Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TIGA NEGARA SUDAH BERTINDAK

Selepas Amerika Syarikat dan Singapura, kini Switzerland sudah mengambil langkah memulakan penyiasatan berkaitan 1MDB yang merangkumi aspek penggubahan wang haram, penipuan dan rasuah.
Ini bermakna daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sebelum ini dilaporkan menyiasat 1MDB, tiga daripadanya telah mengambil tindakan berkesan yang dinanti-nantikan, bukan saja oleh rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran, tetapi juga oleh seluruh dunia.
Tujuh negara tersebut ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Singapura, Abu Dhabi, Hong Kong dan Luxembourg.
Dalam masa yang sama, Bank of Scotland turut melakukan penyiasatan berikutan wujudnya pengaliran wang melalui bank tersebut, manakala CEO Anz Bank yang menguasai 24 peratus kepentingan dalam Ambank telah dipanggil memberi keterangan kepada Parlimen Australia, juga disebabkan perkara yang sama.
Tetapi di Malaysia, 1MDB masih dianggap “suci bersih” oleh pihak berkuasanya, malah Najib Razak yang menubuhkan syarikat pelaburan itu serta berkawan baik dengan Jho Low dan kemudian  melaluinya tercetus skandal kewangan terbesar di peringkat antarabangsa telah dianggap sebagai “anugerah Tuhan” yang kononnya mesti disokong dan diberikan puji-pujian. (SH 15/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

42 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
42
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x