Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BERANIKAH NAJIB?

Semalam, dalam wawancara dengan sebuah televisyen Indonesia, Najib Razak sekali lagi mengulangi kata-kata bahawa dirinya, kerajaan dan 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS.
Isu 1MDB adalah isu perniagaan, tetapi ia telah dipolitikkan oleh musuh tertentu, kata beliau lagi.
Sesetengah orang menganggap penjelasan Najib itu tidak lebih umpama lawak antarabangsa yang mampu membuatkan hampir 300 juta rakyat Indonesia terbahak-bahak mendengarnya.
Sebelum ini, ayat-ayat klise sebegitu sudah begitu kerap menjadi halwa telinga dan membuatkan 30 juta rakyat Malaysia tersenyum-senyum simpul mendengarnya, meskipun dalam masa yang sama disedari juga bahawa 7 negara sedang menyiasat 1MDB di mana Amerika serta Singapura sudah memulakan tindakan penyiataan aset dan harta-harta berkaitannya.
Sampai bila Najib mahu terus membuai orang lain dengan ungkapan bahawa 1MDB hanya semata-mata isu perniagaan, bukannya penyamuman, kleptokrasi atau pencurian, pengkomplotan, penggubahan wang haram dan sebagainya?
Beranikah Najib menyahut cabaran berdebat dengan Khairuddin Abu Hassan, antara individu yang lantang bersuara mengenai 1MDB serta bertanggungjawab membuat laporan kepada pihak berkuasa beberapa negara luar seperti AS, Switzerland, Hong Kong dan Singapura?
Jika dengan Tun Mahathir Mohamad, ketakutan Najib untuk bersemuka dengannya dalam program NothingToHide sebelum ini mungkin boleh difahami, tetapi apakah dengan Khairuddin pun tak berani juga? (SH 06/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x