Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

APAKAH TUN M JUGA AKAN DISIASAT?

Tanpa berselindung lagi, Tun Mahathir Mohamad bukan saja meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, bahkan secara terbuka mengatakan Malaysian Official 1 yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS ialah Najib Razak.
“Walaupun nama Najib tidak dicatit, tetapi semua tahu Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia Nombor 1) ialah Najib.
“Hanya yang bangang saja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka saja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan terbaru di blognya.
Hari ini juga, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berhubungnya tulisannya di laman sosial Facebook yang menuduh Najib adalah Malaysian Official 1.
Tony Pua berkata, beliau dimaklumkan bahawa SKMM memanggilnya kerana suruhanjaya itu menerima lima aduan daripada orangramai berhubung tuduhannya terhadap Najib itu.
Pengerusi DAP Selangor itu bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik statusnya di Facebook itu, malah berikrar untuk meneruskan peranan sebagai Ahli Parlimen untuk meminta kerajaan bersikap telus dalam soal 1MDB.
Kenapa ada yang membuat aduan terhadap Tony Pua? 
Adakah menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 suatu kesalahan?
Jika begitu, adakah Tun Mahathir juga dianggap telah melakukan kesalahan?
Apakah selepas ini Tun Mahathir juga akan turut disiasat oleh SKMM? (SH 01/08/2016)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

40 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
40
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x