Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SPRM BARU?

Seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, DZulkifli Ahmad dikatakan bakal dinamakan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi menggantikan Abu Kassim Mohamed.
Namanya dikatakan sudah dibentangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.
Jawatan Dzulkifli dalam Jabatan Peguam Negara ialah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara.
Peguam Negara sekarang ialah Apandi Ali yang dilantik secara mengejut dalam kontroversi 1MDB pada Julai tahun lalu bagi menggantikan Abdul Gani Patail yang “dibersarakan” atas alasan kesihatan.
Dalam masa yang sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Mustafar Ali diberitakan turut akan dipindahkan untuk mengetuai sebuah jabatan kerajaan yang lain yang belum dinamakan.
Mustafar difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, petang ini.
Ini bermakna, bersekali dengan kemasukan Dzulkifli mengetuai SPRM, Mustafar juga dikeluarkan daripada agensi pencegahan rasuah negara itu.
Selepas Jabatan Peguam Negara “dirombak” dan berlaku beberapa pertukaran berikutan kemasukan Apandi pada Julai tahun lalu, kini nampaknya giliran SPRM pula bakal “dilembutkan” melalui perlantikan orang-orang baru di dalamnya.
Hmmmmm….(SH 29/07/2016)
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

36 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
36
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x