Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SYUKUR KEPADA TUHAN

Alhamdulillah, Tun Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di IJN kerana jangkitan kuman, tidaklah berada dalam keadaan yang membimbangkan kita semua.
Beliau nampaknya cuma demam biasa-biasa saja dan sekarang keadaannya boleh dikatakan sudah pulih sepenuhnya. Namun, atas nasihat doktor, beliau mungkin perlu untuk berehat lagi.
Dari katil IJN, Tun Mahathir bukan saja terus menulis melalui blognya, malah masih mampu mencabar Najib untuk berdebat dengannya mengenai pentadbiran negara.
“Saya berumur sekarang. Tetapi Alhamdulilah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan terima cabaran debat terbuka dengan Najib di hadapan penonton dan siaran televisyen secara langsung.
“Perbahasan hendaklah mengenai mentadbir negara. Mungkin saya kalah. Wang tunai boleh menang. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia menilai, bukan TV3 atau NST atau mereka yang memang penyokong saya.
“Saya menulis ini dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang menghantar mesej cepat sembuh kepada saya,” demikian antara tulisan Tun Mahathir yang dipetik daripada blognya, chedet.cc.
Mudah-mudahan Najib tidak demam secara tiba-tiba dengan cabaran dari katil hospital ini!! (SH 11/08/2016).

69 responses to “SYUKUR KEPADA TUHAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *