Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

IBRAHIM ALI PILIH BERSATU?

Dalam melontarkan ulasannya mengenai pelbagai reaksi pemimpin UMNO terhadap penubuhan BERSATU yang masih dalam proses pendaftaran, Ibrahim Ali dalam masa yang sama juga tidak melindungkan keghairahan dan “jatuh cintanya” kepada parti baru itu.
Soal sama ada (BERSATU) mendapat sokongan atau tidak daripada rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan. Beri mereka ruang dan peluang, demikian antara ulasan beliau.
Apakah ini tanda-tanda bahawa Presiden Perkasa itu bakal menyertai BERSATU apabila pendaftarannya diluluskan nanti?
Adakah BERSATU merupakan pilihannya untuk kembali berpolitik sebagaimana yang pernah diperkatakannya sebelum ini bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menyertai sebuah parti politik bagi membolehkannya bertanding semula dalam PRU 14 akan datang?
Adakah, sekiranya menyertai BERSATU, ahli-ahli Perkasa akan turut mengikut jejak langkah Ibrahim Ali?
Dalam BERSATU, apa agaknya jawatan yang akan diperolehinya? (SH 12/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

32 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
32
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x