Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MENAGIH JANJI ZAHID HAMIDI

Parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya BERSATU sah didaftarkan petang tadi oleh Muhyiddin Yassin di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya. 
Beliau turut diiringi oleh beberapa jawatankuasa penaja yang bakal menunjangi BERSATU serta ratusan penyokong yang bakal menyertai parti tersebut.
Walaupun bertunjangkan Melayu dan Bumiputera, BERSATU juga menerima keahlian bukan Melayu sebagai ahli bersekutu dan sekaligus menjadikan  ia sebuah parti yang inklusif untuk semua rakyat Malaysia.
Sebagaimana beberapa hari lalu Zahid Hamidi menjanjikan kelulusan segera kepada pendaftaran BERSATU jika semua dokumen dan syarat-syarat yang diperlukan telah dipenuhi, janji-janji beliau kini sedang ditagih dan diperhati oleh semua.
Dalam sehari dua ini, Zahid barangkali sudah boleh memeriksa dengan Pendaftar Pertubuhan untuk mengetahui sama ada semua borang, dokumen dan syarat-syarat penubuhan BERSATU yang dikemukakan Muhyiddin adalah lengkap atau sebaliknya.
Sesuai dengan janjinya itu, Zahid perlu memberi perhatian khusus kepada kelulusan BERSATU ini. (SH 09/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

27 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
27
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x