Month: August 2016

MENJELANG SEBULAN PERMOHONAN, APA AGAKNYA NASIB BERSATU?

Pada 8 September ini, genap sebulan permohonan pendaftaran parti BERSATU dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan. Pendaftaran BERSATU dikemukakan sendiri oleh Presiden penaja, Muhyiddin Yassin bersama beberapa ahli jawatankuasanya pada 9 Ogos lalu. Jika mengikut kata Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini, sebuah jawatankuasa yang berperanan mengkaji permohonan itu mempunyai tempoh selama 30 […]

MASIH ADA YANG BELUM MERDEKA

Hari ini hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 59. Setiap tahun kita meraikannya kerana itulah tanda kita bebas daripada ikatan penjajahan setelah ratusan tahun sebelumnya, silih berganti dirantai oleh beberapa negara asing sejak tahun 1511 lagi. Merdeka sebenarnya mempunyai pengertian dan ruang lingkup yang sangat luas. Ia tidak saja bermakna bebas daripada penjajahan atau cengkaman negara […]

MERDEKAKAH NAZRI?

Kehkehkeh….. Betulkah Nazri Aziz akan terus pengsan jika melihat wang sejumlah RM4,000 juta dalam akaun peribadi Najib Razak? Jika begitu, kenapa sewaktu Najib mengakui kewujudan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya sebelum ini, Nazri sama sekali tidak terkejut atau separuh pengsan kerananya? Yang lebih “power”, Nazri juga berkata, “Saya kenal Najib, dia bukan jenis orang […]

SPRM, DENGARLAH JUGA KELUHAN INI!!

Memang kita menghargai dan menyanjung tinggi tindakan SPRM membanteras gejala rasuah sejak akhir-akhir ini. Dengan tangkapan demi tangkapan yang dilakukan, ia menyerlahkan barah rasuah boleh dikatakan agak kronik di negara kita ini. Rasuah kini berlaku di mana-mana dan pelakunya pula seperti tidak malu lagi mempamerkan kemewahan, gaya hidup luar biasa dan pemilikan harta keterlaluan yang […]

SAMANLAH MUHYIDDIN DAN GANI PATAIL, BARU BUKTI BOLEH DITUNJUKKAN!!

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mahu pendahulunya, Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti jika benar dalam akaun bank Najib Razak sudah menerima kemasukan wang kira-kira RM1,000 juta sebelum wujudnya kontroversi RM2,600 juta yang didakwa sebagai derma daripada anak Raja Arab. Kata beliau, Muhyiddin tidak wajar membuat dakwaan yang hanya berdasarkan khabar angin. “Minta dia berikan […]

BUKU APA KOSNYA SAMPAI RM15 JUTA?

Sehingga ini enam orang sedang ditahan reman untuk disoal siasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dana sebanyak RM15 juta melibatkan sebuah bank berkaitan kerajaan untuk menerbitkan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara. Selain pengarah urusan bank berkenaan bersama lima yang lain daripada syarikat penerbitan dan syarikat proksi sudah ditahan reman sejak minggu lalu, pengerusi bank yang […]

MUJURLAH TUN M YANG KAKI GADUH INI MASIH SUKA UNTUK BERGADUH!!

Najib Razak semalam menyifatkan Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang suka bergaduh dengan ramai orang, bukan saja sepanjang berkuasa selama 22 tahun, bahkan juga setelah tidak lagi memegang kuasa. Katanya, bekas Perdana Menteri itu sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka. Kita semua faham orang yang kaki gaduh […]

ADAKAH TUN RAZAK JUGA PENGKHIANAT KERANA BEKERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG SELEPAS TRAGEDI 1969?

Berikut ini adalah tulisan seorang “bangsa Kelantan” yang menetap di luar negara berdasarkan tontonannya secara live ucapan Tun Mahathir Mohamad di Ketereh pada 26 Ogos lalu. Tulisan ini sudah banyak tersebar di media sosial serta grup Whatsapp dan dikongsikan di sini untuk kebaikan kita bersama, mudah-mudahan perubahan semakin dekat dengan hati kita. (SH 28/08/2016) 1. […]

LAWAK NAJIB

Hahaha….hehehe…hihihi…hohoho… Kahkahkah…kehkehkeh…kihkihkih…kohkohkoh… Ketawa tak berhenti-henti semua makhluk, bukan saja manusia, tetapi juga segala isi hutan di Cameron Highlands hari ini apabila Najib Razak mencabar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya agar bertanding menentang beliau dalam pemilihan UMNO yang akan datang. Kalau nak jatuhkan saya, bertandinglah dalam UMNO tapi jangan runtuhkan UMNO, kata beliau […]

YANG PENTING #TANGKAP MO1 TERTANGKAP DI HATI KITA

Petang ini akan berlangsung perhimpunan #Tangkap MO1 anjuran Persatuan Mahasiswa Melayu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan dijangka akan turut hadir memberi sokongan dalam perhimpunan tersebut. Dilaporkan juga bahawa Tun Mahathir Mohamad akan hadir sama sebagai memenuhi jemputan dan untuk memberikan sokongan. Bagaimanapun, gerakan baju merah yang sebelum ini bertekad mahu menunjukkan […]

ALAHAI DATUK BANDAR…

Susulan penahanan seorang Pengarah DBKL  kerana didakwa terbabit rasuah dan laporan media kemudian mendedahkan antaranya kerana dipercayai memiliki sehingga 31 unit kondominium mewah di sekitar Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 30 lagi akan turut sama disiasat oleh SPRM. Sebahagian mereka juga dipercayai terlibat sama memiliki unit-unit kondominium mewah dengan menandatangani perjanjian jual beli dengan syarikat pemaju secara […]

APA HAL PULAK NI??

Berikut adalah pemakluman yang diterima daripada Tamrin Ghafar lewat malam tadi:- Sukacita dimaklumkan satelah memikir dengan teliti maka saya memutuskan perkara2 berikut : 1) Tidak akan menyertai Parti baru yang sedang diusahakan oleh TSMY 2) Menarik diri dari Seketeriat Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir. Keputusan ini adalah muktamad . Ia berkuatkuasa mulai hari ini. […]

PEMIMPIN UMNO AKAN MASUK BERSATU?

Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pimpinan UMNO dan BN agar tidak memandang rendah terhadap kewujudan BERSATU kerana percaya parti itu mampu memberi cabaran dalam PRU 14 akan datang. Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu,  BERSATU dikepalai oleh bekas-bekas pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin dan nama mereka juga masih disanjung ramai. Jangan […]

APA YANG TINGGAL LAGI DALAM 'FRANKLY SPEAKING' MUSA HITAM?

Ketika terbitnya buku “Frankly Speaking” oleh Musa Hitam, ramai yang melihat ia mungkin sesuatu yang bermanfaat kepada generasi muda untuk memahami banyak perkara mengenai politik dan pentadbiran negara. Lebih-lebih apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku tersebut. Musa sendiri memberitahu, tujuannya menulis buku itu ialah untuk memastikan […]

KPN KHALID TIADA PILIHAN LAGI

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan tiada siasatan akan dijalankan terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang menuduh “Tiga Tan Sri”  terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan Najib Razak atas alasan ia hanya berdasarkan andaian semata-mata. “Tiga Tan Sri” yang dikaitkan itu ialah Gani Patail, bekas Peguam Negara, Abu Kassim Mohamed, […]

BERSATU – BN HILANG UNDI, UMNO HILANG AHLI

Dalam pilihanraya umum 2013 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 89 kerusi. Berdasarkan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 222 keseluruhannya,  majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi. Bagaimanapun BN berjaya mengurangkan jumlah kerusi PR dengan menawan semula Teluk Intan dalam pilihanraya kecilnya yang menyaksikan Mah Siew Kong berjaya menewaskan Dyana Sofya daripada […]

BENARKAH NAJIB TIDAK MAHU SAMA-SEKALI MENGGANGGU PENGGANTINYA?

Berkatalah Najib Razak, satu-satunya Perdana Menteri dalam sejarah Malaysia yang skandal kewangan melibatkan dirinya menjadi sebutan seluruh dunia, banyak perkara lain yang boleh dilakukannya selepas bersara nanti selain mengganggu penggantinya. Katanya, beliau akan menghabiskan masanya melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika berkuasa kerana kesuntukan masa. “Bercucuk tanam ke, tengok Manchester main bola ke. Macam-macam […]

SELEPAS MOHON MAAF DARIPADA AGONG, SIAPAKAH MO1 SEBENAR DALAM PEMAHAMAN TERKINI NAWAWI?

Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad akhirnya akur untuk memohon  kemaafan daripada Yang Dipertuan Agong berikutan keterlanjurannya mengaitkan nama Baginda sebagai Malaysian Official 1. Pada mulanya Nawawi agak berdegil dan cuba mempertahankan apa yang diperkatakannya itu, malah menyatakan hanya akan meminta maaf jika dititahkan oleh Agong. Bahkan kata-kata Nawawi seperti dipetik Malaysiakini, “Kalau nak minta maaf, […]

ADAKAH APANDI ALI SUDAH BERADA DI AMERIKA SEKARANG INI?

Hari ini, 22 Ogos adalah tarikh yang sepatutnya bermula perbicaraan saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap empat individu untuk membeku aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan. Oleh kerana waktu Los Angelas adalah terkebelakang 15 jam berbanding waktu Malaysia, kita mungkin hanya dapat mendengar khabar berita mengenai perbicaraan itu menjelang lewat […]

ADAKAH TENGKU ADNAN MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA?

Apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan begitu takut untuk mengisytiharkan hartanya kepada umum kerana bimbang isteri dan anak diculiknya, persoalan yang bermain di fikiran kita ialah apakah wang dan hartanya begitu banyak jumlahnya? Berapa jumlah harta dan wang yang dimilikinya? Adakah beliau paling kaya atau lebih kaya […]