleh Yayasan Seokarno dan pihak Tun Mahathir tidak terlibat sama sekali dalam menguruskan perkara tersebut.
Dalam dakwaan susulan berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap “Tiga Tan Sri” , Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakannya itu telah berjaya menggagalkan suatu rancangan untuk menggulingkan Najib Razak.
Kata Azwan, apabila beliau membuat laporan polis pada 26 Julai lalu, Tun Mahathir merancang mengumpul sekumpulan media antarabangsa di Jakarka dengan niat untuk menyerang Najib.
“Pada hari yang sama, saya terdengar Gani Patail, Dr Zeti dan Abu Kassim akan hadir dalam satu sidang akhbar khas dengan mereka dijangka bercakap mengenai saman yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS. 
“Sidang media itu akan direkodkan dan klipnya akan dibawa terus kepada Tun Mahathir di Jakarta. Beliau bercadang untuk berkongsi dengan seluruh media antarabangsa yang hadir dalam dalam sesi temubual itu,” kata Azwan sebagaimana dipetik daripada sebuah portal atas talian.
Oleh itu, kata Azwan, laporan polis yang dibuatnya telah menggagalkan rancangan untuk menjatuhkan Najib itu.
Dalam hubungan ini, kata sahabat dari Jakarta itu lagi, program Tun Mahathir menyampaikan kuliah umumnya ialah pada 25 Julai dan beliau tidak bermalam pun di Jakarta, sebaliknya terus pulang ke Malaysia sebaik programnya berakhir.
(Nota – Khairul Azwan mengatakan laporan polisnya pada 26 Julai telah menggagalkan rancangan Tun Mahathir untuk mengadakan sidang media di Jakarta, tetapi makluman sahabat dari Jakarta menjelaskan kehadiran bekas Perdana Menteri di Jakarta untuk menyampaikan kuliahnya ialah pada 25 Julai, sehari lebih awal daripada tarikh laporan polis yang dibuatnya.)

Sahabat dari Jakarta juga turut menitipkan sekeping gambar ketika Tun Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar selepas menyampaikan kuliah umumnya itu. (SH 21/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

30 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
30
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x