Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ANGAN-ANGAN NAJIB

Siapakah yang sebenarnya merosakkan UMNO dan kerajaan?
Di antara semua Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama ini, siapakah yang paling banyak membawa kerosakan kepada parti dan kerajaan sehingga menyebabkan sokongan serta kepercayaan rakyat terus menguncup?
Siapakah yang menukar Peguam Negara secara tergesa-gesa dan melantik calon pilihannya sebagai pengganti?
Siapakah yang melakukan kacau ganggu terhadap SPRM dan ugutan terhadap Bank Negara ketika mereka melakukan penyiasatan berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta?
Siapakah yang menyebabkan hutang negara meningkat, pembaziran dan kemewahan berleluasa serta menekan rakyat dengan cukai dan kos sara hidup yang tinggi?
Siapakah yang menyebabkan nama negara tercemar di seluruh dunia melalui isu 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan dirinya?
Di bawah kepimpinan siapakah, tujuh negara telah melakukan penyiasatan, malah Jabatan Kehakiman Amerika dan FBI telah membuat pendedahan yang menggemparkan dunia?
Semasa siapakah menjadi Perdana Menteri, isterinya bebas menggunakan jet dan harta kerajaan serta dikenali seantero dunia kerana gemar membeli belah dan memiliki perhiasan mewah-mewah?
Jika semua jawapan kepada pertanyaan di atas tidak merujuk kepada Najib Razak, mungkin kita boleh meyakini jika beliau mengatakan mahu menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya.
Bagaimana orang yang telah terbukti membawa kerosakan dan keruntuhan mahu membuat pemulihan dan pembaikan, kemudian berjanji untuk menyerahkan UMNO dan kerajaan yang kuat kepada penggantinya?
Tidakkah orang seperti itu lebih mungkin disingkir dan ditanggalkan kuasanya oleh rakyat daripada terus diberi peluang?
Kiranya sebelum ini Zahid Hamidi mungkin mula “geli-geli” bila Perdana Menteri berjanji tidak akan mengkritik penggantinya secara terbuka, pasti kali ini beliau langsung tidak terasa geli dengan apa yang disuarakan Najib ini. (SH 20/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

23 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
23
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x