Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

HADI AWANG BAKAL PERDANA MENTERI?

Kerjasama politik antara Pas dengan Ikatan yang sebelum ini dikenali sebagai Blok Ketiga, kini diberi nama Gagasan Sejahtera.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang dalam suatu sidang media beberapa hari lalu yang turut dihadiri Presiden Ikatan, Kadir Sheikh Fadzir dan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang lain.
Hadi Awang ketika mengumumkan perubahan nama itu memberitahu, persefahaman itu akan menjadi gagasan baharu kepada landskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan budaya politik yang memberi kesejahteraan kepada rakyat seluruhnya.
Gagasan baharu ini juga, tambah Hadi lagi, tidak terikat dengan dua jalur politik sedia ada iaitu BN dan Pakatan Harapan.
Ini kerana tegasnya, UMNO dan BN telah terbukti membawa budaya politik korup, kronisme dan nepotisme serta kegagalan dalam mengurus pentadbiran negara, manakala satu lagi jalur (Pakatan Harapan yang mungkin dicampur BERSATU) hanya menekankan politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli di kalangan rakyat.
Dalam ertikata lain, di mata Gagasan Sejahtera, baik BN yang ditunjangi UMNO atau Pakatan Harapan bersama dengan BERSATU, kedua-duanya adalah blok politik yang “tak boleh pakai” dan harus ditolak oleh rakyat.
Bayangkan, jika pengundi benar-benar bosan dan bersetuju dengan pandangan Hadi Awang itu, lebih-lebih lagi berdasarkan kedudukannya sebagai ulama besar yang menduduki kerusi nombor dua dalam Kesatuan Ulama Sedunia, lalu memberi kemenangan kepada Gagasan Sejahtera untuk mentadbir negara pada PRU 14 akan datang.
Maka, sudah tentulah Hadi Awang akan jadi Perdana Menteri, Kadir Sheikh Fadzir sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh serta ramai yang lain akan mengisi jawatan-jawatan menteri.
Bolehkah dibayangkan? (SH 17/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

108 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
108
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x