Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KENAPA HADI AWANG SUSAH SANGAT NAK BERI JAWAPAN?

Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan enggan memberi ulasan lanjut mengenai dakwaan Sarawak Report bahawa parti itu ada menerima RM90 juta daripada Najib Razak atas alasan beliau baru balik dari luar negara dan belum membaca lagi berita berkenaan dengannya.
Saya baru balik…belum baca lagi, kata beliau.
Selepas diasak, Hadi kemudiannya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk mengambil tindakan lanjut mengenainya.
Saya baru balik…belum baca lagi…serah pada Pas Pusat, tambahnya kepada wartawan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Isu yang ditanyakan sebenarnya mudah saja, benar atau tidak bahawa Pas ada atau pernah menerima wang sebanyak RM90 juta daripada Najib sebagaimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report, baru-baru ini.
Soalan sebegitu mudah tidak memerlukan jawapan yang susah. Jawapannya hanya “ya” atau “tidak”  saja.
Kalau tidak pernah menerima wang sebagaimana yang didakwa itu, jawab saja “tidak”, manakala jika pernah menerimanya, jawablah “ya”.
Apa yang susah sangat? Kenapa perlu disusahkan jawapannya?
Kenapa Hadi Awang perlu menjawab, beliau belum membaca lagi laporan mengenai dakwaan dan kerana itu tidak dapat memberi ulasan lanjut mengenainya serta kemudian menyerahkan pula kepada Pas Pusat untuk mengambil tindakan lanjut berkenaan dengannya?
Bukankah sebagai Presiden Pas, Hadi Awang boleh memberi jawapan mudah mengenai perkara itu iaitu menafikan atau mengiakannya saja.
Kenapa beliau tidak seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang pantas mengatakan dakwaan itu sebagai palsu, tidak benar, berniat jahat serta bertegas akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama Pas?
Lagi pula, benarkah Hadi Awang tidak membaca atau tidak mengetahui langsung berita mengenai dakwaan Sarawak Report itu?
Apa yang dilakukannya sepanjang dalam penerbangan?
Apa telefon bimbit yang dipakainya?
Tidak adakah pegawai-pegawainya yang menjaga hal ehwal media atau politik memaklumkan secara langsung kepadanya berkenaan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib itu?
Seperkara lagi, kenapa Najib sendiri masih diam membatu berhubung dakwaan Sarawak Report itu?
Jika tidak ada majlis rasmi yang membolehkannya bercakap secara langsung dengan wartawan, apa gunanya beliau ada Facebook dan Twitter yang punya berjuta pengikut itu?
Sama seperti Hadi Awang, Najib juga hanya perlu menulis “tidak” saja di Facebook dan Twitter miliknya, jika benar beliau tidak pernah menyumbang apa-apa dana, baik kepada Pas, mahu pun mana-mana pemimpin parti Islam tersebut.
Susah sangat ke? Kenapa sehingga ini Najib tidak melakukannya? (SH 10/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

76 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
76
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x