Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

"BUKAN ANDAIAN DAN IA MEWAKILI SUARA PEMUDA" – APA REAKSI KPN DAN KJ SELEPAS INI?

Tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menutup siasatan berhubung dakwaan wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib Razak oleh tiga Tan Sri dan menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hanya berdasarkan andaian, nampaknya tidak menjadikan kes tersebut benar-benar tertutup.
Khairul Azwan yang mengadakan sidang akhbar petang tadi bukan saja menolak laporan polis yang dibuatnya berdasarkan andaian, malah juga mengatakan tindakannya adalah mewakili suara Pemuda UMNO.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan laporan polis yang dibuat oleh naibnya itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO.
Dengan mempertahankan laporan polisnya bukan berdasarkan andaian serta tindakannya adalah juga mewakili suara Pemuda UMNO, Khairul Azwan secara sekaligus menolak tanggapan Khalid Abu Bakar dan KJ terhadap tindakannya.
“Kami telah buat laporan polis, itu tindakan kami. Kami bertanggungjawab, jadi kami buat laporan.
“Ia bukan andaian dan laporan polis telah kami buat. Tetapi saya difahamkan polis tidak akan teruskan siasatan dan tiada tindakan akan diambil terhadap saya,” katanya lagi.
Khairul Azwan juga mempertahankan laporan polis yang dibuatnya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan di mana ia akhirnya telah berjaya mematahkan percubaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri.
Dalam sidang akhbarnya itu, beliau mengungkapkan perkataan “kami” yang jelas menggambarkan semua tindakan yang diambilnya adalah mewakili Pemuda UMNO dan bukan dirinya secara individu.
Jadi, isu ini seolah-olah belum lagi tertutup. Malah Khairul sedang membukanya semula secara perlahan-lahan.
Apa reaksi seterusnya daripada Ketua Polis Negara berhubung kenyataan Khairul Azwan ini?
Apakah Khalid akan terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa dakwaan Khairul mengenai konspirasi itu hanya berdasarkan andaian atau beliau sedia membuka semula siasatan?
Jika hanya andaian, bagaimana Khairul Azwan begitu bangga bahawa laporan polis yang dibuatnya telah berjaya menyelamatkan kedudukan Najib?
Mungkinkah juga, demi mempertahankan kenyataan berkaitan andaian  itu, pihak polis sebaliknya akan membuka kertas siasatan terhadap Khairul atas dakwaan membuat laporan palsu?
Bagaimana pula dengan KJ?
Adakah beliau akan tetap berkeras bahawa tindakan Khairul Azwan adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pemuda UMNO atau sedia mengakui apa yang diperkatakan naibnya itu?
Bagaimana jika Khairul Azwan dapat membuktikan tindakan membuat laporan polis telah mendapat restu daripada KJ sendiri?
Lagi pun, tentu ramai yang sedar bahawa sehari sebelum beliau membuat laporan polis yang mendakwa wujudnya konspirasi mahu menjatuhkan Najib oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz, telah diadakan mesyuarat bulanan Exco Pemuda UMNO.
Apakah tidak ada apa-apa perbincangan mengenai laporan polis itu dalam mesyuarat Exco Pemuda?
Khalid dan KJ, tampillah dengan segera!! (SH 03/08/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

47 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
47
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x